Showing posts with label Belle Amies of The Day. Show all posts
Showing posts with label Belle Amies of The Day. Show all posts

Apr 8, 2011

Belle Amies of Day 5

Kikiki..sepatutnya saya publish semalam, tapi dek kerana petang semalam saya telah keluar meronggeng bersama Mr Hadi dan Zahra, maka hari ni baru dapat publish entri mengenai Belle of The Day..

Based on random.org yang dilakukan di entri ini, yang bertuah seterusnya adalah Aisha aka Adyshariz.. Saya kenal dengan nama ini dah lama, masa awal-awal saya menceburkan diri dalam dunia contest dan giveaway. Masa tu, terperasan yang kami sama-sama ada menang dalam satu giveaway..

hehe..cilok gambar..harap tak marah..ngee

Rupanya Aisha lebey kurang macam saya aje, ada sorang anak yang lahir pada tahun 2009, bezanya Zahra lahir awal sebulan dari Hariz, kira boleh genglah tu..hehehe.. Dan minat kami pon sama, iaitu join contest dan giveaway. Tapi Aisha lagi rajin dari saya..hehehe.. Terror pulak tu bab-bab contest kreatif ni, dah banyak pon menang hasil daripada join contest dan giveaway. Jom berkenalan dengan Aisha di blognya, A Story to Remember.

Belle Amies yang last but not least bertuah, seterusnya adalah Ujee.. Ha, yang ni pon saya kenal sebab duk join contest dan giveaway juga.. Kalau nak tahu, Ujee ni pon suka join contest dan giveaway juga, tapi lebih kepada contest kreatif dan bergambar, dah selalu jugak menang ni..


Ujee pon macam kak Yong juga, susah nak jumpa gambar sefamily, walaupun dah godek-godek entri blognya, so saya taruk yang ni aje la ek..hehe.. Mesti uols tertanya-tanyakan apakah Ujee tu nama samaran ataupun nama singkatan? Saya pon tak pasti, empunyer diri, mahu tulung jawabkan? hehe.. Dahpon mempunyai 1 + 2 hero dalam hidupnya.. Wahh, bunga dikelilingi kumbanglah ni yer..hehehe.. Jom berkenalan dengan Ujee di blognya, Blog Ujee..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 1, 2011

Belle Amies of Day 4

Hohoho, kali ni nak menyelesaikan hutang yang bulan Mac..hehe... Patutnya publish pada 24hb yang lepas, tapi dek kerana busy + lupa + bercuti, baru skang dapat buat dan publish entri ini.. Tanpa melengahkan masa, kali ni saya nak memperkenalkan lagi 2 orang yang bertuah bagi segmen Belle of The Day..

Sebagaimana undian yang dibuat pada entri ini, yang bertuah seterusnya adalah Yan. Kalau nak tahu, dah lama Yan menceburkan diri dalam dunia blogging ni, kalau tak silap saya sejak bulan Mac 2009 lagi..

Ha, rasanya ramai yang dah kenal dengan Yan ni, salah satu sebabnya sebab Yan selalu jugak anjurkan contest dan giveaway, malah suka juga join ga & contest tau, dan dah banyak juga memenangi conway ni.. Jom berkenalan dengan Yan di blognya, UmmiAbbiQisAdhwa..

Insan yang bertuah seterusnya adalah fa10.. Kenal dengan fa10 ni pon melalui join contest dan giveaway juga, dan fa10 ni memang seorang yang tegar join contest dan giveaway ni.. Malah, fa10 ni pon selalu memang jugak ni..

Tapi sebenarnya, dolu-dolu masa zaman saya tak mengenali dunia berblogging dengan sepenuhnya, masa zaman suka jadi silent reader aje, saya pernah terlanding kat blog personal fa10..hoho..bocor rahsia.. Masa tu saya selalu landing sebab suka baca cerita travel fa10 sekeluarga ke seluruh benua Eropah, masa tu saya ingatkan fa10 stay kat Malaysia becoz fa10 bagitau ikut travel yang dibooking melalui internet yang kebanyakkannya orang Malaysia yang join. Tak sangka fa10 stay kat Edinburgh, Scotland skang ni. Memang banyak tempat fa10 dah pergi melawat, kalau uols nak tahu, jom skodeng blog fa10 di Sekadar Coretan..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 23, 2011

Belle Amies of Day 3

Hohoho, banyak yang tertangguh.. Patutnya publish pada 7hb yang lepas, tapi dek kerana busy + lupa + bercuti, baru skang dapat buat dan publish entri ini.. Tanpa melengahkan masa, kali ni saya nak memperkenalkan lagi 2 orang yang bertuah bagi segmen Belle of The Day..

Sebagaimana undian yang dibuat pada entri ini, yang bertuah seterusnya adalah ColourFulSara aka Sara. Oleh kerana dah puas godek-godek entri Sara ni, tapi tak jumpa juga gambar sefamily, maka saya letaklah gambar yang ini ajelah..

Dapat cari yang mana satu? Eh..eh..ada perasan, muka yang familiar dak?

Yang saya suka sekali mengenai blog Sara ni, setiap entrinya pasti ada ayat-ayat yang memuji Allah, sekaligus membuatkan teruja untuk menyebutnya sekali.. Kalau tak cayer, uols cubalah terjah setiap entrinya, pasti akan ada Masyaallah, Alhamdulillah, Barakallah.. Dan kalau uols nak tahu, Sara ni adalah penggerak kepada Steps to Muslimah, dan skang ni tengah ada promo mengenai workshop, untuk maklumat lanjut sila layari blog ColourFulSara.

Belle Amies aka kawan Belle yang bertuah seterusnya adalah Zie, tapi oleh kerana tiada paparan link blognya, maka saya terpaksa berikan laluan kepada Mama Zharfan. Rasanya semua dah kenal ngan Mama Zharfan kan, mana mungkin tak kenal, blogger tegar lagi femes ni.. 

Pic fresh from oven ni..

Skang ni Mama Zharfan dan family sedang berjimba-jimba di Disneyworld Paris.. Uisss, mesti besh bangat kan.. Syok je tengok gambar-gambar Mama Zharfan dengan kartun-kartun yang comel tu.. Yang paling saya suka, Mama Zharfan ni suka berkongsi cerita mengenai kehidupannya di nunn di UK sana, tak dapat gi Nottingham dan UK, dapat baca dan tengok gambar pon dah macam merasa juga life kat sana kan..huhu.. Jom skodeng Mama Zharfan tengah buat apa kat Disneyworld tu di blognya Miles of Smiles..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 24, 2011

Belle Amies of Day 2

Kalau sebelum ni saya dah memperkenalkan Belle Amies of Day 1 iaitu Deqlis, kali ni saya nak memperkenalkan lagi bukan sorang, tapi dua orang yang bertuah bagi segmen Belle of The Day..

Based on random.org yang dilakukan di entri ini, yang bertuah seterusnya adalah Ina Nazir.. Masa awal-awal saya masuk blog kak Ina ni, blognya belum dimakeupkan sepenuhnya lagi, tapi skang dah ada bunga-bunga dah..ngee.. Blog saya jugak yang belum revamp lagi..huhu.. Tak silap saya, follower blog kak Ina pon makin meningkat.. Tahniah..


Kak Ina pon kekadang suka jugak join contest ni, nak-nak bila dilanda angin pus-pus..ngee.. Paling saya suka entrinya yang bertajuk Macam mana berbekalkan RM50 sebulan, kak Ina boleh belajar kat U.. Kalau uols pi kat blog kak Ina, bacalah entri tu, memang boleh muhasabah diri sekejap..huhu.. Jom berkenalan dengan kak Ina di blognya, Ina Nazir..

Insan yang bertuah seterusnya adalah Ummi Soffiyah.. Saya harap gambar dan link yang saya tunjukkan ni betul lah ek, sebabnya bila tengok kat dashboard followers aka Belle Amies bagi blog ini, tak keluar link blog.. Ni pon saya dapat link sebab Ummi ada join Cute Baby with a Book Contest..

Gambar keluarga Ummi bersama Mejar Faiz..waahh..bestnya..

Ha, kalau nak tahu, kak Ummi ni dah ada 3 heroes and 1 princess, namanya Zahirah Sofiyyah yang sangat comel dan buat masa ni, the one and only princess dalam family.. Mesti jadi gegurl kesayangan ni.. Kak Ummi pon suka join ga & contest tau, dan dah banyak juga memenangi conway ni.. Jom berkenalan dengan kak Ummi di blognya, Ummi Sofiyyah..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 7, 2011

Belle Amies of Day 1

Ingat lagi dak dengan entri saya mengenai Segmen Baru di blog Belle? Kini tibalah harinya untuk saya perkenalkan Belle Amies yang terpilih secara cabutan bertuah menggunakan random.org untuk diperkenalkan dalam segmen Belle Amies of The Day..

Macam yang saya bagitau kat entri tersebut, 1st sekali saya akan ambil listnya dari Belle Buddies yang ada kat sidebar tu.. Dan ini adalah list pada 7 Feb..


Dengan menggunakan random.org, berikut adalah susunan giliran yang akan diperkenalkan dalam segmen Belle Amies of The Day..

That means, Deqlis adalah orang pertama yang bertuah, yang akan diperkenalkan dalam entri ini.. Jom kita tengok dulu, siapakah gerangan Deqlis ni..


Ha.. Ni lah Deqlis ataupun Elissmelia.. Nama sebenar? Saya tak pasti, tu nak kena tanya empunya diri.. Rasanya dah ramai kenal dengan Deqlis kan, maklumlah Deqlis pon rajin join contest dan giveaway ni.. Banyak dah pon menang hasil dari berconway ni.. Yang terbaru, Deqlis adalah salah seorang dari Top 10 My Giveaway bagi kategori entri kreatif (me too!! ngee..)

Deqlis sudahpun berpunya dan dah bergelar isteri pon.. Ngee, sesapa yang terasa nak mengorat tu, lupakan ajelah hasrat di hati tu.. Saya doakan semoga Deqlis cepat-cepat dapat baby, mesti comel cam Deqlis dan suami jugak..ngee.. Jom berkenalan dengan Deqlis di blognya, Deqlis..




Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...