Mar 21, 2011

Home » , , , , » Hari Pertama di Scotland, UK.

Hari Pertama di Scotland, UK.

Hehehe..baru berkesempatan untuk buat entri jalan-jalan ke Scotland.. Straight to the point, kami gi dengan EasyJet, flight paling murah, sesuailah ngan trip kami yang memang budget ni..ekeke.. Oh ya, kami menginap di Moness House Hotel & Country Club Aberfeldy Perthshire

Katilnya yang agak besau, sesuailah untuk kami bertiga..ngee

Kat sini ada 2 kategori, satu hotel dan satu lagi self catering cottage. Oleh kerana kami ni dapat free penginapan, (act. tak free jugak coz ada kena bayar booking fee tapi kira murah sesangatlah berbanding ngan 5 malam kami menginap di sana, akan diupdate kendian coz saya lupa berapa..ngee) kami diberi self catering cottage, di mana pepagi takkan ada staf yang akan mengemas dan bil letrik kena bayar sendiri..hohoho.. Jumlah bil letrik sepanjang 6 hari 5 malam kami kat sana adalah GBP26 (lebey kuranglah..tak ingat berapa jumlah sebenar), tak pastilah mahal ke tidak, coz taktau tariff kat UK kira cemana, kalau nak compare ngan sini, rumah sewa kami ni dah included dengan bil letrik. Tapi bagi saya agak mahal lah, coz kami guna pon time malam je (especially heater), tu pon dari jam 9-10 malam baru sampai rumah.. Pagi-pagi dah keluar, jadi berapa jam sangatlah kami guna letrik tu ha..

Ruang tamu dan makan yang rasa cam lagi luas dari rumah kami kat Swiss..

Rumah ni serasa saya cam lagi luas dari rumah kami skang ni, tapi bagi Mr Hadi pulak sama je keluasannya, bezanya cottage ni ada partition yang memisahkan living hall ngan dapur.. Tu yang best tu..ekeke.. Sebagaimana saya gitau kat entri Dah balik, tapi tak puas, internet tak included (kategori hotel tak pastilah pulak) Kat sini GBP3 per hour..hoho.. Jadi agak terbantutlah mood berblogging saya..ecece..cakap macam sempat je nak berblog..agagaga..

Yang besnya, semua ada.. microwave, oven, periuk, pinggan pon ada..

Pendek kata semua bestlah pasal cottage ni, kecuali agak sejuk rumah ni dan bilik airnya memang takleh mandi lelama, mau beku nanti..hohoho.. Taktaulah sebab weather Scotland yang teramat sejuk sampai dalam rumah terasa kesejukannya ataupun heaternya kurang efisien..hoho.. Sebab kat rumah kami skang ni rilek je pakai baju tee ngan seluar pendek.. Tapi kat cottage ni mau berstokin bagai.. 

Macam 1st time jumpa snow dua beranak ni..haha..maklumlah lama dah tak merasa snow..
View di dalam kawasan hotel dan cottage

Cottage ni kami syorkan bagi yang ingin lepak dan menikmati keindahan alam di countryside Scotland. Memang banyak aktiviti yang boleh buat kat sini.. Tapi macam kami yang 1st time di Scotland ni, banyak tempat yang nak pi, takkan nak pusing2 area sini je kan, mestilah nak singgah Edinburgh lagi, Glasgow lagi, jadi banyak masa dihabiskan on the road coz agak jauh Aberfeldy ni ngan Edinburgh dan Glasgow, kira-kira 2 jam jugakla.. Tu yang asyik tak berkesempatan nak jumpa fa10 dan Nurul..huhu.. Tapi overall, saya bagi 3.5* out 5..

Oh ya, yang best sekali, walaupun banyak kedai tutup pukul 6 (sama cam Swiss bezanya kat sini tutup jam 7 dan Ahad totally tutup), tapi kat Scotland Ahad tetap buka sampai jam 6 (tak sempat nak saksikan sendiri, ni info dari internet) DAN supermarketnya buka sampai jam 10 malam.. Oh sangat best bagi kami yang beronggeng sampai ke malam tanpa perlu tergesa-gesa nak ke supermarket sebab nak beli makanan. Lagi satu, makanan kat sini memang dirt cheap (kata Mr Hadi), tapi siriyes, kalau convert ke CHF pon still jauh lagi murah.. Nanti next entri saya akan share tempat2 yang kami pi pada hari kedua dan ketiga.. InsyaAllah..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

10 Comments
Comments

10 comments

Mar 21, 2011, 9:47:00 PM

menarik!!

macamne la rasa salji ek?mexico xda salji la..huhu

Mar 21, 2011, 10:02:00 PM

cantik n nice jer rumah tu..

Mar 21, 2011, 10:03:00 PM

mesti best kan dapat main snow..

Mar 21, 2011, 10:31:00 PM

part snow tu me envy heheh :p

Anonymous
Mar 22, 2011, 1:28:00 AM

seronoknya....

Mar 22, 2011, 2:24:00 AM

wah seriously rasa macam nak join sama ar gi holiday kat sana..cantik tempat tu..

- Fitrihadi.com -

Mar 22, 2011, 9:14:00 AM

Cantiknyer.. :)
Syokler dapat main Snow.. Taktau ler bila MJ nak dapt rasa semua tu.. :(

Tp dpt tgk akak sekeluarga kat sana dah cukup :)

Mar 22, 2011, 9:25:00 AM

waa bestnye..bertuah dh smpai ke scotland..hehe..

klu kita borong FM berlambak..ekekek;D

Mar 22, 2011, 9:37:00 AM

woooo... manyak syok!! kirim salji skit.. hehehe

Mar 25, 2011, 2:19:00 AM

@to all : memang best gi scotland ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...