Showing posts with label Spain Trip. Show all posts
Showing posts with label Spain Trip. Show all posts

Dec 26, 2010

Edisi II : Jalan-jalan Sempena Cuti Chrismas

Hihihihi..tak sangka ada yang meneka juga.. Maklumlah, saya tak berani nak war-warkan, sebab utamanya hadiah tu hanya dapat dipos apabila kami pulang ke Malaysia nanti, paling awal pon dalam bulan 6 camtu.. Coz nak pos dari sini mahal sangat!!!

Sambungan dari entri semalam,  sesampai je kt Madrid, kami cek in kt Agumar Hotel, 4 star dan ratenya jauh lg murah dr 1 star hotel kt Swiss, tapi tak sebest hotel kt Barcelona. Stafnya tak brape friendly dan bilik dia tak seluas dan seluxury hotel Torre. Kami bagi 3*. Then we off to Santiago Bernabeu stadium, ape laiee stadium football.. Tapi kali ni tak masuk eventhough entry fee EU15. Pada pandangan saya, stadium ni nampak lagi modern dan canggih buildingnya compared to Campnou stadium..

Depan Stadium Santiago Bernabeu..
Di The Cibeles Square

Pas puas Mr. Hadi menatap stadium nih, kami pi makan kat tempat yg tak plan, sedap gak,tapi dah lupe amende, yg ingatnyer ade california..hihih..nama makanan yg kami amik pon tak ingat tapi memang sodappla.. Then we went to Prado Museum (nak tau ape dia tgk link ni..!) Punyerla ramai org beratur, sket punyer panjang lane dia, tapi sebab esok dah ade plan lain, nak tak nak beratur jugak.. Sib baik sbb ada Zahra, kami dpt skip lane.. Bila nak bayar rega tiket, skali dia kata arini free.. Patutla ramai bebenor, memang rezeki btollaa.. Museum ni tersangatla besau, even dah sampai nak tutup pon, kami tak abih lagi jelajah museum nih.. Pastu kami gi makan paella kat tempat yg disyor kat inet, namanya tak ingat dah, tapi bagi kami takdela sedap mane pon, nasi dia agak masin sedikit..huhuhu..ke memang paella camgini?

Di Parque del Retiro yang tersangatlah luas..
show puppet yang digemari ramai ni..
Itu adalah Prado Museum.. Tak abih jelajah nih!!

Soknya kami jenjalan kt bandar Madrid, pi park yg luas gler (walaupun ari Ahad ramai betul orang, siap banyak performance laie.. antaranya puppet show, magic show pon ade..) Pastu kami gi Plaza del Mayor. Kat sini lagi macam-macam performance ade, siap ade org lumpur lagi.. Yang paling tak tahan skali ialah kat Plaza del Sol, kat sini klu tak pegang anak or bdak kecik btol2 (mak bdak pon leh gak) skali terlepas mau tak dpt cari dah.. Memang sesak btol sampai berlaga bahu, nak jalan pon cam pakai kimono.. Malamnya kami cadang nak makan restoran Siam, tapi tak jumpa. Last2 makan dekat The Wok, bes banget!! Tapi sayang, kt Madrid je ade..huhuhu..

Di Plaza del Sol, yang tersangatlah ramai orang.. Kena bersesak-sesak..
ada orang lumpur di Plaza del Mayor..
Di The World's Oldest Restaurant..

Last day, kami gi soping, Mr. Hadi nak cari jeans kt El Corte Inglais, tapi mak aii bapok mahal. Yang agak tak mahal takdek size la plak.. Oleh kerana dah penat berjalan, so kami ronda2 dalam bas sahaja.. Hehehe.. Tapi menarik gak, leh tengok pelbagai tempat.. Kalau nak tengok video orang menyanyi Mexico yang sempat kami rakam, leh tengok kat sini..

some sort of palace..lupe dah.. Tapi ramai pelancong kat sini..


p/s : Setakat ni belum ada yang meneka dengan betul.. Saya bagi klu, negara yang kami nak pi sempena Chrismas Holiday ni weathernya untuk Winter ni tak sesejuk macam kat sini, dan kami tak pernah jejak lagi ke negara tersebut.. Kalau nak tau negara yang kami pernah pi, leh godek-godek kat blog ni.. Tekaan hendaklah dijawab di kotak komen entri ini ek.. Dalam satu masa (means dalam tempoh satu jam) hanya boleh teka 2 kali.. Kalau nak teka lagi, kena tunggu lagi sejam..hohoho..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Dec 25, 2010

Mahu Pergi Ke Mana Sempena Cuti Chrismas 2010 ni?

Dengar-dengarnya ada yang balik kampung, ada yang pergi bercuti sempena cuti Chrismas ni.. Macam kami kat sini, kalau diikutkan cuti Chrismas hanya sehari (sama macam Malaysia jugak kan..padahal sini majority Christian) dan cuti sehari lagi sempena New Year.. Tapi gov kat sini wajibkan ambil cuti seminggu (tolak cuti tahunan lorrr..) sempena perayaan Chrismas dan New Year.. Kalau kat EPFL tu, heater memang akan off selama seminggu, jadi tak boleh nak pi lab jugak.. Mahu beku duk kat opis tu..

Jadi, kami pon plan untuk gi jenjalan, keluar dari Swiss yang sejuk ni.. Agak-agak tahun ni kami gi mane ek? Jom teka.. Kalau ada yang mengena, leh Mr. Hadi belikan ole-ole dari tempat yang  akan kami pergi nanti (Waheeda, u takleh teka ek..agagaga..) 

view dari hotel
Subhanallah!!
Kalau tahun lepas, kami gi jenjalan ke Spain, melawat 2 main cities iaitu Barcelona dan Madrid.. Oleh kerana easyJet menawarkan harga yg agak murah utk ke Barcelona (klu tempah lg awal lg murah), so kami bercuti ke Barcelona selama 3 malam.. Kami stay kt Hotel Torre Catalunya.. Memang best hotel nih, walaupun 4 star, tapi rate dia lagi murah dari 1 star kt Lausanne. Friendly staff, kiranya dapat 5* dari kami..

ni tempat vip kalau tak silap.. masa ni hujan rintik-rintik, tu yang Zahra berkelubung
Zahra yang sangat boolat masa nih..aummm..
1st tempat yang kami pi ialah stadium bola Campnou (the largest stadium in Europe). Ni kes Mr. Hadi fanatik bola.. Tapi memang best gak dapat tengok stadium bola secara live.. Plak tu, ade history, jersi & piala psl team Barcelona dari 18th century.. 2nd place we went to Sagrada Famillia, gothic architecture tapi sayang tengah ade kren, maybe ade renovation. Pastu dinner kt Batik Restaurant (ni. Mr. Hadi search kt inet highly recommended) tapi takdela best manapon.

banyak btol piala, pelbagai bentuk pulak tu..
sangat chantekk..
ni lah Sagrada Famillia tu..very gothic kan..
Then the next day, we went to the Old Town and Port Vell. Kat port ni ade L'Aquarium de Barcelona, lebey kurang cam KLCC Aquaria je.. Malamnya kami makan kt Udon (inet recommended),tp bese jek.. Hari ke-3, kami pi Montjuic, kat sini leh naik cable car untuk tengok view the whole Barcelona city.. Then we went to Magic Fountain yang tak berapa magik pada hari tu, sebabnya tengah restoration dan Nadal day (maybe!) In the morning, we set off to Madrid by Renfe tren, dapat spesel price, 3 hours journey.. Tren ni best, comfortable plus ade seating and very fast, almost 300km/h (tak cam tren ke Luzern).

siap ada corak-cora lagi kat building ni..
glamer ni Kuala Lumpur kat sini..
tak ingat dah building apa..hehehe
Port Barcelona yang agak klasik tapi cantik
Dalam L'Aquarium de Barcelona..
dolu-dolu suka ngutip cengkerang ni..
Zahra yang sronok sebab sini ada beach, kat Swiss takde..
Memang agak beza Barcelona ngan Swiss, patutla orang kata Swiss lagi best.. Tapi kat sini makanannya sangat murah berbanding ngan Swiss, dan macam2 pilihan ada.. Metro kat sini pon agak bagus, cover banyak tempat, tapi sayang it's underground.. So tak nampak viewla (rugi sesangat kami travel guna metro) Better guna bus (tiket metro leh guna utk bus jugak..)


p/s : Penat dah nak mengupload gambar.. Banyak lagi view yang menarik, uols tengok kat My Fotopageslah yer.. Cari Trip to Barcelona..Kalau nak tengok video view city of Barcelona, yang kami ambil, leh klik sini..

p/ss : Sapa cepat dia yang dapat.. Kami mencari hanya seorang peneka yang tepat..

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...