Showing posts with label Belle Segmen. Show all posts
Showing posts with label Belle Segmen. Show all posts

Jul 19, 2011

Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com kembali lagi

Wihhhuu, setelah berjaya menyiapkan tugasan (tugasanlah sangat..agaga) mereview peserta bagi Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com sesi 1, kali ni saya nak buka kembali segmen terjah ini. Tapi kali ini, agak berbeza dengan sesi 1, kalau dulu saya akan review dari segi appearance blog, tapi kali ini saya mungkin akan review dari segi appearance entri pula..ngee..

Selain tu, tujuan segmen ini adalah untuk memperkenalkan uols dan blog uols, di samping mewar-warkan entri-entri uols yang besshh dan berinfomasi itu..

Jadi, mehla join Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com ini.. Untuk join, senang aje caranya, uols hanya perlu buat entri seperti berikut ;

1. Buat tajuk seperti di atas, letak banner  dalam entri uols, dan pastikan ada link ke entri segmen ini.


2. Letak gambar uols, yang paling cun melecun dan ensem sekali..heheh.. Takdelah, gambar yang paling uols suka sekali dan ceritakan serba sedikit mengenai diri uols dan juga mengenai blog uols, contohnya blog uols pasal apa. Nak panjang boleh, nak ringkas pon boleh. Bukan apa, boleh kita kenal lebih mesra lagi kan.. Tapi kalau uols takmo letak pon takpe, lagi besh kalau ada..ngee..

3. Sertakan sekali 3 entri uols yang terbaik, takpon yang uols rasa ingin berkongsi untuk semua blogger dan kalau boleh, uols nak semua orang baca entri tersebut. Kalau nak letak 1 pon boleh, kalau takmo letak pon takpe, tapi lagi bagus letak. Kan ke nak promote blog? Ekekeke.. Maksimum 3 ek., pastikan ada link ke entri uols tu yer.. Selepas 3 entri terbaik uols (beserta link),  copy dan paste 3 entri terbaik ceritaindahkami.com berserta link.

3 entri terbaik ceritaindahkami.com adalah :


4. Tinggalkan link entry uols di kotak komen entri ini sahaja. Tarikh tutup pada 24 Julai 2011 jam 11.59 malam waktu Malaysia..

Untuk semua peserta yang join segmen ini, blog uols akan diletak dalam bloglist khas selama sebulan, dan kemudian akan diletak secara kekal di Belle Bloglist.

(Optional) Tapi sekiranya uols juga letak blog Notre Belle Histoire di bloglist uols, link blog uols aka kekal blog ini juga.. Kiranya link exchangelah.. Nyatakan nak join bloglist wanita atau lelaki ek..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 30, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah M.a.m.a A.d.a.m

Yiihaa, kali ni saya sambung edisi menerjah pula, setelah menerjah Aida Nasirah Punya Story, kali ni tibalah giliran blog Mama Adam untuk digodek-godek, direview oleh saya..ngee.. Peserta terakhir ni..

Nama blog memang catchy, sekaligus memang dah tau blog ini kepunyaan Mama Adam. Saya suka dengan warna tema blog ini, nampak jelas mana satu sidebar dan entry. Header pon comel sangat. Ceria gitew.. I loikee.. 


Actually, tak banyak yang saya boleh komen, sebab blog Mama Adam ni dah cukup comey dah, dari segi widget, semua dah tip top.. Cume, kalau yang boleh saya nak syorkan pon, mungkin part sebelah shoutbox tu, agak kosong sedikit. Mungkin Aanie boleh letak labels ataupun perbesarkan shoutbox tu bagi memenuhi ruang di sebelah tepi. Kalau nak letak labels, saya syorkan Aanie letak scroll box.


Dan mungkin Aanie boleh buat sesuatu dengan gambar-gambar Adam kat sidebar tu, supaya seimbang dengan sidebar sebelah tepi tu, samaada Aanie letak scroll box ataupun mungkin letak juga gambar Adam di sidebar lagi satu. Tapi yang ni takdela penting sangat, cuma nak bagi nampak lagi kemas dan cantik je.. Kalau tak ubah pon ok aje..ngee..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Mama Adam, yang lain memang dah tip top sangat dah.. Maklumlah Mama Adam ni memang prihatin pasal appearance blog ni..ngeee.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog M.a.m.a A.d.a.m yang juga merupakan seorang yang tegar dalam join contest dan giveaway..

