Kenkawan, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI dan support blog saya dengan klik & like kat SINI.. Thanks!
Hehe.. Hari ni baru berkesempatan untuk update blog, dan share ngan uols resepi Cheesy Meatball yang spesel ni.. Dapat resepi ni dah lama, tapi mood untuk mengadap lappy tu yang takde, taktaulah nape.. Hari ni kuatkan semangat untuk on lappy..hihi..
BAHAN-BAHAN
- 400g daging hancur (untuk 13-15 meatball)
- 4 sudu besar cream cheese Philadelphia
- 2 biji tomato
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- segenggam daun parsley
- 1/2 sudu teh garam
CARA-CARA
a) untuk meatball
- Bawang putih dicincang halus. Kemudian, gaulkan garam, bawang putih yang dicincang tadi bersama dengan daging hancur.
- Ambil sedikit daging hancur (dalam 1.5 inci diameter) dan bentukkan menjadi bebola.
- Leperkan bebola tadi dan masukkan sedikit cream cheese di bahagian tengah dan bentukkan semula agar menjadi bebola.
- Langkah 2-3 diulangi sehingga habis daging hancur tadi.
- Goreng meatball (dengan sedikit minyak) sehingga garing di setiap bahagian. Susun meatball yang telah dimasak ke atas pinggan.
- Belah tomato kepada 4 bahagian.
- Dalam kuali yang sama (setelah meatball diangkat), goreng tomato selama 1 minit dengan api sederhana.
- Hiris halus bawang besar dan goreng (setelah tomato diangkat) sehingga garing.
- Hiris halus daun parsley.
- Tabur bawang goreng, tomato dan daun parsley ke atas meatball dan siap dimakan begitu sahaja bersama dengan potato atau bersama dengan spagetti bolognese.
Our 1st Trial : Oleh kerana tengok omputih yang masak (depa kan suka makan ala-ala separuh masak gitu), meatball yang digoreng tadi, sesetengahnya kat dalam tu ada yang masih berwarna merah, so kalau nak fully masak, mungkin boleh rebus dulu, takpon buat saiz kecil sedikit. Dan kalau ada yang tak makan daging lembu, boleh juga gunakan daging ayam. Dan hasilnya, voila..
Jom join Double GA, ada 15 hadiah menarik, Klik SINI
Nak tau cantik ke tak artwork dari Budak Nakal, Klik SINI
Nak tengok Jazeman Jaafar menemuramah Michael Schumacher, Klik SINI
Nak menangi trip ke Hong Kong atau Samsung Tab, Klik SINI
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: