Jan 14, 2011

Home » , , , » Zahra dan Sweet Cherry

Zahra dan Sweet Cherry

Sebenarnya, dah lama nak buat entri ni, sejak dari join Contest Si Cilik dan Stroller lagi. Disebabkan join contest inilah, timbul idea untuk berkongsi mengenai stroller yang kami belikan untuk Zahra sejak dari 2 bulan lagi sampailah sekarang, memang tahan, memang berbaloi walaupun memang lasak kami kerjakan stroller Zahra ni..

masa awal-awal beli stroller

Mr. Hadi beli stroller ni kat Sogo, kalau tak silap.. Tu pon kes dah habis pusing KB dengan JB, tak jumpa yang berkenan dan harga yang berpatutan..hehehe.. Last2, time berkursus kat KL, pusing-pusing kat Sogo terjumpalah stroller Sweet Cherry yang berkenan di hati Mr. Hadi.. Masa tu saya tak ikut, tengah pantang maa..ekekeke.. Tak kaji selidik pon brand ni elok ke tak elok.. Mr. Hadi tengok cam ok, terus angkatt..

Kami beli stroller ni pon untuk memudahkan bila berhijrah ke Swiss nanti, yela, mana nak angkut beg lagi, nak ngendong Zahra lagi.. Senang, tolakkk je.. Masa awal-awal dulu, resah gelisah jugak Zahra duk dalam stroller, yelah, baru nak biasakan diri kan.. Lama-lama, bila dah biasa tu, ok je dia duk dalam stroller tu, sampailah dia boleh jalan, tang tu sesuka hati bila dia bosan, dia akan bangun dan turun dari stroller ni..

dah pandai duduk di mana sahaja yang disukainya..

Memang banyak btol jasa stroller ni.. Selain dari menjadi 'car' Zahra, stroller Sweet Cherry ni juga dijadikan kerusi untuk Zahra makan masa awal-awal sampai Swiss ni, sebelum dapat mencari kerusi baby yang sesuai. Selain tu, tempat untuk kami letak barang2 yang agak berat seperti kotak2 susu, pisang, tin2 dan sebagainyalah di ruang bawah stroller tu..hehehe.. Memang menggunakan 100% lah stroller nih.. 

senang keje den..agagaga.. Tak payah nak pegang, suap je..

Yang bestnyer, sampai skang stroller ni masih bertahan, dah 20 bulan tuu... Memang lasaklah.. Tayar je dah nipis kes duk letak benda2 berat.. Kalau kat sini ada cawangan Sweet Cherry, pasti saya akan tukar tayar tu, takmo lagi beli stroller baru coz masih kukuh lagi..

Setakat ni, memang saya berpuas hatilah.. Kalau ada adik Zahra nanti (ehem..ehem..) kat Malaysia, rasanya nak guna brand ni aje lah.. Sweet Cherry ni kalau tak silap produk Malaysia tau.. Sape kata produk Malaysia tak berkualiti?


p/s : Nanti kalau ada masa, saya akan share mengenai stroller yang biasa diguna kat Swiss ni..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

2 Comments
Comments

2 comments

Jan 14, 2011, 10:56:00 PM

yeah...brg Malaysia pun banyak yg berkualiti...;-)

Jan 21, 2011, 12:23:00 AM

@honey : ha'ah kan..kita je yang duk puja barangan dari luar..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...