p/s : Dah pon habis sesi terjah menerjah bab pertama ni.. Tangan dah gatal nak buat segmen baru pulak ni.. Ada idea tak nak buat segmen ape? Ngee..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 12, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah Aida Nasirah Punya Story

Kali ni, saya sambung edisi menerjah, setelah menerjah Bicara Hati, kali ni tibalah giliran Aida Nasirah Punya Story untuk direview. Macam yang saya gitau kat SINI, apa yang saya review ni lahir dari hati, nak ambil ke takmo, ikut suka hati uols..hehehe.. Kalau ada tersalah kata, kalau ada rasa tersentap, maaf dipinta, bukan itu niat saya, hanya berkongsi dari pengalaman dan juga pemerhatian blog-blog yang famous amos..ekekek..

Tajuk blog ni memang jelas, trang tang tang menunjukkan yang blog ini kepunyaan Aida. Kalau ikutkan template dan kedudukan sidebar, memang cun dah.. Header pon saya suka, tapi sizenya agak besar dan storagenya bukan di blog Aida, tapi di photobucket ek, ini memberi efek juga pada proses loading blog. Seeloknya, header diembedkan dalam server blog terus.


Dari segi susunan widget pula, seeloknya iklan Nuffnang di sidebar berada di kedudukan paling atas blog (mengikut preference Nuffnangla.. kalau Aida tak concern sangat pasal iklan ni, then no problem). Gambar-gambar Aida sebaiknya disamakan size dan preferably kedudukan center (tak center pon takpe actually) supaya nampak lagi kemas dan teratur. 
Manakala banner-banner seperti faceblog dan banner kenkawan boleh diperkemaskan lagi, samakan size dan nak buat hide macam Miscellaneous di blog saya pon boleh, takpon macam banner GA & Contest di blog Ma Belle Conway pon boleh, supaya nampak lagi kemas dan sidebar tidak terlalu panjang serta mencepatkan proses loading. Untuk Blog Archive dan widget Lokasi Anda, Aida boleh pasang scroll box supaya sidebar nampak lagi kemas dan tidak melorot.

Cemana nak hide banner dan pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Aida boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..




Dan ini pula widget-widget yang tak perlu bagi saya untuk ada di satu-satu blog, tapi terpulang pada Aida sebab itu citarasa masing-masing kan. Widget jam dan tarikh, sebabnya dekat komputer masing-masing dah ada jam dan tarikh, unless kalau Aida tunjuk tarikh ikut bulan Islam ke, then bagi saya yang tu ok. Kedua, widget muzik. Ada sesetengah orang memang tak suka kalau ada muzik pada satu-satu blog, nak-nak bukan lagu kegemarannya. Bagi saya, saya tak kisah sebabnya saya suka silentkan komputer masa berblogging. Cuma, bila saya nak tengok video pada blog, yang tu memang tak best, sebab ada banyak bunyi. Cadangan saya, kalau Aida nak letak widget muzik, boleh.. Tapi better cari yang ada button pause, so that sapa yang taknak dengar boleh pause. Yang ni higly recommended..ngee..

Juga, welcome message yang pop up every time buka blog Aida, serasa sayalah tak perlu ada, sebabnya dah ada welcome message kat sidebar blog Aida. Malah, ada sesetengah blogger memang tak suka message pop up ni, sebabnya setiap kali reload page akan keluar, tapi ni ikut citarasa masing-masingla.. Pastu widget My Visitor, yang ni saya suggestkan Aida tukar dan gunakan Hitstat ataupun Google Analytics. Widgeo ni ada keburukannya, dan ada sesetengah blogger memang tak suka. Saya pernah buat entri mengenai hal ini, boleh rujuk entri kat bawah ni..


Kalau Aida taknak bagi sidebar terlalu melorot ke bawah (coz skang ni saya tengok panjang entri tidak balance dengan panjang sidebar), Aida boleh buat menu tab macam blog saya ni. Kat situ Aida boleh letak Formspring atau ape ape je yang Aida nak letak, mesti nampak lagi kemas.

Dari segi kotak komen, kalau ikut pembacaan saya, ramai yang prefer pop up, tapi ada juga yang prefer embedded. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau saya, saya prefer kalau kotak komen tu jenis pop up window..ngee.. Lagi, saya suka guna comment moderation, takut-takut terlepas pandang komen pada entri yang lepas-lepas (walaupun kekadang masih terlepas pandang juga..ngee) Mana tahu kot-kot ada pertanyaan yang penting kan.. Jadi saya syorkan pada Aida untuk gunakan comment moderation ni.. Tapi it's up to Aidala..ngee..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Aida, yang lain memang dah ok.. Keep on blogging yer.. Jangan patah semangat, blogging ni memang best. Aida takde share link entrinya, mungkin segan kot..ekeke.. Apapun, meh support Aida, meh ramai-ramai kita terjah blog Aida Nasirah Punya Story..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 10, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah Bicara Hati

Yiihaa, kali ni saya sambung edisi menerjah pula, setelah menerjah puanbeeDOTcom, kali ni tibalah giliran Bicara Hati untuk digodek-godek, direview oleh saya..ngee

Saya suka dengan warna tema blog ini, nampak jelas mana satu sidebar dan entry. Header pon ok, sesuai dengan nama blog, cumanya mungkin boleh dipercantikkan lagi.. (ewaahhh..padahal header blog saya ni pon ntahapeape lagi ni..kekeke)

Cumanya, sebagaimana yang saya review blog Cute Mum, sebaiknya sidebar berada di sebelah kanan entry, ini kerana proses loading akan bermula dari atas, kiri dan akhir sekali sebelah kanan. Jadi, kalau ada gambar yang bersaiz agak besar di sidebar kiri, ataupun bloglist di sebelah kiri, sedikit sebanyak akan menambahkan masa loading blog.


Lagi, kalau nak nampak lebih kemas, Nadiah boleh letak scroll box di Blog Archive, jadi bila entri bagi satu-satu bulan tu banyak, Blog Archive takkan melorot panjang ke bawah. Tapi based on jumlah entri beberapa bulan lepas, kalau tak letak scroll box pon ok aje..ngee. Tapi untuk semua bloglist saya syorkan pasang scroll box, mesti nampak lagi kemas bila ditunjukkan semua.. Malah Nadiah tak perlu lagi untuk tick button show 10, sebaliknya jika ada scroll box, Nadiah bleh tunjuk semua senarai bloglist.

Cemana nak pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Nadiah boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..



Lagi, kalau saya, saya suka guna comment moderation, takut-takut terlepas pandang komen pada entri yang lepas-lepas (walaupun kekadang masih terlepas pandang juga..ngee) Mana tahu kot-kot ada pertanyaan yang penting kan.. Jadi saya syorkan pada Nadiah untuk gunakan comment moderation ni.. Tapi it's up to Nadiahla..ngee..

Dari segi gambar banner blog dan contest, mungkin Nadiah boleh letak kat satu ruang, contohnya miscellaneous kat blog saya ni, agar nampak lagi kemas. Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Nadiah, yang lain memang dah ok.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog Bicara Hati yang merupakan seorang perantau di bumi US..

p/s : Saya pon tengah berkira-kira untuk menambah ahli keluarga..ekeke.. Tapi tu la, bila fikir tang nak beranak kat tempat orang, berpantang sendiri dengan suami yang memang sibuk dengan study membuatkan saya berfikir empat-puluh-empat-kali..hohoho.. Kesian Zahra main sorang2, tapi tula, sorang ni pon dah kalut ribut..huhuh..

p/s/s : Terima kasih kat uols yang sudi jadi Belle Amies, me perasan jumlah Belle Amies makin meningkat dari hari ke sehari, tapi me belum sempat untuk godek link follower aka Belle Amies, sudilah kiranya untuk tinggalkan link blog uols kat komen entri ini (coz kalau shoutbox tu takut me terlepas pandang),  agar dapat saya terjah dan follow blog uols.. Muahss..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 6, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah puanbeeDOTcom

Kalau sebelum ni, saya dah terjah blog My Cute Little Diary, kali ni tiba giliran peserta kedua iaitu puanbeeDOTcom.

Nama blog memang catchy, sekaligus memang dah tau blog ini kepunyaan Puan Bee..hehehe.. Dan kalau nengokkan template blog Puan Bee ni pon comey gak, header oklaa..(kalau dibanding ngan header blog saya ni..hehehe) Bukan ape, saya suka header yang besau sikit..ngeh ngeh ngeh.. Lagi menonjol kecomelan Puan Bee itu..ekekeke.. Saya suka header yang lama, family Bee duk atas bench tu.. I loikee..



Kalau dari segi widget, semua dah ok.. Tapi kalau saya, saya suka ada Blog Archive, bukan apa, saya suka godek-godek entri lama satu-satu blog tu.. Walaupun dah ada ruangan untuk search, tapi kekadang saya suka scan entri apa yang ada kat satu-satu blog. Yang bagusnya, Bee ada letak recent post dan category, jadi memudahkan juga untuk usha entri, tapi lagi besh kalau ada blog Archive yang menampakkan list entri Bee..

Lagi satu, saya rasa kebanyakan blog yang berhosting ni, kotak komennya akan embed sekali dengan entri yer? Ke boleh tukar ek? Kalau ikut pembacaan saya, ramai yang prefer pop up, tapi ada juga yang prefer embedded. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Kalau saya, saya prefer kalau kotak komen tu jenis pop up window..ngee..

Yang lain, semua dah superb.. Almaklumlah, Puan Bee ni pon lagi pakar dalam selok belok blogging ni ha.. Kalau ada yang nak tanya pasal SEO, Meta tag, boleh rujuk Puan Bee ni.. Dan ini adalah 2 entri yang blog puanbeeDOTcom mahu share dengan uols..
 




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 3, 2011

ceritaindahkami.com Menerjah Cute Mum - My Cute Little Diary

Segmen terjah bersama ceritaindahkami.com sudahpun bermula, dan kali ini kita terjah dulu peserta pertama iaitu Cute Mum - My Cute Little Diary.

First sekali, nama blog ni memang menarik, memang catchy.. Dan kalau tengokkan blog ni memang dah comey, header pon cung, dan berseri dengan kaler purple sebagai tema warna blog ini.. 


Cuma, kalau diikutkan apa yang saya pernah terbaca, seeloknya sidebar berada dibelah kanan. Ini kerana proses loading akan bermula dari atas, kiri dan akhir sekali sebelah kanan. Jadi, kalau ada gambar yang bersaiz agak besar di sidebar kiri, ataupun iklan Nuffnang di sebelah kiri, sedikit sebanyak akan menambahkan masa loading blog.

Tapi kalau ikutkan masa saya buka blog Cute Mum dengan internet selaju kura-kura ni, ok aje.. Tapi taktaulah kalau dengan internet selaju siput sedut cemana pulak..hehehe.. Kalau ikutkan saya pon berkenan ada sidebar kiri dan kanan ni, nampak comel je.. Mungkin kalau Cute Mum nak ubah pon, letak blog badge, post terkini, komen terkini, popular post dan check it out kat sebelah kiri, yang mana yang servernya dari blog Cute Mum sendiri.. Macam iklan Nuffnang tu better letak belah kanan sebab servernya bukan dari blog Cute Mum. Tapi itu ikut Cute Mum lah, ini cadangan aje..ngee..


Lagi, kalau nak nampak lebih kemas, Cute Mum boleh letak scroll box di Blog Archive, sebab saya tahu Cute Mum ni seorang blogger tegar, sebulan mahu lebih seratus entri. Jadi bila dah nak dekat tengah bulan, mesti Blog Archive akan melorot panjang ke bawah. Sama juga untuk bloglist Mesti Baca, bila ditekan tunjuk semua, akan melorot sampai ke bawah. Jadi, kalau Cute Mum takmo melorot sampai ke bawah, pasang aje scroll box, mesti nampak lagi kemas macam blog saya..wakakak.. Ok, saya guwau je, tapi tang pasang scroll box tu highly recommended.. Lagi best kalau Cute Mum boleh pecahkan kepada dua bloglist, mungkin untuk lelaki dan perempuan atau ikut suka Cute Mum la..hehe..

Cemana nak pasang scroll box kat Blog Archive dan Bloglist? Cute Mum boleh tengok kat entri kat bawah ni di bahagian Tutorial..



Widget yang saya rasa tak perlu ada adalah poll Nuffnang, kerana selain dari menambah berat untuk loading, kepentingannya agak kurang bagi satu2 blog (pendek kata tak dapat income pon dari poll ni), unless kalau Cute Mum memang nak tahu result polling. Tapi serasa saya Cute Mum boleh buat sendiri poll guna feature blogspot..

Rasanya itu aje ler kot yang boleh saya review pasal blog Cute Mum, yang lain memang dah tip top.. Meh kita tengok 2 entri terbaik bagi blog Cute Mum - My Cute Little Diary yang juga merupakan seorang yang tegar dalam join contest dan giveaway..

 
 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...