Showing posts with label Alphabet. Show all posts
Showing posts with label Alphabet. Show all posts

Jan 16, 2012

Tot School | Letter Bb

Sebelum tu nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!

Kalau 2 minggu lepas saya dah kongsi mengenai Letter Aa Part 1 dan Part 2, hari ni saya nak share ngan uols aktiviti Zahra dengan Letter Bb. Tapi sayangnya, banyak yang saya lupa untuk snap setiap kali buat aktiviti, jadi saya share yang mana ada jer la yer.. Seperti biasa, resource bagi Letter Bb ni saya dapat dari sini..

This week's Letter :Bb
This week's Object : Ball
This week's Vocab : Outdoor Fun


Untuk printables yang kat atas ni, saya ambil dari sini.. Menariknya sebab ada line untuk bantu anak2 membuat line, compare dengan printables kat atas tu..


Yang outdoor fun tu, saya ubahsuai sikit, terlalu banyak rasanya untuk diperkenalkan buat Zahra, saya pilih yang biasa atau pernah Zahra nampak..


Untuk aktiviti tampal menampal, saya download dari sini.. Yang ni saya dah siap-siap gunting, hanya bagi Zahra letak gam, dan tampal mengikut huruf. Hasilnya adalah seperti kat bawah ni, tapi tu belum saya tulis kat atas tu..hehehe..


Untuk aktiviti butterfly craft ini kat bawah ni pula, saya rujuk kat sini.. Hihi, yang besar tu tapak tangan saya, yang kecik tu tangan Zahra.. Biasalah Zahra, mesti nak libatkan mamanya juga..


Hikhik, banyak yang tak amik gambar.. Lenkali nak kena ingatla.. Till then, jumpa lagi di segmen Tot School..hehehe


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 26, 2011

Tot School | Letter Aa Part 2

Hehehe, kali ni saya nak sambung Part 2 bagi Tot School | Letter Aa. Biasanya saya buat by week, contohnya minggu lepas, khas untuk Letter Aa sahaja. Minggu ni sambung dengan huruf Bb pula.. 


Kalau minggu lepas, saya tunjuk hasil yang Zahra warna, lepas aktiviti tersebut, saya bagi Zahra gunting ikut petak, sebagai latihan untuk fine motor..

Lepas tu, kami buat aktivit tampal menampal pulak.. Yang ni saya dah siap-siap gunting, hanya bagi Zahra letak gam, dan tampal mengikut huruf.


Untuk aktiviti ni, uols boleh download kat blog Love My Life, kat sini pon banyak homeschool activities yang menarik, tapi saya amik yang mana sesuai ngan Zahra ajela..


Aktiviti menggunakan paint brush ni pon saya amik dari blog Love My life juga, cuma saya ubah, instead of lacing, saya bagi Zahra warnakan huruf a ni.. Hasilnya, cam kat bawah ni.. Oh ya, kalau uols nak buat craft Aa for Apple ni, leh klik sini.

abaikan tulisan mamanyer yang tak cun tu..dah lama tak menulis guna pen, asyik guna keyboard aje..hahaha..

Aktivti last ni, yang template Aa tu saya ambil dari sini. Yang pattern recognition tu tak silap saya amik dari blog Love My Life. Zahra memang suka main playdough ni, memula ingat nak buat sendiri, tapi sebab tak tahan lama, pulak tu mamanya tak berapa rajin + abahnya pon sudi aje nak menaja, apa lagi, beli aje ler..hehe..


Itu aje ler aktiviti untuk Letter Aa, ade gaks yang saya tak ambil gambar, maklumlah, kekadang bila dah syok tu, dah lupa dah nak amik. Kalau uols tahu mana-mana link homeschool ataupun tot school yang menarik, meh share kat sini.. Till then, jumpa lagi di segmen Tot School..hehhe


p/s : Tetiba rasa cam nak jadikan hari Isnin, hari Tot School di blog ni..ngee.. Tapi cane ni, skang ni Zahra baru di huruf C, tu pon baru nak start..


Wanna be a star in Yuna's music video, Click HERE

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak tahu cara & gaya hidup sihat, Klik SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 19, 2011

Tot School | Letter Aa

Hehe, sebenarnya Zahra dah mula homeschool dari bulan Nov haritu lagi, tapi beselah mood mamanya ke laoottt, baru skang nak update.. Tapi ni pon tak dapat nak full update, sebabnya ada lagi gambar dalam kamera tak transfer, kesnya tak jumpa kabel..

Mula2 interested nak berhomeschool ni lepas terjumpa blog Mama Homeschool.. Memang bagus blog ni, banyak info yang dikongsikan bersama mengenai homeschool ni.. Tapi saya takdelah betul2 homeschool kan Zahra, saja isi masa lapang dia, sambil mengenal huruf ABC, 123 dan yang simple-simple aje.. Tapi untuk aktviti Tot School ni, saya lebih banyak merujuk pada blog 1+1+1=1, sebab gegirlnya lebih kurang sama umurnya ngan Zahra.

Untuk Letter Aa ni, saya gunakan printables dari sini, senang keje, takyah nak reka cipta atau fikir lelebih, print aje..ngee.. Tapi ade jugak yang saya tak buat ataupun ikut, ikut mood Zahra jugak, dan tak mengikut urutan, lebih kepada yang mana Zahra nak buat dulu..ngee.. Jom nengok aksi Zahra berhomeschool..

This week's Letter : Aa
This week's Object : Apple
This week's Vocab : Fruits


Untuk mula-mula ni, saya tunjukkan cemana nak tulis huruf Aa, then Zahra akan ikut.. Dan kami akan guna banyak jenis warna marker untuk tulis huruf ni, more practice tapi jimat kertas..ngee


Yang ni pulak saya ambil dari sini.. Patutnya sambung pada dot dot tu, tapi Zahra sambung pada huruf, takperlah nakk.. Asalkan Zahra bahagia..hehehe


Yang tracing ni pon Zahra guna banyak jenis warna marker, jimaattt kertas..kikiki.. Kalau uols nak lagi jimat, boleh je laminate, takpon letak dalam sheet protector, leh guna berkali-kali.. Oleh kerana kami takde dua-dua, tu yang sampai guna banyak warna tu.. Perasan tak skang Zahra guna tangan kiri laks? Kat atas guna tangan kanan.. Haha, taktauler Zahra ni kidal ke tidak, sebab skang ni guna dua2 tangan.. Kalau Zahra cekap guna 2 tangan untuk menulis, itu lagi bagus..haha..


Untuk aktiviti ni pulak, saya memperkenalkan dulu nombor 1-10 pada Zahra, then saya minta dia cari nombor yang saya sebut dan scribble that number.


Untuk shapes pulak, macam nombor tadi, saya perkenalkan dulu bentuk-bentuk, then saya minta Zahra tracing mengikut bentuk apabila saya sebut shapes tersebut.


Muka yang happy tunjuk hasil tangan mewarna object apple, walaupun hasilnya tak semenggah..hehe.. Tapi skang dah comey sikit skill mewarnanya.. Oh ya, masa ni takde warna ungu, tu yang tak dapat kaler..huhu.. Maklumler, on the spot homeschool, first timer pulak tu, tak prepare bebetul..

Tapi tuler, nak berhomeschool ni nak kena dua-dua rajin, terutama maknya, anaknya suka aje sebab ada aktiviti kan.. Untuk Zahra, mama cuba merajinkan diri untuk jadi lebih kreatif agar Zahra suka ngan aktiviti sebegini.. Jom uols, kita berhomeschool, leh tukar2 pandangan dan idea..


p.s : Bila dah demam camgini, dah slow sikit aktiviti homeschoolnya.. Ke tak jalan? Hoho..


Nak insentif tunai, Klik SINI

Nak menang iPad2, Klik SINI

Who wants a trip to Germany + RM10k cash? Click HERE

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...