Jan 29, 2011

Home » , , , » Jalan-jalan ke Lisbon, Portugal

Jalan-jalan ke Lisbon, Portugal

Hihihihi.. Dah dekat sebulan pon balik dari jenjalan ke Lisbon, Portugal.. Tapi mood baru datang untuk buat entri..ngeeee.. Takpe, janji buat jugok, yer dak? Ok, meh nak story mory pasal Lisbon sket.. Lisbon ni adalah ibu kota bagi Portugal dan bandar terbesar dalam negara ini.. Lisbon ni jugak berada di tempat ke 7 bagi bandar yang paling dikunjungi untuk kategori Eropah selatan.. Nak maklumat lanjut leh klik sini.. Amacam, ada gaya cikgu Sejarah dak? Kuangkuangkuang..

Kami stay kat Hotel Fenix selama 4 hari 3 malam.. Ratenya kalau dibandingkan dengan rate hotel di Swiss memang jauh lagi murah.. Bayangkan, harga hotel 4 star ni sama dengan harga hotel 2 star kat Swiss..hohoho.. Murah ke tak murah tu? Overall saya bagi 3.5*, sebabnya biliknya agak sempit disebabkan peruntukan ruang yang agak besar untuk balkoni.. Toilet memang best, luassss.. Peti ais yang kecil pon ada.. View dari hotel ni memang tip top.. Breakfast memang included dengan harga hotel, dan sangat banyak choice.. Tapi untuk Muslim, oleh kerana banyak yang takleh makan (standardlah bukan hotel di Malaysia or negara Islam) so kira terhad jugaklah, tapi compare ngan hotel-hotel sebelum ni, yang ni kira ok..

Masa baru-baru sampai..
Gambar dalam bilik dari balkoni
view waktu malam dari balkoni bilik
view waktu siang dari balkoni bilik

Yang paling best, hotel ni dekat sangat dengan main stop tourist bus dan juga metro (train station). Jadi, senanglah kami nak ke mana-mana.. Bukan tu je, bus stop untuk Airport bus (kat sini dipanggil Aerobus) pon dekat.. Bus stop untuk bus yang biasa tu takyah cakaplah, memang banyak kat sini.. Tu antara main reason kenapa Mr Hadi pilih hotel ni..

hotel ni dekat dengan main stop tourist bus
juga dekat dengan metro

Untuk hari pertama, kami gi jenjalan ke Belem, kat sini ada banyak tempat or lebih tepat lagi monumen-monumen yang menarik.. Antaranya adalah The Jeronimos Monastery yang dibina pada tahun 1502 (nak tau history leh klik sini), Monumento aos Descobrimentos (salah satunya monumen Vasco da Gama yang menjelajah ke India tu.. nak tau lebih lanjut klik sini..) dan The Belem Tower (sejarah mengenai tower ini leh tengok kat sini). Malah ada park yang tersangatlah luas, siap ada air pancut aka fountain lagi kat park ni. Kat sini uols boleh tengok tugu Afonso de Albuquerque (ha, ingat lagi tak sape ni?hehehe)

The Jeronimos Monastery : punyerla ramai yang tengah beratur..huhu
Monumento aos Descobrimentos
Zoom dekat sikit.. Ha, cuba cari mana satu Vasco da Gama..
Zahra yang lebih tertarik dengan air berbanding Vasco da Gama
Nampak tak bridge tu, bridge tu sejibik sejibung sama dengan Golden Bridge kat Amerika
Agak-agak Zahra berlari ke arah Belem Tower ke air? hahaha..

Dah puas mencuci mata kat monumen-monumen ni, maklumlah nak masuk tersangatlah panjang queue, tak kuasa mak nokss nak beratur..hahaha.. Banyak lagi tempat nak pi, tapi time is very limited.. Lepas tu kami singgah ke Pasteis de Belem, the world famous custard pastry shop. Perghhh, memang ramai giloss yang beratur semata-mata nk makan pastry kat sini.. Tapi siriyess, memang sodappp!! Pehtu kami merayap pula ke Oceanario de Lisboa, ala-ala KLCC Aquarium gaks.. Bezanya sesetengah animals tu leh jamah dengan tangan sebab tempat visitors tu dekat bebenor dengan tempat tinggal haiwan-haiwan tu.. Ke KLCC Aquarium dah camgitu gaks ek? Haha, maklumler den pi 6-7 tahun yang lepas..

Err..tu kedai yang sama.. Ntah nape kaler lain..hoho.. Pencahayaan tak betul..
Otw ke Oceanario, ada cable car, tapi tak gerak.. Bridge tu pulak adalah terpanjang di Europe..
Di Oceanario de Lisboa
Zahra berpura-pura menjadi Vasco, duta kepada Oceanario de Lisboa
kasi close up sikit..ngeee
Yang membezakan dengan KLCC Aqua, leh jamah air ni..
Posing sat depan kolam ikan..

Dah puas menjamu mata, kami pi shopping mall Vasco da Gama yang berdekatan dengan Oceanario de Lisboa ini bagi sesi menjamu perut pula..hehehe.. Kalau uols nak tahu, shopping mall ni, kul 12 malam baru tutup.. Perghh, bess gilerss untuk shopping, turun naik, turun naik dan masuk kedai yang sama 2-3 kali pon sempat.. Nak belek-belek tiap2 kedai dalam shopping mall ni pon boleh.. Ha, tak ke best tu? Kalau kat Lausanne, jangan harap ler.. Weekdays kul 7 dah tutup, kalau weekend lagi awal tutup, pukul 6 dah tutup, tak ke haru tu?

shopping mall yang bukak sampai kul 12 tengah malam   

Nak tau kami makan ape? Hehehe.. Kami makan kat Pizza Hut aje.. Punyerlah banyak lagi makanan tradisi Portugal yang ada kat sini, tapi Pizza Hut juga yang dicari.. Maklumla, kat Swiss takdok Pizza Hut.. Hampesss kan.. Dah lamo kempunan nak makan Pizza Hut..ngeee.. Tapi seriyes, memang sodap dan memang lain dari Malaysia, ke skang dah ada? Huhuhu.. First time me jumpa cendawan goreng dalam Pizza Hut, sodapp pulak tu.. Ke sebab perut memang tengah lapor? Kikiki..

yang bolat-bolat gentel tu adalah cendawan goreng..
pizza with shrimps, tuna and surimi toppings yang sodaappp..

Kay, dah panjang bebenau dah ni.. Untuk jenjalan hari kedua dan ketiga saya akan buat entri yang lain.. Lagipun den dah ponat, dah mengantuk.. Lappy pulak slow semacam jer, mengalahkan siput sedutt.. Happy weekends everyone..



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Jan 29, 2011, 1:33:00 PM

tgh recall siapakah vasco da gama ni... hehhehe.. ;)

Jan 29, 2011, 9:37:00 PM

bestnya jln2...

Feb 1, 2011, 11:42:00 PM

@kakyong : ha, pk kakyong jgn tak pk..ngee

@ekin : bestlah jugak..ekin pon kerap gak gi berjalan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...