Showing posts with label Pap Smear. Show all posts
Showing posts with label Pap Smear. Show all posts

Jan 19, 2012

Pengalaman Pertama Membuat Ujian Pap Smear

Kenkawan, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Ingat lagi tak entri Ujian Pap Smear | Uols pernah buat? Terima kasih buat yang sudi berkongsi pengalaman, memang banyak jasanya kepada saya dan juga pembaca yang lain.. Dan kali ni, saya nak share pula pengalaman pertama saya membuat ujian pap smear.

Saya buat kat klinik kerajaan aje, lebih tepat kat Klinik Kesihatan Tendong, Kelantan. Mula-mula sampai, macam cuak juga, perasan bercampur baur, berdebar ada, malu pon ada, takut pon ada, happy memang takdelah.. hahaha.. Ok, itu gurau aje! Saya pi dengan tekad dan niat demi kesihatan diri, maklumlah lebih baik mencegah daripada berubat, kan? Dan mintak2 jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..
 
credit

Kebetulan saya pi tu, ada 2 orang je yang nak buat pap smear (termasuk saya), so takyah tunggu lelama, terus nurse ajak masuk.. Saya beramah mesrala ngan kakak nurse tu walaupun ala-ala malu kucin (lupa dah namanya.. thanks akak.. bajet macam kakak tu baca blog ni aje..haha) Saya tanya, sakit tak, teknik pernafasan cemana? Berapa lama boleh tahu result and bla..bla..hihi..

Kakak tu gitau, nafas cam biasa, bertenang, jangan kemut kalau tak nanti tu yang sakit..hehe.. Saya dengar aje sakit bertambah cuak.. Tapi saya cuba tenangkan diri, fikir ini semua untuk kesihatan saya juga, kalau duk fikir sakit, sakit memanglah akan lagi stress, bila stress akan kemut, so bila dah kemut tu, mestilah sakit kan.. so saya buang jauh2 perasaan cuak saya tu, saya fikir yang best-best aje..haha..yang ni tertakluk pada kekreatifan uols..

Tapi yang paling best, kakak ni siap mitak izin nak tengok, nak sentuh dan sebagainya, siap baca bismillah dan selawat lagi, buat saya bertambah tenang, perasaan malu pon makin kurang, pasrah dan redha aje..
 
Credit
 
Nak tahu apa yang saya rasa? Haha.. Rasa sejuk aje.. And of courselah rasa ada benda kan, tapi tak sakit pon.. Dan proses tu kejap aje, sebijik macam Ummu Ukasyah & Fatin gitau.. Sedar2 kakak tu gitau dah siap dah, saya siap tanya kakak tu, dah siap ek? Hehe.. Kakak tu siap tunjuk lagi spesimen yang diambil.

Rupanya untuk 3 tahun pertama (kalau tak silap sayalah), kena buat tiap2 tahun, dan kalau keputusannya ok, lepas 3 tahun tu baru buat selang 2 tahun.. Jadi, buat uols yang dah kahwin ni dan belum ambil ujian ni, cepat-cepat gi buat tau.. Jangan takut, tak sakit punyerlah, yang penting kena rileks (minda dan anggota badan), jangan kemut dan buang perasaan malu (atau fikir menda lain..) Dan buat para suami sekalian, jika isteri uols masih belum ambil ujian ni lagi, galakkan & ingatkan dia untuk pi cek, biasanya kalau suami beri galakan dan dorongan, mesti para isteri akan bertambah semangat & kurang perasaan takutnya untuk ambil ujian pap smear ni.. ;)
 
credit
 
p/s : Wahh.. Dah hari Khamis pon, kejap aje nak weekends kan, pastu terus holiday, ada yang dah merancang nak gi makan angin? Ataupun balik kampung? Hehe.. Walaupun kat sini takde CNY holiday, tapi minggu depan kami pon akan bercuti selama seminggu..hehe.. Oh ya, mehla tulun saya dengan klik & like kat SINI.. Muahss!
 
 
Nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 
 
Mencari iPhone 4s & plan yang affordable, Klik SINI

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 30, 2011

Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Hehehe, kali ni pasal kewanitaan pulak iaitu mengenai ujian Pap Smear.. Yang lelaki, nak ambil tahu pon boleh, mana tahu suatu hari nanti memerlukan  ilmu pengetahuan ni untuk diceritakan pada isteri ke kann..ngee..

credit

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. 

credit : KPMC Puchong

Ha, bercakap pasal ni, saya tak pernah buat ujian. Kenapa? Hmm, kalau nak kira banyak alasannya, antaranya lepas kahwin, takdan berapa bulan dah pregnant, pastu mai Swiss pulak, nak buat kat Swiss segan kalau-kalau dapat doc atau nurse lelaki, jawabnya balik ni baru nak buat..agagaga.. Tapi sebenarnya masih takut-takut dan segan lagi ni..agagaga.. Maklumlah, walaupun nurse or doc perempuan yang cek, still segan gak kan..agaga.. Masa beranak haritu lain, sebab dah sakit kan, tak kesah dah..

Tapi nak tak nak, kena buat jugak kan, lagipun ni melibatkan kesihatan diri kan.. Takkan kerana segan, kita nak compromise our health kan, lebih baik mencegah daripada berubat..huhu.. Dan mintak jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..

Uols pernah buat ujian Pap Smear ni? Mehla share kat sini, sakit tak? Agagaga.. Kalau ikutkan yang saya kopipes sebahagian isi dari sini, ianya tidak menyakitkan, tapi nakler jugak tahu pengalaman uols kan..
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

p/s : Dalam mode berdebar nak buat test ni.. Padahal tak buat appointment lagi..agagaga.. Sapa yang pernah buat kat JB ataupun Kelate, mehla suggest hospital mana yang besh untuk buat ujian ni..agaga


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...