Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Apr 9, 2011

7 Tempat Paling Menarik di Dunia untuk Dilawati | Switzerland di tangga ke berapa?

Hari tu saya nak dah share mengenai 5 Negara Yang Paling Hijau, dan Switzerland berada di tangga kedua. Kali ni saya nak share ngan uols 7 tempat yang paling menarik di dunia untuk dilawati, meh kita tengok kali ni Switzerland di tangga ke berapa..hehe

7. New York, US (The City of Modern World) - New York yang juga dikenali sebagai The Big Apple adalah sangat sesuai bagi yang sukakan hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden yang terbaik. Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti  Gossip Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini. Bagi yang sukakan nikmat malam, nikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.

New York city
Brooklyn Bridge pada waktu malam

6. Mexico (The City of Ancient Civilisation) - Di sinilah bermulanya peradaban yang sangat terkenal iaitu Maya. Maya meningkat popular dengan ramalan yang tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln. Dan kini, masyarakat dunia heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya sehingga terhasilnya movie 2012. Bagi yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah melawat ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya. Malah, tempat ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site.

Palengue, The Ruined City of Maya

5. Paris, France (The City of Love) - Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta adalah tempat terbaik untuk percutian paling romantik. Dengan diiringi alunan muzik violin yang mengasyikkan sewaktu makan malam yang indah bersama kekasih hati di restoran-restoran yang terkenal yang menjamu hidangan lazat dan menyelerakan. Sambil-sambil tu menikmati pemandangan Eiffel Tower yang tinggi dan unik. Memang mempersonakan!

El Panteon Street, Paris
Eiffel Tower pada waktu malam

4. Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands) - Bagi sesiapa yang menyatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai, mungkin depa tak pi Greece lagi..hehe.. Ini kerana Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit. Bayangkan percutian uols di waktu musim panas ditiup angin semilir yang bersepoi lembut menepisi muka sedang uols berbaring dibawah payung sambil menikmati jus tropikal di atas bangunan yang terletak dikaki bukit. Imagine pon dah meleleh ayaq liuq..hehe..

Pemandangan dari balkoni Hotel Santorini, Greece
Pemandangan pada waktu matahari terbenam

3. Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture) - Bagi yang meminati seni bina lampau, ini adalah tempat terbaik untuk uols. Selami dan hayati senibina terkenal di Granada & Seville, Sepanyol. Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada. Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir. Di Seville, uols patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon.

Seville Plaza
Alcazar Castle Segovia

2. Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style) - Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan. Selain itu, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas. Bayangkan uols berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan. Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, uols boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan. Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”.

Pemandangan pada waktu matahari terbenam
Amsterdam city pada waktu malam

1. New Zealand (The Best Natural Beauty) - Ha, uols peminat tegar filem Lord of The Ring? Mesti uols masih ingat tempat-tempat menakjubkan dalam filem tersebut, kalau uols nak tahu, New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New Zealand. Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake), Hobbiton dan Rotorua.

Hobbiton Movie Set and Farm Tours, LOTR, New Zealand
Queenstown pada waktu malam

credit : DKDM


p/s : Mana Swiss? Tak tersenarai? Oh no.. I'm shocked.. hehehe.. Itu adalah ayat Mr Hadi bila dia nampak artikel ni.. Ala, rilekslah bang, ni ikut kategori pon.. Kalau ada kategori the best skiing place in the world ke, ataupun the best mountain view macam entri  Matterhorn | The Most Photographed Mountain in the World mungkinlah Swiss tersenarai..hihi

p/s/s : Antara banyak-banyak tempat yang tersenarai ni, kami pernah pi Paris je.. Memang cantik banget uols, feeling dia lain sesangat, rasa macam i'm in love sokmo..hehehe.. Nanti saya berkongsi mengenai trip kami ke Paris tahun lepas..ekeke..

p/s/s/s : Yang Greece tu, saya pernah tertengok cerita Korea + Taiwan, tapi suara dalam bahasa Taiwan (hoho..kalau dalam bahasa Korea mesti lagi beshh..) tajuknya tak silap Love in Aegean Sea ke ape, yang pasti ada Aegean Sea, ala yang Chae Rim jadi heroin tu, masa tu dia muda lagi comel jelita lagi.. Skang pon masih jelita lagi.. Memang cantik banget, birrruuuu je lautnya, tengok criter tu rasa cam nak pi je kat Aegean Sea ni, tapi masa tu taktau kat Greece..hehehe.. Ni dah dekat, ada chance nak pi ni, tapi $$ je yang kurang bagi chance ni..hehehe.. Yang New York pulak, memang saya sangat teringin nak pi, ni kes terjatuh suka dengan lagu New York by Alicia Keys, memang inspiring betullah.. Actually, tak semestinya NY, mana-mana tempat kat US yang best pon jadilah..hehehe..tengah bodek-bodek Mr Hadi agar wat Post Doc kat US, ekekek.. Macam boss bagi je cuti lelama..kikiki..

p/s/s/s/s : Berapa banyak p/s/s daa..hehehe.. Eksaited terlebih ni, maklumlah saya ngan Mr Hadi kan suka bab-bab langkah panjang ni, suka bebenau bab travel ni.. $$$ je yang kurang suka ngan kami..ahaks..

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_*

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 6, 2011

5 Negara Yang Paling Hijau | Adakah Switzerland tersenarai?

Hehehe, semalam masa berblogwalking dan membalas kunjungan kenkawan, terjumpa satu entri mengenai 5 negara yang paling hijau, yang mesra alam, yang mana persekitarannya hampir-hampir bersih. Yang menariknya, Swiss tersenarai dalam carta Top 5 yang dibuat oleh ahli-ahli sains dari Yale University yang mengambilkira pelbagai faktor dan berdasarkan skala Stoballnoy.

1. Iceland - Merangkul tempat pertama dengan 93.5 mata kerana Iceland menggunakan sebaiknya tenaga geoterma dan rakyat negara ini suka menggunakan green technology  dan mendapat sokongan penuh dari kerajaan Iceland. Kalau dulu, penggunaan arang batu di Iceland adalah sebanyak 70%, tapi kini hanya 18% sahaja dan menjelang 2050, Iceland mahu menghapuskan sepenuhnya penggunaan arang batu.



2. Switzerland - Mendapat rank yang kedua dengan 89.1 mata, dan sememangnya Switzerland adalah salah satu negara yang tersenarai dalam carta paling hijau dan paling cantik sejak dahulu lagi. Kerajaannya sentiasa membangunkan taman-taman negara baru yang mengekalkan bentul asal. Malah, syarikat2 kecil dan besar, serta penduduknya sentiasa mengamalkan green technology, salah satunya hotel-hotel akan memberikan diskaun kepada pelanggannya yang menggunakan hybrid car.   



3. Costa Rica - Tersenarai di tangga ketiga dengan 86.4 mata. Sebagai negara panas, sudah tentu tidak menggunakan alat pemanas dan sekali menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 1/3. Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, hutan-hutan di Costa Rica banyak dimusnahkan dengan tujuan mengeksport kayu balak, tetapi kini usaha menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang giat dijalankan dan telahpun memngurangkan aktiviti pembalakan. Menjelang tahun 2021, Costa Rica berhasrat untuk menjadi sebuah negara industri dengan pengeluaran sifar  karbon dioksida.



4. Sweden - Merangkul tempat keempat dengan 86 mata. Negara ini menumpukan pada penggunaan sungai, angin dan matahari dan secara beransur-ansur berubah kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Malah, penggunaan biogas dalam kereta diterapkan sebagai menggantikan penggunaan metanol. Menjelang 2020, Sweden ingin menjadi negara yang bebabs daripada penggunaan bahan api.



5. Norway - Dengan 81.1 mata, Norway berjaya menduduki tempat kelima. Negara ini telah mengambil langkah mengurangkan pengeluaran karbon dioksida, salah satunya dengan menggunakan peralatan yang berkaitan dengan green technology. Selain itu, rel kereta api tambahan sedang dibangunkan untuk memenuhi keperluan penduduk dan untuk menggalakkan mereka untuk beralih kepada pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan peribadi.



sumber : Mazha


p/s : Berkenaan dengan hybrid car ni, kat Swiss ni memang bersepahlah kereta hybrid ni, banyaknya yang jenis 2 seat yang dinamakan smart car, dan kereta ni memang murah. Kalau 4 doors pulak, pernah nampak sekali je, memang smartlah kalau yang 4 doors macam kat bawah (saya agaklah yang ni 4 doors) ni kalau dibandingkan dengan yang 2 doors. Gambar yang 2 doors tu saya tak ambil, nanti kalau saya ingat saya snap satu tunjuk kat uols.

jarang-jarang nampak kereta smart car yang macam ni..

Ha, ada satu insiden hari tu, kat depan apartment kami ni, Mr Hadi biarkan enjin kereta on, because nak angkut barang then nak pi hantar kereta, so dia malas nak tutup enjin, lagipun sekejap je angkat barang tu. Tapi kena tegur ngan sorang mamat Swiss ni, dia gitau suh tutup enjin kereta untuk mengurangkan pencemaran alam.. Ha, betapa siviknya mereka ini, bagus kan? Walau sekecil mana, selagi boleh kita kurangkan pencemaran, kita kurangkan..hohoho.. Agak-agaknya mesti dari kecil, sejak dari tadika mereka diterapkan untuk menjaga alam sekitar kan? Ni yang curious gegilers sampai rasa nak masuk tadika or school kat sini ni..hehehe..

  
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Sejauh manakah anda mementingkan gaya hidup sihat & kaitan dengan SPA Coklat?

Perghh, soalan cepu emas betul.. Even saya tak boleh nak jawab secara telus..hihihi.. Kalau diikutkan, memang semua orang mahukan gaya hidup sihat, kan? Ke ada jugak yang tak mahu..agagaga.. Dan saya rasa, dah makin ramai yang menyedari akan kepentingan menjalani kehidupan secara sihat..

credit

Cumanya, kekadang kita lupa untuk bersenam ataupun beriadah, lupa untuk mengambil makanan secara seimbang, lupa untuk membuat pemeriksaan kesihatan, dan macam-macam lupa lagilah.. Termasuklah saya..hehehe.. Dan berbagai-bagai reasonlah yang membuatkan kita lupa ataupun buat2 lupa, antaranya busy dengan kerja mahupun pelajaran ataupun membusykan diri dengan benda-benda lain, contohnya busy berblogging..hihihi..selepuk kena atas hidung sendiri..

Paling tidak, saya mahu menyeru pada kenkawan dan sanak saudara sekalian, yang mana masih merokok, bawak-bawaklah berhenti merokok, sebelum anda ataupun orang yang anda sayangi (asap rokok membahayakan orang di sekitar anda jugak ye..) menghidap penyakit merbahaya akibat dari merokok dan terhidu asap rokok.. 

credit

Cakap pasal gaya hidup sihat ni, teringat pulak sepanjang saya duk kat Swiss ni, most of the time, breakfast je mesti makan cereal..hohoho.. Takde dah nak pekena roti canai ke, nasi lemak bungkus ke , nasi berlauk or nasi kerabu ke (auww..bila sebut ni terliurlah pulak..ni yang buat tak sabau nak balik) Bukan sebab cereal tu lagi bagus, tapi kat sini mana nak cari maa roti canai.. Nasi lemak tu bolehlah buat, tapi besenya pepagi malas masak..ahaks..kantoi di situ.. Pembetulan, malas nak masak beriya, yela, Nasi Lemak kan lagi renyah nak buat berbanding roti cheese bertelur ke..agagaga.. Lagipun, pepagi Mr. Hadi berkejor pi opis, mana dan nak makan.. Lainler hari minggu..(ayat cover sikit..tetiba rasa entri ni bertukar dari serius ke santailah pulak..agagaga.. Yang penting, maksudnya sampai..ngeee)

Uols dah try ke Nestle Wellness Profiler tu? Hikhik, saya baru try dan tak sangka dapat title The Investor.. Amende The Investor tu, uols leh tengok gambar dan penerangan kat bawah ni.. Saya copy je terus result tu kat sini, malas nak translate..hihihihi..

The bad news: I’m not perfect. The good news: I’m getting there :) I just need t...o learn to love the stuff I don’t really like right now - lightly steamed broccoli... without the butter :( Have you taken the Wellness Profiler test yet? You should – it’s an eye-opener.




p/s : Buat entri ni teringat pulak cerita Waheeda, gitau yang bekalan makanan anak kawannya yang belajar kat Swiss ni akan diperiksa oleh gurunya, nak tengok makanan tu mengandungi nutrisi yang lengkap dan mengikut diet pemakanan yang seimbang..hohoho.. Cayolah, memang prihatin betul guru kat sini..




p/s/s : Skang ni ada promosi Full Body Scrub + Chocolate Mask Wrap + Full Body Massage + Aromatic Steam Bath + Hydrotherapy Milk Bath for 2 1/2 hours di I Gorgeous, Aman Suria dengan harga RM88 sahaja. Kalau nak kira, pakej ni sebenarnya bernilai RM353, sangat berbaloi kan? Ni yang buat saya nak settle down kat KL or Selangor ni..hohoho.. Manyak syok oo satu badan cover dengan cokolat..nyumm..nyummm.. Dahla redemptionnya sampai bulan Julai, saya ada kat Malaysia masa tu.. Ni yang buat gatal tangan ni, Mr Hadi? Ekeke.. Ada yang dah beli ke? Boleh kita berdating di I Gorgeous ni..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!





Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Feb 2, 2011

Tentang Salam dan As Salam

Mungkin ramai yang dah tahu mengenai perkara ini.. Tapi saya nak kongsikan juga, manalah tahu masih ada yang was-was sama ada boleh guna salam ataupun tidak.. Ini kerana sebelum-sebelum ni saya pernah terbaca yang salam boleh digunakan, sebaliknya a'kum ataupun as'kum yang tak boleh guna. Tetapi, sejak dua menjak nih, bila banyak blog memaparkan entri gitau yang salam tak boleh guna beserta bukti-bukti yang agak meyakinkan, menyebabkan saya menjadi was-was nak guna salam apabila berblogwalking mahupun bersmsing (betapa kuatnya pengaruh blog..agaggaga..)

Tetapi apabila Ustaz Love menjelas dengan lengkap mengenai hal ini membuatkan saya yakin kembali untuk gunakan salam.. Berikut adalah yang saya kopipes sebahagian dari entri Ustaz Love mengenai Salam dan As Salam..

Cumanya, Ustaz Love nak menjelaskan tentang keharusan menggunakan singkatan salam itu dengan “salam” atau “as-salam”.. mana yg betul dan mana yg salah?
Sebenarnya kedua2nya boleh digunakan.. kerana ia juga merupakan maksud singkatan kepada “assalamualaikum”.. jika dipertikaikan dgn mengatakan hanya “as-salam” saja boleh digunakan, maka ianya masih ada ruang hujahan di situ.. kerana “salam” dan “as-salam” itu masih lagi mewakili singkatan kepada lafaz “assalamualaikum”.
Lafaz “assalamualaikum” sabit (disandarkan) daripada hadis Nabi s.a.w. Maka secara kebiasaannya, kita boleh mengambil “as salam” sbg lafaz singkatan dan meninggalkan “alaikum”. Sedangkan lafaz “salamun alaikum” (takde alif lam – as-salam) juga terdapat dalam al-Quran surah ar-Ra’d : 24
Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.

Kalimah selamat sejahtera itu menggunakan lafaz سَلاَمٌ عَلَيْكُم (salamun alaikum) dan bukan “assalamualaikum”. Ini memberi maksud, sama ada menggunakan “assalamualaikum” atau “salamun alaikum” dan singkatan “as-salam bagi assalamualaikum” atau “salam bagi singkatan salamun alaikum”.. kedua2nya adalah harus digunakan. Ini menurut pendapat Imam Abu Hasan al-Wahidi.. tetapi menurut pendapat Imam Nawawi, “assalamualaikum” itu lebih utama..
Jadi tiada masalah nak gunakan singkatan as-salam mahupun salam yg mewakili kedua2 cara memberi salam itu.. kalau penulisan Braille (utk org buta), lagi la.. guna titik2 je.. tapi ia tetap simbol yg mewakili “assalamualaikum”.. kalau org bisu pula, guna isyarat tangan je utk lafaz salam.. makna itu yg lebih penting..
Sebab itu, dalam hal ni, kita jangan terlalu gopoh.. sbb benda ni bukan sesuatu yg besar… Cumanya, kalau ianya ada kaitan dgn sesuatu yg tak elok, maka lebih baik kita tak gunakan.. sbb sadd az-zariah (menutup jalan keburukan).. cthnya lafaz2 gantian assalamualaikum spt ass (punggung), askum (tatau apa makna), kum (hantu kum kum), akum (ada kaitan dgn Yahudi ke apa ntah), as (singkatan nama penyanyi Feminin, Asfarina) dsb..
Maka itu, nak guna “as-salam” ke, “salam” ke.. kedua2nya masih lagi menepati singkatan yg mewakili “assalamualaikum”.. tapi, yg terbaik adalah “assalamualaikum”.. yg lebih terbaik “assalamualaikum warahmatullah”.. yg lagi paling sangat terbaik “assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Jadi, saya harap dengan penerangan yang jelas ini dapat membantu rakan-rakan yang lain, yang mengalami nasib yang sama dengan saya.. Jangan biarkan hidup uols diselubungi misteri.. Sekian, salam..



Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 28, 2011

Panasss.. Berjaya Ditangkap!

Kontroversi tak tajuk tu? Perghh.. Skang ni nak kontroversi aja.. Nak yang panas-panas aje.. Yang kool-kool takmo ke? Hehehe..

Ok, straight to the point, apa yang panasss ni? Apa yang melotop ni? Melotop sangat ke? Hehehe..uols tentukanlah sendiri.. Yang pasti, rasanya masih panas lagi.. Masih fresh lagi ni.. Baru 2 hari lepas kena tangkap, tapi hari ni baru sempat publish entrinyer.. Hari tu saya dah publish mengenai Kena Tangkap Baekk Punya kan, 2 hari lepas lagi sekali saya terperasan, memang baeekk punya nombor terus saya tangkap.. Tak cayer, meh tengok gambar yang masih panasss ni.. Ngee..


Cantik tak? Ngeee.. Agak-agak uols panasss ke kool entri nih? Miahahaa.. Tak sangka masa nak buat entri semalam, tetiba terperasan..eh..eh.. Cantik pulak jumlah post bagi kedua-dua blog nih.. 90 dengan 900.. Beza satu kosong je.. Kalau dua-dua 900 kan lagi best? (Tak ke pengsan tu dua-dua blog postnya berjumlah 900, so total 1800 post, tu bukan lagi blogger tegar tapi blogger pagar tu..ngeee..uols kenalkah ayat siapa tu?hihihi..)

Tiba-tiba masa buat entri ni, tangan saya gatal pulok nak cek Alexa ranking, padahal blog ni baru 1 bulan 6 hari..eh..eh..dah sebulan rupanya blog kesayangan kami nih.. Alahai.. Lupelah pulak..agagaga.. Meh kita tengok di manakah kedudukan blog yang baru nak bernafas ni..huhuhu..


Hehehe..terkeluar yang CH pulak..aigoo..cane nak compare.. Kot-kot ada yang tertanya, CH tu adalah singkatan bagi Switzerland.. Tak tau cemana nak tukar bagi keluar ranking Malaysia, ada sapa-sapa yang tau dak cemana nak tukar? Bila saya tekan details baru ada ranking dalam Malaysia, tapi tak syoklah tiapkali cek, keluar yang Swiss sebagai main ranking..huhuhu.. Btw, ok ke tak ek ranking Alexa ni bagi blog yang baru berumur 1 bulan 6 hari ni? Huhuhu..daku taktau.. Daku pandai cek ja..ngee.. Meh kita compare dengan blog saya yang lagi satu, Ma Belle Conway yang dah wujud 3 tahun 5 bulan tapi aktifnya baru 5 bulan yang lepas..


Whattt? Ranking blog Ma Belle Conway dalam Malaysia jatuh menjunamla.. Last time saya cek awal Disember camtu, dalam ranking yang ke 2049, sebab nak buat monthly performance. Boleh tengok  kat entri Belle Performance on November Part 1. Ni mesti kes sebab saya tukar blog lama tu kepada blog conway, jadi mungkin trafik dah tak menggunung cam dulu..wuwuwuwu.. Lalu jatuh gedebak gedebuk sampai terguling-guling ke 9963..huhuhu.. 

Choopp.. Penting ke Alexa ni? Hohohoho.. Dependslah kan, kalau uols nak berblogging secara serius, nak jadikan blog tu mesra SEO dan nak promote blog uols untuk personal adverstising, dan bagi blog tu well known seantero dunia, memang pentinglah Alexa ni.. Makin kecik no ranking tu makin bagus dan makin glamorlah blog uols.. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Alexa Rank ni, uols boleh baca entri dari Aried (klik sini..). Antara intipati entri Aried yang buat mata saya bersinar-sinar adalah mengenai Google Adsense ni..
Alexa Rank ini juga dikatakan mampu untuk mempengaruhi nilai iklan dalam “google Adsense” dimana blog atau website yang mempunyai rank yang hebat akan dibayar dengan nilai yang lebih tinggi.

Hehehe..ada hati lagi nih nak letak iklan lain... Sajalah mahu merasai sendiri akan perbezaan iklan-iklan yang ada.. Lagipun, Nuffnang rela bermadu dengan Google Adsense.. Tapi, masa je yang cemburu dengan saya, takdan lagi nak mengkaji pasal Google Adsense ni..hoho..

Oklah, dah tersasar bebenau dari tajuk, memula nak tunjuk hasil tangkapan tu je.. Sekali tertunjuk  Alexa ranking dan bercerita pulak pasal Google Adsense..ngeee.. Ok, selamat Hari Jumaat dan semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.. Chowww..


Klik sini satu dulu.. Thanks!!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jan 1, 2011

Yuhhuuu.. We're back!!!

Wahhh..lamenyer rasa tak membelek-belek blog nih, sudah windu rasanya nak bercoret kat sini dan menjengah blog kenkawan..hehehe.. Oleh kerana percutian kami sekeluarga dahpon tamat, maka bolehlah saya berblogging sampai lebam..hehe..

credit

Mula-mula, disebabkan hotel yang kami stay tu ada internet, ingatkan dapatlah menjengah sekejap blog kesayangan kami nih, tapi disebabkan tak bawak plug converter, pastu cari kat kedai tak jumpa yang boleh convert plug dari Swiss ke Europe, maka tak dapatlah nak berblogging..

Entri mengenai percutian kami tu akan dibuat kemudian, nak kena cari feel dulu..agagaga.. Skang ni, saya nak gitau mengenai Belle of The Month.. Akan ada perubahan, maklumla sempena blog baru dan tahun baru..ngeh ngeh ngeh.. Saya hanya akan membuat spesel entri untuk yang menjuarai carta Top Commenter sahaja.. Tapi untuk bloglist Belle of The Month, akan kekal seperti dulu, which is saya akan mengambil Top 3 dari Belle Buddies aka Top 10 Members dan Top 3 dari Belle Reporters aka Top Commenters..

cedit

Oleh kerana saya dah tak membuat giliran, maka pengiraan Top Commenters dikira mengikut satu bulan sahaja, yang mana, Belle of January akan dikira berdasarkan jumlah komen bulan January, dan bloglist juga dikira untuk bulan January sahaja..

Saya masih berhutang ngan uols Belle of December, nanti saya buat dalam masa terdekat.. Nantikan siapakah yang bakal menjuarai Belle of December.. Untuk yang December ni, saya masih ikut yang lama, which is yang paling ngetop dalam Belle Buddies coz yang November dah amik dari Belle Reporters di blog Ma Belle Conway.. Bermula dari January, saya hanya akan mengambil kira dari blog Notre Belle Histoire sahaja.. Harap maklum...hehehe..


p/s : Oh ya, lupe pulak nak bagi jawapan kepada teka teki suka2 hati..hihihi.. Nampak gayanya takde yang meneka dengan betul, jawapannya adalah Portugal.. Ye, kami pi jenjalan ke Lisbon, Portugal..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 27, 2010

Jom Promosi Blog Anda dengan Ping di Website Ini

Saya masih baru dalam arena blogging ni, masih banyak yang perlu dipelajari.. Tapi oleh kerana saya ada terjumpa kat blog Zairie yang berkongsi senarai website untuk uols ping blog, rasa cam nak berkongsi dengan uols jugak.. Tapi, penting ke ping nih? Akan banyak trafik ke?

credit

Dari pembacaan (eceh..ayattt..tak hengat punyer) di blog Aried, ping ni penting jugak, ada kaitan dengan SEO dan memudahkan google detect blog uols.. Pasal banyak trafik tu, well, kalau entri uols tu sekali orang pandang tajuk terus nak klik or keywords entri uols tu banyak orang google, then yes, memang akan banyak trafik.. Tak salah kan mencuba.. Lagipun, bak kata Zairie, ni salah satu cara untuk promosi blog uols jugak, selain dari berblogwalking..

Ni adalah senarai website yang uols boleh ping.. Yang saya biasa guna (actually, baru 2-3 kali..hehehe) adalah gengblogger dan innit (untuk glitterrati nuffnangers only)..
  1. pingomatic
  2. weblog.
  3. pingler.
  4. pingoat.
  5. pingmyblog
  6. gengblogger.
  7. innit nuffnang.
  8. kelab blogger.
  9. blogger malaysia.
  10. blogger tegar
  11. geng blogger (facebook)
  12. ping.fm
Nak tau nape baru 2-3 kali baru saya guna, sebab utamanya, banyak entri saya autopublish.. Bila dah dipublish, lupa nak pingkan..hihihi.. Lagi satu, saya prefer ping entry yang banyak (kekononnya) memberi input, sedangkan blog saya ni banyak entri personal, jadi agak kuranglah entri untuk diping..hihihi..

Oh ya, kalau uols nak promote blog uols di fan page Notre Belle Histoire pon takde masalah.. Memang dibuat khas untuk sama-sama berkongsi cerita..


p/s : Thanks to Zairie coz berkongsi senarai website ni dan input mengenai ping..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...