Jan 21, 2011

Home » , » Wahhh.. Berkenan betul dengan Baju Malam Berinai Ayu Raudhah

Wahhh.. Berkenan betul dengan Baju Malam Berinai Ayu Raudhah

Kikiki, orang dah sibuk dengan Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha, me baru nak terkedek-kedek dengan baju malam berinai Ayu Raudhah.. Bukan apa, kalau dulu-dulu me tak amik port sangat hal-hal artis ni, takat tengok pastu dah..

Tapi sejak terjerumus dengan dunia blogging ni, pastu bukak je blog semalam dan hari ni, semua duk cerita pasal majlis kahwin Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha, nak-nak bebaru ni ada contest mengenai My Dream Wedding (tapi saya tak join ponn..), nak-nak pulak me memang berkenan kenal dengan Zaquan Adha (kenal tru tv la..blom berjumpa eye to eye), naklah jugak mengikuti majlis depa ni.. Nak-nak me memang suka tengok kakak Ayu Raudhah iaitu Rozita, memang cun melecun dan anggun giteww.. Adik dia oklaa.. Comey gak.. Tapi me lagi suka kakak dia..

Ok, melalut sudaa.. First time tengok baju malam berinai Ayu Raudhah, ooemmgeee, comeynyerr.!!! Lawanyerrr, gojesnyerrr!! Nak jugak baju gini.. Tetiba..ngeee.. Cakap lebih tak guna, tengok ajelah gambar ni..


Wahhh, me memang pantang tengok baju yang ada butang kat depan, nampak comey je di mata me..ngeee.. Nak-nak yang penuh dengan butang balut ni, perghh.. memang comeyyy je, tapi jenuhla nak masukkan butang tu.. Tercari-cari juga gambar close up yang tunjuk dari atas sampai bawah baju ni, jenuhla merayap ke satu blog ke satu blog, tak jumpalah gambar full baju ni.. Gi kat Piccalasso pon takde..huhuhu.. Nak tengok gambar penuh dan dekat baju ni..agagaga


Pastu ternampak pulak kasut malam berinai Ayu Raudhah, ooemmgeee, sangat chantekkkk.. Nak jugak boleh? Agagaga.. Sangat matching dengan bajunya yang comey.. Me memang suka kasut yang open toe ni...huhuhu.. Ni yang verangan nak buat majlis sekali lagi ni..agagga.. Sebab nak pakai baju comey-comey sebegini dengan kasut comey camni.. Nak pakai gi jenjalan terlebey bergaya pulak nanti..ngee


Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, dan selamat menempuhi alam perkahwinan yang sungguh manis cam madu..ngee.. Semoga cepat-cepat dapat baby..hihihi..

kredit gambar : Beautifulnara

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

5 Comments
Comments

5 comments

Jan 22, 2011, 7:26:00 AM

wow!!
cantik inai tu....
ehheheee

Jan 22, 2011, 8:51:00 AM

baru tengok..kasut mcm tu siksa kaki hukss..tp comeiiii

Jan 23, 2011, 3:40:00 AM

salam

suka juga kasut tu :)

Jan 25, 2011, 11:52:00 PM

@to all : kan..cantik kan..

Mar 10, 2011, 12:29:00 PM

memang cantek! suka satu set baju n kasut!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...