Perrghh, semasa berblogwalking, ternampak ada entri pasal Status Halal Secret Recipe.. Cepat-cepat saya klik, maklumlah balik ni dah memasang angan-angan untuk mentekadarah di SR ni.. Tempat makan favorite kitorang ni..
Rupa-rupanya ada penemuan DNA babi dalam bahan ramuan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd. Maklumat lanjut boleh klik SINI. Dan sebenarnya takde kaitan dengan syarikat Secret Recipe pon sebenarnya (kalau pemahaman saya salah, tulun betulkan), kebetulan nama produk tersebut Talento Brownies & Cake Concentrate Secret Recipe, menggunakan Brand Puratos dan dikeluarkan oleh Syarikat Puratos, bukannya syarikat SR (dan rasanya takde pon produk ni kat SR, dan kalau uols perhatikan, kek SR dia guna bahan dari SR sendiri, bukan puratos), kalau uols search kat SINI (kat maklumat carian tu uols boleh type puratos dan secret recipe, perhatikan syarikat pengeluar). Tapi yang saya concern adalah, banyak produk dari Puratos, contohnya Carrefour Sweet Bun pon guna bahan dari Puratos jugak.
Yang weols perlu berhati-hati skang ni adalah apa sahaja produk dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, mungkin bahan buat kek, mungkin roti keluaran Puratos, muffin dan banyak lagi, uols boleh tengok kat SINI (setelah type Puratos kat maklumat carian, uols tekan image under syarikat, akan keluar list produk dari Puratos). Oh ya, Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd. pon telah ditarik sijil halalnya. Maklumat lanjut boleh klik sini..
updated : Kat bawah ni adalah pernyataan dari facebook Secret Recipe.
updated : Kat bawah ni adalah pernyataan dari facebook Secret Recipe.
p/s : Pheww.. berdebar sekejap..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: