Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

May 5, 2011

Resepi Puding Roti yang Simple dan Sedap

Ha, kali ni saya nak berkongsi pula resepi Puding Roti yang simple banget, tapi tetap sedap sampai menjilat jari.. Kalau uols tak menjilat jari, mesti ada terkureng kat mana-mana bahan tu..ekeke.. Juz kiddin..

Kalau ikutkan dolu-dolu, saya bukanlah gemor sangat puding roti ni, pulak tu ingat nak buat puding roti ni leceh, tapi sejak jumpa resepi ni, dan bila dah buat sendiri tu, eh..eh.. rasa cam besh pulok..ekeke.. Masuk bakul angkat sendirilah pulok..kuikui.. Ok, meh kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan.. *Biasanya saya akan buat puding roti bila roti dah nak dekat due..kuikui.. Daripada buang roti tu, baik buat puding roti, lagi sedapp.. Lagipun membazir kan amalan syaitan..ngeee*

Puding Roti - Kali kedua buat ni..muahaha..

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
  • 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
  • kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

Ni cubaan yang pertama, terus jatuh hati..Nyum..nyum..



Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...