Hehehe..kalau nak kira by the time entri ni publish, kena tambah lagi masa tu..agagaga.. Actually, genap 22 bulan 3 jam sejak Zahra dilahirkan (kalau ikut waktu Swiss)Hihihi.. Dah lama tak rekod perkembangan Zahra, last sekali masa umurnya 1 tahun 3 bulan, which is 15 bulan di Zahra Fotopages, lepas Mr Hadi sebuk duk ngomen kata Fotopages slowlah, tak sebest compare to Flickr, then saya dah lama tak sentuh fotopages..(Padahal, bizi berblogging..kuang..kuang)
Terasa sayang pulak tak rekod, dah ada blog baru ni, so saya ingat nak rekod kat sini ajelah, lagi senang..kikiki.. Let see, kalau ikut carta yang di ambil dari sini,
Pencapaian Zahra22 months | Kicks ball forward Follows two-step requests (e.g., "Get your doll and bring it here") | Does simple puzzles Draws a straight line Names several body parts | Puts on loose-fitting clothes Might be ready for a big bed Understands opposites (e.g., tall vs. short) |
- dah boleh pakai seluar dan baju sendiri, tak semua tapi certain-certain ajela.. Tang ready for big bed tu, hoho, Zahra masih menyusu waktu malam, cane nak pisahkan ek.. Ingatnya, bila dia dah 2 tahun, nak stop nyusu malam.. Tang understand opposites tu tak pastilah pulak..kuikui..
- sebut ai (eyes) sambil tunjuk kat mata, iyee (ears) kat telinga, mou (mouth) kat mulut, tih (teeth) kat gigi, mbut sambil tunjuk kat rambut, kaki, angan (tangan), agu (dagu), ahi (dahi), nooos (nose) sambil tunjuk kat nose.. Tang draw straight line tu tak cukup straight..agagaga.. Tapi okla, pegang pen memang cantik.. Simple puzzles tu cane ek? Tak lagi rasanya.. Kalau masukkan ikut bentuk tu, oklah, kekadang betul, kekadang main hantam..
- kick ball tu memang pandai, nak wat cane, abahnya giler bola, duk ajar kick ball ajer la.. Yang 2 arahan tu pon dah pass..ngeee..
- dah boleh naik turun tangga sendiri, sambil pegang tiang kat tepi..
Zahra yang tomeiii.. |
Kesukaan Zahra
- dalam rumah berlari saje kejenya..hohoho..
- suka minta dukung, especially bila memasak, minat masak ni gamaknya..
- pantang nampak belon, mesti nak.. Sib baik McD bagi free belon! Pantang nampak token car juga, pasti nak naik, tapi tak kisah gerak ke tak..asalkan dapat duduk dalam token car
- suka betul buah mangga, anggur, terutamanya buah limau dan strawberri, dah makan banyak, nak lagi tu..
- oh ya, sebelum ni, kalau apa sahaja especially makanan yang diminta oleh Mama dan Abah, pasti dikongsi bersama, tapi sekarang ni, kalau benda tu sangat sedap dan disukainya, nak2 pulak dia rasa lapar dan tak cukup, memang tak dikongsi dah, kadang-kadang tu bila minta siap lari..hummppphh!!
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: