Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts
Showing posts with label Cerita Ceriti. Show all posts

Mar 11, 2014

New Water Filter in Da House

Salam semua..

Pe habaq? Harap semuanya sihat sejahtera.. Maklumla, skang ni musim jerebu, musim takde air pon yer..huhu..

Kalau kat area Kuantan skang ni, musim demam + batuk.. Kepulan asap aka jerebu akibat hutan terbakar merata-rata skang ni, dah dekat 2 minggu jugakla (ke 3 minggu eh).. Banyak tempat jugakla yang ada kebakaran.. Kesian kat ahli bomba, berkejaran ke sana-sini..

Bagi saya, agak pelik jugakla sebab sana-sini terbakar.. Tak tahu sebab apa, ada orang membakar sampah ke? Buang putung rokok ke? Pembakaran hutan/ tanaman ke?

Ok, back to the topic.. kekeke.. Masa kat Swiss dulu, walaupun boleh minum straight dari pili air, kami tetap beli penapis air.. Sebab ape eh? Mungkin sebab tak biasa minum terus dari pili kot..kekeke.. Tapi lama kelamaan hantam jugak.. So bila balik Malaysia hari tu, kitorang pon mencari lah penapis air jugak.. Nak2 air kat rumah ni boleh tahanlah karatnya (siap ada bekas kaler keorengan gitu kat kettle). Duk ushalah penapis air luar dan dalam rumah..

Perghh, boleh tahan jugak eh harga penapis air ni.. Survey punyer survey, tanya kat orang sana-sini yang pakai penapis air, akhirnya kami beli yang ni untuk dalam rumah..


Harganya memang berpatutan, nak kata lebih murah dalam pasaran pon yer kalau nak banding dengan yang seangkatan dengannya, rasa airnya pon boleh tahan, kiranya mencapai tahap piawaian suami aka Mr. Hadi yang agak particular dalam rasa air, banyak kali jugakla dia sebut. Kagumlah tu...

Nak cuci ngan tukar filter pon senang, sebijik macam kami guna kat Swiss, jenama ajelah yang berbeza.. 

Oleh kerana water filter ni jugaklah, saya register sebagai Shaklee Independant Distributor (SID : 1111613).. So, sape-sape yang berminat, leh hubungi saya 010 9018101.. Ecece, siap promot lagi tu..

Yang penapis luar rumah, saya blom amik gambar lagi, tapi saya amik yang jenis fiber eh namanya, ala.. yang tong tinggi tu.. tak sampai RM700, jenama tak ingat..kekeke.. Tu pon senang nak manage, pulas dan pulas sahaja (backwash, rinse & filter)..hihih..

Okla, tutup bab water filter, now let's have a moment and pray for MH370..


Anda peminat Tupperware? Anda pengguna Shaklee? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 27, 2012

Kenkawan, meh support blog saya..

Assalamualaikum semua.. Perghh, hampir-hampir nak berabuk blog ni, dah seminggu tanpa update.. kikiki.. Nak buat cemana, mood asyik ke laottt je, walaupon kat sini hanya ada tasik..hehehe..

Banyak benda nak cerita, tapi banyak lagi besar cabaran nak buka lappy..hohoho.. Ni pon sekadar quick update.. Tak dapat nak cerite lama-lama..

Saya ada join contest Mahu Menangi RM150?, jadi saya nak mitak tulun kenkawan untuk support blog saya dengan klik like, tweet dan/atau g+ kat entri Notre Belle Histoire.

Jasa kalian amatlah dihargai..


Nak pi melancong? Dapatkan tips penting ini :
Tips Melancong
Nak difeaturekan kat sini, Klik SINI

Jom join Double GA & menangi 15 hadiah menarik, Klik SINI

Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE

 Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 20, 2012

Jom Dapatkan Telekung Percuma Dari Telekung Thaiyibah

Kenkawan, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Uols tercari-cari telekung yang sedap dipakai, selesa & tidak panas, serta dijamin akan kebersihan dan kesuciannya? Jom dapatkan Telekung Thaiyibah yang sememangnya berkualiti tinggi dan harganya berpatutan pula..


Telekung Thaiyibah ni ada 2 jenis kain tau, satunya jenis jersey dan satu lagi jenis cotton. Untuk kedua-dua jenis kain ni ada 4 size, dari saiz M hinggalah kepada saiz XL, kiranya sesuai untuk semua golongan.

Syarikat Telekung Thaiyibah adalah 100% hak milik bumiputera dan Telekung Thaiyibah merupakan produk buatan Malaysia, yang mana proses menjahit dikendalikan oleh orang Islam, sebab tulah mereka boleh menjamin kebersihan telekung ini, barulah kita sebagai pengguna, dapat memakai tanpa was-was.

Saya cadangkan telekung ini diberi nama Telekung Tahira. Kenapa saya berikan nama Tahira ini? Satu, kerana maknanya iaitu murni ataupun bersih, yang sangat sesuai dengan produk ini yang dijamin kebersihannya, dan kedua, nama ini yang bermula dengan huruf T yang diilham dari nama syarikat. Manakala sebab utama saya mahukan telekung ini adalah kerana saya tertarik dengan telekung ini yang simple & tiada corak yang menggoda mata, di bahagian kepala hingga dada dijahit dengan 2 lapisan jadi tak perlu risau nampak bayang-bayang leher, malah saya tak perlu memakai anak tudung,  and last but not least, ianya percuma.. 

Jom dapatkan telekung percuma dari telekung Thaiyibah, klik aje banner kat bawah ni..



p/s : Apa kriteria uols dalam memilih telekung ek? Meh share kat sini..


Jom singgah ke :
Corset Kesihatan
Nak difeaturekan kat sini, klik SINI

Nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI.. Thanks!

Nak insentif tunai, Klik SINI 

Mencari iPhone 4s & plan yang affordable, Klik SINI

Hooked on FB? Here's an unlimited plan & it's dirt cheap, Click HERE  

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Click HERE

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 23, 2011

Senyum sampai ke telinga sudaaa..

Yeayyy, akhirnya menjadi sudah, header blog ni dan blog Ma Belle Conway sudah terletak comey di tengah-tengah.. Thanks buat mumui dan eliss yang gitau solutionnya, kalau dak, mahuler masih ke tepi header blog ni..

Ha, baru dapat bernafas dengan tenangnya (ecece, bunyi macam kalut bebenor..).. Baruler dapat tanya kome semua, amacam, comey dak header blog ni ngan blog Ma Belle Conway, mana lagi comey? Kuikuikui.. Ha, nak tau dari mana me dapat header ni, sapa yang tlun buatkan, sok me story penuh kay.. Hari ni tak dapek nak story pepanjang..

Alang-alang buat entri ni, me nak tanya uols, hujung minggu ni wat pe? Kalau takde perancangan, mohler ke Midvalley Megamall, silap-silap dapat makeover free kat Maybelline NY Fashion Week, kalau nak  tahu lebih lanjut, leh tengok sini atau klik aje link kat bawah ni..


Bagi peminat K-Pop pulak, group 2PM ada buat show kat Stadium Negara, nak tau lebih lanjut leh tengok details kat sini atau klik aje link kat bawah ni..


Kalau tak dapat nak ke mana-mana, boleh juga layan Twisties Superstarz kat rumah, sambil-sambil makan twisties... ngehehe..



p/s : Cakap pasal Twisties Superstarz, tetiba teringat kat twisties, dah lama bebenor tak makan.. Kalau tak silap me suka Hot Spicy ngan Cheese flavor (ado ke ek.. skali takde..ye ye jer..kekke..) Uols suka makan twisties dak, flavor ape?


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Nov 11, 2011

Bersawang sudah blog kesayangan kami ini..

Fuhyooo, nak dekat dua bulan jugaklah blog ini tak berupdate..kuikuikui.. Boleh tahan gak ni, nasib tak dua tahun ke, kalau tak, tak tahulah nak sental cemano nanti blog ni..ekekek.. Rindu tu memang rindu nak berblog, tapi tiap kali je nak berblog, samada takdan ataupun mood ke laut.. Ater, cemana mood tak ke laut, baru je nak feeling-feeling dengan blog, anak kesayangan memanggil pulok, ajak main sama..

Actually, banyak sangat cerita nak dikongsi, banyak sangat benda yang nak diberitahu, banyak sangat komen yang tak terreply lagi, dan sudah lama saya tak ngomen kat blog kenkawan juga.. Hanya sempat usha kat dashboard aje, tu pon kalau dashboard tak meragam..

Tapi insyaAllah, mulai hari ini, blog ini akan dijaga dengan rapi, diupdate dan dihias, paling tidak pon  ada entri baru seminggu sekali..ekekek.. Aci dak? Banyak sangat yang saya hutang ngan uols, entri Belle of The Month dan juga Belle Amies of The Day, segmen lagi.. Takpe, akan saya langsaikan juga sedikit demi sedikit.. Apapun, it feels great dapat mencoret juga akhirnya kat blog kesayangan kami ni (nama je blog kami, tapi banyak saya yang tulis, maklumlah encik suami busy memanjang tapi dia yang sibuk suh saya update blog ni, duk tanya bila mahu update..hoho..)


p/s : Kalau nak tahu, entri ni didraft sebulan yang lalu dengan hanya satu perenggan, akhirnya hari ni dapat juga publish..ekeke..punyalah lama nak tambah 2 perenggan..hehe


Wanna win trip to UEFA 2012, Click HERE

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Aug 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Waahh, lama betul saya tidak update blog ni..hehehe.. Banyak list entry tergendala, ekekeke, nak buat cemana, tak sempat nak jengah lelama blog skang ni.. Rindu memang rindu, nak kena cari masa juga ni..hihiihi..

Oh ya, sedar tak sedar dah pon masuk bulan Ramadhan, kalau diikutkan ini kali kedua kami berpuasa di sini. Sedey tetap sedey, tapi nak buat cemana, hidup perlu diteruskan..ecece.. Beza dengan tahun lepas, kali ni lagi lama tempoh jam kami berpuasa, kena sahur sebelum jam 4 pagi, berbuka pada jam 9 malam..hohoho.. Semoga kami dapat menjalani ibadah puasa dan memanfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh barakah ini..



Kami sekeluarga mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432H buat semua umat Islam, terutamanya buat family dan family mertua, sanak saudara, sahabat handai, kawan-kawan blogger dan pembaca blog Belle yang jauh di mata, tapi dekat di hati..  Kami juga memohon sekiranya tersilap bicara, terlajak kata.. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang duit raya RM10K? KLIK SINI

 Nak hadiah percuma? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 22, 2011

Antara Strawberry, Blueberry dan Marble Cheesecake

Hohohoho..semuanya cheesecake, takdek kek lain ke? Ekekeke.. Nak buat cemana, hantu cheesecake katakan.. Semestinyalah cheesecake menjadi pilihan hati, nak-nak lagi hari spesel bakal menjelang tiba, tak lama, lagi 2 hari je lagi..ekekek.. Nak buat ketiga-tiga tak laratlah eden, walaupun dalam hati ni sedap jugak kalau dapat makan Strawberry Cheesecake, Blueberry Cheesecake dan Marble Cheesecake..ekeke..

nyum..nyum..

Sape tak suka strawberi kan, ke ada yang tak suka gak? Ekekeke.. Memang menarik kalau buat strawberry cheesecake ni, nak-nak Zahra memang suka bebenau ngan strawberi ni.. Pantang nampak.. Kompom hilang segala hiasan strawberi kat atas kek tu nanti..hoho

perghh..meleleh ayaq liuq.. credit

Blueberry pon sedap gak, tapi skang ni macam bukan musim je, so tak dapekla nak hias camgini, nak kena ganti dengan blueberry filling lah pulak, tapi kat sini, taktau nak cari kat mana..hohoho.. Menarik ke kalau hias guna blueberry jam? hahaa..

waahh..cantiknyer kek ni..

Kek marble pon saya suka, apatah lagi kalau digabung dengan cheesecake, double suka ni..ekekek.. Memang menarik kalau buat marble cheesecake ni, tapinyer, tak dapeklah nak jadi camgini coz saya memang fail bab nak menghias, nak-nak lagi nak bagi cantik corak marble tu..huhuhu..

Antara strawberry, blueberry dan marble cheesecake ni, yang mana paling uols suka? Wah..wah..sedap tanya orang lain, sendiri tak dapat nak decide..ekeke.. Kalau uols ada resepi mana-mana antara ketiga-tiga cheesecake ni, mehla share link kat sini..ekeke.. Mana tahu, tengok simple dan sedap, pasti rasa nak cuba..hehehe..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jun 11, 2011

Jom Dating di Taman KLCC Esok Petang

Wahhh..sekian lama tak berupdate, tak menjengok blog sebab tak sempat, nak-nak pulak line internet yang slow (nak tengok Maharaja Lawak pon tak lepas lagi ni..huhu)..

Tapi dek kerana esok ada plan baik punyer, nak kena bukak jugakla blog..heheh.. Mengenai gathering santai yang diusulkan, telah diputuskan akan diadakan pada jam 4 petang 12hb Jun 2011, iaitu esok hari di Taman KLCC.

Untuk maklumat lanjut, uols boleh pi ke blog Cute Mum, kat entri Mari Beramah Mesra ada dinyatakan details yang lengkap.. See uols kat sana nanti, leh beramah mesra kat offline pula..ngee..


p/s : Uols tengah layan Piala FA ke? Hoho.. Kat rumah skang ni ada penyokong Qelate, ada penyokong Ganu..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 30, 2011

Ujian Pap Smear | Uols pernah buat?

Hehehe, kali ni pasal kewanitaan pulak iaitu mengenai ujian Pap Smear.. Yang lelaki, nak ambil tahu pon boleh, mana tahu suatu hari nanti memerlukan  ilmu pengetahuan ni untuk diceritakan pada isteri ke kann..ngee..

credit

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
    • Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
    • Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
    • Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
    • Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
    • Perokok
    • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti. Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya. 

credit : KPMC Puchong

Ha, bercakap pasal ni, saya tak pernah buat ujian. Kenapa? Hmm, kalau nak kira banyak alasannya, antaranya lepas kahwin, takdan berapa bulan dah pregnant, pastu mai Swiss pulak, nak buat kat Swiss segan kalau-kalau dapat doc atau nurse lelaki, jawabnya balik ni baru nak buat..agagaga.. Tapi sebenarnya masih takut-takut dan segan lagi ni..agagaga.. Maklumlah, walaupun nurse or doc perempuan yang cek, still segan gak kan..agaga.. Masa beranak haritu lain, sebab dah sakit kan, tak kesah dah..

Tapi nak tak nak, kena buat jugak kan, lagipun ni melibatkan kesihatan diri kan.. Takkan kerana segan, kita nak compromise our health kan, lebih baik mencegah daripada berubat..huhu.. Dan mintak jauhlah daripada penyakit kanser ni kan.. Antara pembunuh utama wanita masa kini ni..huhu..

Uols pernah buat ujian Pap Smear ni? Mehla share kat sini, sakit tak? Agagaga.. Kalau ikutkan yang saya kopipes sebahagian isi dari sini, ianya tidak menyakitkan, tapi nakler jugak tahu pengalaman uols kan..
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

p/s : Dalam mode berdebar nak buat test ni.. Padahal tak buat appointment lagi..agagaga.. Sapa yang pernah buat kat JB ataupun Kelate, mehla suggest hospital mana yang besh untuk buat ujian ni..agaga


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 26, 2011

Perhatian buat Semua Peserta Ma Belle Shoppe Giveaway

Thanks buat uols yang sudi join Ma Belle Shoppe Giveaway. Akhirnya setel jugak saya update senarai nama beserta dengan tekaan uols..hohoh.. Maklumlah kena cek satu-satu, agak penin dan memakan masa juga..huhuhu.. Lenkali takmo buat syarat-syarat sunat lagi dah, banyak koje, tapi sebenarnya nak bagi peluang yang lebih buat uols yang lebih rajin..hehehe.. Dan juga nak bagi kelebihan buat kenkawan yang support saya dan blog Belle ni..hehehe.. 

Meh cek senarai tu kat SINI, kot-kot saya ada tersilap type ke.. Juga ada beberapa peserta yang masih ada extra tekaan, uols diberi masa sehingga hari Sabtu, 28hb Mei ini jam 8 malam waktu Malaysia dan selepas itu, sebarang perubahan tidak akan dilayan..ngee..

InsyaAllah, saya akan maklumkan nama pemenang-pemenang pada hari Ahad atau Isnin.. Sebab hari Selasa tu, kami dah naik flight.. Maka, kalau takde aral melintang, paling lewat hari Isninlah, tapi untuk hanya perancangan saya.. Bukan ape, senang, bila sampai Malaysia nanti, dah kurang jetlag, saya dah boleh pos terus, tak gitu? Agagaga..

Oh ya, buat uols yang datang memeriahkan blog ini dengan komen-komen uols, dan yang tinggal jejak kat sini, nanti bila saya dah free, saya akan berblogwalking ke blog uols ek.. Takdan skang ni..hohoh.. Semalam satu entri tak sempat update, yang giveaway dan contest pon saya tak sempat nak cek..huhuh.. Till then, semoga uols ceria di pagi Khamis ni..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 24, 2011

Senarai Tempat Makan yang Best di KL & Selangor | Mana lagi best ek?

Hehehe, hari ni hari KL dan Selangor..ecece.. Jangan mare ek.. Tapi saya rasa, cam nak bergathering juga di JB & Kelate nanti, alang-alang dah balik kan.. Takat ni yang saya dapat recall (maklumlah dalam kepala ni sarat ngan hal ehwal nak balik..huhu), Ayu dan Ekin di JB, lagi sape ye? Huwahuwa.. Kalau kat Kelate, ada Dni, ada Suzie.. Jom main bowling kat KB Megamall nak? Saya tak pernah try lagi main kat situ.. Dedulu ada plan ngan adik beradik, tapi tak kesampaian..hohoh..

terliur suda..
Back to the title, setelah saya duk usha-usha tempat makan ni, tersangatlah banyak tempat makan yang best kat KL & Selangor ni, sedangkan masa dan hari kami kat KL ni kejap aje.. Mungkin dalam 5-6 hari je.. So terpaksalah pilih antara senarai yang kat bawah ni, yang mana mesti pergi.. Dan yang lain tu, mungkin tahun-tahun akan datang lorr.. Dan minta pendapat uols yang pernah pi kat tempat makan kat bawah ni, untuk suggestkan yang mana sangat mesti pergi..ekekek.. Kalau ada tempat lain yang tak tersenarai pon, boleh juga suggestkan kat kotak komen ni..

Ayam penyet yang paling best

Satay yang paling best


Restoran atau masakan Thai yang paling best
Hehehe.. Kalau nengokkan list tempat yang kami nak pi ni, banyaknya tempat makan..wakaka.. Punyerlah nak cover balik 2 tahun tak dapat merasa makanan kat Malaysia..kuikuikui.. Jangan segan-segan untuk mengundi yer.. Kalau nak suggestkan tempat lain pon boleh je..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Buat Blogger di KL & Selangor | Set la ni gathering pada 12hb di KLCC, jam berapa?

Tu dia tajuk..agagaga.. Kira aci la ek.. Saya tak sempat nak fikir lelama tajuk, dah dekat nak balik Malaysia ni, rasa macam tak cukup tangan pulak..huhuhu.. Ni pon tengah berhempas pulas update senarai nama dan tekaan yang join Ma Belle Shoppe Giveaway hari tu.. Sabor yer yanggg... Nama peserta dah complete, yang belum completenya adalah tekaan..huhuh..

Berbalik kepada tajuk, kira jadila ni yer, gathering kita pada 12hb Jun bersamaan hari Ahad di KLCC. Mahu buat jam berapa ni, pagi ke petang? Ekeke.. Kalau nak buat petang pon ok aje, kot-kot pagi nak kemas rumah ke ape kan.. So puan penganjur rasmi adalah Cute Mum la ni yer? Ekeke.. Nana ada bagi cadangan nak buat potluck, nak senaraikan siapa bawa apa ke or main bawak je, ke cemana? 

Oh ya, kebetulan pulak Geng Hot Mama Blogger pon ada buat gathering juga, pada hari yang sama, jam 4 petang di Tasik Titiwangsa, tak silap saya.. So, uols rasa nak sekali harung ngan gathering ni ke, asing-asing (coz me tau Cute Mum adalah ahli GHMB) Saya tak kisah aje, mana-mana yang uols rasa sesuai dan selesa, sebab ni pon suka-suka aje, mahu berkenalan dengan lebih rapat di luar dunia blogging..ekekeke..

Saja nak tunjuk gambar kami jenjalan kat KLCC, 2 tahun yang lepas (bulan 7, 2009)..hehehe.. Ntah Zahra ingat lagi ke dak..agagaga.. Yang pasti, habis terlocor ayaq liuq tengok air pancut tu..

Kat taman mainan
tu dia..melopong mulut..tengok ape taktau..
KLCC, July 2009 & Zahra is 4 months old..
Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak ke 1 Utama pada 29hb Mei (Ahad) dari 9pagi & menangi hadiah wang tunai RM15K, KLIK SINI.

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 23, 2011

Mesti Baca | Bahaya Seorang Blogger

Semasa duk berblogwalking, saya terperasan ada satu entri mengenai risiko dan bahaya menjadi seorang blogger. Seram tak dengar? Huhuhu, jangan main-main, silap tulis entri, kita berisiko untuk disaman. Meh kita tengok jenis-jenis entri yang boleh mendatangkan risiko untuk disaman..huhuhu.. Ni saya kopipes aje ni..

credit
Suka untuk saya kongsikan sebuah jurnal akademik bertajuk “BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?” yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.
Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti:
  1. Hak Cipta (Copyright)
  2. Tanda Dagangan (Trademark)
  3. Fitnah (Defamation)
  4. Hasutan (Sedition)
1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
  • (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
  • (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
  • (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
  • (D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah. 
Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
  1. Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
  2. Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
  3. Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.
Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.

3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslah berhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.

4. Hasutan
Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.

Sumber dari Adam Roslan, dan untuk maklumat lanjut uols boleh klik link tersebut. Sebab tu lah, dalam penulisan dan juga dalam berblogging, tak boleh main sedap tangan je..hohoh.. 

Tapi kan, yang saya risau bebenau ni, saya kan suka je kongsi video-video youtube ni, nak-nak saya ada wat segmen Mari Belajar Bahasa French, kekadang tu saya suka share lagu-lagu yang saya suka contohnya American Idol 2011 ni, video persembahan terbaik Maharaja Lawak setiap minggu (yang ni paling saya seriau sebab baru-baru ni kan Astro tarik balik balik video kat Youtube) Bukan apa, saya ni suka ulang tayang kalau benda tu best, so bila dah dicompile dalam blog ni, senang, takyah nak mencari kat youtube dan tak membuang masa untuk search..huhuuhu..


p/s : Teringat kat blog Ma Belle Conway, saya ada share link untuk download cerita (tapi dah lama tak diupdate), tapi tu link kami sendiri yang upload.. Tu pon tak boleh ek? Uwaa..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 19, 2011

Buat Blogger di KL & Selangor

Hehehe, kalau ikutkan saya nak letak tajuk Mode Thrill untuk Blogger Gathering | Buat Kenkawan Blogger di KL & Selangor, tapi cam panjang bebenorlah pulak..ekeke..

Oleh kerana saya nak balik Malaysia bulan 6 ni, dan saya akan berada di JB, KL, Kelantan & Kuantan.. insyaAllah.. jadi bila ada beberapa komen yang buat me excited untuk jumpa kenkawan blogger yang tak pernah bersua, hanya catatan di blog menjadi pengganti diri..ecece, tu yang buat lagi thrill tu.. Dan bukan untuk blogger di KL & Selangor aje, mana tahu kat JB, Kelantan dan Kuantan pon, kalau ada yang sudi nak berjumpa..ekekek..*budget cam femes pulak* Ha, nak tengok tak komen-komen spesel ni..ngee..


Oleh kerana kat KL & Selangor ni ramai bebenor kenkawan blogger kan, jadi takkan nak jumpa sorang-sorang kan, rasanya lagi meriah kalau jumpa ramai-ramai, amacam? Nak-nak pulak saya balik kejap aje..huhuh.. Memang tak danlah, tapi hopefully apa yang dirancang nanti akan terlaksana..ekeke.. Yang saya dapat fikir skang ni, mungkin kita boleh jumpa sambil main bowling ke, tapi takdelah tournament ke ape, saje suka-suka, paling kurang leh praktis untuk tournament yang Cute Mum anjurkan, dak gitu? ekekek.. Takpon, santai sambil bawak anak-anak mandi kat KLCC pool (haha, kat situ je yang saya tau untuk mandi pool dan beriadah..ekeke). Tapi saya tak dapatlah nak organize, mungkin Cute Mum, ataupun Mama Zharfan ataupun Mama Adam ke (sedap je sebut nama tak tanya kat empunya badan lagi ni..agagaga)

Kalau kat JB, yang saya tau ada Ekin dan Ayu.. haha, sape lagi ek? Part ni susah sket nak buat gathering ni, nak gi rumah pulak, alahai.. Saya ni pemalu yang amat, kalau nak harapkan Mr Hadi lagi pemalu..wakakka.. Kang terkebil-kebil nanti.. Kalau reramai tu syok sikit main nyampuk je..hehe.. Tapi memang teringin jugakla nak jumpa, kalau ada peluang kan..

So amacam, ada ke yang nak join gathering ni? Agagaga.. Sapa yang sudi organize kan? Hahha, takdela organize mana, hanya gitau kul berapa, hari apa, kat mana nak jumpa, itu aje.. Santai je..


p/s : Asid, meh la join sekali. Boleh saya bagi by hand je FM yang dipesan tu..


Nak buah tangan dari Swiss? Meh join Ma Belle Shoppe Giveaway - 20 Mei 2011

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 3, 2011

Kenapa tetiba cakap pasal tempat makan yang best?

Kalau ikutkan, memang tak tertahan rasanya bila buat entri pasal tempat makan yang best ni, nak-nak lagi kalau makanan tu adalah makanan favourite, dan nak-nak lagi pulak, kalau tempat tu jauuuhhh beribu batu..hohoho..

Tapiii, disebabkan kami akan balik bulan 6 ni, dan akan berada di JB sekejap, KL sekejap, Kelate sekejap dan Kuantan sekejap, tu yang entri-entri kat bawah ni saya buat, untuk recap balik tempat-tempat yang best untuk makan dan juga mendapat input dari uols, mana tahu kalau berkesempatan nanti, boleh kami terjah..hehehe..





Thanks kat uols yang sudi berkongsi tempat-tempat makan yang beshh, ada tu siap bagi link lagi untuk saya terjah, sangat saya hargai, nak-nak area KL yang sememangnya bukan tempat permainan saya..heheh.. Even yang Kelate tu pon, banyak tempat makan best yang saya taktau sangat.. 

Kalau ikutkan, terlalu banyak tempat makan yang best, sampaikan tak cukup hari, especially di KL.. Nampak gayanya terpaksalah saya buat shortlist untuk diterjah.. Maklumlah nak terjah semua memang tak cukup hari..wuwuwu..

Tapi, kalau ada mana-mana lagi tempat makan yang best, yang uols nak suggestkan, leh share aje.. ngee.. Maklumlah kami ni memang suka makan..hahaha.. Sapa tak suka makan kan, nak-nak besh pulak tu..kikiki.. Makanan Malaysialah antara benda yang buat kami winduuu banget nak balik..hehehe.. Tu yang balik ni, nak makan puas-puas..ngee.. Agak-agak, bulan 6 ni masih musim durian kah?


p/s : Menulis sambil menelan air liuq.. Takleh letak gambar, nanti mengidam..*pengsan*.. Hahaha.. 



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 2, 2011

Tempat Makan yang Best di Kuantan & Pahang | Mana lagi ek?

Ha, kali ni saya nak berkongsi pula tempat makan yang best di Pahang, especially di Kuantan, yang sempat saya explore selama setahun.. Takdelah explore mana pon..ngeh ngeh ngeh.. Maklumlah ada mak angkat kat sini, jadinya banyak perabih beras kat rumah mak angkat..kekeke..

Rasanya kalau saya sebut Tanjung Lumpur, semua dah tahu kan apa yang best kat sini..heheh.. Apa lagi kalau bukan glamer dengan makanan seafood yang segar.. Yang femes amesnya adalah Restoran Ana Ikan Bakar, memang mantopsslah ikan bakarnya.. Kat sini pon ada air gelas besau..hehehe, tapi saya tak pernah try lagi..

nyum..nyum..

Lagi, Satay Zul pon sodap.. Paling sedap pernah saya makan kat Kuantan..ekekek.. Tak silap saya Satay Zul ni banyak cawangan kat Kuantan, tapi biasa saya beli on the way nak ke Teluk Cempedak, sebelah kiri jalan uols akan nampak Terminal Satay Zul, yang biasanya akan ramai orang menunggu satay..hehehe..

oh..sedapnyer..

Saya juga suka makan kat restoran yang dekat dengan Shell (ke Petronas..haha. maklumlah dah 2 tahun lebih tak gi Kuantan), Shell rasa.. sampaikan restoran tu dikenali sebagai Restoran Shell.. Err, lokasinya yang ni saya ala-ala blur.. Heheh, mungkin area tu dipanggil Batu 12, dekat ngan area Taman Sri Mahkota.. Kalau ada orang Pahang kat sini, leh betulkan kalau silap..ngee.. Kat situ saya suka Nasi Goreng USA. Juga, ada satu restoran ala Thai, kat situ pon sedap, areanya kalau dari Gambang tu, sebelum sampai Giant Kuantan, sebelah kanan..hohoh.. Ingat-ingat lupa gitew..hohoho..

Kalau datang Kuantan, jangan lupa singgah Pekan, untuk rasa Murtabak Mengkasarnya, yang memang glamor kat sini. Tak sampai bandar Pekan pon. Kalau uols google, akan keluar alamat tempat makan ni.. Tryler, mana tahu melekat macam Mr. Hadi..hehehe.. Sebab saya lagi prefer Murtabak Majidi..ngee.. Tapi seriyes, memang sedappp..

wahh..glamer pakcik ni..hehe..

Ape lagi ek.. Ha, bagi yang suka roti canai dan nak breakfast, boleh try Restoran Zaman kat Gambang, perghh.. roti canainya sedap, garing gitew..hehehe.. Selain tu, kalau tetiba teringin nak breakfast Nasi Kerabu, ada satu restoran ni, apa namanya ek.. dari Kuantan nak ke Gambang, sebelah kiri jalan, akan ada satu restoran yang uols akan nampak banyak keta parking.. Ha, kat situ juga ada jual kopok lekor (tapi saya tak pernah try kopok lekor situ sebab Ganu punyer mesti lagi beshh..hehehe) Kat situ kalau nak breakfast best, macam-macam ada, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak..hehehe.. 

my fav..

Dan buat penggemar Nasi Lemak, silalah singgah ke Restoran Zaman, area Batu 10 dekat ngan TUDM. Memang takkan cukup satu bungkus je..hehehe.. Tengah type ni pon boleh menelan ayaq liuq..

Rasanya tu ajerlah kot.. Kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang best kat Pahang, tak semestinya Kuantan aje, boleh share kat sini.. Mana tahu, kot2 berkesempatan nanti, boleh saya terjah nanti..hehehe..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 29, 2011

Penyertaan dibatalkan | Apa pendapat uols?

Ha, mesti uols tertanya-tanya kan, apa kisah mengenai penyertaan dibatalkan? Penyertaan apa ni? Hehehe.. sesekali nak buat kontroversi..ekekeke..

Camgini, lately banyak kali saya terperasan, masa nak join contest dan giveaway, juga masa nak join segmen, pendek kata join apa-apalah yang berkaitan dengan blogging ni, sesekali akan terjumpa syarat kat bawah tu, contohnya kalau penyertaan kurang dari 20 orang, giveaway atau contest atau segmen ini dibatalkan secara automatik. Apa pendapat uols? 

credit

Apa perasaan uols, nak-nak lagi uols dah beriya-iya join contest atau giveaway atau segmen tersebut, dah buat sepenuh hati, dah habiskan masa, tenaga dan idea untuk membuat entri tersebut, tiba-tiba penyertaan uols terbatal sebab jumlah peserta tak cukup syarat? At least yang ni dah dimaklumkan awal-awal, so kita join dengan sedar akan risiko dibatalkan penyertaan.

Tapi yang ni, pada awal giveaway atau contest atau segmen itu dibuat, langsung tidak dinyatakan syarat mengenai jumlah peserta, alih-alih bila dah due, ada pemberitahuan menyatakan penyertaan dibatalkan sebab jumlah peserta tidak mencapai target.. Walaupun saya tak pernah lagi mengalami keadaan sebegini (minta2lah dijauhkan), tapi kalau terkena yang camgini, hahaha, rasanya tersentap juga mak nokss, hohoho.. tapi nak buat cemana kan, dah itu keputusan penganjur kan, nak sentap lelebih pon, kita join sebab suka-suka dan nak memeriahkan giveaway atau contest atau segmen tersebut..

Tapi bagi sayalah kan, kalau kes giveaway dan contest ni, tetiba kita terpaksa batalkan contest atau ga tersebut, sekurang-kurangnya kita rewardlah sikit kepada yang dah join, samada berbentuk backlinks ataupun bagi kelebihan kepada diorang ni untuk next contest or giveaway. Sian depa dah penat2 buat entri kan, lainlah kalau contest atau giveaway yang hanya perlu komen kan..

Untuk segmen pulak, contohnya segmen review ke, bloglist ke, ataupun apa-apa segmenlah, bagi saya, tak kisahlah kalau 2-3 orang je yang join, takkan nak batalkan penyertaan mereka.  Review jelah 2-3 blogger yang begitu semangat buat entri dan support uols buat segmen kan. Yang ni saya rasa sedikit tak logik di situ untuk batalkan dan tidak memberi reward pada yang join..hehehe.. 

Kalau uols, apa yang uols rasa?

Peace.. No war..

p/s : Kalau ada yang terasa, saya mohon maaf, bukan itu niat saya. Saya hanya melahirkan apa yang saya rasa dan yang saya fikir, sebagaimana saya juga pernah menjadi penganjur contest dan giveaway, dan juga baru nak berjinak-jinak dalam membuat segmen..hehehe..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 28, 2011

Tempat Makan yang Best di Kelantan, khasnya Kota Bharu dan Pasir Mas | Cer citer..Cer citer..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) Thanks!

Hehehe.. Walaupun saya adalah orang Kelantan, tapi siriyes, memang banyak yang saya taktau pasal tempat makan yang best di Kelantan, especially di Kota Bharu dan Pasir Mas, tempat yang boleh dikatakan tempat permainan saya masa dolu-dolu..hehehe..

Maklumlah, dah rumah mak ayah kat sini, mestilah makan kat rumah..hehehe.. Kompom sedapp..hehehe.. Ok, ok, kalau masa muda remaja dolu-dolu, kalau outing dengan kenkawan kat KB,   biasanya kami makan fast food, kalau tak, kami akan makan kat gerai-gerai yang kat bawah Pasar Besar KB, takpon dalam Pasar Besar Siti Khadijah (kawan saya suka makan sup kat situ), tapi dah tak ingatlah apa yang sedap dan gerai mana yang sedap..huhuh.. Dan berzaman lamanya..

Yang saya tau, kat Restoran New Horizon, area nak ke KB tru jambatan Tendong tu, kat situ memang glamer, dan sedaplah jugak..hehehe.. Yang ni disyorkan oleh kakak saya, kalau tak, memang saya taktau.. Lagi, saya pernah dengar Restoran Nasi Ulam Raja, area KB juga, pon sedappp, tapi saya tak pernah makan lagi kat sini.. Kawan saya yang gitau.. Alamat? Saya taktau, nak kena google lah kot.. Harap2nya jumpa..

contoh air yang beshh..hehe..search tak jumpa air 2 perisa..ekeke..

Lagi, kat Tesco Kota Bharu.. Gerai yang jual makanan goreng rasanya, sedap bangettt.. Masa tu saya pesan mee goreng, perghh, sampai menjilat garfu...hehehe.. Kat situ pon ada gerai jual air yang besh tau, boleh letak aiskrim aka float lagi. Air dia sangat unik b'coz macam campur 2 rasa, tak silap aritu saya pesan jagung + bandung kot (sekali salah..ahahah..lupe dah..tapi memang beshhh) Balik nanti memang Tesco adalah tempat yang wajib dituju..hehehe.. Harap2 ada lagi dan masih sedappp..

Tak silap saya, kat ngan Pasir Tumbuh ke KB ek, glamer dengan Murtabak Diraja yang sedap..hohoho..  Saya tak pernah makan lagi, tempat pon taktau kat mana.. Kekadang terasa segan, al-maklumlah banyak yang saya taktau..

Kalau kat Pasir Mas, yang saya ingat sekali, adalah ABC di Pasar Pasir Mas, first gerai selepas kedai jual beg, dolu-dolu memang sedappp, tiap kali pi jenjalan Pasir Mas, mesti singgah makan ABC dulu.. Tapi skang taktaulah ada lagi ke tak.. Lagi, gerai makan kat area situ pon besh gak, yang glamernya mee kuah, tapi saya baru sekali makan (masa dolu-dolu saya bukan peminat mee kuah). 

err..ni mee kuah ke mee sup ek..tapi camginilah rupanya..

Lain-lain tempat, ni bukan tempat makanlah, tapi gerai yang jual kuih muih.. Tak silap saya, area Pasir Putih menghala ke Pasir Mas, kat tepi jalan.. Dia punyer akok dan bahulu sangat meletopss.. Nak kasi address pon, saya masih blur2, kekadang perasan, kekadang tak..hehehe.. Area-area situ juga ada jual kek sarang semut, antara yang paling sedap pernah saya makan dan jadi dengan elok.. Perghh, tengah menaip ni pon boleh terlocor sebabnya my fav kek tu.. Dan tiap kali saya dari Terengganu ke Pasir Mas, dekat ngan balai polis trafik tu, ada gerai jual cendol pulut, tapi selalu saya tak berkesempatan nak mencuba. Yang pasti line beratur sentiasa panjang. 

nyum..nyum..

Rasanya itu ajeler tempat makan yang best yang saya tau kat KB dan Pasir Mas, kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang besh, tak kisahla area mana sekalipun, asalkan di Kelantan, mehla berkongsi kat sini juga..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 27, 2011

Kami dah balik & Jawapan kepada Cer Teka.. Cer Teka

Salam semua.. Kalau diikutkan, kami dah selamat sampai pada Isnin malam..hehe, tapi disebabkan masih dalam mood berholiday + agak penat berjalan, makanya tu yang tak sempat nak menjengah lama-lama kat blog dan berkunjung ke blog uols. 

Tapi takper, akan saya kayuh pelan-pelan, yang penting tetap reply komen dan sampai ke blog uols..ehehhe.. Segmen terjah tu juga akan saya listkan nanti dan menerjah ke blog uols mengikut giliran.. Begitu juga dengan senarai peserta Ma Belle Shoppe Giveaway, akan saya listkan juga di blog Ma Belle Conway nanti, mungkin esok, mungkin lusa.. Oh ya, saya juga nak ambil peluang ni untuk minta maaf kepada pemenang-pemenang Cute Baby with a Book Contest & The Best Entry, kerana hadiah masih belum sampai ke tangan uols. Akan saya cek dengan penaja dengan segera (Tak silap saya, hadiah sudah dipos ke penaja kedua..) Jangan risau, uols tetap akan menerima hadiah tersebut, insyaAllah..

Dan jawapan kepada soalan teka-teki dalam entri Cer Teka.. Cer Teka adalah..jeng..jeng..jeng..hehehe.. Kami telah pi meronggeng ke Itali, lebih tepat lagi ke Milan dan Torino, selama 4 hari 3 malam.. Dan pemenang-pemenangnya adalah

1. Nanakimie - 2 soalan betul, maka mendapat 4 extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway

2. Nad aka Mama Zakwan - 1 soalan betul, maka mendapat 2 extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway

Hohoho..hanya 2 orang je yang meneka..ekekek..  Yang saya terkejut sekali, peneka pertama iaitu Nanakimie meneka soalan tempat kami pi melancong dengan tepat sekali, cemana tau ek? hehehe.. Tahniah untuk uols..

Nanti saya akan update cerita ceriti sepanjang kami pi berjalan ke Itali, ada yang menarik, ada yang tak menarik..hohoho.. Till then, a bientôt..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 22, 2011

Khas untuk cik Bambam & Semua Penggemar Contest & Giveaway

Heheheh..poyo je tajuk, kesnya taktau nak letak tajuk apa.. Tapi memang ada kaitan dengan contest dan giveaway.. Pe dia? Nak buat ga ke? Ekekeke.. Ma Belle Shoppe Giveaway belum habis lagi, takkan nak buat ga baru kan..ekekeke..

Camgini, me ditanya oleh kaki & tangan yang tegar join contest dan giveaway, iaitu cik Bambam.. Meh kita tengok apa yang ditanya oleh cik adik yang comel ni..


Kalau autopublish entri personal takde masalah.. Yang dimaksudkan oleh cik Bambam adalah entry untuk join contest dan giveaway. Dan yer, normally me memang buat siap-siap pada malam hari untuk diautopublish hari keesokkannya. Maklumlah, siang me banyak spend masa dengan Zahra, malam Zahra spend masa dengan abahnya.. Mamanya mahu berblogging dan bercgl..ngeh ngeh ngeh.. 

Ok, stret to the point, skang ni banyak GA yang bagi tajuk tertentu dan mesti diikuti oleh peserta, contohnya Ma Belle Shoppe Giveaway. Kalau uols tengok link entri ga tersebut adalah seperti di bawah

http://mabelleshoppe.blogspot.com/2011/04/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Apa yang uols boleh buat adalah tukar address link blog tersebut kepada blog uols, contohnya seperti kat bawah ni.. Yang /2011 dan seterusnya tu uols kekalkan..

http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/04/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Tapi uols kena hati-hati, coz macam ga ni berlangsung sampai bulan 5, let say uols join masa bulan 5, so uols kena tukar date macam kat bawah ni..
http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/05/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Let say, case lain pulak, contohnya tajuk entri giveaway yang uols nak join tu tak sama dengan link entri giveaway penganjur. Ha, yang ni nak kena hati-hati. Normally, saya akan tengok contoh link peserta yang lain kat komen tu dan buat tajuk yang sama, so that me boleh guna link tersebut.

Tapi cara join contest dan giveaway secara autopublish ni ada risikonya.. Contohnya, saya pernah terbagi link yang salah (biasanya salah bulan, typo error dsbnya), jadi penganjur tak dapat buka link, tak pasal-pasal saya tidak tersenarai dalam list peserta. Kan dah rugi tu? Nak buat cemana, takde rezekilah tu.. Sebab tulah, biasanya saya akan tinggalkan pesan kat komen gitau entri tu autopublish jam berapa dan kalau tak valid, boleh gitau saya (sila baca sambil imagine Puss the Boot buat aksi mata comel tu..ekeke..) Ada penganjur yang akan maklumkan, ada juga penganjur tak maklumkan tapi update di list pesertanya yang link saya tak valid.. Kat situ saya taulah dan saya akan bagi link yang valid (sebab masa tu dah publishkan..) Jadi kalau nak buat autopublish, kena ceklah uols tersenarai ke tidak sebagai peserta. Tapi ada juga penganjur yang tersangat baik hati, contohnya kat bawah ni..


Wahh..me sangat terharu, thanks mama tomell, susah-susah aja mencari.. Meh bagi muahss sebijik.. Actually me tak suka susahkan penganjur, just gitau yang tak jumpa link pon takpe, nanti me akan pi hantar link yang valid.. Uols datang gitau link tak valid tu pon me dah suka sesangat, apatah lagi dapat penganjur yang rajin + baik hati cam mama tomell ni, memang sengih sepanjang hari lah..hehehe..

Ok, rasanya dah terjawabkan soalan adik yang comel ni.. Ke ada yang blur-blur lagi? Ekekeke.. By the time uols baca entri ni, kami dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian kami pada kali ini.. Saya takmo gitau lagi, coz nak bagi peluang untuk uols tambahkan peluang untuk menang. Nak extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway, boleh klik SINI. Yang paling me terkejut sekali, ada yang meneka dengan tepat entri Cer Teka.. Cer Teka.. Pakai pak belalang ke ape? Ekekeke.. Komen2 uols me tak publish..hehehe.. Bila me dah tutup Cer Teka Cer Teka baru me publish..


p/s : Doakan kami selamat pergi dan kembali ek.. Kalau me ada menang mana-mana cgl, boleh tolong inform me & penganjur..ekekeke.. Jasa baik uols saya ucapkan ribuan terima kasih dan muahsss sebijik..

p/s/s : Oh ya, ini entri autopublish..hehehe



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...