Showing posts with label Earning. Show all posts
Showing posts with label Earning. Show all posts

Apr 10, 2011

HeartBeat.my | Promosi Photo Tee Serendah RM18 & Jumlah Pendapatan Terkini

Uols perasan tak banner HeartBeat.my yang baru? Hijauuu giteww.. I loikee..hehehe, macam mempromosi Green Earth pulak..hehe.. Rupanya memang ada promosi pon, tapi promosi Photo Tee yang hanya berharga RM18 sahaja, tapi kalau nak kira harga sebenar RM40, diskaun 48% tuuu.. Banyak tu uols dapat jimat.. Nak tengok contoh, ada kat bawah ni..

Banner baru HeartBeat.my, comey kan..



Saya dah gatal-gatal tangan nak mengorder jugak ni, mesti comel kalau letak gambar kami gi jenjalan dan tulis cam gambar kat atas tu..ekekek.. Kenangan tu beb.. Pulak tu harganya memang berbaloi-baloi, tapi sayangnya kalau nak transfer online susahh, kesnya perlukan TAC dan saya belum tukar ke nombor saya pakai skang ni..huhu.. So uols, yang mana berminat tu, jangan lepaskan peluang, because promosi ni terhad pada 50 pelanggan yang terawal sahaja.. Nak order, leh klik link HeartBeat.my atau banner kat bawah entri ni aje..

Nak redeem guna earning HeartBeat.my pula, saya perlukan lagi RM5.37 untuk redeem. Ada sapa-sapa yang nak derma RM5.37? Hehehe.. Bila dah nak dekat cash out ni yang buat tak sabar ni..hehehe.. Maklumlah pertama kali baru nak cash out (padahal lambat lagi ponn..). Hehe, dah banyak angan-angan saya ni, mungkin cash out, mungkin juga nak redeem barang kat HeartBeat.my ni. 



Terima kasih kat uols yang mendaftar di bawah akaun saya, dan juga yang membeli barangan di bawah akaun saya, dan last but not least, buat yang sudi mengklik-klik banner HeartBeat.my di mana-mana blog saya.. Kalau dah klik, jangan lupa gitau ek, preferebly gitau kat komen (just gitau dah klik hb pon takpe..) coz kalau kat shoutbox nanti takut saya terlepas pandang..

Buat yang belum join HeartBeat.my, jom join ramai-ramai, nak-nak skang ni Nuffnang cam liat sikit nak dapat BE kan..huhu.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal HeartBeat.my ni leh tengok entri saya yang lepas-lepas mengenai HeartBeat.my cam kat bawah ni..


Cara untuk menjadi Affiliate HeartBeat.my - Tutorial & Cara untuk mendaftar sebagai ahli HB

HeartBeat.my memang masyuk - Cara-cara untuk mendapat earning dari HB


p/s : Nasib baik ada HeartBeat.my, merasa jugalah untuk cash out (soon), maklumlah Nuffnang setakat ni bayang pon tak nampak untuk cash out ni..huhuhu..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!






Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 30, 2011

Part 3 | Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Kalau sebelum ni saya dah berkongsi mengenai kelebihan dan kekurangan masing-masing di Part 1 dan Part 2, kali ni tiba masanya untuk saya menyentuh mengenai kemasyukan $$$ bagi setiap ads company ini.. Dan saya pasti, perkara ini yang memainkan peranan yang besar dalam memilih ads company..

Jadi, uols rasa yang mana paling masyuk? Nak berteka teki dak? Agagaga, peel orang suka join contest..kuikuikui.. Ok, bagi saya masyuk tak masyuk bergantung kepada trafik satu-satu blog dan kalau Nuffnang, blognya ada berapa BE.. Wohohoho, keciwa dak ngan statement tu, tak menjawab soalan kan? Agagaga.. Tapi siriyes, itulah yang menjadi variable dalam menentukan masyuk ke tak masyuk ads company bagi blog uols..

credit

Nak cakap pasal masyuk tak masyuk ni, memang susah, because bergantung pada performance blog tersebut dan kalau Nuffnang pulak, ada satu lagi variable iaitu ada BE ke takde.. Meh saya berkongsi mengenai earning blog Ma Belle Conway, yang dulunya berstatus Gliterrati Nuffnangers. Kalau diikutkan, saya mula pasang iklan Nuffnang pada bulan 9/2011 dan mula mendapat BE pada bulan 11/2010 dan buat cash out buat pertama kalinya pada akhir bulan 1/2011 dengan jumlah RM159.91. Trafik masa tu dalam 100-200 UV sehari rasanya. Sejak cash out, blog tu tak dapat BE dah..huhuhu, earningnya RM0 (juga takde hasil dari klik-klik..) sehinggalah pada..ermm..bile ek saya madukan dengan Advertlets dan Mangga Ads, bulan 2 kot, sebab geram meh.. Trafik ok, tapi sebab takde BE, takdek earning.

Yang bestnya mengenai Advertlets dan Mangga Ads, asalkan ada trafik, uols akan mendapat earning, walaupun takde orang klik. Yer, semua hasil earning yang uols tengok pagi Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, adalah hasil dari trafik semata-mata, dan bukannya hasil dari klik (takde orang klik ads kat blog ni..hoho) Tapi yang kurang bestnya, jumlah earningnya tak semasyuk BE Nuffnang. Sebab tulah, Nuffnang ni, kalau dapat BE, memang best, memang masyuk, tapi persoalannya, akan dapatkah BE atau lagi tepat, berapa lama baru dapat BE? hohoho.. Sebabnya sampai skang blog saya tak dapat-dapat BE sejak cash out hari tu..

Ok, kalau uols tengok Pendapatan Advertlets dan Mangga Ads bagi bulan December dan Januari, kat situ boleh saya rumuskan Advertlets lagi masyuk dari Mangga Ads coz tafik yang sama, tapi jumlah earning yang berbeza, dan memang agak ketara perbezaannya. Tapi tak ramai yang berani nak join Advertlets ni, coz ada ura-ura mengatakan yang susah nak dapat cek bila dah cash out nanti.. Sejauh mana kebenaran tu, saya tak tau, sebab tulah saya memasang angan-angan untuk biarkan Advertlets ni running sampai boleh cash dan tengok betul ke tak betul ura-ura tersebut..

earning setakat ini bagi Advertlets
earning setakat ini bagi Mangga Ads

So kesimpulan saya, kalau takde BE, memang Advertlets dan Mangga Ads lagi masyuk, based on trafik uols lah, lagi tinggi, lagi masyuk. Tapi kalau ada BE, walaupun seketul BE, saya rasa earning BE Nuffnang lagi masyuk..

Lagi satu, mengenai minimum untuk cash out. Yang ni pon Nuffnang best, coz bila dah RM50, uols dah boleh cash out, takyah nak tunggu lelama. Tapi Advertlets dan Mangga Ads, kalau tak silap saya kena tunggu RM100 baru boleh cashout.. Bagi blog saya yang trafik tak berapa nak masyuk ni, ala-ala berjanggutlah jugak nak tunggu RM100 tu..hohoho


p/s : Nanti saya kongsikan, kenapa saya masih setia ngan Nuffnang di blog ini dan blogshop saya, Ma Belle Shoppe, walaupun setakat ni masih takde BE dan kekadang tu terasa gatal tangan nak madukan Nuffnang..hehehe..


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 11, 2011

Banner HeartBeat.my yang baru & Mengenai Reports

Rasanya semua dah perasan kan, yang HeartBeat.my dah pun menggunakan banner yang baru, tiada lagi unsur-unsur mempromosikan Valentine.. Jadi uols bolehlah menggunakan coding yang HeartBeat.my sediakan macam yang terpampang kat blog saya ni..

Sebelum ni saya tak notice pon kegunaan widget reports yang terdapat di dashboard HeartBeat.my, yang saya biasa tengok adalah main dashboard ataupun overview je.. Oleh kerana Cute Mum dan Miza pernah tunjuk yang kita leh tengok details klik dan yang register dengan klik widget Reports di dashboard, maka sesajalah saya cuba tengok widget tersebut.. Hasilnya, memang pelik bin ajaib.. Kenapa saya cakap camtu? Cuba tengok yang saya highlight kan kat gambar bawah ni..


Kalau ikutkan, pada tarikh 5, 6 dan 10hb ada yang klik banner HB di blog saya ni, berdasarkan mesej yang ditinggalkan di kotak komen, tapi kat situ takde pulak rekodnya.. Adakah diupdate lambat? Kalau yang klik pada 10hb mungkinlah dimasukkan under 11hb, tapi yang klik pada 5hb?

Tapi tulah, benda-benda cam gini malas nak amik pusing sangat.. Kalau ada, adalah.. Kalau takde, maknanya bukan rezeki, kan? Apapun, saya berterima kasih pada yang sudi klik-klik iklan di sini, terutamanya iklan HeartBeat.my. Sekiranya uols klik, kalau sudi tinggalkan pesanan di kotak komen, supaya saya dapat membalas klik uols tu walaupun style saya kalau jumpa je banner HeartBeat.my kat mana-mana blog, especially blog kenkawan, memang saya akan klik.. Sebab kalau uols tinggalkan di shoutbox tu, takut saya terlepas pandang.. Tak best jugak kalau tak dapat membalas klik dari uols kan.. 

Buat yang belum join HeartBeat.my, jom join ramai-ramai, nak-nak skang ni cam liat sikit nak dapat BE kan..huhu.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal HeartBeat.my ni leh tengok entri saya yang lepas-lepas mengenai HeartBeat.my cam kat bawah ni..


Cara untuk menjadi Affiliate HeartBeat.my - Tutorial & Cara untuk mendaftar sebagai ahli HB

HeartBeat.my memang masyuk - Cara-cara untuk mendapat earning dari HB



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 10, 2011

Isu iframe traffic aka junk traffic | Halalkah?

Salam..wahh..kecoh betul dunia blogging.. Baru je haritu setel pasal auto-blogwalking, skang timbul pulak iframe traffic..hohoho.. Inilah rencah dunia blogging, semakin meriah, semakin pedas!! Ahaks..

Ok, sebenarnya iframe traffic ni dah lama, tapi mungkin sebab baru-baru ni ramai yang offer bagi backlink cum iframe traffic dan ramai pulak yang teruja dengan traffic blognya yang melambung-lambung tinggi, tidak seperti sebelum2 ni yang ala-ala suam kuku je..hohoho.. Maka, banyaklah yang tertanya-tanya mengenai hal ini, lalu timbullah kes iframe traffic nih..

perghh..dashyat btol trafiknyer..

Dan saya bukanlah pakar dalam coding html ni, dan saya tak pastilah mengenai backlink cum iframe trafik ni sebenarnya mencuri trafik ke tidak.. Itu bergantung kepada blogger2 yang handle program sebegini.. Itu saya takmo sentuh sebab saya tak mengkaji pon, dan kalau saya kaji pon belum tentu saya paham..wahaha..

Tapi yang saya tak setujunya dan merasa ditipu, yer saya pernah kena, apabila saya join satu segmen ni (segmen blog, bukan backlink nih..dah lama pon, tahun lepas lagi..), memerlukan saya letak bannernya.. Style saya, saya copy image tu dan paste ikut coding yang biasa saya guna.. Sekali penganjur ni datang gitau yang saya kena letak banner dengan menggunakan codingnya.. Padahal sama je, nampak gak banner dia. Tapi saya turutkan juga.. Berbulan-bulan selepas itu, masa saya tengah online, tetiba saya terperasan kat blog saya leh nampak blog dia, dari situ saya dah tau yang blog dia mendapat trafik blog saya secara senyap-senyap (sebab dia tak gitau pon..).. Patutlah blognya sentiasa ramai orang..hohoho.. Kes macam ni saya tak setuju, kiranya ditipu dalam diam..

good or not good?

Yang kes backlink cum iframe traffic ni, bagi saya, kalau win-win situation takde masalah, contohnya ko share trafik aku, aku share trafik ko.. Tu takde hal.. Tapi kalau kes yang dia share trafik kita 24 jam, tapi kita share trafik dia mungkin sejam dua, tu yang tak best tuh..hohoh.. Itu tidak adil namanya.. Kalau aku hanya share traffik dari ko hanya sejam dua, biarlah ko pun share trafik aku sejam dua.. Benda ni biarlah dua-dua dapat merasa.. 

Pasal nak join iframe traffic ni ikut selera masing-masinglah, ada yang inginkan trafik mencanak tinggi tanpa kesah ada orang belek-belek ke tak blognya, yang penting UV tinggi ataupun ada yang lebih pentingkan orang datang dan baca entrinya, kalau tak baca pon at least scan entri-entrinya, mana tahu kot2 berminat untuk baca walaupun UV ala-ala suam kuku gitew..

'bersih'kah duit yang diterima?
Tapi yang menjadi persoalan adalah, mengenai pengiraan pendapatan dari ads company yang melibatkan unique visitor.. Yang buat saya tertanya-tanya adakah advertiser tak kisah mengenai hal ini? Ataupun sekiranya diketahui oleh advertiser, blog2 yang terlibat akan dibanned (hohoho..yang ni paling tak best sekali..)? Adakah iframe traffic = junk traffic (hasil google MZ) dikira sebagai fraud traffic?

Sekiranya dikira sebagai fraud traffic, yang menjadi persoalan BESAR sekali adalah, apakah hasil pendapatan yang diterima itu dikategorikan sebagai HARAM, sama macam fraud click (bagi kes earning dikira melalui cpc)? Jangan main-main, better mendapat penjelasan yang kukuh dari orang yang berpengetahuan dalam hal ini.. Agak-agak, ada yang leh tulung jawabkan dak?


p/s : Oh ya, nak baca mengenai isu iframe traffic ni leh gi blog DJ, penerangan yang jelas dan lengkap dengan entri-entri dari blogger lain..

p/s/s : Update terbaru : email dari Nuffnang, iframe traffic is AGAINST NUFFNANG POLICY and mana2 blog yg generate traffic via iframe akan diblacklisted once Nuffnang discover. Sumber dari Mama Zharfan. So, saya rasa untuk ads company yang lain pon mestilah sama cam Nuffnang jugak kan..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Update Earning dari Mangga Ads

Hari tu saya ada buat entri mengenai Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets bagi Januari 2011, kat entri tu saya ada printscreen jumlah earning Mangga Ads yang saya dapat bagi bulan Januari, iaitu sebanyak RM0.28 sahaja..

Tapi, semalam bila saya masuk website Mangga Ads, kekononnya nak mengkaji sebab nak buat entri Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets. Saya terperasan yang jumlah earning bagi bulan Januari bertambah.. Tak cayer? Jom tengok printscreen kat bawah ni..


Jumlah pendapatan ni baru logik sikit, coz lagi tinggi dari bulan Disember..hehehe.. Mungkinlah masa saya printscreen yang dulu tu belum diupdated lagi jumlah earning untuk Januari.. Tapi still lagi sikit berbanding dengan Advertlets kan..hohoho.. Banyak tu beza, dalam RM6.++ camtu..

Ada yang bertanya jumlah minimum untuk cashout Advertlets? Hohoho, saya pon tak pasti, coz kat website tu tak dinyatakan berapa minimum.. Tapi kalau ikut printscreen kat bawah ni, saya belum boleh cashout lagi..


Mungkin juga bila RM100 baru boleh cash out kalau diikutkan apa yang dikomen oleh bro Edy ni kat entri Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets bagi Januari 2011. Hohohoho, berzamanlah baru boleh cashout kalau camgini..huhu.. 


Patutkah saya beralih arah pada Nuffnang sekarang juga? Hohoho.. Tapi kalau ikutkan blog Ma Belle Conway, lepas dari cash out pada 31 Jan lepas, sehingga skang masih takde earning lagi, masih  RM0.00 jumlahnya. Kesnya takde BE baru maa.. Sangat sadisss!!!



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 8, 2011

Pendapatan dari Mangga Ads & Advertlets bagi Januari 2010

Huhuhu..sebenarnya saya ala-ala-tension-jugak ni.. Bukan tension sebab earning dari Mangga Ads dan Adverlets ciput, tapi tension sebab tengah syok nak buat entri gitau yang kat Lausanne ni ada sambutan Chinese New Year, skali bila nak transfer gambar dari handset ke lappy, tak jumpa cari kabel.. Jenuh serata rumah cari (okey, tipu di situ, takdela serata rumah), tak jumpa jugak..huhuhu.. Ada sape2 nak pinjamkan kabel dak? Muahaha..

Ok, kembali kepada tajuk, last time saya dah tunjuk earning bagi kedua-dua ads company ini pada bulan Disember, kali ni saya nak kongsikan mengenai earning blog Notre Belle Histoire bagi bulan Januari 2011. Mari kita tengok berapa yang Mangga Ads bagi pada bulan lepas..


Cuba tengok tu, pendapatan bulan Disember lagi banyak daripada bulan Januari, padahal bulan Disember tu saya mula pasang iklan pada 22 @ 23hb camtu.. Hohoho, cemana leh jadi camgini ni? Mungkinkah sebab iklan tak keluar? Saya perasan time saya buka blog, takde iklan pon kat Mangga Ads tu, hanya ada muka pompuan dan laki yang duk ternganga tu aje.. Time uols datang, ada tak iklan Mangga tu? Tapi saya ada perasan juga, kat website Mangga Ads tu ada gitau yang payout is different for every campaign.. Mungkinlah sebab tu yang earning kurang..huhuhu.. Meh kita tengok dari Advertlets pula..


Haha, jangan pelik yer kenapa bermula dari 9hb dan kenapa tidak 1hb? Itu semua kerana saya baru je printscreen earning ini pada 7hb Feb.. Hohoho, maklumlah saya bukan jenis rajin nak cek hari-hari kekadang bila mood datang nak cek baru saya cek.. Jadi, takpela takat kurang 8 hari..ngeee.. Tak beza banyak kot.. Dah total up ke berapa? Ngee.. Tak berapa nampak ek? Meh saya tlun kirakan.. Semuanya berjumlah RM7.787. Banyak tu beza dengan Mangga Ads..hoho

Kalau ikutkan hati, nak je saya buang Mangga Ads tu, ringan sket blog saya.. Tapi dah alang-alang menyeluk pekasam letak, saya tengok lagi beberapa bulan cemana.. Lagipun loading blog saya ok kan? Ngee.. Jom kita tengok trafik blog Notre Belle Histoire bagi bulan Januari pulak..


Paling sikit dengan 51 UV pada 1 Jan, hehe, nak tau kenapa? Sebabnya kami baru je pulang dari berjimba-jimba di Lisbon, Portugal.. Paling banyak trafik pada 25 Jan dengan 195 UV.. Nak tau kenapa? Sila godek-godek entri pada 24-26 Jan..hehehe.. Sebabnya saya pon taktau, saya agak maybe sebab entri pada hari tersebutlah..ngeee.. Dan yer, semua earning dari Mangga Ads dan Advertlets ni bukan hasil dari klik tau.. Takdek orang sudi nak klik ads ni blog ini..huhuhu.. ;p  Nak tengok dak Alexa ranking bagi blog ni? Moh skodeng jap sama ada menjunam ko mendaki..miahaha..


Kalau ikut apa yang saya cek pada 28 Jan yang lepas, untuk WorldWide meningkat sebanyak 190 000 dan untuk Malaysia juga meningkat sebanyak 3000.. Wahhh, i loooikeee!! Yang sites linking in tu masih kekal.. Cemana nak improve pon saya masih samar-samar lagi.. Puan Bee ada bertanya pasal Google Adsense (saya ada sentuh sket ja dalam entri 28 Jan yang lepas), yang saya tau memang Nuffnang tak kisah bermadu ngan Google Adsense.. Cemana nak daftar, saya pon tak tau.. Tapi rasanya banyak je info kat Pak Cik Google, kena search dan rajin mencari + baca..hohoho.. 


p/s : Saya tau saya masih berhutang, belum buat entri mengenai Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kaca mata cikpuanhady. Hahaha, sabar naa.. Saya tengah tunggu ilham datang..kuikui..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 27, 2011

Lagi RM7.98 Untuk Cash Out Churp Churp

Ha..percaya tak uols kalau saya gitau lagi RM7.98 nak cash outkan earning Churp Churp ni? Percaya tak? Whattt, ada yang tak percaya? Huk aloss..

Tak menjadilah prank yang saya buat..ekekeke.. Yer, bukan RM7.98 lagi untuk cash out, sebaliknya earning Churp Churp saya baru RM7.98.. Lagi RM92.02 baru boleh cash out.. Hohohoho, entah bila la tuh.. Tapi bak kata pepatah, sedikit-sedikit dahulu, lama-lama jadi bukit (err..betul ke ek..) Tapi sekali dapat cash tu, fuhyoo, dapat RM100 tuuu, nak beli ape ek? (berangan dulu..)


Ha, kalau uols belum join lagi Churp Churp ni, cepat-cepatlah join.. Senang aja nak join, yang penting ada akaun Twitter dengan Facebook, especially Twitter.. Kalau nak tahu apa itu churp Churp dan cara untuk join, leh tengok entri Jom Bertwit-twit dan Berchurp-churp.. Dan buat uols yang dah join, tapi masih blur-blur cemana nak buat assignment yang diberikan, leh tengok Tutorial Churp Churp ini..

Bagi yang ingin merebut peluang untuk memenangi hadiah sehingga RM40K, jom cepat-cepat join Jam-Pack Milo Fuze ini.. Klik link di bawah ni laju-laju.. 


Selain dari tu, bagi uols yang pentingkan Gaya Hidup Sihat boleh juga mengambil ujian di bawah ini untuk mendapatkan panduan mengenai pemakanan dan gaya hidup yang sihat..


Jadi, apa tunggu lagi, bersegeralah join Churp Churp, sekurang-kurangnya dapat juga side income kan.. Nak lagi menambahkan duit saku uols, jom join juga HeartBeat.my ini.. Kalau nak tau mengenai heartBeat.my ni, godek-godek saja entri saya di bawah label HeartBeat.my..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 26, 2011

HeartBeat.my.. Memang Masyukkk!!!

Hehehe.. haritu saya ada buat entri mengenai Pendapatan Sampingan Berblog dengan HeartBeat.my dan cara-cara untuk menjadi Affiliate HeartBeat.my, kali ni saya nak share pulak mengenai pendapatan saya setelah 20 hari menjadi HB Affiliate..


Yang saya bulatkan warna merah tu, earning hasil dari kenkawan yang join under saya, RM2 per person dan yang saya bulatkan warna biru tu hasil klik kenkawan, RM0.04 per klik.. Walaupun nilainya nampak kecil, tapi kalau dah 100 orang yang datang ke blog kita tu dan semuanya klik, mahu dapat RM4 sehari.. Kalau dah sebulan, tak ke RM120 tu?

Kalau nak kira, earning saya ni sikit aje berbanding dengan Anje dan Cute Mum (geng-geng baru join HB), diorang dah RM30-40 dah.. Earning ni bergantung kepada berapa ramai yang anda refer untuk join.. Pendek kata, makin kerap uols promote, follower blog uols ramai dan UV pon tinggi (nak-nak kalau semua yang datang tu klik kan) maka peluang untuk tingkatkan earning uols makin tinggi..

Tapi saya tetap puas hati dan bersyukur, yelah, mana nak dapat RM7.68 free-free kan, hanya dengan tampal banner pulak tu.. Terima kasih buat yang sudi register HeartBeat.my ni melalui banner di blog saya ini, dan terima kasih juga buat kenkawan yang sudi klik-klik iklan HeartBeat.my ini..

Banyak lagi cara untuk dapatkan earning melalui HeartBeat.my ni.. Uols boleh tengok kat gambar di bawah ni..


Dan, pada yang ragu-ragu untuk daftar HeartBeat.my ni, masih takut-takut akan effect status Glitterati Nuffnang, takpon akan efek jumlah kempen yang akan diterima, jangan risauuu.. Semua yang join HB ni mostly adalah Glitterati Nuffnangers, dan BE mereka memang masyuk-masyuk.. Jadi apa tunggu lagi..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 12, 2011

Pendapatan Sampingan Berblog dengan HeartBeat.my

Semalam saya ada buat entri mengenai Pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets, sebelum saya berkongsi mengenai perbezaan antara Mangga Ads dan Advertlets, saya mahu berkongsi dulu mengenai HeartBeat.my.

Bagi yang teringin mendapat pendapatan sampingan selain dari menggunakan ads company seperti Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets, uols juga boleh daftar sebagai Affiliate HeartBeat.my tanpa sebarang modal, hanya perlu meletakkan kod pengiklanan seperti di blog saya ini..



Bagi yang sayangkan status Glitterrati Nuffnang, jangan risau, status uols tidak akan bertukar sekiranya meletakkan iklan HeartBeat.my di blog uols.. Kalau tak, takkanlah saya letak juga iklan HeartBeat.my di blog Ma Belle Conway, yang ada 2 BE tengah running..

Earningnya, lebih kurang macam iklan CPC Nuffnang, di mana untuk mendapat earning, kena ada visitor yang klik ads tersebut.. Saya baru je lagi join pada 5 Jan yang lepas, dah ada RM0.32 dalam akaun. Oklah tu kan, sapa nak bagi duit free-free..hihihi.. Kalau uols nak join, klik aje kat sini, buka akaun dulu, then baru daftar sebagai Affiliate HeartBeat.my tanpa sesen pon yang dikeluarkan. Kalau uols nak tahu, Mama Zharfan dah berjaya cashkan earning dari HeartBeat.my tau.. Cayolah dear!! Next-next entri, saya akan sharekan cara-cara untuk menjadi Affiliate HeartBeat.my (actually, senang je nakdaftar..takper, sharing is caring kan?) dan cara-cara untuk letak coding di blog uols..



p/s : Thanks buat yang sudi mengklik-klik iklan di blog ini.. Muahsss!!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 11, 2011

Pendapatan dari Mangga Ads & Advertlets bagi Disember 2010

Hehehehe..ini bukan entri untuk menunjuk-nunjuk ye (nak nunjuk apenyer, ciputtt je earningnyer).. Tapi untuk direkod sebagai rujukan di masa hadapan, untuk dibuat perbandingan dengan Nuffnang nanti..hohoho.. Mungkin juga, boleh dijadikan panduan untuk uols, yang baru nak berjinak dengan pengiklanan di blog..

credit
Rugi pulak rasanya untuk blog Ma Belle Conway saya tak rekodkan pendapatan masa awal-awal join Nuffnang dulu dan jumlah unique visitor.. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan Mangga Ads dan Advertlets bagi blog ini, dan kenapa tidak menggunakan Nuffnang? Simple jawapan saya, saya mahu merasai sendiri perbezaan antara Mangga Ads, Nuffnang, dan Advertlets.. Kalau dapat join Innity, nak juga saya try (sedarlah blog hang ni nak maintain 100UV sehari pon belum tentu)..kekeke.. Walaupun kekadang terasa juga rugi dan menyesal-ala-ala-geget-bibir sebab kalau guna Nuffnang dan kalau dapat BE, mesti masyukk kan..(koya lagi di situ..ntah dapat BE ke tak..)

Ok, tanpa melalut lebih panjang lagi, kita tengok berapa earning dari Mangga Ads dulu.. Actually, dah hampir saya nak buat entri gitau yang tak dapat satu sen pon dari Mangga Ads, sekali hari ni bila cek, tengok-tengok ada earning untuk Disember, barangkali diupdate di akhir bulan kot.. Coz untuk Januari ni takde earning lagi.. Harap maklum yer saya join Mangga Ads pada 23 Disember 2010.



Ini pula pendapatan dari Advertlets, tarikh join pon sama je cam Mangga Ads, maklumlah blog ni pon baru diwujudkan pada 22 Disember 2010..hihihi..


Advertlets ni pelik sikit, kalau uols perasan, tarikh 24 dan 31 Disember, dua-dua hari Jumaat, tidak termasuk dalam pengiraan. Kenapa? Saya tak mengkaji lagi.. Tapi untuk 7 Jan (which is hari Jumaat) adalah pulak.. Nak tau berapa total Advertlets, uols kira sendiri..Agaga.. Nampak tak? Ok, saya tulun kirakan.. Totalnya adalah RM0.728, lebih RM0.218 dari Mangga Ads lah..


Ini pula adalah trafik bagi blog ini, sepanjang 22-31 Disember. Yang mana, paling sikit orang mai adalah pada 31 Dis, sebabnya masa tu kami tengah sakan berholiday, tanpa sebarang updated entry.. Yang paling ramai adalah pada 26 Dis (hmm..nape yer?)

Agak2 hangpa, ok tak pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets ni? Ada tak yang guna ads company sama cam saya, berpuas hati tak dengan earning uols? Ok, rasanya cukup takat tu je dulu.. Next, saya akan sambung dengan entri Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kaca mata cikpuanhady..ekekeke.. Maklumlah untuk blog Ma Belle Conway, saya menggunakan Nuffnang sepenuhnya.. Sayang kat status Glitterrati tu..


p/s : Kalau perasan, earning ni bukan hasil dari klik tau..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...