Showing posts with label Season. Show all posts
Showing posts with label Season. Show all posts

Mar 28, 2011

Wihhuuu.. It's Spring Again..

Wahh.. sekejap je masa berlalu, winter dah pon melabuhkan tirainya (hoho..no more snow..tak dapeklah nak bersled dah..), tapi skang ni bunga-bunga kecil dah mula tumbuh di padang-padang.. Dan tak lama lagi, akan menyerikan lagi padang-padang tu dengan warna-warni bunga.. Yang bestnya, time Spring ni, bunganya akan bersilih ganti.. Mungkin 2 minggu ni, ada bunga warna purple, 2 minggu akan datang bunga warna kuning pulak tumbuh..

Jom layan gambar yang kami ambil pada Spring yang lepas aka pada tahun lepas la..hehehe.. Untuk tahun ni belum sempat berposing-posing lagi (macam bunga dah banyak je bunyinyer..)

Macam bunga sakura kan?
Kasi close up sikit..

Ha, pokok bunga kat atas ni, akan bertukar-tukar warna tau.. Tak surelah warna mana dulu, seingat saya ada 3 warna, putih, pink dan brown gitu.. Yang brown tu bila dah nak abih Spring.. Kami ambil  gambar ni pon masa otw nak keluar jenjalan, dari EPFL nak ke metro station.. Gambar kat bawah ni pulak, diambil sebab mahu join contest..kuikui.. Kebetulan terjumpa taman bunga ros yang pelbagai warna, tapi agak rugilah coz kami pi tu dah nak habis Spring. 
Amboi amboi..kecik2 dah pandai cium bunga..
Terlebih exposure daaa..
Hati-hati..ada duri tu sayang..
Alang-alang buat entri ni, nak selitkanlah aksi-aksi Zahra bersama munge-munge ros..hihihi.. Cam biasa, posing ni kes nak join contest jugak..hihihi.. Mamanyer yang giler contest, Zahra yang menjadi mangsa berposing di bawah sinaran mentari..kuikuikui.. Oh ya, nama taman ni Vallee de La Jeunesse yang penuh ngan bunga-bunga ros yang bermacam-macam warna.. Layanzz..


Jangan taktau taman kat atas ni dekat aje ngan cemetery, dan ramai pulak tu yang beriadah kat sini, ada yang bawak anak-anak, ada yang berjoging, berbasikal dan tak kurang juga yang berposing..hehe.. Memang wangilah taman ni, penuh dengan bunga ros kan, sedap je menghirup udara kat sini.. Kat bawah ni pulak gambar bunga yang kami ambil semasa trip ke Neuchatel, Swiss.. Nak tahu full stori leh tengok entri Jalan-jalan Cari Pasal..

warna warni..bunga apa taktau..hehe
olololo..kiutnyer dier..geram nak petik..ekekeke

Kalau nak kira, kat Swiss ni tak selawa UK time Spring (UK kan lagi penuh ngan munge-munge..), setakat ni saya tak jumpa lagi taman bunga yang secomey UK, tapi tulah, kami ni bukannya arif sangat pasal Swiss ni.. Waheeda yang baru je sampai sini dah banyak tahu tempat2 yang menarik kat Swiss ni, dan dia ada gitau ada satu taman bunga yang cun melecun kat Swiss ni, tak ingat dah kat mana..hohoho.. Nanti nak kena skodeng jugak ni..


p/s : Uols suka bunga ape ek? Kalau saya, ikut kategori, dari segi cun, suka bunga lily , tulip dan daisy, kalau dari segi wangi pulak, bunga lain..muahaha.. Ke ada yang tak suka bunga gaks? Muahaha..

 Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 19, 2011

Yang bestnya mengenai obesi, khasnya Switzerland

Setelah beberapa entri saya berkongsi mengenai tujuan sebenar kami berada di sini dan living expenses (part 1 & part 2) di sini, kali ni saya nak berkongsi mengenai perkara yang menarik dan best apabila bermastautin di obesi, especially di Swiss.

1. Negara bermusim dan weather tidak extreme cool dan extreme panas
Rasanya semua negara 4 musim memang menarik kan, sebabnya setiap musim ada kelainan dan keunikannya tersendiri. Memang tertunggu-tunggu setiap musim, bila dah Winter boleh main snow, bila dah rasa sejuk tu mulalah rindukan musim Summer.. Bila musim Spring pulak, boleh tengok bunga-bunga yang cantik dan semestinya bila musim Autumn, daun-daun menjadi pelbagai warna.. 

view masa Autumn.. I loike!!
syoknyer Zahra baring atas snow..

Malah, kalau kat Swiss ni every month rasa kelainannya, baik dari segi weather dan tempoh waktu siang dan malam.. Dan yang lagi best, weather kat Lausanne tak extreme, maksudnya bila sejuk tu, takdelah sampai tasik pon menjadi beku, tak macam kat Wisconsin, US. Suhu paling sejuk pon tak melebihi -7C. Kalau time Summer pon, suhu tak melebihi 30C, tak macam masa saya gi Takamatsu, Jepun pada bulan 8 (peak Summer), perghh..berpeluh sampai basah serkup aka anak tudung.. Tapi tu mungkin sebab saya banyak berjalan..ngeee..


2. Tempatnya nampak bersih, kemas dan classy
Ok, ni adalah pendapat Mr Hadi.. Even Renens, the cheapest town in Switzerland is still better than any other small cities in Europe yang pernah kami pergi, contohnya Postdam (Germany), Sintra (Portugal). Kalau ikutkan dengan tempat yang pernah kami lawati, rasanya Swiss ni lagi nampak bersih. But still, bagi saya tak cukup bersih Swiss ni..ahaks..coz kat Lausanne tu banyak je putung2 rokok kat atas jalan..

sebahagian city of Lausanne
view dari apartment lama kami di Renens

Lagi apa yang best mengenai Swiss ni akan disambung next entri.. Coz malam ni kena tidur awal, esok which is hari ni by the time entri ni publish, saya, Mr Hadi, Zahra & Waheeda akan berjimba-jimba ke Lyon, France..ngeee.. Happy weekends everyone..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 15, 2011

Hari Ahad yang PANAS walaupun dalam musim WINTER

Yer, walaupun skang ni masih dalam musim Winter, tetapi sepanjang minggu ini suhunya agak panas bagi musim ini, iaitu sebelah siangnya sekitar 7-15 Celcius.. Malam tak pastilah pulak..ngee.. yang pasti sejuk sikitlah berbanding siangnya.. Nampak gayanya, terpaksalah lupakan angan-angan untuk bermain sled, coz takde bayang-bayang snow akan turun lagi.. Nak tak nak kena tunggu hujung tahun nanti..hohoho..

Oh ya, oleh kerana cuaca best untuk beriadah, hari Ahad lepas, kami pi jenjalan kat park yang berdekatan dengan rumah aka apartment kami.. Tak sangka, ramai juga yang turut beriadah sama, padahal masa tu baru kul 3-4 petang.. Maklumlah, pukul 6-7 petang dah macam waktu malam.. Memang happeninglah, rasanya lagi happening dari Summer.. Mungkin sebab minggu sebelumnya tersangatlah sejuk walaupun takde snow, tu yang beramai-ramai keluar rumah, sebagai tanda melepas perasaan sebab last week berkurung je dalam rumah.. Ke kami je yang berkurung? hahaha.. Jom layan piccas kami beriadah..

pose comey dari kami..comey ke? Ramai kan orang kat belakang tu?
masih ada snow kat mountain, akan ada peluangkah untuk bersledding?
Zahralah yang paling seronok, dapat main kuda kayu..
dan juga dapat berbuai..hohoho..

Kekadang terasa tak sabar nak Summer, kekadang terasa ohh, biarlah turun snow lagi, tak puas main sled ni...hehehe.. ^_*



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 9, 2011

Jalan Jalan Hari Raya Cina ke 3

Hehehehe..sesuka hati menambah sendiri raya Cina sampai hari ke 3, padahal dalam kalendar hanya dua hari je..hihihi.. Sebenarnya nak gitau jalan-jalan pada hari Sabtu...kikiki.. Tapi sebab takmo guna hari Sabtu, tu yang buat tajuk camgitu..ngeee

Jangan taktau, kat Swiss ni pon diorang sambut Chinese New Year tau.. Kalau kat tv UK tu, ada iklan pasal Chinese New Year.. Tapi, takla semeriah kat Malaysia, sini takdelah buat limau mandarin berkotak-kotak, yang ada buah limau clementines (sedap seih buah limau ni..rasa cam mandarin gak tak silap..huhu), tapi yang ni almost all season ada (rasanyala..hoho..dah tak ingat) Takde jugak tarian naga, cumernyer kat shopping mall yang kami pi, ada naga digantung kat atas siling mall tu.. Pastu barangan dari Thai Kitchen macam santan dalam pek, pes kari (ada kari merah dan kari hijau), sos dan macam-macam lagi lah, ada sales.. Jangan tanya saya apa kaitan Thai Kitchen ngan Chinese New Year, saya pon terconfuse di situ sekejap..huhuhu

dalam Coop (groceries store)..hehe..gambar kelam sikit sebab ambil ngan hs

Oh ya, ke mana kami pada hari Sabtu? Tak jauh pon kami pi jenjalan, dekat je ngan rumah kami ni, area Saint Sulpice gak, malah sangat dekat dengan UNIL dan EPFL.. Kami ke Sports Centre UNIL-EPFL, kat sebelah ni ada lake dan tempat riadah. Tak pernah lagi pi walaupun dekat je ngan rumah.. Hoho.. Jom layan piccas kami bergediks..

dengan selambenya Zahra gi duduk kat tepi jalan ni..
nice kan?
belakang tu adalah UNIL, kan Waheeda kan? Ngee..

Walaupun skang masih dalam musim Winter, tapi minggu ni best sebab agak panas sedikit (7-12 Celcius waktu siang) berbanding dengan last week yang memang sejuk walaupun takde snow turun.. Tu yang syok dapat keluar jenjalan lama-lama sikit tanpa rasa perlu nak masuk building..Tapi kalau lama sangat berair jugak hidung..ngee

ramai gak yang ambil angin kat sini
agak-agak kaki cecah tanah dak tu? hehe..
Happy sebab dapat berlari-larian dengan bebas kat luar..

p/s : Kadang-kadang ada jugak rasa tak sabar nak Summer sebab hari siangnya lebih panjang, plus leh bawak Zahra mandi kat lake.. Tapi memang tak puas main snow lagi..ngeee..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 4, 2011

Rindunyer nak main sled.. Di mana kau wahai si snow?

Huhuhu, terasa macam bukan musim Winter bila snow tak turun.. Tapi sejuk tetap sejuk, mengalahkan sejuk bila bermain snow.. Tapi saya ngan Zahra tak terasa lah sebab duk rumah je.. Rumah ni pulak heaternya memang tip top.. Boleh pakai seluar pendek dan baju tanpa lengan, kalau mahu laa..hehehe.. Mr. Hadi bila balik2 habis berkabus dianyer spec, kes terlalu sejuk..

Sejak akhir bulan December dah tak turun-turun snow.. Kalau turun pon, ciputtt je, dah tengahri terus cair dan hilang..wuwuwuwu.. Baru 2 kali main sled, tak puas lagi nak berjimba-jimba ngan sled.. Nak gi mountain (tempat yang ada snow) Mr Hadi tengah busy mengalahkan menteri.. Balik rumah kul 8, sambung lagi wat keje lepas tu..wuwuwu.. Nampak gaya, tunggu hujung tahun ni lah pulak.. Oleh kerana tak dapat nak main sled, tengok gambar yang lepas-lepas pon jadila..wuwuwu..

bukit yang agak landai di tepi rumah..
seronok sangat sampai takleh nak tutop mulot..
bukit yang agak curam..rasa cam roller coster..tepi ruma gak ni..
hehehe..walaupun dah gelap, tapi jam baru kul 6 petang ni..kalau tak silap..ngee..

Actually, saya pernah buat entri pasal main sled ni, tapi kat blog Ma Belle Conway (masa tu blom dijadikan blog khas untuk contest dan giveaway), nak baca full story leh klik sini.. 

Kalau tahun lepas tengah ke akhir bulan 12 dan bulan 1 masih snow yang agak tebal.. Tahun ni agak pelik sikit coz snow turun tersangatlah awal, akhir bulan 11, dan langsung takde snow bulan 1.. Climate skang ni dah tak betul, tu yang berlakunya bencana alam yang teruk kat Australia, India, China, Russia dan banyak tempat lagi lah..Malah skang ni banjir kat Pahang masih belum surut lagi.. Padahal dah masuk bulan 2..huhuhu.. Moga-moga banjir di Johor, Melaka, N. Sembilan dan Pahang akan cepat surut, dan keadaan kembali pulih seperti biasa..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 4, 2011

Aksi Zahra Bermain dengan Salji..

Hihihihi..dah lama peram gambar ni, dan dah lama juga nak buat entri ni, tapi tak terbuat-buat.. Oleh kerana blog Our Precious akan-atau-telah disatukan dengan blog ini, maka bolehlah saya mengabadikan kenangan Zahra sakan bermain ngan snow..

Pertama kali jamah snow di tahun 2010
Dah tak segan silu untuk duduk dan sentuh snow..
Semakin rancak bergelumang dalam salji..
Tak tahu nak cakap ape dah, dah buat cam rumah sendiri..

Lepas balik dari bercuti ni, pagi tadi baru snow turun, tapi sikit je.. Tak sempat putih pon padang kat tepi rumah ni.. Tak sabar nak snow turun dengan lebat sikit, kesnya tak sabar nak main sled secara sakan macam hari tu..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...