Hehehehe..ini bukan entri untuk menunjuk-nunjuk ye (nak nunjuk apenyer, ciputtt je earningnyer).. Tapi untuk direkod sebagai rujukan di masa hadapan, untuk dibuat perbandingan dengan Nuffnang nanti..hohoho.. Mungkin juga, boleh dijadikan panduan untuk uols, yang baru nak berjinak dengan pengiklanan di blog..
Rugi pulak rasanya untuk blog Ma Belle Conway saya tak rekodkan pendapatan masa awal-awal join Nuffnang dulu dan jumlah unique visitor.. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan Mangga Ads dan Advertlets bagi blog ini, dan kenapa tidak menggunakan Nuffnang? Simple jawapan saya, saya mahu merasai sendiri perbezaan antara Mangga Ads, Nuffnang, dan Advertlets.. Kalau dapat join Innity, nak juga saya try (sedarlah blog hang ni nak maintain 100UV sehari pon belum tentu)..kekeke.. Walaupun kekadang terasa juga rugi dan menyesal-ala-ala-geget-bibir sebab kalau guna Nuffnang dan kalau dapat BE, mesti masyukk kan..(koya lagi di situ..ntah dapat BE ke tak..)
Ok, tanpa melalut lebih panjang lagi, kita tengok berapa earning dari Mangga Ads dulu.. Actually, dah hampir saya nak buat entri gitau yang tak dapat satu sen pon dari Mangga Ads, sekali hari ni bila cek, tengok-tengok ada earning untuk Disember, barangkali diupdate di akhir bulan kot.. Coz untuk Januari ni takde earning lagi.. Harap maklum yer saya join Mangga Ads pada 23 Disember 2010.
Ini pula pendapatan dari Advertlets, tarikh join pon sama je cam Mangga Ads, maklumlah blog ni pon baru diwujudkan pada 22 Disember 2010..hihihi..
Advertlets ni pelik sikit, kalau uols perasan, tarikh 24 dan 31 Disember, dua-dua hari Jumaat, tidak termasuk dalam pengiraan. Kenapa? Saya tak mengkaji lagi.. Tapi untuk 7 Jan (which is hari Jumaat) adalah pulak.. Nak tau berapa total Advertlets, uols kira sendiri..Agaga.. Nampak tak? Ok, saya tulun kirakan.. Totalnya adalah RM0.728, lebih RM0.218 dari Mangga Ads lah..
Ini pula adalah trafik bagi blog ini, sepanjang 22-31 Disember. Yang mana, paling sikit orang mai adalah pada 31 Dis, sebabnya masa tu kami tengah sakan berholiday, tanpa sebarang updated entry.. Yang paling ramai adalah pada 26 Dis (hmm..nape yer?)
Agak2 hangpa, ok tak pendapatan dari Mangga Ads dan Advertlets ni? Ada tak yang guna ads company sama cam saya, berpuas hati tak dengan earning uols? Ok, rasanya cukup takat tu je dulu.. Next, saya akan sambung dengan entri Perbandingan antara Nuffnang, Mangga Ads dan Advertlets dari kaca mata cikpuanhady..ekekeke.. Maklumlah untuk blog Ma Belle Conway, saya menggunakan Nuffnang sepenuhnya.. Sayang kat status Glitterrati tu..
p/s : Kalau perasan, earning ni bukan hasil dari klik tau..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: