Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Mar 2, 2011

Malulah bila dipuji oleh Otai Comper & dihargai oleh Kenkawan

Ngeee.. sila abaikan tajuk yang berbaur ayat-syok-sendiri-bercampur-perasan tu.. Tapi tang Otai Comper tu memang betol, dia memang seorang yang otai dalam bab-bab join contest dan giveaway, dan memang dikenali ramai dengan kehebatannya dalam bercomper ni.. Siapa lagi kalau bukan Mama Zharfan.. Nak tengok tak ayat dari Mama Zharfan yang buat me melayang-layang di awangan tapi kaki melekat je kat bawah..
congrats to all winners--semua yg creative ni--kalau uolls nak tau how creative entry looks like, feel free to skodeng their entries yer--aisha adyshariz tu terer photoshop, cik puan hady memang creative--byk gak me kalah kat tgn cik puan hady ni :p healthy competition--tricks cik puan hady yg me observe--dia akan submit link pd minit2 terakhir--utk elak org tiru idea kan..hehehe and me pun kdg2 guna gak tricks tu  :) ifa pun creative esp bab2 pantun mantun :)
Wahhh, kreatifkah saya ni? Rasanya banyak lagi yang saya tak mahir, idea pon biasa-biasa aje, malah masih jauh lagi nak dibandingkan dengan Mama Zharfan yang super creative ni.. Kemenangan saya tu atas nasib jugak, sebab creative ni subjektif, kebetulan rezeki saya ada kat contest tu.. Tang submit link last minit tu, ngee.. Malulah nak citer.. Selain dari takmo jadi mangsa copycat, sebab UTAMAnya adalah saya ni bukan rajin sangat orangnya..hakhak..kantoi di situ.. Kalau tengok due lambat lagi, saya put aside dulu, join dulu yang mana senang..ngee.. Bila dah nak due, mulalah kelam kabut, nak-nak lagi bila banyak contest yang tak dijoin.. Tu kekadang ada jugak contest yang tak sempat dijoin kes suka tangguh..hakhak.. Masih tak berjaya nak jadi comper tegar..ngee..

Keduanya, semasa berblogwalking ke blog Contest Cute Mum, saya terperasan ada satu entry contest yang melibatkan saya dan blog Belle ni, lalu tersengih sampai ke telinga sepanjang hari..ngeee.. Jom kita tengok apa kata Cute Mum..


Walaupun ianya adalah entri untuk contest, tapi saya tetap suka dan tetap happy.. Tak sangka yang Cute Mum rasa blog Belle ni sangat best.. Best ek blog ni? Ni yang buat saya bersemangat untuk terus berblogging ni, walaupun skang ni agak selow sedikit kerana busy untuk setup new business..ngeee.. Tapi insyaAllah blog ni tidak akan diabaikan.. Sayang ni kat blog Belle ni..

Lastly, terima kasih buat Si Comot yang Comel yang sudi review blog akak.. Rajin tau adik ni review semua blog yang masuk bloglistnya.. Saya memang berkenan betul ngan header blog SCC ni, memang comel dan comottt (jgn salah faham maksud comot ni, dolu2 saya dan kenkawan guna terms comot bila sesuatu itu tersangatlah comel, kawaii, cute..ngee) Terer tau adik SCC ni design header, buat sendiri ni..


Hehehe..dah lama saya tak share pasal HeartBeat kan, bukan apa takdanla..huhu.. Dan kalau perasan, kat blog ni saya dah letak Nuff, dan takde dah Advertlets dan Mangga Ads...hakhak.. Tapi motif untuk selidik Adverlets dan Mangga Ads masih tetap diteruskan, saya letak ads ini di blog Ma Belle Conway..ngee.. Details akan dicerita kemudian.. Choww..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 3, 2011

Krisis di Mesir | Semoga Kau Selamat, Wahai Sahabatku!

Hari ni dah masuk hari ke 9 (kalau tak silap saya..), dan itulah juga antara topik yang sering saya bualkan dengan Mr Hadi sejak beberapa hari yang lalu..

Maklumlah sahabat Mr. Hadi, Ehab yang pernah kami stay di rumahnya macam yang kami pernah cerita kat entri bienvenue part 2, juga merupakan Eqyptian. Kat sini juga, ada demonstrasi secara aman dilakukan di Geneva, maklumlah ramai juga Arabian kat sini..


Dan yang terutamanya, saya mempunyai sahabat blogger di alamaya yang menetap di Mesir skang ni, iaitu Aini aka Ummu Abdullah Syaakir, yang saya kira ramai mengenali sahabat ini melalui blognya Abdullah Syaakir dan Hajar.

Malahan, ramai saudara kita, orang Malaysia yang menetap di sana sama ada atas urusan belajar mahupun bekerja.. Juga buat saudara seagama, terutamanya penduduk Mesir sekalian yang bila-bila masa je nyawa boleh terancam.. Marilah bersama-sama kita memohon agar dipermudahkan urusan mereka dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Di sini juga saya ingin berkongsi artikel yang menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di Mesir. Moga-moga ini mampu membuka mata kita yang kadang-kadang alpa dengan kesenangan yang kita ada..

Kenyataan Media Mursyid Am IM Dr. Mohd Badi' - antaranya mengenai tuntutan asasi rakyat Mesir

Medan At Tahrir menjadi Medan Asy Syuhadak - baru saya tahu yang mereka sebelum ni hidup dalam keadaan yang dhaif berbanding kita di Malaysia..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 24, 2010

Buat Kenkawan Kesayangan Belle..

Terima kasih kerana sudi follow blog Belle ini, terima kasih kerana sudi berkawan dengan blog Belle ini.. Betapa saya amat terharu dengan jalinan persahabatan di alamaya yang dihulurkan ini.. Jadi, dengan berbesar hatinya saya menyambut jalinan yang dihulurkan itu dengan follow blog kenkawan juga.. 

credit

Takmo jadi cam dolu-dolu, gara-gara kerana mengejar nombor yang best, nak tunggu nombor yang spesel punyer pasal, saya terlepas pandang untuk follow blog kenkawan sehinggakan jumlah follower blog Conway dah ramai, dah tak terkejar dek masa untuk cek satu-satu.. Jadi, untuk blog ini, saya mahu follow terus, takmo tunggu2 nombor yang best lagi dah.. Hehehe, tabiat-gilakan-nombor-yang-cantik yang nak kena buang dengan segera nih..

Saya dah berjaya jejak balik, namun ada 3 kawan Belle yang tidak memaparkan link blognya.. Maaf yer, saya terpaksa announcekan dekat sini.. Minta uols tinggalkan link blog uols di kotak komen ini.. Kalau tinggal di cbox, takut2 saya terlepas pandang.. 
  • Eirra
  • AmyErinAimie
  • Nadirah Azmi
Cara-caranya untuk memaparkan link blog kita seperti berikut (aish..cam ayat jwb preksa je..hehehe)

  • Pi kat Dashboard, klik Edit Profile - kat situ uols akan nampak Show my blogs.. Ha, uols klik link tu.. Tang show sites I follow ok jer kalau uols nak tick.. 
  • Then uols pilihlah blog mana yang nak dipaparkan.. Hehehe..malu pulak tunjuk keempat-empat blog saya tu.. 2 je yang aktif.. Lagi 2 tu dah digabungkan dalam blog ni, sebab tu takmo display.. Better uols display yang uols nak orang datang je.. Kalau papar banyak2 nanti, orang konpius nak gi yang mana satu..
  • Dah siap tick, jangan lupa save, then voila.. Blog uols akan terpapar jika ada orang klik kat gambar id uols..

p/s : Kalau nak tukar-tukar link kat bloglist pon boleh juga, tinggalkan url blog uols kat kotak komen ini..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...