Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Jul 22, 2011

Antara Strawberry, Blueberry dan Marble Cheesecake

Hohohoho..semuanya cheesecake, takdek kek lain ke? Ekekeke.. Nak buat cemana, hantu cheesecake katakan.. Semestinyalah cheesecake menjadi pilihan hati, nak-nak lagi hari spesel bakal menjelang tiba, tak lama, lagi 2 hari je lagi..ekekek.. Nak buat ketiga-tiga tak laratlah eden, walaupun dalam hati ni sedap jugak kalau dapat makan Strawberry Cheesecake, Blueberry Cheesecake dan Marble Cheesecake..ekeke..

nyum..nyum..

Sape tak suka strawberi kan, ke ada yang tak suka gak? Ekekeke.. Memang menarik kalau buat strawberry cheesecake ni, nak-nak Zahra memang suka bebenau ngan strawberi ni.. Pantang nampak.. Kompom hilang segala hiasan strawberi kat atas kek tu nanti..hoho

perghh..meleleh ayaq liuq.. credit

Blueberry pon sedap gak, tapi skang ni macam bukan musim je, so tak dapekla nak hias camgini, nak kena ganti dengan blueberry filling lah pulak, tapi kat sini, taktau nak cari kat mana..hohoho.. Menarik ke kalau hias guna blueberry jam? hahaa..

waahh..cantiknyer kek ni..

Kek marble pon saya suka, apatah lagi kalau digabung dengan cheesecake, double suka ni..ekekek.. Memang menarik kalau buat marble cheesecake ni, tapinyer, tak dapeklah nak jadi camgini coz saya memang fail bab nak menghias, nak-nak lagi nak bagi cantik corak marble tu..huhuhu..

Antara strawberry, blueberry dan marble cheesecake ni, yang mana paling uols suka? Wah..wah..sedap tanya orang lain, sendiri tak dapat nak decide..ekeke.. Kalau uols ada resepi mana-mana antara ketiga-tiga cheesecake ni, mehla share link kat sini..ekeke.. Mana tahu, tengok simple dan sedap, pasti rasa nak cuba..hehehe..


Nak mitak tlun kenkawan komen entri Saya Bertudung, KLIK SINI

Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak menang brand new SUZUKI Alto dan hadiah bernilai RM80K? KLIK SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Jul 6, 2011

Resepi Cheesecake menggunakan Slice Cheese

Hehehe.. oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak puas balik Malaysia hari tu + idea nak ngarang cerita ceriti semasa bercuti takde), jadi kali ni saya nak sharelah resepi cheesecake yang menggunakan slice cheese, menjimatkan tapi tetap sedap.

Cheesecake ni adalah salah satu kek favorite saya..nyum..nyum.. Kalau dolu-dolu, taksah kalau pergi Tesco tu tak beli cheesecake ni..hehehe.. Balik hari tu pon beli, tapi tak puas.. Masih teringat sampai skang ni.. Oh ya, sebelum saya berstory panjang, meh kita tengok resepi cheesecake yang diperbuat dari slice cheese aje..

aiyarkhh..setting kamera tak betui..maklumlah amatur lagi..ekeke

BAHAN-BAHAN
  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

CARA-CARA
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan ke dalam periuk.
  2. Dengan menggunakan api perlahan, kacau mixture tadi dan biarkan slice cheese tadi cair. Pastikan uols sentiasa kacau mixture tadi yer.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Di tempat yang lain, asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue (ni uols boleh google utk maksud yg tepat, tapi pemahaman saya kembang yang macam krim tu).
  5. Di dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, dan pastikan adunan tidak berketul.
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan menjadi rata. 
  7. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas, dan masukkan adunan kek di dalam acuan tersebut.
  8. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie (kalau nak tahu boleh rujuk entri Resepi Oreo Cheesecake), untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

My 1st Trial - Rasanya memang sedap, tapi taktaulah silap kat mana, bagi saya kek tu kurang cheesy, terlebih tepung gitu rasanya. Rupa dah sebijik, rasa je tak macam cheesecake Tesco yang lemak berkrim.. Mungkin silap saya yang 1st time buat kek ni, ataupun suami saya tersilap measure tepung (hahaha..kantoi..yer, bab-bab measure bahan, saya serah pada encik suami). Kalau ada yang buat kek ni mengikut resepi ni, nanti sharelah ngan saya hasil kek uols, mana tahu yang uols punya menjadi, maknanya suami saya silap measurelah tu..ekeke

My 2nd Trial - Hikhik, silap saya pada 1st trial tu, untuk step 6 tu, saya pi pukul, patutnya guna kaedah kaup balik.. Maklumlah, 'terlebih' rajin..hihi.. Untuk kali kedua ni, saya guna kaup balik & saya gunakan gula halus, menjadi seperti kek cheese Tesco.. nyum..nyum..


credit : perutkenyang

Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 21, 2011

Berkenan Betul dengan Kek Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia

Serius, memang saya berkenan dengan kek pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia ni, unik dan lain dari yang lain. Tak pernah nampak lagi cenggini rupa kek tunang.. Owhh, I loikee..  Rasa cam sayang nak makan pon yer, kalau boleh nak frame gitew..

Kelassss kan..
Kasi zoom sikit..
Wahh, I loikke..

Bukan tu aje, saya suka gak gambar Elia kat tepi tingkap tu, macam ada seribu makna gitew.. Dan konsepnya bertemakan ala-ala arabian night giteww, nicee..

Setia menanti putera impian
Erin, pengapit pon comey juga..

Semoga Elia dan Fahmi kekal bahagia dan cepat-cepat ke jinjang pelamin pula.. Nanti boleh saya wish cepat-cepat dapat baby yang comel pula..ngee..


Sumber : kataartis.com (kat situ lagi banyak gambar Pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dan Elia)


p/s : Wahh, bila tengok majlis tunang skang ni, rasa  macam majlis tunang saya dolu-dolu tersangatlah sempoi. (memang sempoi pon). Arggh, rasa cam nak bertunang balik, boleh gitew? Agagaga..


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Nak test drive Proton Exora & menangi hadiah wang tunai RM6K, KLIK SINI.

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 17, 2011

Resepi Kek Batik Yang Simple dan Sedap

Oleh kerana mood blogging masih ke laut (kes tak sabar nak balik Malaysia), jadi kali ni saya nak sharelah resepi kek batik yang simple dan sedap.. Gerenti nak lagi..hehehe..

Kek batik ni memang favorite saya.. Start bleh kenal ngan kek ni pon, masa sekolah menengah dolu-dolu. Masa tu minggu keusahawanan, setiap kelas kena menjual makanan, so one of my classmate buat kek batik, perghhh sedap seihh, terus jatuh cinta..hikhik.. Dan nak buat kek ni rupanya tersangatlah senang, main campak-campak aje..ekekeke.. Lagilah I loikeee..agagaga.. Moh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan..

Amacam, meleleh ayaq liuq dak?

BAHAN - BAHAN
  • Biskut Marie - 1 bungkus
  • Buttercup 250g
  • Milo - paket kecil 200g
  • Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)

CARA-CARA
  • Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
  • Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair
  • Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat. 
  • Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati
  • Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
  • Sejukkan ke dalam peti ais, 
  • Dah sejuk boleh potong dan ngapp..hehehe

Oleh kerana saya ni peminat setia kismis, untuk kek batik saya (macam gambar kat atas tu..), saya ada masukkan kismis yang telah dipotong dua.. Sedaapp.. Uols boleh juga masukkan serbuk badam ataupun pecahan kecil badam untuk mempelbagaikan rasa..hehehe.. Selamat mencuba!!


p/s : Tak dapat nak credit, coz saya lupa ambil dari mana. Ni pon saya copy paste dari file resepi yang save kat komputer. Ada terjumpa satu lagi resepi, senang juga, cuma ada telur.. Nanti nak try buatlah, then saya akan update kat sini ek.. Adioss..


Nak mitak jasa baik klik like kat SINI.. Thanks ^_* 

Longchamp New Year Sale, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

May 9, 2011

Makan Makan di Hari Spesel Mama

Normally, kalau Hari Ibu ni biasanya para ibu (ke saya je?) akan berangan akan dapat rileks-rileks dan keluar makan kat tempat yang besh-besh..hahaha.. Tapi dek kerana duk kat Swiss ni, kalau makan kat kuar mahu ongkosnya sama cam makan kat rumah 5 hari.. Nak-nak pulak, elaun Mr Hadi cukup-cukup aje, maka lagi afdal kalau makan-makan besh kat umah aje dari air tangan sendiri..hohoho

Tapi kali ni, yang main coursenya adalah air tangan Mr. Hadi..kuikuikui.. Nak tau dak apa main course kami? Ekekeke.. Spaghetti Bolognese..ngee.. My fav.. Oleh kerana terlalu sedap dan excited untuk makan, kami lupa untuk amik gambo..kuang kuang kuang.. So, saya tepek gambar dari google aje ler..hoho..

sebijik cam gini ler..

Dan untuk dessert, saya telah berhempas pulas membuat Oreo cheesecake..ekekek.. Awal-awal nak buat cheesecake kosong, tapi kerana masa pi Itali aritu kami telah memborong banyak biskut oreo (maklumlah murah kat sana + ada promosi), daripada duk terbiar selama 2 bulan (coz pasni kami akan balik Malaysia) tu yang sekali lagi membuat Oreo Cheesecake.. Nak tengok tak dessert kami yang sudah pasti menjilat garfu ni? Ekekeke..

Amacam, ok dak? Ekekeke..

Tapi siriyes, makan hasil tangan sendiri lagi puas hati dari makan kat luar sebenar, fully ikut citarasa sendiri.. Kalau jiran depan apartment kami ni, diorang siap makan lunch kat luar (kat taman rumah depa) macam barbeku pulak, tapi lunch tau. Sebab skang ni weather tak sejuk kan. Menarik juga, tengoklah cemana nanti.. Kot-kot kami dilanda angin makan kat luar rumah, depan taman kami ni..ekeke

Cumernye, makan hasil tangan sendiri ni, ambil masa & tenaga la sikit...ekekek.. Tapi, besh jugak kalau dapat makan kat luar kan, takyah nak bersilat kat dapur, yer dak? ekeke.. Apa aktiviti uols pada hari Ibu semalam?



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 4, 2011

Oreo Cheesecake CPM Hadi serta Gelagat Zahra pada Sambutan Hari Lahir yang ke-2

Tu dia..tajuk nak panjang-panjang aje..hihihi.. Tu pon saya dah pendekkan, CikPuanHady + Mr Hadi = CPM Hadi..kikiki.. Walaupun birthday Zahra pada 15 Mac yang lepas, tapi disebabkan 15hb tu kami berada di bumi Scotland, maka kami tangguh sehinggalah ke hari semalam.

Tapi, macam tahun lepas, kami sambut bertiga aje, sebabnya kawan kami kat sini, cik Waheeda yang comel sudah balik Malaysia..huhuhu.. Kali ni, saya dan Mr Hadi telah membuat Oreo Cheesecake untuk birthday Zahra yang ke-2 setelah berjaya mendapatkan resepi tanpa gelatin. Thanks bebanyak kat uols yang sudi memberi cadangan di entri Hajat di Hati especially adik Nazirah yang sudi bagi link entri resepi yang beshhh tu..

Akhirnya dapat jugaklah merasa Oreo Cheesecake hasil tangan sendiri, sebelum ni beli kedai aje..hohoho.. Dah duk obesi ni, terpaksa buat sendiri kalau nak makan banyak..huhu.. Nak tengok ke hasil air tangan kami ni? Ekekeke.. Kalau uols nak gelak pon, aii tak kisah.. Maklumlah, bukan pro..ekeke.. Especially bab-bab menghias, memang fail. Sebab tulah saya serahkan pada Mr Hadi, nak-nak lagi bab-bab tulisan..hoho

comel dak..kuikuikui..

Kalau nak tahu, 2nd Bday tu adalah hasil Mr Hadi dan yang tebal sampai tak nampak huruf tu cuba teka hasil siapa? Hakhak.. Kan aii dah kata? Kuikui.. Takpo, yang penting saya buat dengan penuh perasaan kasih sayang..hihihi.. Tu yang tebal semacam tu.. Meh layan piccas Zahra pulak yang pakai baju I am 2 (beli kat Scotland ni..)

seronokler sebab dah berapa biji stoberi dibahamnya..hehe
Yeayy, I'm 2 years old.. I'm a big girl now..
Sukerlatu dapat belonnn..
Main lambung-lambung belon..
Seronok betul main belon
Eh..eh..mana Zahra?

Dah puas bermain, barulah aksi memotong kek dilakukan.. Puas satu shopping mall Coop saya pusing, cari lilin Happy Birthday tu, tapi takde..huhu.. Takdok rezeki Zahralah tahun ni.. Yang makan banyaknyer adalah abah dan mama, Zahra sibuk main ngan belon, sebabnya kes dah kenyang makan stoberi dengan banyaknya, lagipun baru je lepas makan nasi..kikiki.. Perghh, memang sedap (aik..puji diri sendiri nampak..ekeke) Dak aihh, resepi ni memang sodap, mengalahkan Secret Recipe..ekekeke.. Senang je nak buat ni, nanti saya sharekan resepinya ek.. Till then, bonne journée (good day)..hehe..

Happy 2nd Birthday, Zahra..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Mar 28, 2011

Hajat di hati mau buat Oreo Cheesecake | Apa ek yang boleh ganti gelatin?

Tu dia..tajuk dah macam entri dah..kuikuikui.. Macam biasalah kes taktau nak letak tajuk apa.. Sebetulnya saya nak buat kek, sempena birthday Zahra yang ke-2..hohoho, pastu tercetuslah idea untuk buat oreo cheesecake, sebab mamanya memang peminat no 1 orea dan cheesecake..kuikui..boleh gitu?

credit

Jadi, nak tanyalah kat uols ni, ade tak bahan lain yang boleh ganti gelatin untuk buat cheesecake ni?  Kot2lah uols tahu kan, takpon ada resepi cheesecake tanpa gunakan gelatin. Tak kisah bukan oreo pon, ape-ape cheesecake pon boleh. Dah puas search, semua resepi yang saya jumpa mesti ada gelatin..huhuhu.. Sini mana nak jumpa gelatin yang halal..hohoho..

Setau saya gelatin ni digunakan untuk bagi kek tu keras sikit, kalau terkurang taruk gelatin, cheesecake tu nanti akan lembik, payah nanti nak potong. Kalau takde bahan lain yang boleh ganti gelatin, nampak gayanya terpaksa tukar plan lah.. Mahu buat kek apa ek sempena birthday Zahra ni?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...