Showing posts with label Wishes. Show all posts
Showing posts with label Wishes. Show all posts

Jan 2, 2017

Selamat Tahun Baru 2017.. And I'm Back!! 😊

Assalamualaikum semua..

Harap semua pembaca blog Notre Belle Histoire aka Cerita Indah Kami sihat walafiat dan ceria di samping orang tersayang..

Sedar tak sedar, dahpon tahun baru, tahun 2017.. Sekejap aje kan.. Pejam celik pejam celik, bertambah lagi umur setahun.. ngehngehngeh..

Last blog ni berupdate pon tahun 2014.. Amekkau, 3 tahun blog ni menyepi tanpa berita.. Sawang usah cakapla.. Sampaikan blog pon terpaksa bertukar dari ceritaindahkami.com kepada ceritaindahkami.blogspot.com, kes lamaaaa tak menjengah.. Sampai expired domain..kuikuikui..

Sempena tahun baru ni, saya berazam untuk pastikan blog ini berupdate, paling koman pon seminggu sekali.. Bukan apa, kadang2 kita nak tengok balik kenangan dolu2.. Dengan adanya blog, dapatlah kita baca balik kan.. So penting sebenarnya kita berkongsi di blog.. 

Uols yang ada blog dan dah bersawang juga, jom sama-sama kita berazam untuk update blog.. At least semingu sekali pon jadilah kan..

Sempena tahun baru 2017 ni juga, saya doakan agar kita semua diberikan kesihatan yang lebih baik, diperbanyakkan rezeki yang barokah, menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa berada dalam kasih sayangNya..




Anda peminat Tupperware? Klik SINI

Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Anda tercari-cari tudung yang best? Klik SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H

Taqqaballahu minna wa minkum..

Walaupun dah hari raya yang ke-8, masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua kenalan blog Notre Belle Histoire.. Maklumlah, raya kan sebulan..hihihi..

Alhamdulillah, tahun ini, kami dapat beraya bersama keluarga tercinta, sanak saudara dan teman-teman di tanah air.. Wihhhuu.. Memang seronok sangat!! Maklumlah dah 4 tahun beraya sebagai perantau kan..

Barulah lebih bermakna raya pada kali ini.. Walaupun ada rasa kekurangan juga sebab keluarga mertua tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia, tapi paling tidak, dapat juga melepas rindu bila tengok gambar di WhatsApp kan..

Yang paling best sekali, saya dapat makan Nasi Dagang Spesel dan Ketupat Serunding, air tangan my beloved mother.. Memang makan tak hengat dunia..kikiki.. Hancuss diet ai tauu.. Tapi takpe, Set Kurus Shaklee kan ada.. Lepas ternak badan, kasi detox dan bakar balik lemak-lemak yang berlebihan tuuu..

Oh ya, bercakap pasal Set Kurus ni, saya memang dah makan sejak awal bulan 6 haritu, dan alhamdulillah, dengan takdelah diet bersungguh mana dan exercise pulak dengan naik turun tangga aje.. Tu pon bila rajennn..hihih.. Kekadang, park keta jauuuh sket sebab nak berbriskwaling, saya berjaya turun 4kg dalam masa 2 bulan.. Kira not bad lah kan, dengan kurang exercise dan makan pon takdelah berpantang mana pon, sebab saya ni penggemar kek..kikiki..

Ramai yang tegur saya semasa berhari raya di kampung haritu.. Ada yang gitau, maintain aje.. Dan ada juga yang kata, dah anak 2 pon masih macam anak dara aje..hihihi.. Hati mana yang tak kembang dan berbunga-bunga..

Diorang tak tau, yang sebelum saya amik Set Kurus ni, berat saya 51kg tauu.. Berkat join Projek Selim Melim di Pagi Raya, berjaya juga saya nyah lemak sebanyak 4kg walaupun kekadang terbabas juga.. 

Kali ni, Projek Kurus Dengan Sihat Selepas Syawal akan bermula pada 8 Ogos nanti.. Ada yang nak join? Memang best bila buat sesuatu benda secara berjemaah, nak-nak proses untuk dapatkan berat badan yang diinginkan.. Memang sentiasa perlukan sokongan, dorongan dan motivasi.. Banyak tips-tips untuk turunkan berat badan secara sihat dan efektif dikongsikan dalam group WhatsApp ini nanti.. Bagi yang berminat, boleh PM/WHATSAPP 010 901 8101.

Oh ya, sebelum saya undurkan diri, terimalah gambar kami di hari raya.. Tak silap hari raya ketiga ni.. Dengan serangkap pantun

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersukaria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan.. :)



Anda peminat Tupperware? Klik SINI

Anda pengguna Shaklee? Klik SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 19, 2012

Salam Eid Mubarak 1433H

Ini adalah entri melekat sehingga 26 Aug. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek.. Terimalah pantun Hari Raya yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua..
 


p/s : Dah lama betul saya tak update blog ni kan, bukannya dah melupakan blog kesayangan ni dan juga blog kenkawan, tapi entah kenapa, moodnya hilang entah ke mana.. Harap-harap, bersempena dengan bulan Syawal, bulan yang istimewa ni, semangat untuk berblog bercambah semula..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 22, 2012

Ke mana kami pada cuti CNY kali ini?

Hihi.. Oleh kerana snow dah tak turun sejak saya buat entri Salji Dah Turun, kalau turun pun sikit-sikit aje, by tengahari tu dah cair semuanya, langsung tak sempat nak main baling-baling, nak buat Mr. Snow Man lagilah, kompom tak cukup..

Maka, cuti kali ni kami akan ke La Jorette, Torgon..hihi.. Kalau uols nak tahu apa ada apa kat Torgon ni, meh baca ni yang saya kopipes dari sini.. (punyerla terlebih rajin nak translate & buat ayat sendiri..haha)

Situated at 1'100 m altitude, the peaceful village of Torgon overlooks the Rhône valley and Lake Geneva. Ideally located, the town is close to Montreux and Aigle and only 45 minutes from Lausanne and 75 minutes from Geneva. The town can be reached year-round by car or postal bus. Its pride and glory is the splendid, panoramic view of the Rhône valley and the surrounding Franco-Swiss Alps.


credit

Cantik kan? Subhanallah..


p/s : Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai buat kenkawan yang meraikan, dan juga happy holidays buat uols, yang balik kampung, hati-hati di jalanraya yer..


Nak insentif tunai, Klik SINI 

Vrooom to a prosperous Chinese New Year, Click HERE

Are you a speed junkie? Click HERE to win 10 weekly prizes

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Click HERE

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 6, 2011

Salam Aidil Fitri

Ini adalah entri melekat sehingga 7 Sept. 

Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek.. Terimalah e-card dan pantun Hari Raya yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua..


Selamat Hari Raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda, keluarga dan keluarga mertua
Yang berada di nun jauh di sana

Selamat Berhari Raya
Ucapanku untuk semua
Sahabat handai dan sanak saudara
Yang jauh di mata

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Allah akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kuucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan


p/s : Oleh kerana skang ni, en. Suami busy dengan kelasnya, saya pon tak berapa reti nak beradobe photoshop, maka tahun ni tak dapek nak tepek gambar kad raya macam tahun lepas (walaupun takdela comey mana..hehe) Jadi untuk tahun ni, kad raya paling sempoi untuk abad ini, tapi ikhlas dibuat untuk uols semua.. Sudilah kiranya kenkawan blogger sekalian, terutamanya Belle Amies menerima e-card Raya ini..
Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Waahh, lama betul saya tidak update blog ni..hehehe.. Banyak list entry tergendala, ekekeke, nak buat cemana, tak sempat nak jengah lelama blog skang ni.. Rindu memang rindu, nak kena cari masa juga ni..hihiihi..

Oh ya, sedar tak sedar dah pon masuk bulan Ramadhan, kalau diikutkan ini kali kedua kami berpuasa di sini. Sedey tetap sedey, tapi nak buat cemana, hidup perlu diteruskan..ecece.. Beza dengan tahun lepas, kali ni lagi lama tempoh jam kami berpuasa, kena sahur sebelum jam 4 pagi, berbuka pada jam 9 malam..hohoho.. Semoga kami dapat menjalani ibadah puasa dan memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh barakah ini..



Kami sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H buat semua umat Islam, terutamanya buat family dan family mertua, sanak saudara, sahabat handai, kawan-kawan blogger dan pembaca blog Belle yang jauh di mata, tapi dekat di hati..  Kami juga memohon sekiranya tersilap bicara, terlajak kata.. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang duit raya RM10K? KLIK SINI

 Nak hadiah percuma? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 24, 2011

Happy Birthday July Girl!

Err.. girl lagi ke? Ekekeke.. Tak kisahlah, walaupun secara officialnya pada saat dan jam ini, umur dahpon melepasi era 20an,  tapi hati masih muda belasan tahun, dak gitew? ekekek..

Di hari yang berbahagia ini hanya mampu mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas segala nikmat yang diberikanNya, sangat merindui kedua ibu bapa, Ishak & Hamidah yang sememangnya bertuah bergelar anak mereka, dan berbangga menjadi isteri kepada Hadi & mama kepada Zahra yang sangat disayangi.. Tanpa mereka, siapalah saya dan tidak lengkaplah hidup saya..

Oww..takmo touche-touche (nak-nak lagi ala-ala dah ngantuk..ekeke) Meh kita tengok personaliti orang yang lahir pada bulan Julai ni.. Mari kita tengok berapa banyak yang mengena..


Hehehe..ada yang mengena dengan tepat, ada yang mengena dengan sipi-sipi..hihihi.. Yang tak kena mengena pon ada..

Ada yang share bulan kelahiran yang sama? Setahu saya ramai jugak.. Hari yang sama? Ekekeke.. Saya doakan semoga dengan pertambahan umur ini, kita menjadi insan yang lebih baik, dan segalanya lebih baik.. Aminnn..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 26, 2011

Happy 3rd Anniversary | Eh..eh.. 3 tahun suda.. ^_*

Hehehe, kalau nak ikutkan exact datenya, hari ni dah 3 tahun 2 hari..kuikuikui.. Kes takdan nak jenguk blog dan mengupdate, kira acilah lambat 2 hari baru buat post ni..ekekke..

Wah..sedar tak sedar dah 3 tahun kami berkongsi hidup.. Rasanya baru semalam kami mengikat janji untuk sama-sama melayari bahtera di depan tok kadi. Sungguh cepat masa berlalu, sedar tak sedar benih cinta kami sudahpun bergelar toddler (dah ready nak ada adik ke? ekeke..) Umur pon dan nak masuk era 30an..hohoho.. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami, masih banyak lagi yang kami perlu harungi bersama..

Buat kekandaku, meh hayati puisi khas yang adinda kopipes dari sini..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….
 Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,

Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya…
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Semoga cinta dan kasih sayang antara kita akan mekar selamanya. Dan semoga ikatan perkahwinan ini dirahmati dan diberkatiNya.. Untuk suamiku yang dicintai, thank you for being a wonderful husband, for being an amazing dad..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 20, 2011

Mari Sedekahkan Al-Fatihah

Salam semua.. Buka-buka blog pagi ni, ternampak entri dari sahabat blogger, Aisha aka Adyshariz yang gitau dia dan keluarganya tengah berkabung di atas pemergian arwah adik iparnya secara tiba-tiba.

Memang saya sangat-sangat terkejut sebab takde angin, takde apa kan, sebab lately Aisha jarang dapat update blog sebab busy dengan persiapan majlis kahwin adiknya dan juga tuntuan kerja. Tup tup bila nampak entri camgini, memang terpana sekejap. Semoga adik Aisha tabah menghadapi dugaan ini, dan juga buat semua keluarga Aisha & arwah. 

Juga, di kalangan blogger, iaitu empunya blog Telordibasuh, telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan paru-paru pada usia 25 tahun. Sebelum ni, saya ada terbaca di blog kenkawan yang gitau arwah masuk wad, tapi Allah lebih menyayangi arwah. Semoga keluarga arwah tabah menghadapinya. 

Semoga kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al Fatihah..


p/s : Terasa insaf sekejap, bila-bila je Allah boleh tarik nikmat hidup..Persoalannya, sudah bersediakah kita?


Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 16, 2011

Happy Teacher's Day



Saya ingin amik peluang ini untuk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di atas muka bumi ini, terutamanya kepada guru-guru Sekolah Kebangsaan Othman Talib sesi 1988-1992, Sekolah Menengah Tendong sesi 1993 - 1996, Sekolah Menengah Sains Machang sesi 1997, MRSM Taiping 1997-1998, Universiti Teknologi Malaysia sesi 1999-2007, kakak-kakak saya dan juga kepada kawan-kawan saya... Lagu dari Mirwana ini ditujukan khas untuk mereka..



TERIMA KASIH GURU

Masih..jelas diminda...
Bisikan suaramu memanggil...
Di situ langkahku bermula...
Mengejari cita kau di sisi...
Lantas kuutuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih...

Terima kasih guru...
Kerna hulur tanganmu...
Ku menghargai setulus jiwaku...
Bicaramu guru kan kuingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya...

Guru… ibarat pelita…
Sentiasa menyinar kamar hidupku…
Guru…kau pewaris ilmu…
Mendidik diriku…hingga ku berjaya.. ..
Lantas ku utuskan lagu untuk menyatakan
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…

Andai diberi peluang
Inginku terbang tinggi di awangan…
Kan ku petik bintang-bintang…
Ku jadikan hadiah untukmu…
Moga Tuhan merahmatimu…
Terima kasih…

Terima kasih guru…
Kerna hulur tanganmu…
Ku menghargai setulus jiwaku…
Bicaramu guru kan ku ingat selalu
Menjadi azimat hingga ke akhirnya…


p/s : Tetiba teringat pula memori zaman sekolah rendah. Masa tu macam majlis perpisahan sebab dah nak naik sekolah menengah..hohoh..beria menangis sebab terpaksa tinggalkan sekolah dan guru-guru yang disayangi. Maklumlah budak2 lagi kan, lagipun rapat ngan cikgu sekolah rendah lain dengan sekolah menengah..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 8, 2011

Selamat Hari Ibu



Kebetulan Suisse menyambut Hari Ibu sama dengan Malaysia.. Jadi kurang kepelikan di situ sekiranya saya membuat entri ini.. (neway, Hari untuk Ibu kan tak semestinya hanya disambut hari ini sahaja, malah bagus kalau dirai setiap hari..!!!)

Semoga mama menjadi mama yang terbaik untuk Zahra

Walaupun saya baru dua tahun jagung bergelar ibu (tapi Zahra ditrain panggil saya mama), masih cetek ilmu di dada, pengalaman pon x seberapa, tapi itu tak bermakna saya tidak mengerti dan sedar betapa besarnya kasih sayang, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan oleh mek kepada kami adik beradik, apatah lagi kepada saya sebagai anak bongsunya yang sudah pasti lagi banyak karenahnya. 

Mek, engkaulah ratu hatiku..

Jua kepada mok (ibu mertuaku....), yang mendidik en. Suami saya, bersama 6 adik beradiknya yang lain, yang sanggup mengorbankan karier demi menumpukan sepenuh perhatian untuk membesarkan anak. Tidak lupa juga buat Mak Mang, yang sudi menyayangi, mengasihi dan menjaga saya bagaikan anak sendiri, walaupun kami tiada pertalian darah.

Terima kasih mok..

Sesungguhnya, tiada intan berlian atas muka bumi ini yang boleh digunakan untuk membalas setiap titik keringat yang ditumpahkan oleh mereka, para ibu yang sanggup bersekang mata, memerah idea dan tenaga bagi menyediakan yang terbaik untuk anak mereka.. Jua bukan mereka mengharap timbunan emas dan permata yang dihulurkan, tetapi ingatan tulus ikhlas dan doa dari anak yang soleh/solehah..




Selamat Hari Ibu buat mek, mok, mak mang, buat diriku (hahaha..nak masukkan jugak..), kakak2ku, sahabat2ku yang bakal/sudah menjadi ibu dan semua ibu di seluruh pelusuk dunia.. Buat ibu-ibu muda seperti saya, semoga hari ini menaikkan semangat lagi supaya kita menjadi ibu yang mithali/terbaik untuk anak-anak generasi akan datang..





Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 15, 2011

Lagu Maulidur Rasul Yang Menggamit Kenangan..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) dan vote blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada hari ke 12 pada bulan Rabiul Awal Tahun Gajah iaitu pada hari ini..yeay!!! 

Saya ingat lagi, kalau masa kecik-kecik dulu, kat kampung saya akan diadakan kenduri Maulud, yang lelaki akan berselawat beramai-ramai secara kuat di ruang depan, dan kami pihak perempuan akan selawat selow-selow di dapur.. Habis selawat, makan secara beramai-ramai, memang meriahla.. Dah besar rasanya macam kurang sikit aktivti sebegini, ke sebab saya jarang balik rumah time Maulud? hehe..dah tak ingat.. 

Tapi kalau kat sekolah pulak, memang banyak aktiviti, salah satunya yang tak dapat saya lupakan adalah bernasyid, tak silap siap ada pertandingan tuuu.. Dan nasyid yang selalu dinyanyikan adalah kat bawah ni..



Bila dengar nasyid ni, memang teringatlah zaman sekolah dulu.. Teringat lagi masa dulu kalau nyanyi lagu ni meremang je bulu roma, malah skang ni pon kalau dengar masih meremang.. Nak-nak bila baca kisah Nabi, especially yang saat-saat terakhir sebelum Nabi wafat, Nabi masih risaukan umatnya, betapa dalamnya cinta Nabi kepada umatnya.. Dan bagaimana dengan kita? Betapa dalam cinta kita kepada kekasih Allah ini?



Jadi, jom beramai-ramai kita berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda memperingati dan memuliakan hari yang spesel ini..



Juga, jangan lupa juga untuk mengamalkan sunnah Nabi, sebagai tanda menyambung perjuangan Nabi Muhammad S.A.W,  paling tidak meniru akhlak Nabi yang sentiasa tersenyum..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...