Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

Jun 26, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 13 (Final) Round 2 | Yang Ada Ummphh Sepah, Jambu, Nabil dan Jozan

Untuk Maharaja Lawak Minggu 13 aka Final ni, bagi Round 2, Sepah, Jambu, Nabil dan Jozan diberi task berbentuk Muzikal Komedi. Kalau uols ingat, masa Minggu 3 pon derang pernah buat Muzikal Komedi.

Kalau diikutkan, untuk Round 2 ni, semuanya kelakar habis, saya tak dapat nak decide sapa yang paling best, sebabnya masing-masing banyak part yang ada ummphh gitu.. Meh layan komedi mereka yang berbentuk muzikal ni..





Yang mana lagi uols suka, Minggu 3 ke Minggu 13 ni? Hehehe.. Bagi saya, Nabil, Sepah dan Jozan lagi best masa Minggu 3.. Jambu pula, yang ni lagi best dari Minggu 3..ngee.. Apapun, tahniah buat semua peserta Maharaja Lawak, terutamanya Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu, memang beshlaaa..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 25, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 13 (Final) Round 1 | Juaranya Sepah, diikuti Jozan, Nabil dan Jambu

Hohoho, akhirnya Maharaja Lawak sudahpun tiba ke penghujungnya, rasa cam tak puaslah pulak.. Maklumlah setiap minggu, pasti tertunggu-tunggu aksi mereka. Lepas ni, mesti duk ulang tayang yang minggu-minggu sebelumnya. Apapun, meh tengok persembahan Sepah, Jozan, Nabil dan Jambu pada Final Maharaja Lawak, Minggu 13, Round 1..






Bagi saya, Round 1 ni yang paling best sekali adalah Sepah..hohoho.. Tak sangka diorang kaitkan ngan lawak minggu lepas iaitu Minggu 12. Nanti saya update yang Round 2 pula yang bertemakan Muzikal Komedi..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 21, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 12 Round 2 | Sepah, Jozan, Nabil yang Ngetops, dan R2 terkeluar?

Hehehe, setelah melayan Round 1, meh layan pula Maharaja Lawak Minggu 12 Round 2. Bagi saya, untuk round kedua ni, yang paling ngetops dan kelakar sekali adalah Sepah dan Jozan. Kali ni saya tak dapat nak decide siapa yang paling best, coz dua-dua berjaya menegangkat urat perut dan otot pipi..hehehe.. Bagi saya lawak R2 bagi pusingan kedua beshla jugak, tapi nak wat cemana, bukan rezeki mereka untuk beradu pada Final Maharaja Lawak nanti.. Apapun, meh layan lawak diorang yang besh ni..






Agak-agak uols siapakah yang bakal bergelar Maharaja Lawak nanti, adakah Sepah, ataupun Jozan, mungkinkah Nabil ataupun Jambu?


p/s : Lagi 1 hari je lagi sebelum berangkat..awww.. Tak puas, tak puas..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 19, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 12 Round 1 | Yang Mana Lagi Best antara Sepah, Jozan, Nabil, Jambu dan R2?

Hehehe, alang-alang ada internet ni, apa lagi layan Maharaja Lawak Minggu 12 lerr.. Astro kat umah memang takde ler channel Warna ni.. Mengharapkan youtube ajeler.. Tapi sayang betul la, time kami kat JB, depa wat kat Penang. Time kami kat KL, depa wat kat Kuantan. Ni time kami kat Kuantan, depa wat kat JB pulak..memang takde rezki nak tengok live..ngee..

Oh ya, untuk minggu ni yang mana pilihan uols? Saya tak dapat nak decide tempat pertama siapa, antara Sepah dan Jozan. Tempat kedua pulak konpius antara Nabil dengan Jambu. Seterusnya adalah R2. Meh layan lawak diorang bagi Minggu 12 pusingan pertama..






Untuk Round 2, akan diupload kemudian, maklumler nak berjimba-jimba di Kuantan pula..hehehe.. Lepas dah khatam Round 2, akan diuplod yang paling meletopss..hehehe.. Choww..


p/s : Oh ya, depa wat kat JB ni, area mana ek? Ada sapa-sapa tau..ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 14, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 11 Round 2 | Sepah, Jozan dan Nabil antara yang Terbaik

Kalau Round 1, saya tak dapat nak decide yang mana tersenarai dalam Top 3, tapi bagi Round 2, agak senang untuk memilih Top 3, dan inilah senarai Top 3 saya iaitu Sepah, Jozan dan Nabil. Memula agak konpius juga antara Sepah dan Jozan, siapakah yang paling kelakar dan kreatif sekali, sebab dua-dua memang best giler, tapi akhirnya saya memilih Sepah..ngee.. Jom layan lawak mereka yang boleh menegangkan urat dan otot perut ni..




Macam minggu lepas, minggu ni pon takde penyingkiran...hohoho.. Dan untuk minggu depan, depa buat kat JB pulak..aduyaii.. Sayang betul masa tu kami kat Kelantan pulak..silap perancanganlah.. Agak-agaknya minggu depan ada penyingkiran dak?


p/s : Oleh kerana kami akan berangkat pulang ke Kelantan pada hari ini, jawabnya blog ini tak dapekla nak berupdate sebabnya takde internet (ni yang ada inet pon tak sempat nak update sebab bz + inet slow banget).. Yang pasti, memang best bercuti di KL kali ni, antaranya dapat berjumpa ngan mummy bloggers..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 12, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 11 Round 1 | Yang Paling Mantop antara Jozan, Sepah, Nabil, Jambu dan R2

Setelah berhempas pulas nak tengok Maharaja Lawak Minggu 11 ni kat youtube, tapi tak berjaya jugak sebab internet terlalu slow, saya cuba buka channel Astro Warna, sekali baru nak tayang, jadi apa lagi, terus layan lorrr..

Bagi saya, untuk Minggu 11 bagi Round 1 ni yang paling mantop sekali adalah Jozan. Diikuti Sepah, Nabil, Jambu dan R2. Terpaksa letak semua sebab semuanya best.. Tapi Jozan memang gelak paling tak tahan. Meh layan, konfirm tak kering gusi..






Jangan taktau minggu ni ada dua round, dan Round 2 ni tak semuanya best.. Akan dikongsikan yang meletops aje untuk Round 2 ni di entri seterusnya..


p/s : Saya dah layan movie Fast Furious 5 dan Kung Fu Panda 3D (orang lain dah lama layan, hang baru nak kecoh..agagaga..tak kira nak habaq gak..) Memang best gilerss.. Rugi tak tengok wooo.. Fully update akan di story mory nanti..ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 6, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 10 | Sepah yang best, Jozan, Jambu dan Nabil cemana?

Feels good to be back at home.. Sesampai je, dah lepas borak-borak semua, cepat-cepat buka internet nak tengok Maharaja Lawak Minggu 10..heheh..

Dan bagi Minggu 10 ini, antara lima peserta, yang paling best dan terbaik bagi saya adalah Sepah. Jozan, Jambu dan Nabil gelak terbantut-bantut sikit..hehe.. Meh kita layan video Sepah, Jozan, Jambu dan Nabil bagi minggu ini.. R2 tak dapek masuk senarai..ngee





Minggu ni takde penyingkiran..hoho.. Ni yang buat tak sabar nak tunggu Minggu ke 11.. Apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..


p/s : Kalau ikutkan kami sampai Sabtu malam, jam 7.30 malam kat LCCT, pastu flight ke JB jam  8.45 malam. Tapi dek kerana flight KL-JB delay dekat 3 jam (hohoho, sakit muntot kena tunggu) sampai umah dekat kul 1 pagi Ahad..perghh.. Tapi takdan nak update semalam, jet lag lagi maa..ekeke.. 


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 28, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 9 | Yang Kelakar Habis Jambu, Sepah, Jozan, R2.. Nabil?

Ngeee.. Walaupun pada awalnya saya hanya nak tunjuk 3 kumpulan yang terbaik, tapi dek kerana Sepah, Jozan dan R2 di level yang sama, iaitu di level yang kedua, jadi tak dapekla saya nak tunjuk Top 3..ngeee..

Bagi saya, Minggu 9 ni yang kelakar habis adalah Jambu.. Seriyes boleh tegang urat perut sebab gelak tak berenti-renti.. Sangat kacip aka ngam betul dengan Acong.. Dan yang kurengg tapi kelakar gak adalah Nabil. Saya suka part yang lawak spontan tu, bab tersingkir tu..ekekeke.. Meh kita layan lawak diorang bersama tetamu undangan..






Minggu ni Balas terkeluar, agak-agak minggu depan siapa yang akan terkeluar, adakah Nabil? Hoho..  Oh ya, untuk Minggu 10, apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 21, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 8 | Sepah, Jambu, Jozan dan Nabil kurang best & R2 kembali menyengat?

Hehehe..sesekali nak letak tajuk kontroversi.. Kontroversi ke? Ekekeke.. Wahh.. Wahh, rupanya minggu ni takde tema yer, ikut kreativiti masing-masing.. Dan kumpulan R2 telah diundi masuk. Dan ada yang nak Amir diundi masuk? Agagaga..

Back to the title, bagi saya, lawak Sepah, Jambu dan Jozan kurang best kalau dibandingkan minggu lepas iaitu Minggu 7, tu bagi sayalah.. Kalau minggu lepas, boleh kata sepanjang masa saya gelak,  takdan nak bagi rehat mulut. Tapi kali ni tersangkut-sangkut sikit gelaknya. tapi lawak diorang memang tetap boleh buat saya gelak.. Bagi saya paling best sekali minggu ni adalah Sepah..ngee.. Uols tengok ajelah gelagat diorang minggu ni..






Agak sedey jugakla Nabil makin kurang menyengat. Yang saya nampak ada potensi nak menang skang ni adalah Sepah dan Jambu, especially Sepah makin lama makin best. Jozan tak konsisten, kekadang besh, kekadang so-so. Untuk Minggu 9, apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 14, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 7 | Yang Paling Kelakar Sepah, Jambu dan Jozan

Wahh.. tak sangka walaupun Maharaja Lawak Minggu 7 bertemakan Silent Comedy, tapi Sepah, Jambu dan Jozan berjaya membuat lawak tanpa mengeluarkan sepatah suara, yang lain pon  ok juga. Dan yang paling mengejutkan bagi saya adalah, Sepah berjaya membuat otot perut saya tegang tanpa sepatah kata dari depa.

Dan bagi Minggu 7 ini, antara tiga peserta yang terbaik bagi saya adalah Sepah, Jambu dan Jozan.. Hohoho, kali ni Nabil tak masuk senarai, pecah rekod ni.. ekeke.. Adakah kerana Nabil kurang sihat? Chaiyok untuk Nabil minggu depan, sayang sebab Nabil sebelum2 ni mantop juga.. Meh kita layan tiga video yang terbaik bagi minggu ini..




Ni yang buat tak sabar nak tunggu Minggu ke 8.. Apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..


p/s : Wahh..semalam sehari suntuk tak dapat buka dashboard, blog dapat buka, tapi tak dapat komen..huhuhu.. Yang tak bestnya, entri hari Jumaat, semua hilang..huhuhu, dahla saya ada buat review blog Aida, sempat baca ke tidak Aida..huhu..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 7, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 6 | Antara Jambu, Sepah dan Nabil yang mana terbaik?

Kalau ikutkan saya nak jugak letak Jozan, Man dan Balas, tapi nak buat cemana, saya hanya boleh pilih 3 yang terbaik sahaja, dan bagi saya, tiga yang terbaik minggu ni adalah Jambu, Sepah dan Nabil.. Tapi kan, tapi kan, saya tak dapat nak decide, sape yang berada di tangga pertama, kedua ataupun ketiga.. Sebabnya kenapa? Masing-masing best dengan cara yang tersendiri..

