Showing posts with label Potty Training. Show all posts
Showing posts with label Potty Training. Show all posts

Nov 15, 2011

Tips Potty Training versi Cik Puan Hady

Yeayyy, akhirnya Zahra dah pon diaperless, totally diaperless and dah nak 2 bulan pon free diaper.. Alhamdulillah,  akhirnya Zahra berani juga untuk poo poo kat toilet, sekaligus no need for diaper at all, jimat duit en. suami..kekeke.. Oh ya, berikutan dengan entri Zahra dah tak pakai diaper, tapi.., ada yang bertanyakan cemana nak latih anak supaya diaperless.. Kalau ikutkan saya takdelah train beria sangat, dan takdelah rutin yang tetap pon.. Kebetulan Zahra yang takmo pakai diaper, dan dari situ saya hanya dorong dan galakkan untuk membuang di toilet..

Kalau ikutkan, saya mulakan pendedahan penggunaan toilet dari umur setahun lebey, sejak dari dia dah mula faham apa yang kita gitau, cuma tak pandai nak respond aje lagi.. Setiap kali saya nak pee pee ke, atau poo poo ke, saya akan gitau Zahra yang saya nak pee pee kat toilet. So that dia tahu, toilet untuk pee pee dan poo poo..

Cuma sayang, saya tak dedahkan dengan penggunaan potty training bowl tu, kalau tak, mungkin lebih awal.. Mungkinlah kan, benda camgini bergantung kepada penerimaan kanak-kanak gaks.. Mungkin anak kedua nanti saya nak try guna potty bowl pulak..

1st trip tanpa diaper (tapi belum total diaperless lagi), Sept 2011

Selain tu, tiap kali saya bawa dia mandi, saya akan try dudukkan dia kat toilet bowl untuk bagi feel. Tapi disebabkan masa awal-awal, kami tak beli lagi potty seat, Zahra tak berani nak duduk lelama. Then saya akan bagi dia try pee pee kat bath tub, besekan dia pee pee secara duduk, coz kanak-kanak intend untuk berdiri. Kekadang dia akan pee pee, kekadang tak. Kalau dia pee pee, pujilah dia, kerana berjaya pee pee kat toilet (although bukan kat bowl) dan juga sebagai tanda bagi sokongan untuk terus pee pee kat toilet.

Lagi, apa yang saya buat,  tiap kali dia takmo pakai diaper, saya takdelah duk suruh kena pakai gak, saya biar je dia pakai seluar tanpa diaper (bulan Jul lepas, masa ni dah 2 tahun 4 bulan) tapi saya akan gitau kalau rasa nak pee pee, gitau mama untuk bawak ke toilet.. Pastu sentiasa tanya dia nak pee pee ke tak.. Besenya bila dah umur camgini dia dah tau rasa nak pee pee or poo poo, cumanya bila dah  khusyuk bermain tu kekadang yang boleh tereksiden.. And normally, selang masa antara 1st pee pee dengan 2nd pee pee pon dah tetap, boleh agaklah, macam Zahra selang dalam 3 jam.. So takdelah perlu tanya every 5 mins ke ape.. Dan juga bergantung kepada pengambilan susu or air, kalau nampak cam dia minum lebih dari biasa, tu kena tanya kerap sikit. 

Dan setiap kali dia gitau yang dia nak pee pee, and kita bawak pi toilet, samada berjaya pee pee atau tidak, pujilah dia kerana usahanya gitau, kalau berjaya pee pee, lagilah mau puji lebih sikit, dengan tepuk tangan lagi...hehehe.. Jikalau tereksiden pon, takmo marah-marah, nanti takut2 dia tak berani mencuba diaperless. Ingatkan dia untuk gitau cepat-cepat bila terasa nak pee pee or poo poo.

Lagi, bila bacakan buku cerita ke, atau tengok tv ke, saya akan gitau yang kakak dah tak pakai diaper, kalau kakak nak pee pee or poo poo, dia akan pi toilet.. Ni juga satu dorongan untuk dia sebab saya biasa gitau yang Zahra dah besar, dah kakak, bukan baby lagi.. Zahra juga dari kecil lagi suka tonton nursery song pasal potty training tu.. Sedikit sebanyak ada pengaruh jugaklah kot..

Totally diaperless at 30 months ++..

Bila Zahra dah menunjukkan yang dia boleh pee pee kat toilet sepanjang kat umah, saya biasakan dia tanpa diaper bila pi park (masa awal-awal hanya dalam rumah je diaperless). Then tengok bila di park pon dia tak terkucil, saya biasakan dia tanpa diaperless bila jenjalan gi shopping dan bila dah berjaya pee pee kat toilet luar, akhirnya bila pi travel pon Zahra diaperless. Yang ni semua saya pastikan dia pee pee dulu sebelum keluar rumah. Kat luar pon, bila tengok dia minum lebey, atau dah sampai masa untuk pee pee, saya akan tanya dan bawa dia ke toilet. Tapi masa awal-awal dia tanpa diaper bila keluar jenjalan, adalah jugak bila bawak gi toilet, dia tak pee pee sebab belum biasa pee pee kat toilet selain rumah, lama kelamaan dia akan biasa dan akan pee pee kat toilet luar..

Belah malam, pastikan dia pee pee dulu sebelum tidur. Kekadang ada gak Zahra terkucil walaupun dah pee pee sebelum tidur, tapi sangat jarangla.. Pastikan tilam dialas dengan kain kalis air, tapi besenya bab terkucil malam ni pon hanya 2-3 kali ajelah (kesnya Zahra dah tak bangun malam, dan mamanya pon malas nak kejutkan), lama-kelamaan dia akan biasa dan tak terkucil.

Based on entri Zahra dah tak pakai diaper, tapi.., bab poo poo Zahra susah nak lepas diaper..hehhe.. Tapi dengan dorongan dan sokongan, akhirnya Zahra berani juga mencuba untuk push, sekaligus berjaya poo poo kat toilet (lebih kurang lepas 2 minggu saya buat entri tu), memang puji habis2 dan tepuk tangan bagai. Sejak dari tu, dia akan poo poo kat toilet.. Yang penting, kita sentiasa bagi dorongan dan sokongan untuk dia diaperless, dan jagan sekali-kali marah-marah atau stress dia untuk diaperless, tapi kita boleh rangsang secara halus..hihihi..

Rasanya itu ajerlah kot tips2 dari saya, hehe, banyaknya kemahuan Zahra sendiri yang tak nak pakai diaper dah..kikiki.. Selebihnya saya hanya rangsang, dorong bagi menambahkan keyakinan dan bagi galakkan serta tunjukkan cara untuk diaperless.. Harap tips ni membantu uols untuk train anak-anak uols.. Chaiyok, chaiyok, yang penting kena banyak sabar..hoho..


p/s : Bila pi shopping, mungkin boleh juga dorong anak-anak untuk diaperless, dengan gitau kalau dah tak pakai diaper nanti, boleh belikan dan pakai spender yang kiut miut yang anak-anak suka dan berkenan..hehe..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 9, 2011

Zahra dah tak pakai diaper, tapi..

Ha, memang skang ni sebelah siang mahupun malam, Zahra dah tak pakai diaper dah. Kalau diikutkan, yang belah siang tu sejak dari start puasa hari tu lagi, mula-mula hanya kat rumah je tak pakai diaper, bila keluar masih pakai lagi. Lepas tu, biasakan tak pakai diaper bila keluar pi taman, which is yang keluar rumah takdela 2-3 jam.. Kalau keluar shopping tu tetap pakai.

Lepas tu, kami try tak pakaikan Zahra diaper bila pi shopping, alhamdulillah, setakat ni takde insiden lagi kat luar..hehe.. Hanya kat rumah aje, tu pun dalam 2-3 kali rasanya masa awal-awal diaperless..Yang belah malam, tetiba Zahra nak tidur tanpa diaper, bila nak dipakaikan jugak takmo, so kami ikutkan aje, coz Zahra yang mula-mula sekali beria-ia takmo pakai diaper. Keesokkan, tengok seluar Zahra basah, hoho, nasib baik dah prepare awal-awal, dah lapik dulu.. Silapnya, sebelum tidur, Zahra tak pee pee dulu.. Keesokkannya, Zahra takmo pakai diaper lagi, dan alhamdulillah, sejak tu dah tak pee pee malam lagi, sehinggalah malam tadi, padahal dah pee pee dulu sebelum tidor..huhu.. Adakah kerana sejuk?

Cumanya, bila time untuk poo poo je, Zahra akan minta dipakaikan diaper.. Ha, yang ni saya mati akal, cemana nak pujuk dia poo poo kat toilet eh.. Yang herannya, kalau dolu-dolu time pakai diaper, mesti tiap-tiap pagi akan poo poo. Tapi skang ni, sejak dah tak pakai diaper, mesti 2-3 hari baru nak poo poo, risau jugak.. 


Yang lawaknya, bila rasa nak poo poo, Zahra akan cepat-cepat berlari untuk duduk atas sofa, sambil cakap nak duduk, nak duduk.. Padahal masa tu tengah main kat bawah, pastu bila tak rasa, dia akan sambung main, bila rasa lagi akan berlari ke kerusi untuk duduk, mungkin untuk tahan. Bila ditanya, nak poo poo kat toilet dak, tak nak.. Bila ditanya nak diaper, terus cakap nak.. Bila dipujuk try dulu kat toilet, kalau tak poo poo gak, baru pakai diaper, Zahra akan try tapi biasanya tak berjaya kat toilet, pastu barulah akan dipakaikan diaper.. Tapi kekadang Zahra hilang feel untuk poo poo even dah dipakaikan diaper..hoho, tu yang sampai hari ketiga baru poo poo, tu pon dalam diaper..hoho..

Apa teknik yang uols guna ek, nak yakinkan anak-anak uols untuk poo poo kat toilet? Nak kata Zahra tak biasa ngan toilet, tak jugak sebab skang ni memang pee pee kat toilet. Ke sebab feeling pee pee ngan poo poo kat toilet tu lain, tu yang buat dia masih tak konpiden untuk poo poo tu.. Patutkah saya secara muktamadnya tak bagi diaper terus bila Zahra nak poo poo supaya dia akan biasa poo poo kat toilet, walaupun dia menangis nak dipakaikan diaper dan dah tiga hari tak poo poo?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...