Jan 17, 2011

Home » , , » Kat Swiss tak ada Boxing Day, tapi..

Kat Swiss tak ada Boxing Day, tapi..

Hohohoho..entri dah ala-ala nak basi, tapi baru nak buwat..agagaga..aci la ek.. Kalau tahun lepas, 3-4 hari sebelum Krismas kami dah pi holiday ke Barcelona dan Madrid, tapi kali ni kami pi holiday selepas Krismas. Jadi sempatla jugak merasai kemeriahan sambutan Krismas di sini..

Tapi yang nak story mory kat sini mengenai sehari selepas Krismas, iaitu pada 26 Dec yang juga dikenali sebagai Boxing Day bagi mereka di UK, NZ, Canada dan Aussie.. Malangnya, kat sini takdek..hohoho.. Selamat poket Mr Hadi..kikiki.. Malah 26 Dec tu hari Ahad kan, so sini semua kedai tutoppp.. Sahkan nak berboxing, kedai pon closed. 

credit

Hari Isnin barulah dapat jenjalan kat bandar Lausanne tu, and guess what, ramai bebenau orang.. Patutnya aritu dah start keje, kecuali budak U memang tengah cuti.. Pastu sesajalah jenjalan ke Globus Shopping Mall (kami jarang pi shopping kat sini, sebab mahal compare to Coop ngan Migros) Sekali nampak ada sale, semua kedai tengah sale.. Wahh, mata saya dah bersinar-sinar, tapi poket Mr Hadi je kurang bersinar..huhuhu.. 

kat dalam butik Zara, semua bz selongkar baju-baju yang sale..

Masuk butik Zara, perghh, memang tengah sale, tapi butik Zara kat Lausanne ni tak banyak pilihan baju budak2, kat Berlin best, memang rambanglah mata nak memilih.. Kalau baju adults banyakla jugak, tapi nafsu shopping saya dah lebih ke arah baju bebudak..hihihi..

Zahra di butik Zara..hehehe

Kat sini, lepas Krismas di panggil Winter Sale.. Ada la jugak sale, tapi mungkin tak sebest sale Boxing Day lah kan.. Paling banyak sale pon dalam 70% gitu.. Takdelah sampai 80-90%.. Wah, kalau 90% memang syokkk tu.. Dan sekarang ni pulak, sale masih on dan dikenali as January Sale.. Kalau duit berkepuk-kepuk syok jugak shopping ni..hehehe.. Tapi terpaksa sedarkan diri yang duit tak berkepuk-kepuk, jadi cuci mata aje ler..huhuhu.. Tapi kan, tapi kan, yang paling saya gatal tapak tangan sekali adalah, bila melihat perfume sale.. Memang best sangat, cuba uols tengok gambar kat bawah ni, berapa banyak salenyer itew...

Perfume YSL, Elle, satu lagi taktau..kekeke

See..see, mana tak tergoda, dekat half price tuu.. Nasib baiklah perfume ada lagi 2 botol, tak campur ngan miniatures lagi.. Kalau tak, mahu saya sambar satu..agaga..

comey btol botol dia..aww..best nih kalau wat koleksi..

Tapi, kalau convert ke RM, mana lagi murah ek, kat sini ke Malaysia? Hmmm..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Jan 17, 2011, 11:16:00 AM

aiyooo...sonotnyo soping...atok bilo lah kalo eh dapek cmtu..hihi

Jan 17, 2011, 4:09:00 PM

salam;

ada 2, satu creativity. satu lagi lucky draw.
ok =) thanks.

http://ibzatech.com/2010/12/27/ibzagift-contest-kamus-bergambar-3-bahasa/

Jan 17, 2011, 4:37:00 PM

seronok bila tgk byk sale tp bengang bila sale dibuat time pokai

Jan 21, 2011, 11:19:00 PM

@atok : olos..kat M'sia pon bnyk sales eh..

@ibza : thanks gitau

@ zaza : kan..kan..best bila tgk sale, tapi tak best bila tak dpt memborong..huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...