Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts
Showing posts with label Food and Beverage. Show all posts

Jan 18, 2012

WW11 | Cheesy Meatball Yang Spesel

Kenkawan, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Oleh kerana idea & mood nak menulis hilang ke laut (mungkin juga sebab dah ala-ala lalok..), maka hari ni me nak berWW dengan tepek gambar Cheesy Meatball yang spesel ni.. Kenapa spesel? Sebabnya ia adalah air tangan Mr. Hadi..kikiki.. Dan tercetusnya nak buat ni pon sebab Mr Hadi layan Saturday Kitchen kat BBC, masa tu chef jemputan James Martin ada buat cheesy meatball ni.. Jemput tengok menu kami hujung minggu yang lepas..hihi..


Ada yang nak resipi tak? Hehehe.. Nanti me akan share resipi ni, setelah me dapat dari Chef Hadi..ahaks..


Nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 
 
Wish your friends CNY e-card & win yourself RM250 Ang Pow, Click HERE

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 11, 2012

WW10 | Mee Kari Yang Ada Ummppphhhh

Wahh.. Dah lama tak update pasal makan-makan kan..hohoho.. Kali ni nak letak gambar Mee Kari yang kami pernah buat, ada umpph jugakla walaupun tak cukup bahan-bahan, antaranya fish cake ngan fish ball yang susah bebenau nak jumpa kat sini..


Kebetulan masa gi shopping aritu, nampak ada kerang, sale pulak tu, apa lagi kami angkutler. Dahla kat sini jarang nak jumpa kerang, kalau ada pon mahal bebenau.. Oh ya, kami guna spagetti sebabnya kat sini mana nak cari mee kuning..huhuhu.. Dapatla jugak melepas rindu kat mee kari yang juga merupakan salah satu makanan peberet kami..


p/s : WW yang tak berapa nak wordless sangat..hehe.. Tapi kurangla jugak wordnya dari biasa..hihi.. Uols suka ke mee kari ni? Kalau kat tempat uols, kat mana nak cari mee kari yang besh ek?


Want an ultra-even, flawless foundation finish? Click HERE

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 2, 2011

Budu dan Khasiatnya

Hehe, tetiba arini sentuh pasal makanan tradisional yang terkenal, terutamanya di sebelah Pantai Timur Malaysia, iaitu budu dan khasiatnya. Almaklumlah, baru beberapa hari yang lepas dapat makan nasi dengan budu.. Thanks Zana, kerana menjamu kami dengan budu, terubatlah jugak rindu kat kampung halaman.

Ha, kalau nak tahu, saya ni makan budu ni pon sebab sedap,  terutamanya dengan sesetengah masakan, bukan sebab khasiatnya (kesnya pasal tak tahupun khasiat budu ni..) Sekali 2-3 hari lepas, saya terjumpa artikel mengenai khasiat budu, memang nak share terus ngan uols, tapi baru skang dapat share..hehehe.. Maklumler, blog pon baru dapat update..kuikui..

Jarang saya makan budu cenggini, biasanya kosong aje, lagi best kalau budu + sambal tempoyak/durian

Ha, nak tau dak khasiat ape ada pada budu ni? Ha, banyak khasiatnya, bukan saya yang cakap, tapi ini adalah kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Katanya, kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Info kat bawah ni semua saya kopipes dari sini.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). 

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak, budu juga merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin, yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Saya kopipes sikit aje ni, kalau nak tahu lebih lanjut leh tengok kat Wiki/Budu. Seriyes, saya taktau pon yang budu ni banyak betul kebaikannya, maklumlah, rasanya yang agak masin tu kan, macam tak berani pulak nak bagi Zahra try. Tapi kat situ, ada tulis bagus untuk kanak-kanak, tapi dari umur berapa ek boleh bagi? Because kopi dan teh tak elok kan bagi kat kanak-kanak, kan? Ke untuk bayi je? Hahaha.. Oh ya, stail saya aka my family, takdela makan budu sampai banjir nasi ngan budu, tu over,..agagaga.. Ke ada yang sampai minum/hirup je budu tu? Hehhe.. Oh ya, budu ni ada jugak kekurangannya, oleh kerana kandungan asid urik yang agak tinggi, ianya tidak sesuai bagi mereka yang menderita sakit gaut, kencing manis, darah tinggi, jerawat batu, barah payudara dan keguguran rambut kronik.


p/s : Saya takdela makan budu sokmo, tapi cukup suka makan budu dengan kuah singgang (kelate) dan gulai lemak. Uols suka makan budu? Or pernah makan budu, apa kata uols, besh ke tak?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sep 1, 2011

Resepi Bubur Jagung yang Sedap

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Dear readers, nak mitak jasa baik uols support blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Wahh, mesti skang ni uols tengah beraya sakan kan, jelesnya.. Saya je lah yang tengah ngadap lappy sensorang..hohoho, padahal takdan gak nak ngadap lama-lama walaupun kat sini tak rasa pon feeling beraya tu..huhuhu.. Takat hari pertama ajela.. Raya kedua ni, en. suami 'beraya' kat opis, saya ngan Zahra beraya kat umah..hohoho..

Oh ya, haritu saya ada letak gambo bubur jagung, first time buat tu..ekekeke.. Memang bubur jagung ni pon one of my peberet bubur ni.. Dolu-dolu, kalau balik Kelantan, mesti singgah beli jagung, sebab nak mintak mek buatkan bubur.. Skang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri..hohoho.. Nasib baik sonang yo nak buatnye..hehehe.. Jom cekidout..



BAHAN-BAHAN
  • 4 batang jagung diambil isinya (saya guna jagung dalam tin aje saiz 280g)
  • 5-6 sudu besar gula (saya guna brown sugar)
  • 1 mangkuk kecil santan (dalam 250m)
  • 1 - 1 1/2 mangkuk kecil air (dalam 375ml)
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 1/4 sudu teh garam (kalau tak nak letak pon takpe..)
  • segenggam sagu dibilas dan ditos (saya ganti dengan beras..ngee)
 
CARA-CARA
  1. Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 minit
  2. Masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu. Biarkan sehingga mendidih dan masak.
credit : jun

My 1st Trial - Saya guna brown sugar sebab kekononnya nak bagi warna bubur tu sedikit perang, maklumlah kat sini tak jumpa lagi gula melaka, daun pandan pulak takde..hohoh.. Oleh kerana saya takde sagu, dan saya gantikan dengan beras, dan saya guna jagung dalam tin, Step 1 tu saya tukar dengan beras dan saya biarkan sampai mendidih. Lepas dah masuk gula dan sebagainya tu, bila dah nak dekat masak baru saya letak jagung.. Baru syok dan tak lembik.. Selamat mencuba uols..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 24, 2011

WW3 | Nyum..Nyumm..Nyummm


Perbualan suami isteri di kala waktu sahur..

S : Ayang, mana bubur jagung?
I : Eh.. kan dah habis..
S : Aiks, bila masa makan? Bukan ke banyak lagi, satu periuk tu..
I : Hehehe, dari jam 11 lagi dah abis.. Sambil tengok tv, sambil ngap.. Tak sedar licin periuk ni, lagipun makan dua beranak (cover line..kiki)


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Jom join Kontest Menang Duit Raya yang senang banget, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 19, 2011

Resepi Kuih Akok yang Simple dan Sedap

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) dan vote blog saya dengan klik & like kat SINI (sehingga 29 Feb 2012).. Thanks!

Hehehe, ingatkan dah duk jauh dari Malaysia ni, tak dapek dah nak makan makanan kegemaran, salah satunya kuih akok yang sedap.. Uiss, pantang balik Kelantan, mesti singgah kat tepi jalan dari Besut ke Pasir Putih (area mana tak ingat), kat situ kuih akoknya sedap betul.. Belum kira memborong di Pasar Siti Khadijah lagi..ekeke..

Sekali terjumpa resepi akok ni, rupanya senang je nak buat kuih akok, sedap pulak tu.. Alahai.. Kalaulah dari dulu tahukan..ekeke.. So pada uols yang teringin sangat nak makan kuih akok ni, tapi tak jumpa, meh try buat sendiri..

Walaupun rupa tak seberapa, tapi rasanya memang sodap..

BAHAN-BAHAN (anggaran 36 biji)
  • 5 biji telur
  • 200ml pati santan
  • 100ml air
  • 150g gula melaka (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan)
  • 30g tepung gandum
  • 3 helai daun pandan disiat-siat
  • 2 cubit garam

CARA - CARA
  1. Masak air bersama gula melaka sehingga mendidih dan larut. Kemudian tutupkan api.
  2. Masukkan santan dan tunggu sehingga adunan menjadi suam sedikit barulah dimasukkan telur, tepung dan daun pandan dan digaul dengan rata.
  3. Tapiskan ketulan tepung (Saya guna blender aje, takyah nak tapis-tapis..hihihi)
  4. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan dan panaskan acuan tersebut ke dalam oven pada suhu 200 C.
  5. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit (Saya hari tu lebey dari 10 min.. Ikut jenis oven lah kot..) 
  6. Kuih ini akan mengembang dan bila dikeluarkan dari oven, ia akan sedikit mengecut.

My 1st Trial - Oleh kerana kat sini takde gula melaka, try cari daun pandan kat kedai Cina pon takde makanya terpaksalah saya ganti ngan brown sugar dan esen vanilla..ekeke.. Acuan pulak guna acuan muffin silikon tu aje..hoho.. Dan oleh kerana kami bertiga aje, Zahra macam tak minat akok, maka saya buat separuh adunan je, dapat dalam 12 biji, sekali tak cukup..hahaha.. Yang pasti, memang best walaupun tak selemak, segebu dan sebest akok kat Kelate tu.. Selamat mencuba uols..


credit : zaliana


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Main game dan menang RM50K, Klik SINI

Nak menang wang tunai RM10K? KLIK SINI

Jom join Kontest Menang Duit Raya yang senang banget, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 17, 2011

WW2 | Apakah persamaan kuih ini?


Gambar B

Ha, mehlah pakat-pakat teka, apakah persamaan kedua-dua kuih ini..hehehe.. Yang pasti, sangat sodap dan senang nak buat..hehehe


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Main game dan menang RM50K, Klik SINI

Nak menang wang tunai RM10K? KLIK SINI

Jom join Kontest Menang Duit Raya yang senang banget, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 15, 2011

Resepi Agar Agar yang Sedap

Hehehe, actually dah lama nak kongsi resepi agar-agar bersantan + bertelur yang sedap ni, tapi sebab takdan nak update blog, tu yang peram dulu..hehehe.. Tapi takdelah lama mana, buat ni pon sempena bulan puasa gak, al maklum sajalah, sini mana nak cari orang jual agar-agar..ekeke..

Agar-agar ni memang salah satu kuih yang mesti ada ketika buka puasa.. Kalau dolu-dolu time single mingle, kalau agar-agar RM1/4 keping, mesti pilih lain-lain perisa..ekekek.. Skang ni dah macam-macam jenis agar-agar kan, ada yang bermacam-macam kaler, bentuk dam la.. Comey je tengok, geram nak makan..kekeke.. Tapi resepi yang saya share ni, yang simple aje, tapi tetap sedap..


BAHAN - BAHAN
  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 250g gula pasir (kalau ingin gunakan gula melaka, pecah 200g gula melaka, 50g gula pasir)
  • 1000ml air
  • 1 kotak kecil santan (saya guna 250ml, tu yang lapisan santan tebal, kalau nak lagi nipis, kurangkan kuantiti santan)
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 3 biji telur
  • garam secukup rasa

CARA - CARA
  1. Santan, telur dan garam dipukul dengan rata dengan garfu dan diketepikan.
  2. Sekiranya menggunakan gula melaka, masakkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dengan 1/2 bahagian air sehingga mendidih dan gula larut dan kemudiannya ditapis.
  3. Masukkan agar-agar dan 1/2 bahagian air lagi ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan adunan santan tadi dan kacau sekali dua sahaja. Biarkan adunan terus mendidih sekali lagi sehingga santan nampak berketul-ketul di permukaan. Kacau rata-rata dan matikan api.
  4. Pastikan loyang atau acuan dibasahkan dengan air sebelum menuang agar-agar supaya agar-agar mudah dikeluarkan nanti.
  5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dingap..hehehe..

My 1st Trial - Oleh kerana kat sini takde gula melaka, try cari daun pandan kat kedai Cina pon takde makanya terpaksalah saya ganti ngan serbuk coklat aka milo, and it turns out nice color too and nice taste (masa ni lupa yang boleh guna brown sugar untuk ganti gula melaka)..ekeke.. Oh ya, jadi step 2, saya skip lorr.. First time buat agar-agar camgini, rasa besh pulak, bese makan yang bersantan sahaja atau yang bertelur sahaja.. Nanti nak try wat perisa pandan pulak, mesti besh gak.. Selamat mencuba uols..


credit : myresepi

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 6, 2011

Resepi Cheesecake menggunakan Slice Cheese

Hehehe.. oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak puas balik Malaysia hari tu + idea nak ngarang cerita ceriti semasa bercuti takde), jadi kali ni saya nak sharelah resepi cheesecake yang menggunakan slice cheese, menjimatkan tapi tetap sedap.

Cheesecake ni adalah salah satu kek favorite saya..nyum..nyum.. Kalau dolu-dolu, taksah kalau pergi Tesco tu tak beli cheesecake ni..hehehe.. Balik hari tu pon beli, tapi tak puas.. Masih teringat sampai skang ni.. Oh ya, sebelum saya berstory panjang, meh kita tengok resepi cheesecake yang diperbuat dari slice cheese aje..

aiyarkhh..setting kamera tak betui..maklumlah amatur lagi..ekeke

BAHAN-BAHAN
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA-CARA
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, kacau mixture tadi dan biarkan slice cheese tadi cair. Pastikan uols sentiasa kacau mixture tadi yer.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Di tempat yang lain, asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (ni uols boleh google utk maksud yg tepat, tapi pemahaman saya kembang yang macam krim tu).
  5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, dan pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan menjadi rata. 
  7. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas, dan masukkan adunan kek di dalam acuan tersebut.
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (kalau nak tahu boleh rujuk entri Resepi Oreo Cheesecake), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

My 1st Trial - Rasanya memang sedap, tapi taktaulah silap kat mana, bagi saya kek tu kurang cheesy, terlebih tepung gitu rasanya. Rupa dah sebijik, rasa je tak macam cheesecake Tesco yang lemak berkrim.. Mungkin silap saya yang 1st time buat kek ni, ataupun suami saya tersilap measure tepung (hahaha..kantoi..yer, bab-bab measure bahan, saya serah pada encik suami). Kalau ada yang buat kek ni mengikut resepi ni, nanti sharelah ngan saya hasil kek uols, mana tahu yang uols punya menjadi, maknanya suami saya silap measurelah tu..ekeke

My 2nd Trial - Hikhik, silap saya pada 1st trial tu, untuk step 6 tu, saya pi pukul, patutnya guna kaedah kaup balik.. Maklumlah, 'terlebih' rajin..hihi.. Untuk kali kedua ni, saya guna kaup balik & saya gunakan gula halus, menjadi seperti kek cheese Tesco.. nyum..nyum..


credit : perutkenyang

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 24, 2011

Senarai Tempat Makan yang Best di KL & Selangor | Mana lagi best ek?

Hehehe, hari ni hari KL dan Selangor..ecece.. Jangan mare ek.. Tapi saya rasa, cam nak bergathering juga di JB & Kelate nanti, alang-alang dah balik kan.. Takat ni yang saya dapat recall (maklumlah dalam kepala ni sarat ngan hal ehwal nak balik..huhu), Ayu dan Ekin di JB, lagi sape ye? Huwahuwa.. Kalau kat Kelate, ada Dni, ada Suzie.. Jom main bowling kat KB Megamall nak? Saya tak pernah try lagi main kat situ.. Dedulu ada plan ngan adik beradik, tapi tak kesampaian..hohoh..

terliur suda..
Back to the title, setelah saya duk usha-usha tempat makan ni, tersangatlah banyak tempat makan yang best kat KL & Selangor ni, sedangkan masa dan hari kami kat KL ni kejap aje.. Mungkin dalam 5-6 hari je.. So terpaksalah pilih antara senarai yang kat bawah ni, yang mana mesti pergi.. Dan yang lain tu, mungkin tahun-tahun akan datang lorr.. Dan minta pendapat uols yang pernah pi kat tempat makan kat bawah ni, untuk suggestkan yang mana sangat mesti pergi..ekekek.. Kalau ada tempat lain yang tak tersenarai pon, boleh juga suggestkan kat kotak komen ni..

Ayam penyet yang paling best

Satay yang paling best


Restoran atau masakan Thai yang paling best
Hehehe.. Kalau nengokkan list tempat yang kami nak pi ni, banyaknya tempat makan..wakaka.. Punyerlah nak cover balik 2 tahun tak dapat merasa makanan kat Malaysia..kuikuikui.. Jangan segan-segan untuk mengundi yer.. Kalau nak suggestkan tempat lain pon boleh je..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 17, 2011

Resepi Kek Batik Yang Simple dan Sedap

Oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak sabar nak balik Malaysia), jadi kali ni saya nak sharelah resepi kek batik yang simple dan sedap.. Gerenti nak lagi..hehehe..

Kek batik ni memang favorite saya.. Start bleh kenal ngan kek ni pon, masa sekolah menengah dolu-dolu. Masa tu minggu keusahawanan, setiap kelas kena menjual makanan, so one of my classmate buat kek batik, perghhh sedap seihh, terus jatuh cinta..hikhik.. Dan nak buat kek ni rupanya tersangatlah senang, main campak-campak aje..ekekeke.. Lagilah I loikeee..agagaga.. Moh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan..

Amacam, meleleh ayaq liuq dak?

BAHAN - BAHAN
  • Biskut Marie - 1 bungkus
  • Buttercup 250g
  • Milo - paket kecil 200g
  • Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)

CARA-CARA
  • Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
  • Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair
  • Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat. 
  • Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
  • Sejukkan ke dalam peti ais, 
  • Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe

Oleh kerana saya ni peminat setia kismis, untuk kek batik saya (macam gambar kat atas tu..), saya ada masukkan kismis yang telah dipotong dua.. Sedaapp.. Uols boleh juga masukkan serbuk badam ataupun pecahan kecil badam untuk mempelbagaikan rasa..hehehe.. Selamat mencuba!!


p/s : Tak dapat nak credit, coz saya lupa ambil dari mana. Ni pon saya copy paste dari file resepi yang save kat komputer. Ada terjumpa satu lagi resepi, senang juga, cuma ada telur.. Nanti nak try buatlah, then saya akan update kat sini ek.. Adioss..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 9, 2011

Makan Makan di Hari Spesel Mama

Normally, kalau Hari Ibu ni biasanya para ibu (ke saya je?) akan berangan akan dapat rileks-rileks dan keluar makan kat tempat yang besh-besh..hahaha.. Tapi dek kerana duk kat Swiss ni, kalau makan kat kuar mahu ongkosnya sama cam makan kat rumah 5 hari.. Nak-nak pulak, elaun Mr Hadi cukup-cukup aje, maka lagi afdal kalau makan-makan besh kat umah aje dari air tangan sendiri..hohoho

Tapi kali ni, yang main coursenya adalah air tangan Mr. Hadi..kuikuikui.. Nak tau dak apa main course kami? Ekekeke.. Spaghetti Bolognese..ngee.. My fav.. Oleh kerana terlalu sedap dan excited untuk makan, kami lupa untuk amik gambo..kuang kuang kuang.. So, saya tepek gambar dari google aje ler..hoho..

sebijik cam gini ler..

Dan untuk dessert, saya telah berhempas pulas membuat Oreo cheesecake..ekekek.. Awal-awal nak buat cheesecake kosong, tapi kerana masa pi Itali aritu kami telah memborong banyak biskut oreo (maklumlah murah kat sana + ada promosi), daripada duk terbiar selama 2 bulan (coz pasni kami akan balik Malaysia) tu yang sekali lagi membuat Oreo Cheesecake.. Nak tengok tak dessert kami yang sudah pasti menjilat garfu ni? Ekekeke..

Amacam, ok dak? Ekekeke..

Tapi siriyes, makan hasil tangan sendiri lagi puas hati dari makan kat luar sebenar, fully ikut citarasa sendiri.. Kalau jiran depan apartment kami ni, diorang siap makan lunch kat luar (kat taman rumah depa) macam barbeku pulak, tapi lunch tau. Sebab skang ni weather tak sejuk kan. Menarik juga, tengoklah cemana nanti.. Kot-kot kami dilanda angin makan kat luar rumah, depan taman kami ni..ekeke

Cumernye, makan hasil tangan sendiri ni, ambil masa & tenaga la sikit...ekekek.. Tapi, besh jugak kalau dapat makan kat luar kan, takyah nak bersilat kat dapur, yer dak? ekeke.. Apa aktiviti uols pada hari Ibu semalam?



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 5, 2011

Resepi Puding Roti yang Simple dan Sedap

Ha, kali ni saya nak berkongsi pula resepi Puding Roti yang simple banget, tapi tetap sedap sampai menjilat jari.. Kalau uols tak menjilat jari, mesti ada terkureng kat mana-mana bahan tu..ekeke.. Juz kiddin..

Kalau ikutkan dolu-dolu, saya bukanlah gemor sangat puding roti ni, pulak tu ingat nak buat puding roti ni leceh, tapi sejak jumpa resepi ni, dan bila dah buat sendiri tu, eh..eh.. rasa cam besh pulok..ekeke.. Masuk bakul angkat sendirilah pulok..kuikui.. Ok, meh kita tengok bahan-bahan apa yang diperlukan.. *Biasanya saya akan buat puding roti bila roti dah nak dekat due..kuikui.. Daripada buang roti tu, baik buat puding roti, lagi sedapp.. Lagipun membazir kan amalan syaitan..ngeee*

Puding Roti - Kali kedua buat ni..muahaha..

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - cairkan
  • 1/4 cawan gula (equals to 50gram)
  • 235ml susu cair - nak guna fresh milk pon boleh (aritu me guna fresh milk, sedap je..)
  • 1 sudu teh esen vanilla - takde pon takpe (aritu me terlupa nak letak, sodap gak..)
  • kismis ikut suka hati (sape hantu kismis cam saya letakla banyak-banyak)

CARA-CARA
  1. Toast roti ke dalam toaster sehingga garing (saya bakar atas kuali je, takde toaster..huhuhu). Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam acuan.
  2. Tabur sedikit kismis di celah-celah dan di atas roti, kemudian tuang butter yang telah dicairkan tadi ke atas roti tersebut.
  3. Pukul telur, susu, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi.
  4. Tabur lebihan kismis dan biarkan adunan telur menyerap sebentar ke dalam roti.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan sehingga keperangan selama 20-25 minit dengan suhu 180 C.
  6. Angkat, hidang dan ngap..hehehe.. Sedap di makan begitu sahaja, nak lagi besh boleh makan dengan aiskrim vanilla ataupun vanilla sause.. Yang vanilla sauce ni lain entri..muahaha.. Selamat mencuba..

Ni cubaan yang pertama, terus jatuh hati..Nyum..nyum..



Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 2, 2011

Tempat Makan yang Best di Kuantan & Pahang | Mana lagi ek?

Ha, kali ni saya nak berkongsi pula tempat makan yang best di Pahang, especially di Kuantan, yang sempat saya explore selama setahun.. Takdelah explore mana pon..ngeh ngeh ngeh.. Maklumlah ada mak angkat kat sini, jadinya banyak perabih beras kat rumah mak angkat..kekeke..

Rasanya kalau saya sebut Tanjung Lumpur, semua dah tahu kan apa yang best kat sini..heheh.. Apa lagi kalau bukan glamer dengan makanan seafood yang segar.. Yang femes amesnya adalah Restoran Ana Ikan Bakar, memang mantopsslah ikan bakarnya.. Kat sini pon ada air gelas besau..hehehe, tapi saya tak pernah try lagi..

nyum..nyum..

Lagi, Satay Zul pon sodap.. Paling sedap pernah saya makan kat Kuantan..ekekek.. Tak silap saya Satay Zul ni banyak cawangan kat Kuantan, tapi biasa saya beli on the way nak ke Teluk Cempedak, sebelah kiri jalan uols akan nampak Terminal Satay Zul, yang biasanya akan ramai orang menunggu satay..hehehe..

oh..sedapnyer..

Saya juga suka makan kat restoran yang dekat dengan Shell (ke Petronas..haha. maklumlah dah 2 tahun lebih tak gi Kuantan), Shell rasa.. sampaikan restoran tu dikenali sebagai Restoran Shell.. Err, lokasinya yang ni saya ala-ala blur.. Heheh, mungkin area tu dipanggil Batu 12, dekat ngan area Taman Sri Mahkota.. Kalau ada orang Pahang kat sini, leh betulkan kalau silap..ngee.. Kat situ saya suka Nasi Goreng USA. Juga, ada satu restoran ala Thai, kat situ pon sedap, areanya kalau dari Gambang tu, sebelum sampai Giant Kuantan, sebelah kanan..hohoh.. Ingat-ingat lupa gitew..hohoho..

Kalau datang Kuantan, jangan lupa singgah Pekan, untuk rasa Murtabak Mengkasarnya, yang memang glamor kat sini. Tak sampai bandar Pekan pon. Kalau uols google, akan keluar alamat tempat makan ni.. Tryler, mana tahu melekat macam Mr. Hadi..hehehe.. Sebab saya lagi prefer Murtabak Majidi..ngee.. Tapi seriyes, memang sedappp..

wahh..glamer pakcik ni..hehe..

Ape lagi ek.. Ha, bagi yang suka roti canai dan nak breakfast, boleh try Restoran Zaman kat Gambang, perghh.. roti canainya sedap, garing gitew..hehehe.. Selain tu, kalau tetiba teringin nak breakfast Nasi Kerabu, ada satu restoran ni, apa namanya ek.. dari Kuantan nak ke Gambang, sebelah kiri jalan, akan ada satu restoran yang uols akan nampak banyak keta parking.. Ha, kat situ juga ada jual kopok lekor (tapi saya tak pernah try kopok lekor situ sebab Ganu punyer mesti lagi beshh..hehehe) Kat situ kalau nak breakfast best, macam-macam ada, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak..hehehe.. 

my fav..

Dan buat penggemar Nasi Lemak, silalah singgah ke Restoran Zaman, area Batu 10 dekat ngan TUDM. Memang takkan cukup satu bungkus je..hehehe.. Tengah type ni pon boleh menelan ayaq liuq..

Rasanya tu ajerlah kot.. Kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang best kat Pahang, tak semestinya Kuantan aje, boleh share kat sini.. Mana tahu, kot2 berkesempatan nanti, boleh saya terjah nanti..hehehe..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 28, 2011

Tempat Makan yang Best di Kelantan, khasnya Kota Bharu dan Pasir Mas | Cer citer..Cer citer..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) Thanks!

Hehehe.. Walaupun saya adalah orang Kelantan, tapi siriyes, memang banyak yang saya taktau pasal tempat makan yang best di Kelantan, especially di Kota Bharu dan Pasir Mas, tempat yang boleh dikatakan tempat permainan saya masa dolu-dolu..hehehe..

Maklumlah, dah rumah mak ayah kat sini, mestilah makan kat rumah..hehehe.. Kompom sedapp..hehehe.. Ok, ok, kalau masa muda remaja dolu-dolu, kalau outing dengan kenkawan kat KB,   biasanya kami makan fast food, kalau tak, kami akan makan kat gerai-gerai yang kat bawah Pasar Besar KB, takpon dalam Pasar Besar Siti Khadijah (kawan saya suka makan sup kat situ), tapi dah tak ingatlah apa yang sedap dan gerai mana yang sedap..huhuh.. Dan berzaman lamanya..

Yang saya tau, kat Restoran New Horizon, area nak ke KB tru jambatan Tendong tu, kat situ memang glamer, dan sedaplah jugak..hehehe.. Yang ni disyorkan oleh kakak saya, kalau tak, memang saya taktau.. Lagi, saya pernah dengar Restoran Nasi Ulam Raja, area KB juga, pon sedappp, tapi saya tak pernah makan lagi kat sini.. Kawan saya yang gitau.. Alamat? Saya taktau, nak kena google lah kot.. Harap2nya jumpa..

contoh air yang beshh..hehe..search tak jumpa air 2 perisa..ekeke..

Lagi, kat Tesco Kota Bharu.. Gerai yang jual makanan goreng rasanya, sedap bangettt.. Masa tu saya pesan mee goreng, perghh, sampai menjilat garfu...hehehe.. Kat situ pon ada gerai jual air yang besh tau, boleh letak aiskrim aka float lagi. Air dia sangat unik b'coz macam campur 2 rasa, tak silap aritu saya pesan jagung + bandung kot (sekali salah..ahahah..lupe dah..tapi memang beshhh) Balik nanti memang Tesco adalah tempat yang wajib dituju..hehehe.. Harap2 ada lagi dan masih sedappp..

Tak silap saya, kat ngan Pasir Tumbuh ke KB ek, glamer dengan Murtabak Diraja yang sedap..hohoho..  Saya tak pernah makan lagi, tempat pon taktau kat mana.. Kekadang terasa segan, al-maklumlah banyak yang saya taktau..

Kalau kat Pasir Mas, yang saya ingat sekali, adalah ABC di Pasar Pasir Mas, first gerai selepas kedai jual beg, dolu-dolu memang sedappp, tiap kali pi jenjalan Pasir Mas, mesti singgah makan ABC dulu.. Tapi skang taktaulah ada lagi ke tak.. Lagi, gerai makan kat area situ pon besh gak, yang glamernya mee kuah, tapi saya baru sekali makan (masa dolu-dolu saya bukan peminat mee kuah). 

err..ni mee kuah ke mee sup ek..tapi camginilah rupanya..

Lain-lain tempat, ni bukan tempat makanlah, tapi gerai yang jual kuih muih.. Tak silap saya, area Pasir Putih menghala ke Pasir Mas, kat tepi jalan.. Dia punyer akok dan bahulu sangat meletopss.. Nak kasi address pon, saya masih blur2, kekadang perasan, kekadang tak..hehehe.. Area-area situ juga ada jual kek sarang semut, antara yang paling sedap pernah saya makan dan jadi dengan elok.. Perghh, tengah menaip ni pon boleh terlocor sebabnya my fav kek tu.. Dan tiap kali saya dari Terengganu ke Pasir Mas, dekat ngan balai polis trafik tu, ada gerai jual cendol pulut, tapi selalu saya tak berkesempatan nak mencuba. Yang pasti line beratur sentiasa panjang. 

nyum..nyum..

Rasanya itu ajeler tempat makan yang best yang saya tau kat KB dan Pasir Mas, kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang besh, tak kisahla area mana sekalipun, asalkan di Kelantan, mehla berkongsi kat sini juga..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 25, 2011

Resepi Roti Cheese Bertelur

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Wahhh..ramai juga yang meminta resepi untuk Roti Cheese Bertelur yang saya publish kat entri menjamu mata hari tu.. Untuk tidak menghampakan uols, disamping juga as koleksi saya (senang kan ada rezepi kat blog nih, nak buat je, leh rujuk..) saya tepek jugakla kat sini..

Nak buat nih senang banget sebenarnya..

Nak lagi comel, boleh buang tepi roti tu..

BAHAN - BAHAN
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak masak (tapi saya suka guna butter)
CARA - CARA
  1. Pukul telur. Nak potong bahagian tepi roti pon boleh, tak nak pon boleh.. Ikut suka..
  2. Ambil 2 keping roti, letakkan kepingan cheese di tengah2.. Belah 2, nak potong serong pon boleh, potong straight pon cantik jugak..hehe..
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng sampai kekuningan..
  4. Dah siap, angkat dan ngappp...hehe..Jangan sampai melecur lidah sudahh..

credit : My Resepi

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 13, 2011

Tempat Makan yang Best di KL & Selangor | Meh share kat sini..

Hehehe, hari tu dah bercerita pasal tempat makan yang besh di JB, kali ni nak bercerita pasal tempat makan yang best di KL dan Selangor pula.. Tapi, oleh kerana saya bukannya orang KL ataupun Selangor, dan bukan juga bekas pelajar di KL ataupun Selangor, jauh sekali bekerja di KL ataupun Selangor..hehehe, makanya memang limited sangatlah yang saya tau pasal tempat makan yang besh-besh kat sini..

Tapi oleh kerana selepas berjimba-jimba di JB, kami akan berjimba-jimba di KL pula, maka seharusnyalah kami mengambil peluang ini untuk makan di tempat-tempat yang besh area KL mahupun Selangor. Jadi kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang besh, jangan segan jangan silu untuk berkongsi..ngeee..

Triple Nutz yang beshh..nyumm..nyumm..

Yang kami tau dan mesti pi adalah Waffle World..hehehe.. Suka gilersss ngan Triple Nutz nyer.. Yang saya tau ada kat One Utama, tak silap ada lagi branchnya kat tempat lain, kat mana ek? Lagi, ada gerai makanan dekat ngan hostel UTM KL, tak ingat nama gerai apa, tapi tomyam nyer memang kawww betull.. Membuatkan saya jatuh suka dan teringat-ingat sampai skang.. Kalau nak pi lagi sekali dah tak ingat jalan dah..hohoho.. 

ala-ala camginilah Nasi Dagangnya..

Lagi.. kat area Gombak, ala dekat ngan Sate Hj. Samuri tu, ada kedai jual Nasi Dagang, sedaplah jugak walaupun tak sebest Nasi Dagang mek saya..hehehe.. Ermm, kalau kat area Shah Alam pulak, seingat saya kedai Mamak berdekatan dengan Giant seksyen 14 rasanya, dolu-dolu sedap nasi beriani gam nyer, tapi bila pi lagi sekali, kurang kawww cam dolu-dolu.. Pastu ada gerai makan banyak-banyak tu, area mane ek..kikiki, sedap gak.. Nak gi lagi dah tak ingat jalan..ekekek

Lain-lain kami banyak makan kat fast food macam Wendy's, Nando's (yang takde kat Kuantan dan KB, JB pulak baru je ada sejak ada JJ Tebrau). Ada juga yang gitau kat Kampung Baru, ada Nasi Lemak yang besh, tapi kami tak jumpa-jumpa lagi gerainya. Kat area Bangsar ke Damansara ek yang besh western food..huhuu.. Maklumlah, bukan orang KL/ Selangor, jadi taktau sangat tempat makan yang besh.. Asyik2 fast food ajeler.. Jadi, saya tau uols lagi terer bab-bab tempat makan yang besh ni, mehla share dengan kami.. Lehla kami terjah nanti..hehehe..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 12, 2011

Yogurt Kelapa? Sedap ke?

Hehehe, saya tak pastilah kat Malaysia ada ke takde.. Even kat sini pon saya tak perasan ada, sehinggalah masa kami pi jenjalan ke Lugano, hotel yang kami stay tu breakfast included. Salah satu makanan yang ada, adalah yogurt.

Macam biasa, kami akan ambil yogurt yang ada buah, macam Peach ke, Rasberry ke.. Sekali nak gi ambil lagi sekali (sebab pek kecik je..) dah takde, yang tinggal semuanya adalah yogurt kelapa.. Nak tak nak terpaksalah ambil, sekali bila makan..eh..eh..sedaplah pulak.. Rasa ala-ala coconutshake pon yer.. Keesokkannya bila kami turun untuk breakfast lagi, untuk 2nd round ambil yogurt, banyaknnya yang tinggal adalah peach ataupun rasberry, yang coconut dah habis.. Hehehe, ni mesti ada yang 1st timer macam kami jugak merasa coconut yogurt, lalu terus jatuh hati..kikiki..

Yogurt kelapa yang besh..

Balik dari jenjalan, Mr Hadi terus cari yogurt kelapa..ekekek.. Maklumlah, dia kan 'hantu' yogurt..ekekeke.. Saya yang awal-awal skeptical ni sedap ke yogurt kelapa ni, turut jatuh suka, rasanya memang lain, sedap pulak tu.. Nasib baiklah kat hotel tu kami 'terpaksa' mengambil yogurt kelapa sebab takde choice dah, kalau tak, tak tau dan tak merasa dah kesedapan yogurt kelapa yang best ni dan mungkin takkan beli kat supermarket sekiranya tak tau yogurt kelapa sebenarnya sedapppp..

Kat Malaysia ada tak? Uols pernah try?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 10, 2011

Tempat Makan yang Best di Johor Bahru | Ada lagi nak tambah?

Hehehe, oleh kerana kami akan pulang ke Malaysia bulan 6 nanti, kami tengah membuat senarai-senarai perkara yang akan dibuat bila balik nanti. Salah satunya adalah berkunjung ke tempat-tempat makan yang best..kikiki.. Nak melepas perasaan sepuas hati sebab kat sini tak dapat nak makan yang best2 kalau keluar, asyik-asyik tempat makan yang sama aje..

Kalau dulu, semasa kami berada di JB, lebih spesifik di Taman Universiti, kami suka makan Nasi Beriyani kat Taman U tu, tak ingat nama seih.. Padahal baru 1 tahun ++..hohoh.. Yang pasti bukan kedai mamak, sedap tetap sedappp, tapi agak mahal lah sikit bagi harga kat Taman U tu.. Lagi, roti canai kat Taman U pon memang meletopss, tapi tak ingat nama kedai..ekeke.. Tempat kami ingatlah, dekat ngan Petronas Taman U bahagian JJ.. Ayam tandoorinya memang hotsss.. Pastu, kalau nak makan ikan siakap masak 3 rasa ke, ataupun puyuh masak kicap (saya tak minat, my fren minat gilerss), ada satu kedai yang memang sodapp, tapi servisnya agak lambatla sikit.. Sekali lagi, tak ingat nama kedai..kikiki, tapi tempatlah ingatla, dekat ngan Petronas Taman U belah Maybank. Kalau nak minum petang, kat belakang Pasar Taman U tu ada gerai-gerai kecil yang jual pisang goreng, keropok, dan yang speselnya adalah cendol. Mr Hadi suka cendol pulut, saya suka cendol jagung..nyum..nyum..

credit

Dah habis part Taman U, area ke arah JB pula, saya sangat sukakan murtabak spesel Kampung Majidi.. Perghh, memang syok, tapi Mr Hadi lagi suka akan Murtabak Mengkasar Pekan.. Saya pulak lagi suka Murtabak Kampung Majidi..hehehe, tapi tempat ni kami selalu lost..ekeke.. Sebabnya agak tersorok dalam kampung. Yang pasti, sebelah Masjid Kg. Majidi. Pastu, kat tempat yang dikenali ramai iaitu Danga Bay, yang sedapnya adalah dessertnya. Kalau yong tau fu, saya kurang berminat kalau jenis kuahnya adalah sup, saya suka yang kuah ala-ala kicap pekat pedas tu.. Dolu-dolu, ada kereta bergerak yang jual yong tau fu, yang tu beshhh.. Dekat dengan Danga Bay tu, ada Restoran Singgah Selalu. Kat situ kami suka makan tauhu bakar yang sebut je terasa nak meleleh ayaq liuq, nasi goreng ketam yang memang menjilat jari..hehehe.. Banyak lagilah yang beshh kat sini..

credit

Lagi, saya pernah makan kat Setulang Laut, ermm.. Nak kata besh ke tak dan kat mana, tak ingat coz saya jarang makan kat situ, pi sana pon sebab kawan yang ajak.. Nak pi lagi sekali lagi pastu dah ala-ala pening sebab ada pembaharuan kat Setulang tu.. Ada satu tempat makan seafood yang best, tak silap saya nama tempat tu Kampung Melayu. Yang menariknya, makan kat situ mengadap Singapore dan dengar-dengarnya, ramai orang Singapore suka makan kat situ.. Tapi harga kat situ a little bit pricey la.. Tak silap saya kat situ glamer dengan Nasi Lemak juga..

Ni adalah tempat yang sering kami pi la.. Mesti banyak lagi tempat makan yang besh kat JB ni yang kami tak tahu. Jadi kalau uols tahu mana-mana tempat yang besh, mehlah share dengan kami.. Lehla kami serbu nanti..hehehe


p/s : Oh ya, kalau ada yang tahu, mana-mana servis yang ada menyewakan car seat untuk baby lingkungan umur 1 - 3 tahun, let us know ek.. Kalau uols nak sewakan car seat anak uols yang dah tak pakai tu, pon boleh juga.. Yang penting, masih elok untuk digunakan.. 


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 5, 2011

Resepi Oreo Cheesecake yang Sedap tanpa Gelatin

Kali ni saya nak berkongsi resepi yang saya dapat, untuk membuat Oreo Cheesecake yang sedaaappp tanpa perlu menggunakan gelatin, maklumlah bukan senang nak cari gelatin yang halal, nak-nak duk kat negara bukan Islam ni..hoho..

mind the amateur's decoration tu..hehehe..

Bahan-bahan untuk dasar kek :

2 cawan penuh biskut oreo (1 cup equal to 240g, kalau nak tebal lebihkan lagi)
2 sudu besar butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (saya tak jumpa, so saya tak masukkan pon dah sedap, kalau masuk mesti lagi sedap)

Bahan-bahan untuk cheesecake : 

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia (total 600g)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream (kalau takde, ganti dengan plain yogurt pon boleh)
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut oreo yang dihancurkan (belah 4 pon boleh juga)


Cara membuat dasar kek :

1. Buang krim biskut oreo dan hancurkan menggunakan blender. Kalau takde, masukkan biskut dalam plastik dan ketuk-ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai pon boleh aje.

2. Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan dan masukkan brown sugar dan sebuk kulit kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal, kalau takleh dikepal, jawabnya kena tambah butter lagi. Kalau uols tambah kuantiti biskut, maka butter juga perlu ditambah sedikit lagi.

3. Letakkan adunan tadi di dalam loyang dan ditekan-tekan manja gitew. Loyang tadi seeloknya dilapis dengan kertas minyak.

4. Sejukkan di dalam peti ais sebentar sementara meneruskan kerja-kerja seterusnya untuk membuat adunan cheesecake pula.


Cara-cara membuat adunan cheesecake :

1. Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk memudahkan kerja-kerja memukul.

2. Pukul cheese menggunakan mixer pada kelajuan sederhana sehingga 3-4 minit, bagi cheese tersebut kembang. Kalau nak guna tangan pon boleh, cuma ambil masa yang agak lama baru cheese tersebut kembang.

3. Bila cheese dah kembang, masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati.

4. Masukkan sour cream dan putar lagi selama 3-4 minit agar adunan menjadi sebati. Then, masukkan tepung gandum, esen vanilla dan jus lemon dan putar selama 1-2 minit sahaja, cukup sekadar bahan tersebut sebati.

5. Pecahkan sebiji telur dan putar selama 1 minit. Pecahkan lagi sebiji telur dan putar selama 1 minit dan seterusnya pecahkan telur yang terakhir dan putar selama 2-3 minit.

6. Masukkan biskut oreo yang dihancurkan (atau dibelah 4 ) ke dalam adunan dan keluarkan bekas dasar kek dan tuang adunan tersebut ke dalam bekas tadi.


Cara-cara untuk membakar cheesecake :

1. Gunakan kaedah water bath (untuk elakkan crack pada cheesecake). Sila rujuk video kat bawah ni.


2. Suhu yang digunakan adalah 150 C (dengan heater atas dan bawah) selama 45 minit. Kemudian tutup api oven, keluarkan aluminium foil (kalau tak, kek akan menjadi lembap di bawahnya).

3. Masukkan semula kek ke dalam oven tadi dan biarkan selama 2-3 jam. Masa ni, bila bekas digoyangkan, akan nampak kek belum masak sepenuhnya, it's ok, selepas 2-3 jam dibiarkan dalam oven, kek akan masak sepenuhnya.

4. Selepas itu, setelah kek dah ala-ala tak panas, masukkan ke dalam peti ais untuk disejukkan, paling kurang 4 jam. Actually, 4 jam tu dah ok, because kalau lagi lama, kek tu akan melekat di tepi bekas apabila dikeluarkan.


My 1st Trial (rujuk pic kat atas tu..)

1. Oleh kerana saya guna 2 pek biskut aje (tak ingat berapa gram tapi yang biasa tu, pek medium tu, ke kecik ek) untuk the whole kek, maka dasar kek kami tu agak nipis (guna 1 1/3 pek), ke sebab loyang kami guna tu besar (tak ukur pulak diameter berapa tapi standard loyang cam gambar kat bawah ni, senang nak buka tepi).

credit
 
2. Mungkin kerana buah lemon yang kami beli tu bersaiz agak besar, jadi memang rasalah lemon tu kat cheesecake, padahal kami guna plain yogurt dan bukannya sour cream. Mungkin bagi yang kurang gemar rasa lemon, boleh kurangkan sikit jus lemon tu.

3. Overall, memang beshhlah resepi kek ni, sedaaapp sekejap je dah tinggal 1/4 kek tu..hehehe.. Looking forward untuk buat lagi sekali, kali ni nak hias guna biskut oreo pulak kat atas tu..ekekeke..


credit : Irma

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...