Perghhh.. isu ni memang hangat, ramai bloggers yang membuat entri mengenainya.. Mula-mula teringin juga untuk berkongsi pandangan saya, lepas tu, dek kerana masa agak mencemburui, saya simpan dalam hati aje lor..
Lepas baca entri Joe, membuatkan saya melonjak-lonjak ingin berkongsi entri yang menarik, dikupas oleh Joe, sikit sebanyak berkongsi mengenai pandangan saya.. Sebelum tu, kita baca dulu entri Joe yang besh ini..
Mamat yang buat entry tu tak patut kot, nak laser pun tak payah la sebut nama bagai. Perempuan ni kan hatinya cukup halus, peribadinya sangat mulus, bukan dicipta dari tulang kaki untuk dipijak-pijak, bukan dicipta dari tulang kepala (ada ke?) untuk disanjung, tapi di tulang rusuk, untuk didampingi dan dinasihati dengan hati. wah wah wah!
Komen aku?
Back to basic lah. Aku suka pesanan ustaz aku, buat apa-apa pun kena tengok kita buat sesuatu perkara tu untuk apa. Kita orang Islam ni, diajar untuk buat apa perkara pun kerana Allah. Makan kerana Dia, minum kerana Dia, mandi kerana Dia, tidur kerana Dia. Benda simple sampailah kepada benda complicated. Didik anak kerana Dia, takbir negara kerana Dia, perjuangkan negara kerana Dia. Semuanya hanyalah Dia.
Bila kita buat sesuatu perkara kerana tuhan, kerana Allah, kenalah tengok apa garis panduan dia. Garis panduan kita? Al-quran dan Hadith. Pastikan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Nantikan ada yang tadbir negara kerana Allah, tapi rasuah bertimbun-timbun. heh, ape ke bendanya tu jang?
Berbalik kepada shawls
Sama jugaklah dengan shawls ni. Pemakaian tu lebih kepada apa? Fesyen? Nak cantik? Nak melawa? Nak perhatian? Nak buat duit? atau nak cari bakal suami? wahaa! Apa-apa pun, back to basiclah, aku tak pesan kepada perempuan yang pakai shawls saja, semua sekalilah. Kadang-kadang kita lupa benda basic ni, KENA buat sesuatu perkara hanya kerana Allah. Kot-kot aku pun terpesong, kenalah sama-sama pesan. Ingat, kita bukan malaikat, kita manusia. Buat silap tu adalah lumrah. Terlupa memang sifat kita. Sebab itu kita bukan berseorangan, ada kumpulan yang saling sama ingat memperingatkan. Ok?
Kan, tak kisahlah yang pakai shawls ke, tudung ariani ke, tudung bawal ke, semuanya adalah untuk menutup aurat, yang penting, berusaha untuk pakai mengikut syariat agama.. Dan untuk kaum lelaki juga, yang suka memakai three quarter pants, biarlah ianya juga mengikut syariat agama..
Dan untuk si penegur, tak kisahlah bukan untuk berdakwah sekalipun, mungkin sekadar melepaskan perasaan yang terbuku di hati, berhati-hatilah dalam menulis, kerana dalam berblogging tetap ada etika (nak tau etika blogger leh klik sini.. esp. item no. 9), dan yang penting, biarlah mengikut cara yang dianjurkan oleh agama.. Barulah yang ditegur itu akan merasa lebih hormat pada anda dan menerima teguran itu dengan hati terbuka..
Dan untuk si penegur, tak kisahlah bukan untuk berdakwah sekalipun, mungkin sekadar melepaskan perasaan yang terbuku di hati, berhati-hatilah dalam menulis, kerana dalam berblogging tetap ada etika (nak tau etika blogger leh klik sini.. esp. item no. 9), dan yang penting, biarlah mengikut cara yang dianjurkan oleh agama.. Barulah yang ditegur itu akan merasa lebih hormat pada anda dan menerima teguran itu dengan hati terbuka..
p/s : Sampai la ni, saya masih tak paham dengan maksud lelaki yang tak pakai spender..hmmm.. Oh ya, suka betol saya baca mengenai kisah joegrimjow menjadi joana, nak tahu jugak kisah yang menarik nih, leh tengok kat entri di atas tu.. Kat bawah entri tu ada link mengenai kisah imaginasi tinggi, tapi mesej yang disampaikan sangat mendalam.. Bravo!!
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: