Hehehe, oleh kerana kami akan pulang ke Malaysia bulan 6 nanti, kami tengah membuat senarai-senarai perkara yang akan dibuat bila balik nanti. Salah satunya adalah berkunjung ke tempat-tempat makan yang best..kikiki.. Nak melepas perasaan sepuas hati sebab kat sini tak dapat nak makan yang best2 kalau keluar, asyik-asyik tempat makan yang sama aje..
Kalau dulu, semasa kami berada di JB, lebih spesifik di Taman Universiti, kami suka makan Nasi Beriyani kat Taman U tu, tak ingat nama seih.. Padahal baru 1 tahun ++..hohoh.. Yang pasti bukan kedai mamak, sedap tetap sedappp, tapi agak mahal lah sikit bagi harga kat Taman U tu.. Lagi, roti canai kat Taman U pon memang meletopss, tapi tak ingat nama kedai..ekeke.. Tempat kami ingatlah, dekat ngan Petronas Taman U bahagian JJ.. Ayam tandoorinya memang hotsss.. Pastu, kalau nak makan ikan siakap masak 3 rasa ke, ataupun puyuh masak kicap (saya tak minat, my fren minat gilerss), ada satu kedai yang memang sodapp, tapi servisnya agak lambatla sikit.. Sekali lagi, tak ingat nama kedai..kikiki, tapi tempatlah ingatla, dekat ngan Petronas Taman U belah Maybank. Kalau nak minum petang, kat belakang Pasar Taman U tu ada gerai-gerai kecil yang jual pisang goreng, keropok, dan yang speselnya adalah cendol. Mr Hadi suka cendol pulut, saya suka cendol jagung..nyum..nyum..
Dah habis part Taman U, area ke arah JB pula, saya sangat sukakan murtabak spesel Kampung Majidi.. Perghh, memang syok, tapi Mr Hadi lagi suka akan Murtabak Mengkasar Pekan.. Saya pulak lagi suka Murtabak Kampung Majidi..hehehe, tapi tempat ni kami selalu lost..ekeke.. Sebabnya agak tersorok dalam kampung. Yang pasti, sebelah Masjid Kg. Majidi. Pastu, kat tempat yang dikenali ramai iaitu Danga Bay, yang sedapnya adalah dessertnya. Kalau yong tau fu, saya kurang berminat kalau jenis kuahnya adalah sup, saya suka yang kuah ala-ala kicap pekat pedas tu.. Dolu-dolu, ada kereta bergerak yang jual yong tau fu, yang tu beshhh.. Dekat dengan Danga Bay tu, ada Restoran Singgah Selalu. Kat situ kami suka makan tauhu bakar yang sebut je terasa nak meleleh ayaq liuq, nasi goreng ketam yang memang menjilat jari..hehehe.. Banyak lagilah yang beshh kat sini..
Lagi, saya pernah makan kat Setulang Laut, ermm.. Nak kata besh ke tak dan kat mana, tak ingat coz saya jarang makan kat situ, pi sana pon sebab kawan yang ajak.. Nak pi lagi sekali lagi pastu dah ala-ala pening sebab ada pembaharuan kat Setulang tu.. Ada satu tempat makan seafood yang best, tak silap saya nama tempat tu Kampung Melayu. Yang menariknya, makan kat situ mengadap Singapore dan dengar-dengarnya, ramai orang Singapore suka makan kat situ.. Tapi harga kat situ a little bit pricey la.. Tak silap saya kat situ glamer dengan Nasi Lemak juga..
Ni adalah tempat yang sering kami pi la.. Mesti banyak lagi tempat makan yang besh kat JB ni yang kami tak tahu. Jadi kalau uols tahu mana-mana tempat yang besh, mehlah share dengan kami.. Lehla kami serbu nanti..hehehe
p/s : Oh ya, kalau ada yang tahu, mana-mana servis yang ada menyewakan car seat untuk baby lingkungan umur 1 - 3 tahun, let us know ek.. Kalau uols nak sewakan car seat anak uols yang dah tak pakai tu, pon boleh juga.. Yang penting, masih elok untuk digunakan..
Nak mitak jasa baik klik like kat
SINI.. Thanks ^_*