Showing posts with label Paris. Show all posts
Showing posts with label Paris. Show all posts

Apr 22, 2011

Au Revoir Paris | Till we meet again & Tips untuk Bercuti di Paris

 Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Tu diaaa..tajukkkk.. Macam ayat jiwang + sedey b'coz terpaksa tinggalkan kekasih pulak..ekekek.. Oh ya, kali ni saya nak share cerita percutian kami di Paris pada hari terakhir..hohoho.. Kalau ikutkan hati takmo balik lagi, tapi nanti kang ada yang terpaksa mengemis pulak kat tepi jalan..agagaga..

Last day, kami pi outside Paris, kat suburb iaitu di Versailles. Tujuan utama nak gi tengok Chateau de Versailles, tapi tak sempat jugak nak masuk b'coz nak kena kejar tren untuk balik ke Swiss. Sempat menjengah ke jardinnya yang sememangnya saujana mata memandang.. Mak aihh.. kena naik keta golf tu kalau nak meronda ke setiap pelusuk taman nih..

Pintu pagar utama
Behind pagar gold tu adalah istana aka Chateau de Versailles
lawo kan pagarnya..
hehe..gelap pulok gambarnya..tersilap setting..huhu
Tasik tu pon hak milik istana ni tau..
Kasi close up sikit..cantik kan?
The King, The Queen and The princess (haha..koya)
perghh.. sampai hujung sana tuuu.. tak larat mak nak jalan nokss..
Belakang tu adalah istana
Au Revoir Paris..

Sememangnya, Paris nih definitely a must visit place untuk sesape yang ade kat Europe nih..hehehe..boley tak, nak bagi ayat camgituh?? Walaupun Paris nih tak sekemas (or maybe sebersih) Swiss, tapi architecture of buildingnya agak magnificent dan superb compared to Swiss.. Definitely kami akan datang lagi ke sini (I'm very looking forward to this...hehehe..), harap2nya ade rezeki lebey nanti.. Lagi best kalau dapat datang berDUA sahaja (hahaha..jgn mare ye Zahra, bukan mama & abah takmo bawak..tapi bagi can la..hahaha..koya..koya..) Oh ya, saya ada upload video sekitar Notre Dame, Montparnasse Tower dan juga Louvre.. Nak tengok boleh klik SINI. Bagi yang terlepas cerita percutian kami di Paris ni, boleh tengok link entri kat bawah ni..






Tips-tips yang boleh saya gitau kat uols, macam kami, kami pi 4 hari 3 malam, definitely tak cukup..hohoho.. Alang-alang datang sini kan, better uols stay seminggu..heheh..baru puas hati.. Kalau nak booking hotel kat Paris, better cek banyak2 hotel, coz kekadang ada je hotel dekat dengan city yang harganya berpatutan.. Lepas tu, kalau uols nak naik Eiffel Tower, jangan beli tiket kat situ, lane panjang uols.. beli online (klik SINI.. saya dapat info ni pon kat blog Baby Ibu..hohoho), takyah susah-suah nak beratur dan jimat masa. Pasal makan jangan risau, banyak tempat makan yang halal. 

Oh ya, walaupun Paris ada metro bawah tanah, tapi bagi saya rugi lor guna tren bawah tanah, because tak dapat tengok view sepanjang jalan yang cantik, sini banyak building yang cantik-cantik. Macam kami, sebab trip kami ni agak singkat, kami ambil pakej Tour Bus, senang dan jimat masa. Boleh enjoy view sepanjang perjalanan. Cumenyer, kat sesetengah tempat, jalan agak jam..hohoh.. So better jangan pi time peak season, macam kami, kami pi medium season.. Tu pon ramai jugak orang.. Rasanya tu ajelah kot, ada apa-apa yang uols nak tanya?


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!


Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 21, 2011

Hari Ketiga Percutian di Paris, ibukota Perancis

Setelah puas berposing dengan Eiffel Tower semalam (tetap tak puas sebenarnyerr..ngee), untuk hari ketiga ni, kami singgah di Latin Quarter, kat sini ade Universites de Paris, UPMC (kalau tak study kat Suisse nih mau study kat sini..) and The Opera, plus Jardin du Luxembourg yang sangat wangi.. Memula macam takmo masuk coz nampak macam biasa aje, tetibe lalu kat tepi tu, berbau wangi sangat, terus masuk.. And know what, jardin (taman) nih cantik jugak, plus glamer nih.. ade palace lagi.. Ramai yang lepak kat sini sambil makan.. Oh ya, dekat ngan area sini ada kedai jual roti, sedapp woo.. Murah pulak tu sebab area student kan.. Nama kedai tak ingat, tapi kalau uols tengok lane panjang ye lah tu..

Belakang tu adalah bunga tulip yang berbau wangi..
Ramai tu yang lepak kat sini..
Tu kot palacenya..hahah..lupa sudaa..
Area berdekatan dengan Universites de Paris

Then we off to Bastille, tapi kali nih tak trun, just tengok view dari atas bus sahaja.. Bila sampai kat Place des Vosges, barula kami turun untuk pi ke tamannya. Tempat nih macam Plaza del Mayor kat Madrid (nanti saya share citer kat uols lain entri) plak coz bentuk square camtuh.. Unik gak buildingnya.. 

Kat belakang tu, yang kaler orange (ke koko?) adalah Place des Vosges
Berbentuk square, dan all buildings corak sama.. Oh ya, most taman kat Paris camgini, banyak tanah, rumput takleh pijak aka baring..
Tak sempat nak singgah..

Pastu kami bercadang untuk brenti di Sacre Coeur, tapi disebabkan cuaca tak berapa mengizinkan, pulak tu dengan kekangan masa, kami meneruskan perjalanan ke Musee du Louvre, di mana terletaknya gambar Mona Lisa yang menawan hati (hmm..nape kat mata den cam biaso je..hahaha..ade je lagi gambo lain yang secun gambo Mona Lisa..opss..) Pon tak sempat nak abihkan muzium nih jugak..huhuhu.. Besar seihh..

Posing kat luar Musee du Louvre dulu..
Cantik jugak tempat ni..
Ramai juga orang duk berposing kat luar muzium ni..
Memang menjadi tumpuan ramai

Nanti saya sambung hari terakhir sekaligus penutup percutian kami di Paris di lain hari ek..agagaga.. Oh ya, amacam dengan my new watermark, cun dak? Ekekeke..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 19, 2011

Sepetang di Eiffel Tower, Paris

Sambungan cerita semalam iaitu Jenjalan di hari kedua di Paris, setelah bergambar di Arc de Triomphe, kami menuju ke bangunan tertinggi di Paris iaitu Eiffel Tower.

Sesampainyer di Eiffel Tower, fulamakkk.. lagi ramai umat manusia.. Memang menjadi tumpuan ramai la tempat nih.. Takyah nak mimpi la untuk naik kat atas sebab lane nya tersangatlah panjang, mau 2-3 jam duk beratur belom tentu lagi dapat naik.. Mula2 before sampai kat sini, saya terfikir gak, apela yang menarik sangat tower nih, tower je pon kan, tapi bila sampai je kat sini, dan perhati betol2 kat tower nih, yeah.. it's unique, lame2 pandang boleh jatuh cinta laks.. Cuba uols tengok ni..

Eiffel Tower dari jauh
Alahai anakku.. Kenapa sebegitu rupa memek mukamu?
Eiffel Tower, here we come!!
sungguh tinggi melangit..
Ramai kan orang, padahal bukan peak season ni..
Eiffel Tower dari dekat..
Cun dok angle ni? Ekekeke.. Diambil oleh photographer tak bertauliah..
Kami bertiga di kaki Eiffel Tower
Nice..
Eiffel Tower at night..

Lepas puas bergambo ngan ET, we off to Montparnasse Tower, untuk tengok 360 degrees night view in Paris. Memang superb, sangat cantik ngan sinaran lampu2. Boleh nampak lagi Eiffel Tower and The Opera. Hajatnyer nak gi makan kat Restoran Indonesia, tapi sebab kekangan masa, maka terpaksa dilupakan hasrat tuhh.. Nanti saya sambung pusing-pusing Paris pada hari ketiga di lain entri ek.. Selamat beristirehat..



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 18, 2011

Jenjalan Hari Kedua di Paris, Isle de France

Last time saya dah berkongsi tempat yang dilawati pada hari pertama di Paris, kali ni saya nak story mory pulak aktiviti kami pada hari kedua di Paris yang juga dikenali sebagai Isle de France..

Hari kedua, kami mengambil pakej L'Open Tour bus selama 2 hari (kes malas nak cari sendiri interesting places plus nak jimat masa sebab trip nih kejap je..), so destinasi pertama yang kami brenti di Printemps, dekat ngan Galeries Lafayette. Sape yang kaki shopping taula tempat nih..huhuhu.. Memang sape yg kaki shopping kalau mai kat sini, mesti akan rasa gatal tangan..hohoho..memang lawo2 betol la baju2 kat sini, sampai rasa terjuling bijik mata den, tapi lagi lawo harganyer..huhuhu.. Sapo yang kayo-mayo dan tak sayang duet mehla bersoping kat sini... Kami mai sini bukan nak bersoping (sebab memang sedar diri bukan kayo mano pon..), tapi nak tengok betapo lawonyer inside this building.. Kat area nih juga ade the largest theater/opera, tapi kami tak amik gambo coz tengah renovate.. Tapi memang dasatla architecturenyer.. 

depan Printemps
dalam Printemps, cantik kan?
View sepanjang jalan.. Memang lawa-lawa building kat sini..
Nice..

Then we off to Place de la Concorde, ramai gak org kt sini.. Ni br low season nih.. Xtau la time high season cane, sure bersesak2.. Sape prsn tmpt nih ade digunakan dalam crite Star Trek Universe & The Devil Wears Prada? Pas layan fountain kt sini, kami naik bus plak utk ke destinasi seterusnya, which is Arc de Triomphe. Kat sini pon ade renovation sket, tp yg menariknya, pas kami naik bus tuh, kami ternampak cam ade ceremony kt sini, pttla ade ramai gak yg duk berkumpul..

Parc de Tuilerie yang berdekatan dengan Place de la Concorde
di Place de la Concorde
polis berkuda..hehehe
belakang tu adalah The Obelisk of Luxor
Motor bawak motor
di Arc de Triomphe

Seterusnya, kami menuju ke Eiffel Tower, tapi cerita ceriti dan gambar akan dikongsikan pada entri yang lain..ngeee.. Kang kalu letak kat sini jugak, berjela lah entri ni.. Nanti saya buat entri khas mengenai cuci mata di Eiffel Tower ni.. Till then, bonne journee..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 15, 2011

Cuti Easter dan Kota Cinta Abadi, Paris

Hehehe.. tak lama lagi kat sini ada public holiday iaitu Easter holiday yang jatuh pada hari Jumaat dan Isnin (22 & 25 April)..Ngee.. Sonotnyerr.. 4 hari dapat bermalas-malasan kat rumah, ataupun fully enjoy berjimba-jimba.. Dan apa kaitan dengan Kota Cinta Abadi iaitu Paris? Kami akan ke sanakah sempena cuti ni? Hehehehe, naaahhh.. Sebaliknya, untuk cuti Easter pada tahun lepas, kami telah pi jenjalan ke Paris.. Kali ni? Hmmm.. Tungguuuu..ekekeke..

Kat entri 7 Tempat yang Paling Menarik untuk Dilawati, saya ada promise untuk cerita pengalaman kami jenjalan di Paris.. And here it is.. Sempena cuti Easter tahun lepas, kami telah pergi mencuci mata di Paris..hehehe.. Oleh kerana tren TGV buat promosi untuk ke Paris.. So ape lagi, kami amikla peluang nih untuk berjalan-jalan di Paris.. Kami stay kat Hotel Ibis kat outside the city coz nak save budget, maklumla hotel kat Paris nih mahal macam Swiss gak.. Huhu, memang agak sempitla biliknya, padanla ngan harga kan. Tapi yang tak behnya takde fridge, so sangatla tak seswai untuk kami coz kami suke minum susu time malam.. So kami bg 2* kt hotel nih..

Pas check in, kami terus menuju ke Les Invalides. Kat sini ade Musee de l'Armee etc, tapi kami just meninjau2 kat area luar sahaja, takla masuk musee nih.. Kat depan Invalides nih, ade padang besau, ramai betol orang duk riadah kat sini, boleh diorang nih main bola dan ragbi kat sini padahal sebelah tu adelah jalan raya utama..hmm..
di Les Invalides
belakang tu adalah Musee de l'Armee
ramai jugak yang duk ambil gambar kat sini
Ramai tu yang duk lepak kat padang, ada yang main bola
bangunan Assemblee Nationale

On the way ke Pond Neuf (untuk naik night cruise..yeay..!!), kami singgah jap kat Notre Dame.. Makk aiii, ramai btol org kat sini.. Kat tepi Notre Dame nih, ade ramai yang buat pertunjukkan, ade yang main alat muzik berkumpulan(sangat beh..) , ade yang beraksi ngan skateboard, roller blade, macam2 laa.. Then kami mengisi perot kat Le Wok Saint Germain, restoran yg halal (kat Paris nih banyak kedai halal..jelesss btol..) Sangat unik restoran nih, bukan dari segi interior design tau, but dari segi masakannya. Whereby, kita yang pilih ingredients ape yang nak dimasukkan dalam kuali termasuklah rempah ratusnya..hohoho.. Tapi saya bukan pakar masakan, so saya just inform je nak masakan sweet and spicy, ingredients ape nak masuk terpulang pada chefnya..hahaha..senang koje..

area Notre Dame.. Really nice..
Ramai betol umat manusia kat sini..
c'est magnifique..ngee
Mula berlayar dari Pond Neuf..wihhuuu..
Eiffel Tower at night..

Perghh, dahla pi time nak masuk Spring, which baru je habis Winter, naik pulak kapal, pastu berlayar waktu malam sambil angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, memang sojukkk, tapi beshhh.. Sampai ka hotel, tidur malam tu, termimpi-mimpi Eiffel Tower..hehehe.. Maklumlah tengok dari jauh je.. Untuk cerita-ceriti pada hari kedua dan seterusnya, akan disambung kemudian..ngeee..


p/s : Adakah Paris adalah salah satu tempat yang uols ingin dilawati?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...