Kalau sebelum ni saya dah share Cerita di Sebalik WW13 | Alhamdulillah tempohari, tak lengkap pulak rasanya kalau saya tak share cerita sewaktu saya mula-mula berbadan dua, kiranya sewaktu mula-mula mengandungkan Zahra dolu-dolu.. Mana tau, kot2 blog ni masih ada sehingga Zahra besar, bolehla dia godek-godek dan baca..hehe..
Tapi bukan itu yang saya mau criter, ianya bermula apabila sepatutnya saya didatangi period seperti biasa, namun kali ini ia agak lambat datang menjengah.. Saya agak gusar, kerana besenya klu lambat pon sehari dua je, ini dah nak masuk hari keempat. Padahal saya dah merasakan simptom - simptom untuk didatangi sahabat baik ini, such as B pon dah bengkak2, pinggang pon dah lenguh2, cumenyer kali ini ada simptom baru yg tak pernah saya alami, pee pee macam ada bau sket.. During lunch break, saya sharekan kebimbangan saya dengan teman2, M--- menyatakan dun worry, maybe sari - dua datangla tu.. I--- pula menyatakan simptom2 yang saya alami tu pernah dialaminya ketika peknen.. Haa, berdebar sekejap, terdetik di hati saya, biau btol.. Takkanlaa.. Coz saya kan baru je kahwin, baru je nak adapt diri dalam dunia rumahtangga, baru je nak mengasah bakat menjadi seorang isteri mithali..haha..ayat tak hengat punya..
Untuk menghilangkan rasa gundah gulana di hati, kami telah pergi ke Guardian utk membeli pregnancy test. So many choices, and oleh kerana ni 1st time, kami mmg jakun, tak tau nak beli yang mane, main amik je.. Masa wat test tu, kami berdebar gak.. My instinct said i'm pregnant, while my hubby is on the other side.. Sekali tengok, ada satu jalur merah menjadi terang, satu jalur lagi cam ada cam takde. We're confused, ape maknanyer nih?? Baca arahan dia berkali-kali, tapi tak paham2 gak.. Klu ikutkan positive, tapi nape line satu lagi tu x clear?? Siap kol M--- lg, tanya her xperience masa wat test dulu.. Oleh kerana soknyer ada Hari Keluarga Fakulti, so we decided to go to clinic after that event.
Masa Hari Keluarga tu, saya join almost all the games, yerlaa dah namanya hari bersuka ria kan, nak-nak dapat hadiah, mestila nak main kan.. (sbnornyer sy mmg suke games!) Hubby ingatkan gak, jgn lari ganaz2, hati2 supaya tak rebah.. Saya hanya mampu senyum sumbing.. Hihi.. Pas berakhirnya event tu, we off to clinic sebab tak puas hati ngan result test semalam. Kata orang, nak confirmation from expertise.. Tup tup bile tau result, doc said CONGRATULATIONS! Saya dan hubby saling berpandangan. Speechless! It's POSITIVE. I'm pregnant. Kami terkujat (sbnornya mmg dah suspek,tapi tak sangka!) Oleh kerana kandungan saya masih baru (baru lambat dalam 4-5 hari) doc suh datang 1 month after untuk cek kandungan.
Memang tak dijangka btol lah. Sebabnye, kami plan untuk dapatkan baby, but after 1 year of marriage. Tapi dah rezeki Allah nak bagikan, hanya Dia yang Maha Mengetahui, setiap yang diberiNya ada hikmahnya, maka kami terima dengan hati yang penuh syukur. Nak-nak lagi, ini merupakan hadiah yang paling teristimewa dalam sejarah ulangtahun kelahiran saya (yeah.. saya baru menyambut burpday 24hb yg lepas!) Maka, this baby is very special to us.. especially to me!! Semoga dengan kehadiran orang keTIGA yang kami tak jangkakan (tapi dialu-alukan..) ini, akan menyerikan lagi rumahtangga kami dan menyemarakkan hubungan kasih sayang antara kami berdua (opss.. soon bertiga)..
skang dahpon membesar bagai johan..hihi.. |
Nak menangi Acer's Aspire? Klik SINI
Looking for trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Click HERE
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: