Jan 19, 2011

Home » » Triple Lucky dan Top Five...^_*

Triple Lucky dan Top Five...^_*

Hihihihi..lambat giler nak update.. Tengah dilanda angin M (read kurang rajin..agaga).. Entry gi jenjalan Portugal aritu belum draft lagi, pastu aritu dah janji nak wat entry mengenai perbezaan nuffnang, mangga ads dan advertlets pon belum wat-wat lagi..hihihi.. Tunggu mood datang dulu..hihihi..

First sekali entri ni mula-mula didraft sebagai Mr. R Loves Me, sebab masa tu dapat tau 2 kali lucky dalam giveaway yang menggunakan khidmat random.org aka Mr. R. Sekali, ada lagi giveaway yang me lucky, tapi kali ni menggunakan cabutan undi, jadi tak sesuailah ngan tajuk kat atas tu.. Malas nak buat entri yang berlainan, so gabung sekali jadilah camgitu.. Hihi..berapa panjang mukadimah daa..

Straight to the point, me adalah one of the lucky winners for MyFreakyDolls 1st Giveaway, thanks buat sleepy aka cik penganjur coz sudi bagi Miss Eggie yang kiut miut tu kat me.. Tahniah juga buat chococream..


Walaupun nama blogshopnya myfreakydolls, tapi dollsnya memang kiut miut, unik-unik pulak tu.. Geram tengok.. Jom usha dolls yang comey-comey di myfreakydolls..

Dah tersenyum gembira sebab dapat Miss Eggie, tetiba terperasan pulak yang me bertuah dalam Mama3H Giveaway.. Wahh, sekali lagi Mr. R suka pada me..hihihi.. Thanks buat Mama3H coz anjurkan ga ni, dan tahniah juga buat pemenang yang lain..


Rupanya Mama3H ni duk kat Skudai, JB.. Alahai tempat me bermain-main tu.. Rindu sesangat kat Taman U, especially JJ dan kedai makan ape dah ek.. Lupe laa..ekekeke.. Kalau time puasa tu, suka bebenau pi Pasar Ramadhan kat situ, cari tepung pelita jagung yang best..ngee.. Jom berkenalan dengan Mama3H di Celoteh Mama3H..

Pagi ni, err, actually petang baru bukak lappy, ngee.. Nampak ada mesej dari Aanie aka Mama Adam, Ifa dan Ibu Ayra gitau yang me bertuah dalam Giveaway Hanya Untuk Kamu.. Wahh, terharunya saya buat kamu-kamu sekalian yang sudi maklumkan.. Muahss untuk uols!! Thanks buat Mummy Chacha for the lovely gifts, banyak tuuuu, siap ada frame dan brooch lagi.. Thanks buat Fasya coz sudi cabut nama auntie.. Muahss!! Tahniah juga buat pemenang2 yang lain, especially Ibu Ayra dan eT..


Rupanya Mummy Chacha ni adalah izan cute.. Alahai, yang selalu menang conway aka cgl jugak ni.. Satu geng ni, suka join conway jugak ni..hihihi.. Ke me silap orang? Hikhik.. Jom berkenalan dengan Mummy Chacha di Daddy, Mummy, Putri-putri..

Last sekali, masa me baru nak start berblogwalking ke rumah kenkawan, me ternampak result untuk  Top 5 bagi Gambar Kenangan Percutian 2010 dah keluar, dan percutian kami tersenarai dalam carta Top 5.. Yeayy!! Alhamdulillah, termasuk juga dalam carta Top 5, maklumlah semua percutian dalam Top 13 best2 belaka, malah semua percutian peserta bagi contest ni memang best2 belaka.. Kalau ada masa dan duet, pasti akan jelajah ke setiap tempat yang disyorkan oleh peserta.. Thanks buat Deqlis dan hubby kerana memilih percutian kami tu.. Thanks juga buat uols yang mengundi hari tu.. Muahss berbijik-bijik kat uols!!

Kami dengan E.T (Eiffel Tower)

Wahh..dah masuk Top 5 ni, mulalah nak berangan-angan, adakah akan termasuk Top 3? Hehehe.. Tapi siriyes, memang sengit nih.. Semua gambar cantik-cantik, semua best-best, memang peninlah nak memilih.. Tawakkal ajelah.. Kalau ada rezeki, adalah kan.. Tapi harap-harapnya adalah rezeki untuk kami..ngeeee.. Aminn..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

6 Comments
Comments

6 comments

Jan 19, 2011, 1:30:00 AM

Tahniah.Wah,durian runtuh tu,mcm2 menang, tapi izan_cute tu maybe org lain kot hehe,izan yg ni tak selalu menang pun hehe.

dah email details yer? tapi macam tak sampai je emailnyer...kalau boleh email smula yer... tq!~

Jan 19, 2011, 9:44:00 AM

tahniah....mmg Mr R sayang kat kamu ni...:)...ok hari ni saya pos hadiah utk GA MaMa3H...terima hadiah yg x seberapa dari MaMa3H

tq sudi join....

Jan 19, 2011, 10:15:00 AM

mmg bertuah sis ni...saya perasan jugak dh byk kali nama cikpuanhady tu muncul..adiah dari saya dah sampai ke lum?hehe

Jan 19, 2011, 11:52:00 PM

Tahniah!!!....

nanti hadiah sampai inform me ya..!

JOM USHA2x :Deqlis dah join..uolls dah ker?? Pendapatan Sampingan Berblog Dengan HeartBeat.My ...!

Jan 21, 2011, 11:46:00 AM

tahniah has...byknya menang...bertuah kamu...

Jan 24, 2011, 12:12:00 AM

@izan : yeke..hihi..ingatkan izan yg ni dah..tapi seriously, rasa cam izan yg ni dah..agaga..btw, thanks..

@mama3h : me suka aja hadiah apa2 pon..hihihi..thanks

@lynn : alamak..tak call tny lg..nnt dah tny, me gitau ek..

@deqlis : oret, nanti me inform..thanks..

@ibu ayra : thanks dear..ibu ayra pon bnyk gak menang..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...