Hehehe, actually dah lama nak kongsi resepi agar-agar bersantan + bertelur yang sedap ni, tapi sebab takdan nak update blog, tu yang peram dulu..hehehe.. Tapi takdelah lama mana, buat ni pon sempena bulan puasa gak, al maklum sajalah, sini mana nak cari orang jual agar-agar..ekeke..
Agar-agar ni memang salah satu kuih yang mesti ada ketika buka puasa.. Kalau dolu-dolu time single mingle, kalau agar-agar RM1/4 keping, mesti pilih lain-lain perisa..ekekek.. Skang ni dah macam-macam jenis agar-agar kan, ada yang bermacam-macam kaler, bentuk dam la.. Comey je tengok, geram nak makan..kekeke.. Tapi resepi yang saya share ni, yang simple aje, tapi tetap sedap..
BAHAN - BAHAN
- 1 paket agar-agar serbuk
- 250g gula pasir (kalau ingin gunakan gula melaka, pecah 200g gula melaka, 50g gula pasir)
- 1000ml air
- 1 kotak kecil santan (saya guna 250ml, tu yang lapisan santan tebal, kalau nak lagi nipis, kurangkan kuantiti santan)
- 1 helai daun pandan disimpul
- 3 biji telur
- garam secukup rasa
CARA - CARA
- Santan, telur dan garam dipukul dengan rata dengan garfu dan diketepikan.
- Sekiranya menggunakan gula melaka, masakkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan dengan 1/2 bahagian air sehingga mendidih dan gula larut dan kemudiannya ditapis.
- Masukkan agar-agar dan 1/2 bahagian air lagi ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan adunan santan tadi dan kacau sekali dua sahaja. Biarkan adunan terus mendidih sekali lagi sehingga santan nampak berketul-ketul di permukaan. Kacau rata-rata dan matikan api.
- Pastikan loyang atau acuan dibasahkan dengan air sebelum menuang agar-agar supaya agar-agar mudah dikeluarkan nanti.
- Simpan di dalam peti sejuk sebelum dingap..hehehe..
My 1st Trial - Oleh kerana kat sini takde gula melaka, try cari daun pandan kat kedai Cina pon takde makanya terpaksalah saya ganti ngan serbuk coklat aka milo, and it turns out nice color too and nice taste (masa ni lupa yang boleh guna brown sugar untuk ganti gula melaka)..ekeke.. Oh ya, jadi step 2, saya skip lorr.. First time buat agar-agar camgini, rasa besh pulak, bese makan yang bersantan sahaja atau yang bertelur sahaja.. Nanti nak try wat perisa pandan pulak, mesti besh gak.. Selamat mencuba uols..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: