Apa itu blogwalking satu hala? Blogwalking satu hala ataupun juga dikenali sebagai blogwalking palsu ni, dia tinggal jejak kat shoutmix kita, tanpa datang pon ke blog kita.. Cemana cara dia buat, itu saya tak pasti.. Ada yang kata dia hack kitenyer shoutmix, macam2 cara la, tapi yang pastinya dia tak datang pon ke blog kita, kiranya kita tak dapat trafik dari dia..
Tapi kita yang baik hati lagi jujur ni, balaslah jejak dia kat shoutmix kita tu, siap beramah mesra lagi tny khabar pe semua kan, sekali kita je yang duk tingkatkan trafik belog dia, kita je yang duk gi skodeng2 entry kat belog dia. Tapi dia, langsung sikitpon tak belek2 blog kita ni..
Cemana nak elakkan dari terkena blogwalking satu hala nih? Meh tengok tutorial yang saya dapat ni, dengan hanya a few setting kat shoutmix. Tips ni khas untuk pengguna SHOUTMIX sahaja, bagi yang guna CBOX, harap maaf, uols kena upgrade (which is kena bayar) baru boleh guna Website Lock..
1st login ke shoutmix uols.. Then, pi kat Setting > Security, pehtu klik Website Lock cam kat bawah nih..
Pehtu, masukkan url blog uols TANPA http:// ataupun www. macam kat bawah ni..
Dah save, maka uols leh berblogwalking dengan senang hati, coz website lock nih mencegah dari si blogwalker palsu ni untuk bukak shoutmix di blog depa tanpa masuk blog kita..
p/s : Actually, tutorial ni saya pernah buat dolu-dolu kat blog
Ma Belle Conway, tak sangka skang ni makin menjadi-jadi pulak blogwalking satu hala ni.. iskh..iskh..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: