Jan 23, 2011

Home » , , » KPT oh KPT! Bila elaun mahu masuk ni?

KPT oh KPT! Bila elaun mahu masuk ni?

Salah satu benda yang tak best bila bergantung kepada kewangan suami sahaja, bila nak beli apa sahaja barang yang menarik di mata, berkenan di hati, terpaksa fikir panjang adakah akan menjejaskan belanjawan bulanan, maklumlah nak kena pandai budget juga.. Nak-nak lagi bila kehidupan kami kat sini bergantung sepenuhnya kepada elaun dari gomen..

bilalah nak merasa RM1 juta dari blogging ni..kikiki..

Elaun tu pulak, cukup-cukup setakat untuk makan dan pakai secara sederhana, tak boleh nak berjimba-jimba memborong kasut Bally walaupun ramai yang kata harga kasut Bally kat sini tersangatlah dirt cheap berbanding kat Malaysia, atau apa-apa ajelah barang yang berjenama yang ada factory outlet kat sini..

Dan saya bukanlah mahu menggunakan duit elaun tu untuk beli barang-barang berjenama ni.. Sebaliknya barang-barang yang biasa aja.. Nak-nak sekarang ni tengah sale sampai 80%, mulalah naluri keperempuanan saya tergoda.. Tapi dek kerana elaun KPT tak masuk lagi, terpaksa ditahankan aje nafsu itu..agagaga 

owww..bilalah dapat shopping secara sakan macam ni..hahaha
 
Actually, saya takdelah ambil pusing mana mengenai elaun study Mr Hadi.. Tapi bila nafsu shopping saya tersekat, terpaksa ditahan, terasalah jugak akan ketidakbestan apabila elaun masuk lambat..agagaga..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

5 Comments
Comments

5 comments

Jan 24, 2011, 1:01:00 AM

salam

syukur kak sekurang-kurangnya ada juga sumbernya :)


Jom Baca dan Komen--cara memilih nama domain yang terbaik

Jan 24, 2011, 4:06:00 AM

hehhehe tu la kan..cam akak dh x bekerja mmg terasa sgt xde duit sendiri, elaun yg darling bg pun kadang2 cam segan nak guna

klik 1 tuk kamu

Anonymous
Jan 24, 2011, 4:09:00 AM

Salam Has,

sale lagi ke? Ingat sampai tengah bulan je..... tak sabar nak berjimba2 walau duitnya gak ada :P

Nanti nak jumpa Has, nak bagi amanat heheehe :)

waheeda

Jan 24, 2011, 8:45:00 AM

kan ..tak best..huhu dulu guna duit sendiri best nyer..haven!

Jan 26, 2011, 12:55:00 AM

@syira : bersyukur tu memang tetap bersyukur.. Cuma, dah bila saat genting camgini, terasa juga ketakbestan bergantung pada 1 sumber aja..

@lelord & bee : kan..lain bebenau kalau ada duit sendiri..perghh..shopping tak hengat..

@waheeda : sale lagi dear..last wik pi ada sale sampai 80%.. before this 70% je..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...