Showing posts with label Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lagu. Show all posts

May 4, 2011

Part 4 | Belajar French melalui Lagu Ne Me Quitte Pas

Kalau dolu-dolu, saya gunakan lagu untuk memantapkan lagi penguasaan dalam berbahasa Inggeris, kali ni meh kita belajar Bahasa French dengan menggunakan lagu juga..ngee.. Dan lagu yang menjadi pilihan kali ini adalah Ne Me Quitte Pas, ada yang cam dak lagu ni?

Hehehe.. Kalau uols pernah tengok cerita Mukhsin, ingat lagi tak ngan lagu French dalam cerita tu? Ha, lagu ni lah yang digunakan, dinyanyikan oleh Jacques Brel yang sememangnya glamor. Ha, mesti uols tertanya-tanya kan, apa maksud Ne Me Quitte Pas tu..ngeh ngeh ngeh.. Kalau ikutkan pemahaman saya yang baru tahap beginner ni, ne & pas tu digunakan dalam ayat negation, kalau dalam bahasa kita, tak, bukan, jangan, camgitu la.. Kena ada ne sebelum verb dan pas selepas verb..ngeh ngeh..*tetibe terasa jadi cikgu bahasa pulok..* Me and Quitte tu kalau saya guna Google Translate, adalah I & leave.. So, ayat penuhnya adalah Don't Leave Me..

Video yang 1st ni adalah lagu yang ada subtitle French dan English.. Mula-mula saya nak tunjuk video yang dari penyanyi asal (klik sini), tapi takleh embedlah pulok.. Cari-cari jumpa yang ini.. Sila layan Ron dan Hermione ni..ngee..



Video kedua ni pulak, saya cari sebab ingat nak letak video penyanyi asal yang hanya ada subtitle French aje, so that uols dan saya boleh faham..hehehe.. Sekali dah jumpa video kat atas tu, should be dah boleh faham. Cumenyer, saya nak letak juga sebab penyanyi asal iaitu Jacques Brel puji penyanyi ni sebab nyanyi lagu dia lagi baik dari dia..hehehe.. Enjoy..



Oh ya, agak-agak uols, word apa dalam video tu yang saya faham kalau tak tengok subtitle? Ekekeke.. seingat saya hanya rouge dan noir je..kekeke.. iaitu rouge = merah, noir = hitam..agagaga.. Yang lain, ternganga lagi..hehe.. Sepatutnya minggu ni saya nak share ngan uols kaler dalam bahasa French, tapi sebab terlebih excited dengan lagu ni, kira minggu depanlah saya share ngan uols, warna dalam Bahasa French ek.. Bonne Journée!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 15, 2011

Lagu Maulidur Rasul Yang Menggamit Kenangan..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) dan vote blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul iaitu hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada hari ke 12 pada bulan Rabiul Awal Tahun Gajah iaitu pada hari ini..yeay!!! 

Saya ingat lagi, kalau masa kecik-kecik dulu, kat kampung saya akan diadakan kenduri Maulud, yang lelaki akan berselawat beramai-ramai secara kuat di ruang depan, dan kami pihak perempuan akan selawat selow-selow di dapur.. Habis selawat, makan secara beramai-ramai, memang meriahla.. Dah besar rasanya macam kurang sikit aktivti sebegini, ke sebab saya jarang balik rumah time Maulud? hehe..dah tak ingat.. 

Tapi kalau kat sekolah pulak, memang banyak aktiviti, salah satunya yang tak dapat saya lupakan adalah bernasyid, tak silap siap ada pertandingan tuuu.. Dan nasyid yang selalu dinyanyikan adalah kat bawah ni..



Bila dengar nasyid ni, memang teringatlah zaman sekolah dulu.. Teringat lagi masa dulu kalau nyanyi lagu ni meremang je bulu roma, malah skang ni pon kalau dengar masih meremang.. Nak-nak bila baca kisah Nabi, especially yang saat-saat terakhir sebelum Nabi wafat, Nabi masih risaukan umatnya, betapa dalamnya cinta Nabi kepada umatnya.. Dan bagaimana dengan kita? Betapa dalam cinta kita kepada kekasih Allah ini?



Jadi, jom beramai-ramai kita berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda memperingati dan memuliakan hari yang spesel ini..



Juga, jangan lupa juga untuk mengamalkan sunnah Nabi, sebagai tanda menyambung perjuangan Nabi Muhammad S.A.W,  paling tidak meniru akhlak Nabi yang sentiasa tersenyum..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...