Mar 12, 2011

Home » , » Tsunami dan Gempa Bumi melanda Jepun | Semoga kau selamat, sahabat-sahabatku

Tsunami dan Gempa Bumi melanda Jepun | Semoga kau selamat, sahabat-sahabatku

Sangat terkejut semalam bila buka blog, semua duk cerita pasal tsunami dan gempa bumi yang melanda Pantai Utara-Timur Jepun.. Pulak tu, gempa bumi yang terkuat sekali pernah melanda Jepun, berukuran 8.9 pada skala Richter. Sungguh dashyat, nak-nak dilanda tsunami pulak setinggi 10 meter, membuatkan saya teringat pada kejadian tsunami yang melanda Kuala Muda, Kedah dan Acheh pada 6 -7 tahun yang lepas..

Rasanya, itulah pertama kali saya mendengar ayat tsunami dan memahami sikit-sikit mengenai tsunami.. Rupanya tsunami ni bukan benda yang baru, dari tahun 1700++ lagi tsunami telah banyak mengorbankan harta benda dan nyawa. 

Tsunami adalah siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung berapi, letupan atau hentaman meteor dalam atau berhampiran laut.

Kalau nak tahu lebih lanjut leh klik sini.. Dan kini, lebih 1000 orang dikhuatiri menjadi mangsa Tsunami yang melanda Jepun semalam dan tahap radiasi semakin meningkat di wilayah Fukushima walaupun tiada kebocoran dilaporkan di loji nuklear kawasan tersebut.. Huhu.. 

Harap-harapnya semua rakyat Malaysia di Jepun sekarang ni selamat dari segala bencana yang melanda. Maklumlah ramai juga kawan-kawan saya kat Jepun ni, malah ada blogger yang belajar kat Sendai ni.. Ni saya kopipes dari Utusan yang mana ada anak, adik-beradik ataupun saudara mara di Jepun untuk mendapatkan perkhabaran dari sana..

Sementara itu Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai yang mahu mendapat perkembangan terkini bencana boleh menghubungi Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Jepun, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di talian +819099753122.
Orang ramai juga boleh menghubungi Setiausaha Satu Kedutaan Malaysia, Rina Hanis Rodzli di talian +818035067636 atau bilik operasi Wisma Putra di talian 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830.
Dalam pada itu, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 207 penuntut di bawah tajaannya di Jepun selamat dan perkembangan peserta Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD) itu akan sentiasa dipantau.
Menurut kenyataan itu, penghantaran 84 pelajar ijazah kejuruteraan ke Jepun pula yang dijadual pada 19 Mac ini akan diputuskan kemudian. Ibu bapa yang mempunyai pertanyaan tentang penuntut di bawah tajaan Mara boleh menghubungi talian 017-2911918 dan 012-3118715.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

2 Comments
Comments

2 comments

Mar 12, 2011, 3:06:00 PM

semoga rakyat Malaysia selamat di sana, amin

Mar 24, 2011, 2:52:00 AM

@dni : tulah kan..Aminn..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...