Ada ke yang tak suka iPad? Hehehe..sayalah tu, tapi itu dulu.. Takdelah tak suka, tapi saya prefer normal laptop dari iPad. Tu zaman sebelum saya kenal dengan lebih dekat dengan iPad, tak silap masa awal-awal iPad dikeluarkan..Masa tu ramai bebenau orang kat Apple Store, duk godek-godek iPad, termasuklah Mr. Hadi, tapi saya, bo layan.. Kesnya malas nak berasak-asak untuk jamah iPad..hehehe..
Kedai Apple di Zurich |
Sebabnya, mungkin saya dah terbiasa dengan lappy yang biasa ni.. Tu yang membuatkan masa awal-awal dulu sikit pon tak pandang iPad..ngeee.. Satunya, sebab takde keypad attach dengan skrin tu, jadi saya rasa cam tak syok untuk guna, walaupun iPad tu screentouch dan kita leh connectkan dengan keypad dock kalau takmo guna screentouch tu.. Even handset saya suka guna yang ada keypad coz rasa cam lagi laju je bila type..
credit |
Tapi hari tu, bila bapa mertua datang, ngan iPadnya sekali, nampak cam best pulak bila guna untuk tengok nursery rhymes Zahra.. Zahra pon syoknyer layan nursery rhymes kat iPad.. Maklumlah senang je nak view, pehtu nak slide dari atas, bawah mahupun kiri kanan tersangatlah snang.. Dah memang fungsi utamanya adalah untuk media-audio visual dan untuk surf internet, email kan.. Tetibe rasa cam, eh cam menarik juga kalau Zahra ada iPad.. Amboii, itu sudah lebih.. Takkan untuk budak yang baru nak masuk 2 tahun sudah ada iPad, sedangkan maknya pon pakai lappy biasa je..kikikiki..
bapa mertua dengan iPadnya..apa lagi, tengah reply emellah tu.. |
Tapi siriyes, memang menarik ada iPad ni, kalau uols ada duit lebih, especially yang suka surfing internet dan suka baca novel kat lappy, pulak tu dah ada desktop satu, lappy satu sensorang, belilah iPad ni.. Boleh bawak ke mana-mana, ringan dan kecik pulak tu..
Takpon, kalau rajin, joinlah Invent Your Own iPad Application contest, mana tahu kalau rezeki uols, boleh menang free iPad dari Maxis.. Beshh tu.. Saya teringin gak nak join, tapi mood kerajinan belum datang, pulak tu masa pon sangat mencemburui saya..hohoho..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: