Apr 3, 2011

Home » , , , » RM108 bilion lesap setiap tahun | Apa kata uols?

RM108 bilion lesap setiap tahun | Apa kata uols?

Masa duk baca-baca berita kat Utusan, terkejut mak nokss tengok headline berita RM108 bilion lesap setiap tahun..huhhuhu..banyak tu beb.. Ni saya kopipes aje dari Utusan.

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

Huhu, dengan duit sebanyak ni, banyak yang boleh buat untuk bantu rakyat kan, paling tidak maintainkan harga minyak (mentang-mentanglah minyak naik semalam..hohoho..), nak lagi best, tolong rakyat kita yang masih ramai berada di tahap bawah garis kemiskinan..huhu..

Selalu jugak saya berbincang dengan Mr Hadi, apa yang membuatkan sesebuah negara tu banyak corruption? Adakah kerana kemiskinan? Sebab kalau tengok kat negara jiran kita iaitu Singapura, depa termasuk Top 10 Least Corrupt Countries (bagi tahun 2009, depa kat ranking ke-3 tu..leh tengok sini..) Dan yang paling corrupt sekali adalah Haiti (klik sini for more info..) Tapi ntahlah, bagi saya, tak semestinya jugak, kan?

credit

Baru-baru ni saya terbaca kat blog mana ek, tak surelah sama ada blogger yang berada di Jepun which is Hana Sakura or Yatie Chomel, ataupun blog yang memaparkan kisah nasib rakyat di Jepun semasa bencana melanda negara mereka. Sangat jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Libya contohnya, orang Jepun ni rela beratur elok-elok untuk mendapatkan makanan dan minuman, betapa tingginya kesabaran mereka.. Walau rumah atau kedai tak berpenghuni dan tidak berkunci pon akibat gempa bumi, tidak berlakunya sebarang pencerobohan ataupun kecurian (rumah blogger itu sendiri tak silap saya..) Tapi kat Libya sana, banyak berlaku pencerobohan dan kecurian semasa rusuhan berlaku. Mr Hadi kata sebab orang Jepun dah kaya, sebab tu depa tak perlu nak ceroboh or mencuri. Tapi seingat sayalah, semasa pi Jepun hari tu, kalau yang kat kampung tu, rasanya takdelah kaya mana (tapi taktaulah kan aset diorang  banyak mana) 

Dan, saya teringatlah pulak kes yang beras bertaburan atas jalanraya akibat kemalangan lori bawak beras kat mana ek (yang pasti kat negara kita..), semua duk berpusu kutip beras sedangkan driver lori tengah nazak perlukan bantuan.. Sedey ke tak sedey? Huhuhu.. Yang kutip duit syiling tanpa endahkan keselamatan diri tu satu hal, tapi ni depan mata ada insan yang memerlukan bantuan, tapi seorang pon tak endah, tak ambil inisiatif untuk call ambulans ke, polis ke, sebaliknya lebih fokus pada beras..huhu..

Back to the entry, agak-agak uols lah kan, ape ek penyebab berlakunya corruption sebegini, baik corruption dari segi duit mahupun dari segi mentaliti?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

4 Comments
Comments

4 comments

Apr 4, 2011, 9:19:00 AM

hi dear, i think it's more to mentallity la, ntahla, secara azalinya dah macam tu kot, ataupun pendidikan seperti ini harus diterap dari kecil tak tahu la nak cakap macam mana. very complicated. klik ur hb dear.

Apr 4, 2011, 1:38:00 PM

pelik gak ni leh lesap banyak2...

Apr 5, 2011, 1:42:00 AM

@ina : kan..kan..thanks dear..

@dni : tu lah pasal..banyak bebenau ni..

AmenoWorld
Apr 10, 2011, 9:09:00 PM

BN yang salah. senang je kan jawapan nya. apa susah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...