Showing posts with label Mangga Ads. Show all posts
Showing posts with label Mangga Ads. Show all posts

Mar 30, 2011

Part 3 | Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Kalau sebelum ni saya dah berkongsi mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing di Part 1 dan Part 2, kali ni tiba masanya untuk saya menyentuh mengenai kemasyukan $$$ bagi setiap ads company ini.. Dan saya pasti, perkara ini yang memainkan peranan yang besar dalam memilih ads company..

Jadi, uols rasa yang mana paling masyuk? Nak berteka teki dak? Agagaga, peel orang suka join contest..kuikuikui.. Ok, bagi saya masyuk tak masyuk bergantung kepada trafik satu-satu blog dan kalau Nuffnang, blognya ada berapa BE.. Wohohoho, keciwa dak ngan statement tu, tak menjawab soalan kan? Agagaga.. Tapi siriyes, itulah yang menjadi variable dalam menentukan masyuk ke tak masyuk ads company bagi blog uols..

credit

Nak cakap pasal masyuk tak masyuk ni, memang susah, because bergantung pada performance blog tersebut dan kalau Nuffnang pulak, ada satu lagi variable iaitu ada BE ke takde.. Meh saya berkongsi mengenai earning blog Ma Belle Conway, yang dulunya berstatus Gliterrati Nuffnangers. Kalau diikutkan, saya mula pasang iklan Nuffnang pada bulan 9/2011 dan mula mendapat BE pada bulan 11/2010 dan buat cash out buat pertama kalinya pada akhir bulan 1/2011 dengan jumlah RM159.91. Trafik masa tu dalam 100-200 UV sehari rasanya. Sejak cash out, blog tu tak dapat BE dah..huhuhu, earningnya RM0 (juga takde hasil dari klik-klik..) sehinggalah pada..ermm..bile ek saya madukan dengan Advertlets dan Mangga Ads, bulan 2 kot, sebab geram meh.. Trafik ok, tapi sebab takde BE, takdek earning.

Yang bestnya mengenai Advertlets dan Mangga Ads, asalkan ada trafik, uols akan mendapat earning, walaupun takde orang klik. Yer, semua hasil earning yang uols tengok pagi Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, adalah hasil dari trafik semata-mata, dan bukannya hasil dari klik (takde orang klik ads kat blog ni..hoho) Tapi yang kurang bestnya, jumlah earningnya tak semasyuk BE Nuffnang. Sebab tulah, Nuffnang ni, kalau dapat BE, memang best, memang masyuk, tapi persoalannya, akan dapatkah BE atau lagi tepat, berapa lama baru dapat BE? hohoho.. Sebabnya sampai skang blog saya tak dapat-dapat BE sejak cash out hari tu..

Ok, kalau uols tengok Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, kat situ boleh saya rumuskan Advertlets lagi masyuk dari Mangga Ads coz tafik yang sama, tapi jumlah earning yang berbeza, dan memang agak ketara perbezaannya. Tapi tak ramai yang berani nak join Advertlets ni, coz ada ura-ura mengatakan yang susah nak dapat cek bila dah cash out nanti.. Sejauh mana kebenaran tu, saya tak tau, sebab tulah saya memasang angan-angan untuk biarkan Advertlets ni running sampai boleh cash dan tengok betul ke tak betul ura-ura tersebut..

earning setakat ini bagi Advertlets
earning setakat ini bagi Mangga Ads

So kesimpulan saya, kalau takde BE, memang Advertlets dan Mangga Ads lagi masyuk, based on trafik uols lah, lagi tinggi, lagi masyuk. Tapi kalau ada BE, walaupun seketul BE, saya rasa earning BE Nuffnang lagi masyuk..

Lagi satu, mengenai minimum untuk cash out. Yang ni pon Nuffnang best, coz bila dah RM50, uols dah boleh cash out, takyah nak tunggu lelama. Tapi Advertlets dan Mangga Ads, kalau tak silap saya kena tunggu RM100 baru boleh cashout.. Bagi blog saya yang trafik tak berapa nak masyuk ni, ala-ala berjanggutlah jugak nak tunggu RM100 tu..hohoho


p/s : Nanti saya kongsikan, kenapa saya masih setia ngan Nuffnang di blog ini dan blogshop saya, Ma Belle Shoppe, walaupun setakat ni masih takde BE dan kekadang tu terasa gatal tangan nak madukan Nuffnang..hehehe..


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 24, 2011

Part 2 | Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets

Kalau semalam, saya dah sentuh mengenai tahap user friendly website masing-masing di bahagian Part 1, dan kalau uols tengok komen tu dipersetujui oleh blogger lain. Ada juga yang bertanya mengenai status gliterrati Nuffnang jika menduakan atau mentigakan dengan Advertlets mahupun Mangga Ads. Semestinya akan bertukar menjadi Ordinary. 

Mungkin ada yang konpius, takde pon iklan Mangga Ads atau Advertlets kat blog ni.. Hohoho.. Kalau yang mengenali blog ni masa awal kewujudannya iaitu akhir bulan 12/2010, akan tahulah pada masa tu saya letak iklan Mangga Ads dan Advertlets sahaja di blog ini. Tapi di blog sedia ada iaitu Ma Belle Conway saya letak iklan Nuffnang sahaja, yang saya join sejak bulan 9/2010 dan baru cash buat pertama kali pada bulan 1/2010. Lepas-lepas tu dah tak dapat BE, earning pon takde..huhuhu.. Dan sekarang ni, saya telah tukar, kat blog ini saya letak Nuffnang sahaja, dan di blog Ma Belle Conway saya letak semua iklan yang boleh letak..hahaha.. Gila tamak..hehe, bukannn, saja nak test dan mengutip pengalaman sendiri letak pelbagai iklan.. Bila dah lepas cashout pertama untuk each iklan nanti, barulah saya akan memilih yang mana satu menjadi poojaan hatiku..hohoho.. Kenapa saya tukar? Nanti saya buat entri khas ek pasal tu.. Kali ni kita fokus dulu pasal perbandingan ni..

Kali ni saya nak bagitau mengenai data earning, bukan jumlah earning tau..beza ni..hehe.. Kalau tak faham, meh tengok data earning dari Advertlets..


Kalau uols nak tengok total earning pon boleh, daily earning pon boleh.. Lepas tu, memang details lah, contohnya untuk hari tu ada berapa orang klik, ataupun berapa jumlah impression sekaligus efek jumlah earning pada hari tersebut.. Yang Mangga Ads, paling tak best sekali, coz saya masih penin-penin dia update sekali seminggu ke cemana. Coz masa awal-awal saya join Mangga Ads dulu, dalam sebulan baru update..hohoho.. Pulak tu, macam uols tengok kat Part 1 Perbandingan ataupun Pendapatan Mangga Ads bagi Disember, macam gitulah data earningnya. Satu lagi uols boleh tengok jumlah earning bagi each bulan macam kat bawah ni..


Kalau Nuffnang pulak, dia bahagikan untuk BE dan CPC, macam kat bawah ni.. Bezanya dia tak sedetails cam Advertlets, i.e tak tahu ikut per day, ataupun jumlah klik (hanya tau earning hasil dari klik). Jangan terpedaya dengan jumlah earning Nuffnang ini, ini adalah yang dolu-dolu punyer, skang dah takde.. Skang ni akaun RM0, BE takdek, earning dari klik pon takde..huhuhu..sangat sadesss..


Apa lagi ek yang saya nak sentuh pasal perbandingan ni? Ha, dari segi efek iklan kepada kelajuan blog..huhuhu.. Ini hanya hipotesis saya berdasarkan pemerhatian semasa saya online, tidak bersandarkan dengan fakta atau bukti yang kukuh yer.. Yang saya perasan, tiap kali blog ni nak loading, yang melambatkan ataupun buat slow adalah Mangga Ads dan Nuffnang.. Setakat ni, saya tak pernah lagi perasan Advertlets buat blog ni lambat nak load.. Ada certain-certain time yang agak kerap jugaklah, yang saya perasan, blog ni lambat load sebab nak tunggu Mangga Ads ataupun Nuffnang nak loading (ni kes masa iklan ni tengah updating system ke, ape ke, idokler pasti..)

Mengenai masyuk tak masyuk, haa.. saya tau yang ni pasti ramai yang tertunggu-tunggu kan.. Tunggu my next entri mengenai perbandingan ini, akan saya selitkan sekali mengenai jumlah untuk cash out..hohoho.. Yang ni pon memainkan peranan jugak ni untuk memilih.. kuikuikui..


p/s : Ada tak antara uols yang menggunakan iklan 701 panduan, masyuk tak? Hahaha.. Dia punyer iklan based on klik sahaja ke? Lagi satu, betul ke tak efek status Nuffnang.. Setau saya iklan camgini boleh efek, tapi tak surelah kan.. Kalau ada yang pernah terbaca kat mana-mana blog pon gitau ek.. Saya dah gatal tangan nak letak iklan ni kat  blogshop kami iaitu Ma Belle Shoppe. Maklumlah takat ni NO BE, NO EARNING dari klik-klik..huhuhu


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 23, 2011

Part 1 | Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kacamata Cik Puan Hady

Wahh..wahh..wahh..berkurun baru dapat saya buat entri ini..hoho.. Nak buat cemana, tak sempat beb.. Entri2 sebegini kena analyse betul-betul, mana boleh main tangkap muat je..kuikui.. Cakap ye ye je, padahal sampai skang masih tak sempat nak analyse.. Saya gitau yang mana saya tau ajerlah ek..ekekeke.. Ni pon kes dah ramai yang bertanya mana lagi bagus, mana lagi best, apa perbezaan.. Jadi senang saya jawab tru entri ni..

First sekali, saya nak sentuh pasal user friendly dari segi website masing-masing.. Tapi mungkin a little bit biased pada Nuffnang, bukan pasal nak bodek untuk dapat BE ke ape..hohoho, tapi sebab saya lagi lama menjadi ahli Nuffnang (sejak bulan 9/2010 iaitu 6 bulan) berbanding dengan Mangga Ads dan Advertlets (baru daftar akhir bulan 12/2010 iaitu 3 bulan). Pulak tu, dolu-dolu masa awal-awal register Nuffnang, suka cek graf hijau dan earning, paling kerap seminggu sekali (earning Nuffnang kan update sekali seminggu) Compare masa awal-awal daftar dengan Advertlets dan Mangga Ads, saya dah makin slow untuk cek earning (kekononnya tak ambil pusing sangatla..kuikuikui..) paling kerap pon sebulan 2 kali..hohoho.. Termasuklah ngan Nuffnang jugak, memang dah jarang ceklah.. Jadi kebiasaan menggunakan website Nuffnang tu melebihi Advertlets dan Mangga Ads. Sedikit sebanyak mempengaruhi jugaklah review saya ni.. Tapi basically, saya prefer website Nuffnang, rasanya lebih user friendly lagi compare to Advertlets dan Mangga Ads..

Dashboard Mangga Ads
Dashboard Advertlets
Dashboard Nuffnang
Macam saya, saya suka dan nak tahu jumlah UV untuk tiap-tiap hari, walaupun kat blog saya ada pasang widget untuk tau UV dan ada install Google Analytics (hanya guna sekali sebulan untuk tengok performance for that particular month), tapi saya bukannya jenis nak cek hari-hari, saya suka cek sekali seminggu ke, untuk tengok bagi 7 hari tersebut, alang-alang leh cek earning sekali kan, meningkat ke tidak.. Tapi setakat ini Mangga Ads dan Advertlets hanya tunjuk impressions. Paling tak best Mangga Ads, coz dia terus totalkan jumlah untuk 7 hari. Advertlets tunjuk hari-hari tapi bukan dari segi graflah, hanya nombor. Dan Nuffnang, memang glamer ngan graf hijaunya yang best itu, ada tunjuk UV dan pageviews, samada secara terperinci which is by hour, by day, by week or by month. Pendek kata, saya memang sukalah analytics yang ada kat Nuffnang tu, dari segi  referrals dan keywords tapi takde kat Mangga Ads dan Advertlets, kes dah terbiasa ngan Nuffnang kann..

Keduanya, setakat ni saya tak jumpa lagi panduan untuk letakkan code iklan di blog bagi Mangga Ads dan Advertlets, compare dengan Nuffnang yang ada panduan terperinci untuk letakkan code iklan di blog.. Bagi saya, ni penting jugak, nak-nak bagi yang baru nak menceburkan diri dalam bidang pengiklanan. Nasib baiklah saya pernah join Nuffnang, jadi time saya nak pasang code iklan Mangga Ads dan Adverlets, saya rujuk Nuffnang punyer, coz saya suka paste coding tu kat template especially untuk Leaderboard dengan Square.

Ketiganya, widget-widget yang ada kat Mangga Ads seperti friends widget, points dan sebagainya tu saya tak berapa minat.. Bukan bermakna saya tak suka berkawan ke ape, tapi bagi saya, untuk pengiklanan ni, saya hanya nak tampal iklan, pastu dah, biar earning meningkat dari sehari ke sehari..ekekeke.. Yang network widget dan dapat points ni saya malas nak layan, ekeke, bagi yang berminat tu lainlah cerita kan.. Mungkin boleh berkempen ajak masuk Mangga Ads dan sebagainya, jadi sedikit sebanyak membuat saya tertanya-tanya, eh..eh..points ni untuk ape laks, lalu malas nak ambil pusing..kuikuikui..

Next, saya akan sentuh dari segi data earning. Yang ni saya suka Advertlets.. Nanti saya story dengan details pada Part 2.. Takleh stay up lelama, esok ada kelas French (oh by the time entri ni publish esok = hari ni..)

Untuk sneak peek, uols boleh cekidout entri saya mengenai Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets bagi bulan Disember dan Januari.


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 10, 2011

Update Earning dari Mangga Ads

Hari tu saya ada buat entri mengenai Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets bagi Januari 2011, kat entri tu saya ada printscreen jumlah earning Mangga Ads yang saya dapat bagi bulan Januari, iaitu sebanyak RM0.28 sahaja..

Tapi, semalam bila saya masuk website Mangga Ads, kekononnya nak mengkaji sebab nak buat entri Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets. Saya terperasan yang jumlah earning bagi bulan Januari bertambah.. Tak cayer? Jom tengok printscreen kat bawah ni..


Jumlah pendapatan ni baru logik sikit, coz lagi tinggi dari bulan Disember..hehehe.. Mungkinlah masa saya printscreen yang dulu tu belum diupdated lagi jumlah earning untuk Januari.. Tapi still lagi sikit berbanding dengan Advertlets kan..hohoho.. Banyak tu beza, dalam RM6.++ camtu..

Ada yang bertanya jumlah minimum untuk cashout Advertlets? Hohoho, saya pon tak pasti, coz kat website tu tak dinyatakan berapa minimum.. Tapi kalau ikut printscreen kat bawah ni, saya belum boleh cashout lagi..


Mungkin juga bila RM100 baru boleh cash out kalau diikutkan apa yang dikomen oleh bro Edy ni kat entri Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets bagi Januari 2011. Hohohoho, berzamanlah baru boleh cashout kalau camgini..huhu.. 


Patutkah saya beralih arah pada Nuffnang sekarang juga? Hohoho.. Tapi kalau ikutkan blog Ma Belle Conway, lepas dari cash out pada 31 Jan lepas, sehingga skang masih takde earning lagi, masih  RM0.00 jumlahnya. Kesnya takde BE baru maa.. Sangat sadisss!!!



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 8, 2011

Pendapatan dari Mangga Ads & Advertlets bagi Januari 2010

Huhuhu..sebenarnya saya ala-ala-tension-jugak ni.. Bukan tension sebab earning dari Mangga Ads dan Adverlets ciput, tapi tension sebab tengah syok nak buat entri gitau yang kat Lausanne ni ada sambutan Chinese New Year, skali bila nak transfer gambar dari handset ke lappy, tak jumpa cari kabel.. Jenuh serata rumah cari (okey, tipu di situ, takdela serata rumah), tak jumpa jugak..huhuhu.. Ada sape2 nak pinjamkan kabel dak? Muahaha..

Ok, kembali kepada tajuk, last time saya dah tunjuk earning bagi kedua-dua ads company ini pada bulan Disember, kali ni saya nak kongsikan mengenai earning blog Notre Belle Histoire bagi bulan Januari 2011. Mari kita tengok berapa yang Mangga Ads bagi pada bulan lepas..


Cuba tengok tu, pendapatan bulan Disember lagi banyak daripada bulan Januari, padahal bulan Disember tu saya mula pasang iklan pada 22 @ 23hb camtu.. Hohoho, cemana leh jadi camgini ni? Mungkinkah sebab iklan tak keluar? Saya perasan time saya buka blog, takde iklan pon kat Mangga Ads tu, hanya ada muka pompuan dan laki yang duk ternganga tu aje.. Time uols datang, ada tak iklan Mangga tu? Tapi saya ada perasan juga, kat website Mangga Ads tu ada gitau yang payout is different for every campaign.. Mungkinlah sebab tu yang earning kurang..huhuhu.. Meh kita tengok dari Advertlets pula..


Haha, jangan pelik yer kenapa bermula dari 9hb dan kenapa tidak 1hb? Itu semua kerana saya baru je printscreen earning ini pada 7hb Feb.. Hohoho, maklumlah saya bukan jenis rajin nak cek hari-hari kekadang bila mood datang nak cek baru saya cek.. Jadi, takpela takat kurang 8 hari..ngeee.. Tak beza banyak kot.. Dah total up ke berapa? Ngee.. Tak berapa nampak ek? Meh saya tlun kirakan.. Semuanya berjumlah RM7.787. Banyak tu beza dengan Mangga Ads..hoho

Kalau ikutkan hati, nak je saya buang Mangga Ads tu, ringan sket blog saya.. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam letak, saya tengok lagi beberapa bulan cemana.. Lagipun loading blog saya ok kan? Ngee.. Jom kita tengok trafik blog Notre Belle Histoire bagi bulan Januari pulak..


Paling sikit dengan 51 UV pada 1 Jan, hehe, nak tau kenapa? Sebabnya kami baru je pulang dari berjimba-jimba di Lisbon, Portugal.. Paling banyak trafik pada 25 Jan dengan 195 UV.. Nak tau kenapa? Sila godek-godek entri pada 24-26 Jan..hehehe.. Sebabnya saya pon taktau, saya agak maybe sebab entri pada hari tersebutlah..ngeee.. Dan yer, semua earning dari Mangga Ads dan Advertlets ni bukan hasil dari klik tau.. Takdek orang sudi nak klik ads ni blog ini..huhuhu.. ;p  Nak tengok dak Alexa ranking bagi blog ni? Moh skodeng jap sama ada menjunam ko mendaki..miahaha..


Kalau ikut apa yang saya cek pada 28 Jan yang lepas, untuk WorldWide meningkat sebanyak 190 000 dan untuk Malaysia juga meningkat sebanyak 3000.. Wahhh, i loooikeee!! Yang sites linking in tu masih kekal.. Cemana nak improve pon saya masih samar-samar lagi.. Puan Bee ada bertanya pasal Google Adsense (saya ada sentuh sket ja dalam entri 28 Jan yang lepas), yang saya tau memang Nuffnang tak kisah bermadu ngan Google Adsense.. Cemana nak daftar, saya pon tak tau.. Tapi rasanya banyak je info kat Pak Cik Google, kena search dan rajin mencari + baca..hohoho.. 


p/s : Saya tau saya masih berhutang, belum buat entri mengenai Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kaca mata cikpuanhady. Hahaha, sabar naa.. Saya tengah tunggu ilham datang..kuikui..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 11, 2011

Pendapatan dari Mangga Ads & Advertlets bagi Disember 2010

Hehehehe..ini bukan entri untuk menunjuk-nunjuk ye (nak nunjuk apenyer, ciputtt je earningnyer).. Tapi untuk direkod sebagai rujukan di masa hadapan, untuk dibuat perbandingan dengan Nuffnang nanti..hohoho.. Mungkin juga, boleh dijadikan panduan untuk uols, yang baru nak berjinak dengan pengiklanan di blog..

credit
Rugi pulak rasanya untuk blog Ma Belle Conway saya tak rekodkan pendapatan masa awal-awal join Nuffnang dulu dan jumlah unique visitor.. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan Mangga Ads dan Advertlets bagi blog ini, dan kenapa tidak menggunakan Nuffnang? Simple jawapan saya, saya mahu merasai sendiri perbezaan antara Mangga Ads, Nuffnang, dan Advertlets.. Kalau dapat join Innity, nak juga saya try (sedarlah blog hang ni nak maintain 100UV sehari pon belum tentu)..kekeke.. Walaupun kekadang terasa juga rugi dan menyesal-ala-ala-geget-bibir sebab kalau guna Nuffnang dan kalau dapat BE, mesti masyukk kan..(koya lagi di situ..ntah dapat BE ke tak..)

Ok, tanpa melalut lebih panjang lagi, kita tengok berapa earning dari Mangga Ads dulu.. Actually, dah hampir saya nak buat entri gitau yang tak dapat satu sen pon dari Mangga Ads, sekali hari ni bila cek, tengok-tengok ada earning untuk Disember, barangkali diupdate di akhir bulan kot.. Coz untuk Januari ni takde earning lagi.. Harap maklum yer saya join Mangga Ads pada 23 Disember 2010.



Ini pula pendapatan dari Advertlets, tarikh join pon sama je cam Mangga Ads, maklumlah blog ni pon baru diwujudkan pada 22 Disember 2010..hihihi..


Advertlets ni pelik sikit, kalau uols perasan, tarikh 24 dan 31 Disember, dua-dua hari Jumaat, tidak termasuk dalam pengiraan. Kenapa? Saya tak mengkaji lagi.. Tapi untuk 7 Jan (which is hari Jumaat) adalah pulak.. Nak tau berapa total Advertlets, uols kira sendiri..Agaga.. Nampak tak? Ok, saya tulun kirakan.. Totalnya adalah RM0.728, lebih RM0.218 dari Mangga Ads lah..


Ini pula adalah trafik bagi blog ini, sepanjang 22-31 Disember. Yang mana, paling sikit orang mai adalah pada 31 Dis, sebabnya masa tu kami tengah sakan berholiday, tanpa sebarang updated entry.. Yang paling ramai adalah pada 26 Dis (hmm..nape yer?)

Agak2 hangpa, ok tak pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets ni? Ada tak yang guna ads company sama cam saya, berpuas hati tak dengan earning uols? Ok, rasanya cukup takat tu je dulu.. Next, saya akan sambung dengan entri Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kaca mata cikpuanhady..ekekeke.. Maklumlah untuk blog Ma Belle Conway, saya menggunakan Nuffnang sepenuhnya.. Sayang kat status Glitterrati tu..


p/s : Kalau perasan, earning ni bukan hasil dari klik tau..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...