Yang Jambu takyah cakaplah, dari Minggu 4 lagi saya suka diorang punyer silent comedy, Sepah pulak setiap bait-bait diorang memang kelakau, besh je dia sambung ayat, contohnya itu pepatah pepatung..wahaha.. Nabil pulak, takyah cakaplah, paling suka part GBS tu..wakaka.. Meh layan lawak depa minggu ni..





Wahh, ni yang buat tak sabar nak tengok minggu depan pulak.. Maklumlah, cabaran next week adalah Silent Comedy, bayangkan kumpulan Sepah nak buat lawak cemana? Sebab kalau ikutkan yang Minggu ni, every word Sepah cakap kelakau..hehehe.. Untuk minggu ni, uols suka sape?


p/s : Hari ni buatpe, pi jalan ke lepak rumah je?



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 1, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 5 | Yang Paling Mantop, Jozan, Nabil dan Sepah

Wahhh..lambat pulak saya update pasal Maharaja Lawak Minggu ke-5 ni..huhuhu, bukan apa, ni kes American Idol la ni.. Takpo, yang tu saya story kat bawah nanti..

Sememangnya, saya duk tertunggu-tunggu Maharaja Lawak ni, memang dah tahap macam ketagih pon yer..ekeke.. Tak sabar nak tengok persembahan diorang week by week, samalah juga macam American Idol..oppss.. Terselit pulak.. Kali ni, yang paling best bagi saya adalah Jozan..hehehe.. Ke Nabil ek? Dak, dak, 1st skali adalah Jozan, kedua Nabil then Sepah...hehehe.. Tu bagi sayalah untuk minggu ini.. Jom layanss..





Agak-agaknya minggu depan, siapa pulak yang akan menyerlah ek? Cepatlah hari Jumaat..hehehe..


p/s : Oh ya, sebab American Idol lah, mood saya untuk berblog merundum (eceh..salahkan AI pulak, padahal tengah mood berholiday..) Nak tau nape? One of my fav contestants, Casey dah out..huhuhu.. Saya suka tengok persembahan Casey, sangat unik dan variety.. Huhu.. Missed him already.. Missed Pia too..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 23, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 4 | Sepah, Nabil, Jambu dan Jozan kurang menyengat?

Hehehe..sesekali nak letak tajuk kontroversi.. Kontroversi ke? Ekekeke.. Wahh.. Wahh, walaupun skang ni bukan berada di rumah, Maharaja Lawak tetap layan kay.. Sib baik internet free kat sini (actually tak free, tapi dah dia bagi free kan, ambil aje lerr..) Tapi sayangnya, kabel USB tak bawak, kalau dak leh letak piccas kami beronggeng kat sini.. Makanya, Cer Teka.. Cer Teka tidak dapat ditutup lagi dan uols masih boleh meneka (Nak teka klik SINI ek..)

Back to the title, bagi saya, lawak Sepah, Nabil dan Jozan kurang menyengat kalau dibandingkan minggu lepas iaitu Minggu 3, tu bagi sayalah.. Tapi lawak diorang memang tetap boleh buat saya gelak.. Bagi saya paling best sekali minggu ni adalah Sepah..ngee.. Yang Jambu tu saya suka, even tak guna dialog pon boleh buat otot perut saya kejang. Membuatkan saya teringat pada movie Kung Fu Hustle part yang kejar mengejar tu... Uols tengok ajelah gelagat diorang minggu ni..





Hahaha..tak dapat jugak nak buat Top 3.. Takleh nak decide, yang mana paling ngetops antara 4 ni, jadi terpaksalah letak 4..ekekek.. Minggu ni siapa yang uols rasa paling best?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 19, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 3 | Yang Ada Ummphh, Sepah, Jozan dan Nabil

Hehehehe, inilah dia.. Bila dah dijangkiti virus Maharaja Lawak, makanya tak sah kalau tak bercerita pasal Maharaja Lawak..ekekeke.. Kali ni saya nak share pula ngan uols, video-video Maharaja Lawak Minggu ke-3 yang berjaya membuatkan saya takleh nak tidur selagi tak pasang vidoe-video ni..agaga.. Siapa lagi kalau bukan angkara Sepah, Jozan dan Nabil..hoho..

Seriyes uols, memang tangkap lentoklah duk tengok video muzikal dari diorang ni..kikiki.. Rasa macam kena pelaris pon yer..agagaga.. Sangat kreatif, sangat mantooppp!!! Kalau duk ulang 33 hari berturut-turut pon tak bohsan uols, malah masih boleh ketawa dan tersengih sorang-sorang.. Yang paling saya ingat sampai skang ni, memek muka Shuib, pandai dia wat memek muka pompuan, paling tak tahan Batu Cave..ekekek.. Lagi, sangat sedap + kelakar bila Shuib nyanyi Kenapa abang & Bersabar abang.. Yang Jozan tu, paling saya suka sebab banyak lagu dia sesuaikan dengan situasi pada masa tu, memang kreatif!! Yang buat lagi kelakar, boleh pulak diorang tersilap panggil nama..hehehe.. Dan Nabil, takyah cakaplah.. Memang idea gempak + kreatif + lucunya memang takleh nak imagine..hehehe.. So enjoy these videos..





Ni yang buat tak sabar nak tunggu Minggu ke-4.. Apa tugasan diorang ek? Agak-agak kali ni siapa  pulak yang menyerlah dan siapa pula yang keluar? Ngee..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 18, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 2 | Nabil, Jozan, Sepah dan Jambu yang Ngetops

Hehehe, semalam saya dah berkongsi dengan uols video yang paling best bagi saya untuk Maharaja Lawak Minggu 1, kali ni saya nak share pula video Maharaja Lawak Minggu 2 yang ngetops bagi saya..hehehe..

Bagi saya yang paling best dan teringat-ingat sampai skang adalah persembahan Nabil.. Tu bagi sayalah..hehehe.. Dan juga persembahan dari Jambu, Sepah dan Jozan. Memula nak tunjuk Top 3 yang terbaik (bagi sayalah..), tapi sebab yang kat atas tu lebey kurang sama je, jadi nak tak nak kena letak keempat-empat video yang paling best bagi saya.. Sampaila ni duk main ulang tayang berapa kali dah, especially yang Nabil..ekekeke.. Meh skodeng sat video-video depa yang besh ni, memang tak rugilah layan..





Oh ya, kalau uols kesuntukan masa, layan dulu yang Nabil tu, gerenti tak kering gusi..hehehe.. Lagi besh kalau uols dah layan yang Minggu 1 (kalau belum klik aje kat sini), baru gelak sampai terguling-guling.. Memang kreatif!!! Pilihan uols untuk minggu ke-2 ni, sama tak ngan saya? Ngee..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 17, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 1 | Yang paling best, Jambu dan Nabil

Setelah menyaksikan secara berulang-ulang kali kesemua video Maharaja Lawak Minggu 1 (okey..itu tipu.. 2 kali je..ekeke), bagi saya yang paling best dan teringat-ingat sampai skang adalah persembahan Jambu dan Nabil.. Tu bagi sayalah..hehehe..

Yang lain-lain tu, bukan tak best, best jugak, macam Jozan, Sepah, R2, Balas, Jihan.. Enjoy je dengar lawak dorang.. Cadangnya nak tunjuk Top 3 yang terbaik (bagi sayalah..), tapi sebab yang kat atas tu lebey kurang sama je, jadi takkan nak taruk semua kan.. So last-last tu yang ada dua video yang paling best bagi saya.. Sampaila ni duk main ulang tayang berapa kali dah..ekekeke.. Meh skodeng sat video Jambu dan Nabil yang besh ni, memang tak rugilah layan..



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 16, 2011

Bang Bil, Jozan dan Sepah | Daku sudah jatuh chenta..

Perghh.. Dalam beberapa jam saya telah khatam Maharaja Lawak Minggu 1 dan Minggu 2.. Minggu 3 hanya sempat layan Nabil, Jambu, Sepah, Jihan, R2 dan Jozan.. Kalau ikutkan hati nak sambung lagi, tapi oleh kerana pagi esok (by the time entri ni publish hari nii laa..) takleh bermalas-malasan coz nak pi pasar pagi, maka terpaksalah stop dulu dan sambung kemudian..

Nampak gaya lepas ni, terpaksalah saya hold dulu aktiviti melayan movie lain, nak kena perabihkan Maharaja Lawak Minggu ke-3 dulu.. Pastu nanti, mesti tak sabar tunggu next episode pulak..kikiki.. 

Pada sesapa yang tak dapat tengok Maharaja Lawak sebab takde Astro Mustika, dun worry.. Uols boleh tengok kat youtube.. Serius best (bagi peserta yang best laa..ekeke) Lagi meletopss uols.. Dan siapa lagi kalau bukan my fav, Bang Bil kita..ekekke.. Masih menyengat..hihi.. Walaupun dihujani kontroversi yang panas, tapi lawaknya masih menyengat.. I loikee.. Memang tak kering gusilah tengok dan dengar lawak dia..

Dari minggu 1 sampaila minggu 3, Bang Bil terus memikat hati saya dan membuatkan saya tak sabar untuk tengok Minggu ke 4..heheheh.. Dan Jozan dan Sepah pula, bagi saya Minggu ke-3 baru enjoy lawak diorang.. Dan siriyesly, sangat kreatif dan sangat mantopppsss.. Suke mak noks..ekekek.. 

Tapi yolah, saya baru je tengok Nabil, Jambu, Sepah, Jihan, R2 dan Jozan untuk Minggu ke 3, yang lain taktau lagi cemana.. Nanti saya buat spesel entri..kikiki.. Alamak, saya sudah dilanda demam Maharaja Lawak..ekeke.. *Ekau baru nak demam, orang lain dah berhingus hijoo dah duk layan Maharaja Lawak..ekekek*

Meh layan Bang Bil, Jozan dan Sepah di Minggu ke-3..ngee.. Beshhh sangat.. I loikeee!!






p/s : Lagu yang Nabil guna memang saya suka.. Lagu Pia American Idol nyanyi masa kelayakan group, 1st assignment diorang.. Ni yang buat rindu nak dengar suara Pia ni..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!






Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 15, 2011

Maharaja Lawak | Yang mana pilihan uols?

Seingat sayalah, dolu-dolu masa mula-mula layan Raja Lawak, adalah musim yang ada Nabil tu.. Musim ke berapa ek, ke dua kan? Kikiki.. Masa tu tak tau pon Johan dan Zizan adalah bekas peserta Raja Lawak, malah diorang antara Top 3 kan..

Time Nabil tu memang saya gelak guling-gulinglah, lenguh mulut tak brenti gelak, mesti tertunggu-tunggu next episode. Pastu saya layan lagi Raja Lawak Musim 3 yang juaranya adalah Sepah.. Selepas tu, saya dah tak berkesempatan untuk layan Raja Lawak.. Nape dan kenapa? Tak ingat..ekekek.. Skang dah ada Maharaja Lawak, pastinya lebih gempak dari Raja Lawak kan..



Oleh kerana kat sini takde Astro, maka saya hanya boleh layan tru youtube aje.. Setakat ni baru tengok 1-2 video untuk episode 1.. Hohoho, memang ketinggalan betul..ekekke.. So dengar-dengarnya ada yang kata Jozan paling best, ada kata Nabil paling best, ada juga yang kata Jambu pon best.. So, bagi uols lah kan, untuk Minggu 1, siapa yang paling best? Minggu 2 pula siapa? Dan yang baru berlangsung malam ni.. Siapa yang paling best?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...