Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Aug 19, 2011

Resepi Kuih Akok yang Simple dan Sedap

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) dan vote blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Hehehe, ingatkan dah duk jauh dari Malaysia ni, tak dapek dah nak makan makanan kegemaran, salah satunya kuih akok yang sedap.. Uiss, pantang balik Kelantan, mesti singgah kat tepi jalan dari Besut ke Pasir Putih (area mana tak ingat), kat situ kuih akoknya sedap betul.. Belum kira memborong di Pasar Siti Khadijah lagi..ekeke..

Sekali terjumpa resepi akok ni, rupanya senang je nak buat kuih akok, sedap pulak tu.. Alahai.. Kalaulah dari dulu tahukan..ekeke.. So pada uols yang teringin sangat nak makan kuih akok ni, tapi tak jumpa, meh try buat sendiri..

Walaupun rupa tak seberapa, tapi rasanya memang sodap..

BAHAN-BAHAN (anggaran 36 biji)
  • 5 biji telur
  • 200ml pati santan
  • 100ml air
  • 150g gula melaka (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan)
  • 30g tepung gandum
  • 3 helai daun pandan disiat-siat
  • 2 cubit garam

CARA - CARA
  1. Masak air bersama gula melaka sehingga mendidih dan larut. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan santan dan tunggu sehingga adunan menjadi suam sedikit barulah dimasukkan telur, tepung dan daun pandan dan digaul dengan rata.
  3. Tapiskan ketulan tepung (Saya guna blender aje, takyah nak tapis-tapis..hihihi)
  4. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan dan panaskan acuan tersebut ke dalam oven pada suhu 200 C.
  5. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit (Saya hari tu lebey dari 10 min.. Ikut jenis oven lah kot..) 
  6. Kuih ini akan mengembang dan bila dikeluarkan dari oven, ia akan sedikit mengecut.

My 1st Trial - Oleh kerana kat sini takde gula melaka, try cari daun pandan kat kedai Cina pon takde makanya terpaksalah saya ganti ngan brown sugar dan esen vanilla..ekeke.. Acuan pulak guna acuan muffin silikon tu aje..hoho.. Dan oleh kerana kami bertiga aje, Zahra macam tak minat akok, maka saya buat separuh adunan je, dapat dalam 12 biji, sekali tak cukup..hahaha.. Yang pasti, memang best walaupun tak selemak, segebu dan sebest akok kat Kelate tu.. Selamat mencuba uols..


credit : zaliana


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Main game dan menang RM50K, Klik SINI

Nak menang wang tunai RM10K? KLIK SINI

Jom join Kontest Menang Duit Raya yang senang banget, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...