Jan 10, 2011

Home » , , , , » Antara Anugerah Juara Lagu 25 & FA Cup 5th Round

Antara Anugerah Juara Lagu 25 & FA Cup 5th Round

Wohhoo.. bukak blog arini semua duk pakat cerita pasal Anugerah Juara Lagu yang ke 25.. Oleh kerana ni dah final, terdetik jugakla untuk tengok, siapakah yang bakal membawa pulang wang tunai RM35K kan.. Nak-nak ramai di antara finalis tu yang saya tak kenal dan tak pernah dengar lagu mereka..hehehe.. Satunya, saya jarang dengar radio, kalau dulu time drive kereta dengan pepagi time tengah bersiap nak gi kerja, baru on radio.. Bila duk Swiss ni, lagilah amat jarang untuk dengar lagu-lagu terkini dari Malaysia, nak-nak lagi skang ni busy ngan blog..kikiki..

Anugerah Juara Lagu 25

Sib baiklah DJ share mengenai website untuk layan streaming AJL 25 ni.. Kalau dak, baca blog kenkawan ajela.. tapi tak sama kan dengan tengok sendiri.. Tapi sayang, masa awal-awal saya buka website tu, website not reponding, agak lama jugakla.. Pastu baru ok, tapi masa tu dah sampai persembahan Pelita (A.P.I) (Memang tak pernah dengar band ni, dan lagu ni..kuikui).. Huhu, dah terlepas nak tengok persembahan dari Yuna.. Saya memang suka lagu Cinta Sempurna, 1st time dengar sebab tertengok drama Cinta Sempurna, terus jatuh cinta.. Masa tu taktau pon lagu ni lagu Yuna..

Overall, memang ada umphhlah persembahan Faizal Tahir bagi lagu Hanyut, siap jatuh dalam air tu.. Saya suka, two thumbs up!! Hihi.. Memang layaklah menang Persembahan Terbaik.. Tapi saya suka juga penceritaan lagu Selamat Malam, memang menyentuh perasaan perasaan btol, membuatkan saya lebih menghayati makna lagu tu..

First time jugakla saya tengok Ana Raffali (oww..comel la dia dalam baju kurung putih tu..) dan dengar lagu dia.. Komen? Ok, sedap jugakla suara dia, unik gak.. Tahniah sebab berjaya menjadi Juara bagi AJL 25, jangan taktau dia pon ada blog tau.. (klik sini..) Dan buat pertama kalinya saya ternotice dan tersuka dengar nyanyian dari Black.. Walaupun saya tahu dia juara Mentor 3, tapi macam dah lain sikit suaranya, lagi steady dari dulu.. Mesti sedap jugakkan kalau diorang2 ni mengalunkan Kalamullah..

Ana Raffali, Juara AJL 25

Ok, berbalik pada tajuk, rupanya ada game bola antara team Manchaster United dengan Liverpool.. Dan masa tayangannya sama pulak dengan AJL 25.. Cemana saya leh tau, jom ikut perbualan suami isteri, yang mana sorang suka layan drama-drama, anugerah2, reality show dan yang sorang lagi pulak ni kipas-susah-mati bola sepak & American Football..

Ceritanyer camgini
cikpuanhady : Bang, kat Malaysia skang ni diorang duk ready untuk layan Anugerah Juara Lagu.. Cam nak layan jugakla..
 Mr. Hadi : Kalau ikut jam sini, pukul berapa?

cikpuanhady : Pukul 2, nape?

 Mr. Hadi : Kalau kat Malaysia, dah berebut tv kita ni.. Jap lagi ada game Man U dengan Liverpool..

Hihi, yer, kalau dulu, memang kami akan berebut tv.. Ingat lagi masa tu final Akademi Fantasia (musim ke berapa tak ingat), time-time tu jugak akan tayang bola sepak, a must watch football game pulak tu..adoyaaiii... Mulalah sesi berebut remote..hihihi.. 

Tapi skang, dengan adanya Astro B.yond PVR, sesi merebut remote takkan berlaku lagi, coz dah boleh merakam semua cerita yang ingin ditengok, dan pada bila-bila masa sahaja boleh layan cerita yang dirakam tu.. Memang convenient!! Dan sekarang ni, Astro tengah buat contest, hadiahnya tersangatlah lumayan, iaitu uols berpeluang untuk menikmati Astro B.yond PVR, malah mungkin percutian 3D/2N ke Pearl Harbour di KK menjadi milik uols.. Jadi, tunggu apa lagi, klik sini laju-laju..



p/s : Oh ya, mungkin Mr. Hadi akan bercerita mengenai FA Cup 5th Round, ataupun Liverpool yang baru bertukar Manager.. Tu pon kalau angen rajin dia datang..kuikui..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

2 Comments
Comments

2 comments

Jan 11, 2011, 12:26:00 PM

Hihi....perasan tak sore Yuna memang unik kan

Jan 12, 2011, 11:39:00 PM

@atok : memang unik..sodap pon sodap..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...