Hihihihi, patutnya entri ni publish pada hari semalam, coz misi ini dilaksanakan pada hari Sabtu yang lepas.. Tapi dek kerana agak buzy, pulak tu ada AJL 25, lagilah membuatkan entri ini tertangguh..
Oh ya, mesti uols tertanya-tanya kan, Matterhorn tu apa, saya pon baru je dengar ni, just a few weeks ago.. Tu pon kes Mr. Hadi duk beria-ria bila hari yang cerah, duk sibuk skodeng mountain kat depan rumah ni, katanya boleh nampak Matterhorn dari rumah kami ni.. Saya ni pulak, Matterhorn ape pulak ni? Bunyi nak dekat ngan flowerhorn fish dah gamaknya.. Mr. Hadi gitau, Matterhorn ni mountain yang paling glamer kat Swiss ni, one of the highest peaks in Alps, nak panjat memang susah giler, ramai dah yang meninggal, tapi ianya adalah the most photographed mountain in the world.. Jom kita cuci mata dengan pemandangan sekitar mountain ni..
Sabtu lepas, oleh kerana cuaca yang cerah, suhu pon tak berapa sejuk, dalam 11-15 C, maka Mr. Hadi mengajak saya dan Zahra cuci-cuci mata melihat pemandangan mountain dan lake sepanjang Saint Sulpice - Vevey, dengan harapan dapat mengambil gambar puncak Matterhorn ni.. Yelah, takkan nak mendaki pulak kan..hehehe.. Actually, boleh tengok lebih dekat tanpa perlu mendaki, hanya pi ke Zermatt, tapi skang kat sana suhu -20 C, maklumlah atas bukit jugak.. Jadi, tak kuasalah kami nak gi membekukan diri time Winter nih, maybe akan pi sana time Spring or Summer nanti, at least suhunya 0 hingga -5 C aje..kuikuikui..
|
Adakah salah satu puncak itu adalah puncak Matterhorn? |
|
Ataupun adakah yang ini? |
|
Close up sikit, uols rasa yang mana? |
Walaupun seronok dapat menikmati keindahan alam ciptaanNya, sudahnya hujung minggu ini tak dapat nak bermain skating macam
minggu lepas2.. Huhuhu, dahla dapat main time Winter je.. Minggu lepas langsung takde snow, nak
main sled pon tak dapat.. Takpe, tunggu hujung minggu ni, saya akan main secara sakan nanti..ngeee..
p/s : Badan Zahra sedikit panas, harapnya esok (by the time entri ni publish, waktu Malaysia dah tengahari..hehehe..) kebahlah sikit panas badannya itu..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: