Blog
Notre Belle Histoire ini diwujudkan setelah blog
Ma Belle Histoire dijadikan blog khas untuk join conway dan kini dikenali sebagai
Ma Belle Conway.. Pulak tu, blog ini akan dijadikan tempat menyimpan
mohor-mohor besar segala memori dalam hidup kami, sebagai kenangan di hari muka.. Jadi catatan di blog
Our Precious (kekononnya blog khas untuk anak-anak) dan isi-isi yang dirasakan sesuai dalam blog
Parenting (tempat rujukan saya nih..) akan dimasukkan dalam blog
Notre Belle Histoire ni secara berperingkat, coz tak cukup tangan nak handle banyak-banyak blog.. Dua blog ni pon dah terkejar-kejar..hihihi..
Selain tu, niat membuat blog ini juga adalah untuk berkongsi dengan para pembaca info-info yang berguna dan sesekali kalau terlebih rajin akan mengupas beberapa isu yang dirasakan perlu untuk berkongsi..ngeee..
Oh ya, blog ini mempunyai 2 orang penulis, iaitu saya aka cikpuanhady dan encik suami iaitu Mr. Hadi. Tapi sayalah yang akan banyak menulis, sebabnya Mr Hadi busy dengan study..hihihi..orang masih belajar katakan..
Ada yang tertanya-tanya apa makna di sebalik Notre Belle Histoire? Hihihi..maksudnya our beautiful story ataupun cerita indah kami.. Sebab tulah url blog ini adalah ceritaindahkami.blogspot.. hihihi..sedikit panjang..agagaga.. Jadi, salam perkenalan dari kami sekeluarga dan semoga uols enjoy membaca blog kami ini, dan semoga sedikit sebanyak blog kesayangan kami ini memberi input & manfaat kepada anda semua..
p/s : Kalau uols follow blog ni, boleh tinggalkan url blog uols kat sini.. Senang saya nak follow balik..ngee.. Thanks..
p/s/s : Update pada 24/2/2011, blog ini telah bertukar domain, dan kini sebagai ceritaindahkami.com
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: