Apr 29, 2011

bestnya duduk di teratak PINKY MOMMA ;)

Yiihaaa, kali ni dengan sepantas kilatnya saya mahu menyertai Bloglist Pinky Momma. Saya memang suka masuk bloglist nih, tak kisahlah blog baru ataupun blog lama.. 

Kalau ada yang nak exchange bloglist dengan saya pon boleh saja, let me know kat box komen yer, kalau kat shoutbox takut saya terlepas pandang pulak.. Dan kalau ada yang dah letak blog baru saya ni kat bloglist uols, tapi blog uols takde pon kat bloglist saya, gitau aja.. Dengan sepantas kilat saya akan taruk..hihihi..

Ok, saya dah lari dari tajuk.. Kalau uols juga mahu join, klik sini laju-laju kay..  Sebelum tu, meh saya nak gitau apa yang saya suka dan berkenan sangat kat blog ni.. First time tengok header, fuhyoo, simple tapi comeynyerrr.. Pastu kemas je layout blog ni ha.. Sedappp je tengok.. Cumernya, kalau saya, saya suka ada penghadang, takpon background yang membezakan sidebar dengan entri..



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Penyertaan dibatalkan | Apa pendapat uols?

Ha, mesti uols tertanya-tanya kan, apa kisah mengenai penyertaan dibatalkan? Penyertaan apa ni? Hehehe.. sesekali nak buat kontroversi..ekekeke..

Camgini, lately banyak kali saya terperasan, masa nak join contest dan giveaway, juga masa nak join segmen, pendek kata join apa-apalah yang berkaitan dengan blogging ni, sesekali akan terjumpa syarat kat bawah tu, contohnya kalau penyertaan kurang dari 20 orang, giveaway atau contest atau segmen ini dibatalkan secara automatik. Apa pendapat uols? 

credit

Apa perasaan uols, nak-nak lagi uols dah beriya-iya join contest atau giveaway atau segmen tersebut, dah buat sepenuh hati, dah habiskan masa, tenaga dan idea untuk membuat entri tersebut, tiba-tiba penyertaan uols terbatal sebab jumlah peserta tak cukup syarat? At least yang ni dah dimaklumkan awal-awal, so kita join dengan sedar akan risiko dibatalkan penyertaan.

Tapi yang ni, pada awal giveaway atau contest atau segmen itu dibuat, langsung tidak dinyatakan syarat mengenai jumlah peserta, alih-alih bila dah due, ada pemberitahuan menyatakan penyertaan dibatalkan sebab jumlah peserta tidak mencapai target.. Walaupun saya tak pernah lagi mengalami keadaan sebegini (minta2lah dijauhkan), tapi kalau terkena yang camgini, hahaha, rasanya tersentap juga mak nokss, hohoho.. tapi nak buat cemana kan, dah itu keputusan penganjur kan, nak sentap lelebih pon, kita join sebab suka-suka dan nak memeriahkan giveaway atau contest atau segmen tersebut..

Tapi bagi sayalah kan, kalau kes giveaway dan contest ni, tetiba kita terpaksa batalkan contest atau ga tersebut, sekurang-kurangnya kita rewardlah sikit kepada yang dah join, samada berbentuk backlinks ataupun bagi kelebihan kepada diorang ni untuk next contest or giveaway. Sian depa dah penat2 buat entri kan, lainlah kalau contest atau giveaway yang hanya perlu komen kan..

Untuk segmen pulak, contohnya segmen review ke, bloglist ke, ataupun apa-apa segmenlah, bagi saya, tak kisahlah kalau 2-3 orang je yang join, takkan nak batalkan penyertaan mereka.  Review jelah 2-3 blogger yang begitu semangat buat entri dan support uols buat segmen kan. Yang ni saya rasa sedikit tak logik di situ untuk batalkan dan tidak memberi reward pada yang join..hehehe.. 

Kalau uols, apa yang uols rasa?

Peace.. No war..

p/s : Kalau ada yang terasa, saya mohon maaf, bukan itu niat saya. Saya hanya melahirkan apa yang saya rasa dan yang saya fikir, sebagaimana saya juga pernah menjadi penganjur contest dan giveaway, dan juga baru nak berjinak-jinak dalam membuat segmen..hehehe..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 28, 2011

Tempat Makan yang Best di Kelantan, khasnya Kota Bharu dan Pasir Mas | Cer citer..Cer citer..

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012) Thanks!

Hehehe.. Walaupun saya adalah orang Kelantan, tapi siriyes, memang banyak yang saya taktau pasal tempat makan yang best di Kelantan, especially di Kota Bharu dan Pasir Mas, tempat yang boleh dikatakan tempat permainan saya masa dolu-dolu..hehehe..

Maklumlah, dah rumah mak ayah kat sini, mestilah makan kat rumah..hehehe.. Kompom sedapp..hehehe.. Ok, ok, kalau masa muda remaja dolu-dolu, kalau outing dengan kenkawan kat KB,   biasanya kami makan fast food, kalau tak, kami akan makan kat gerai-gerai yang kat bawah Pasar Besar KB, takpon dalam Pasar Besar Siti Khadijah (kawan saya suka makan sup kat situ), tapi dah tak ingatlah apa yang sedap dan gerai mana yang sedap..huhuh.. Dan berzaman lamanya..

Yang saya tau, kat Restoran New Horizon, area nak ke KB tru jambatan Tendong tu, kat situ memang glamer, dan sedaplah jugak..hehehe.. Yang ni disyorkan oleh kakak saya, kalau tak, memang saya taktau.. Lagi, saya pernah dengar Restoran Nasi Ulam Raja, area KB juga, pon sedappp, tapi saya tak pernah makan lagi kat sini.. Kawan saya yang gitau.. Alamat? Saya taktau, nak kena google lah kot.. Harap2nya jumpa..

contoh air yang beshh..hehe..search tak jumpa air 2 perisa..ekeke..

Lagi, kat Tesco Kota Bharu.. Gerai yang jual makanan goreng rasanya, sedap bangettt.. Masa tu saya pesan mee goreng, perghh, sampai menjilat garfu...hehehe.. Kat situ pon ada gerai jual air yang besh tau, boleh letak aiskrim aka float lagi. Air dia sangat unik b'coz macam campur 2 rasa, tak silap aritu saya pesan jagung + bandung kot (sekali salah..ahahah..lupe dah..tapi memang beshhh) Balik nanti memang Tesco adalah tempat yang wajib dituju..hehehe.. Harap2 ada lagi dan masih sedappp..

Tak silap saya, kat ngan Pasir Tumbuh ke KB ek, glamer dengan Murtabak Diraja yang sedap..hohoho..  Saya tak pernah makan lagi, tempat pon taktau kat mana.. Kekadang terasa segan, al-maklumlah banyak yang saya taktau..

Kalau kat Pasir Mas, yang saya ingat sekali, adalah ABC di Pasar Pasir Mas, first gerai selepas kedai jual beg, dolu-dolu memang sedappp, tiap kali pi jenjalan Pasir Mas, mesti singgah makan ABC dulu.. Tapi skang taktaulah ada lagi ke tak.. Lagi, gerai makan kat area situ pon besh gak, yang glamernya mee kuah, tapi saya baru sekali makan (masa dolu-dolu saya bukan peminat mee kuah). 

err..ni mee kuah ke mee sup ek..tapi camginilah rupanya..

Lain-lain tempat, ni bukan tempat makanlah, tapi gerai yang jual kuih muih.. Tak silap saya, area Pasir Putih menghala ke Pasir Mas, kat tepi jalan.. Dia punyer akok dan bahulu sangat meletopss.. Nak kasi address pon, saya masih blur2, kekadang perasan, kekadang tak..hehehe.. Area-area situ juga ada jual kek sarang semut, antara yang paling sedap pernah saya makan dan jadi dengan elok.. Perghh, tengah menaip ni pon boleh terlocor sebabnya my fav kek tu.. Dan tiap kali saya dari Terengganu ke Pasir Mas, dekat ngan balai polis trafik tu, ada gerai jual cendol pulut, tapi selalu saya tak berkesempatan nak mencuba. Yang pasti line beratur sentiasa panjang. 

nyum..nyum..

Rasanya itu ajeler tempat makan yang best yang saya tau kat KB dan Pasir Mas, kalau uols tahu mana-mana tempat makan yang besh, tak kisahla area mana sekalipun, asalkan di Kelantan, mehla berkongsi kat sini juga..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Yeayy.. Me Dapat Aksesori Tudung!

Oleh kerana me baru je balik dari bercuti (walaupun dah nak masuk 3 hari, tapi masih dalam holiday mood), banyak contest dan giveaway yang me tak sempat nak cek. Yang mana appear kat dashboard time me online baru dapat cek, tetiba me terperasan yang penganjur April Giveaway dah umumkan result.

And guess what, me adalah salah seorang daripada 10 pemenang, memang tak sangka sebab agak lambat juga me join GA ini..hehehe.. Thanks buat penganjur yang menaja hadiah berupa aksesori tudung..heheh.. Bolehla me bergaya nanti..ekekek.. Tahniah juga buat pemenang2 yang lain, memang ramai yang menang ni adalah tangan yang tegar join contest dan ga..hehehe..


First time masa me ternampak blog ni, catchynya tajuk blog ni.. Buat me terliur pon yer jugak..hohoho.. Maklumlah, kat sini mana ada karipap (kalau ada pon mesti tak sama ngan karipap kat Malaysia), kalau nak terpaksalah buat sendiri..huhuhu.. Kalau uols nak tahu apa lagi yang menarik kat sini, jom terjah Karipap Sayur..

Yang ni pulak, me dapat mesej dari kak Fadzillah, gitau yang me memang dalam First Contest by Diana Tahir, tapi me tak dapat buka blognya, ada mesej gitau open to invited readers only..huhuhu.. Uols dapat buka blog Diana Tahir



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 27, 2011

Senarai Peserta Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com

Hehehe... Ini adalah kali pertama saya menganjurkan segmen sebegini, buat pon sekejap aje, dalam 5 hari camtu.. Menarik gak.. Adakah akan dibuat lagi pada masa hadapan? Hehe, bergantung pada mood dan kerajinan pada masa akan datang ..ekekek..


Berikut adalah senarai blogger yang ingin blog mereka diterjah oleh ceritaindahkami.com. Saya hanya listkan aje dulu, bila saya dah terjah nanti, saya akan buat entri khas untuk promote dan review apa yang patut.. Tapi saya takdelah terer sangat bab-bab review ni, sekadar apa yang saya tahu sepanjang saya berblogging ni, especially bab-bab widget & appearance blog.. Part SEO tu harap maafla, saya belum mengkaji lagi..ngee..

1. http://mamiuyun.blogspot.com/2011/04/segmen-terjah-bersama.html

2. http://puanbee.com/segmen-terjah-bersama-ceritaindahkami-com/

3. http://mycontestzone.blogspot.com/2011/04/segmen-terjah-bersama.html

4. http://adrea-cranberries89.blogspot.com/2011/04/segmen-terjah-bersama.html

5. http://aanie.blogspot.com/2011/04/segmen-terjah-bersama.html


Segan sebenarnya nak menreview, maklumlah antara yang join ni, lagi pakar dari saya..ekekek.. Malah, blog mereka ni jauh lagi comey dari blog saya.. Tapi takpo, akan saya cuba sebaik mungkin. Kalau ada tersalah kata, harap jangan ada yang kecik hati, saya review dari hati, nak ambil ke takmo, ikut suka hati uols..hehehe.. Kalau uols nak terjah ke blog diorang, jangan segan-segan, klik aje link depa tu..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Kami dah balik & Jawapan kepada Cer Teka.. Cer Teka

Salam semua.. Kalau diikutkan, kami dah selamat sampai pada Isnin malam..hehe, tapi disebabkan masih dalam mood berholiday + agak penat berjalan, makanya tu yang tak sempat nak menjengah lama-lama kat blog dan berkunjung ke blog uols. 

Tapi takper, akan saya kayuh pelan-pelan, yang penting tetap reply komen dan sampai ke blog uols..ehehhe.. Segmen terjah tu juga akan saya listkan nanti dan menerjah ke blog uols mengikut giliran.. Begitu juga dengan senarai peserta Ma Belle Shoppe Giveaway, akan saya listkan juga di blog Ma Belle Conway nanti, mungkin esok, mungkin lusa.. Oh ya, saya juga nak ambil peluang ni untuk minta maaf kepada pemenang-pemenang Cute Baby with a Book Contest & The Best Entry, kerana hadiah masih belum sampai ke tangan uols. Akan saya cek dengan penaja dengan segera (Tak silap saya, hadiah sudah dipos ke penaja kedua..) Jangan risau, uols tetap akan menerima hadiah tersebut, insyaAllah..

Dan jawapan kepada soalan teka-teki dalam entri Cer Teka.. Cer Teka adalah..jeng..jeng..jeng..hehehe.. Kami telah pi meronggeng ke Itali, lebih tepat lagi ke Milan dan Torino, selama 4 hari 3 malam.. Dan pemenang-pemenangnya adalah

1. Nanakimie - 2 soalan betul, maka mendapat 4 extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway

2. Nad aka Mama Zakwan - 1 soalan betul, maka mendapat 2 extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway

Hohoho..hanya 2 orang je yang meneka..ekekek..  Yang saya terkejut sekali, peneka pertama iaitu Nanakimie meneka soalan tempat kami pi melancong dengan tepat sekali, cemana tau ek? hehehe.. Tahniah untuk uols..

Nanti saya akan update cerita ceriti sepanjang kami pi berjalan ke Itali, ada yang menarik, ada yang tak menarik..hohoho.. Till then, a bientôt..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 26, 2011

Mari Berdoa dengan Menadah Tangan dengan Betul

Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama agar menjadi panduan buat saya dan kawan-kawan sekalian..


Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa. Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Mari mencari keberkatan doa dengan memperkemaskan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) pastikan urat tangan bertemu, dan ia akan menjadi seperti huruf ba seperti yang diperjelaskan di atas.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Cthnya. jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah Ar-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi Muhammad SAW

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya Allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


sumber : C2U

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 25, 2011

Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com

 ~Melekat sehingga 25 April~

Oleh kerana segmen Belle Amies of The Day dan Belle Amies of The Month adalah terhad kepada follower dan pengunjung blog ini sahaja, jadi saya ingin membuat segmen untuk semua blogger senegara yang berada di mana-mana jua..

Tujuan segmen ini adalah untuk memperkenalkan blog uols di samping mewar-warkan entri-entri uols yang besshh dan berinfomasi itu.. Selain itu juga, sedikit sebanyak saya akan review blog uols, dari segi appearance blog uols..ecece, blog sendiri pon banyak kekurangan maklumlah baru duk diskus ngan designer ni..ekekekek.. Dalam proses revamp gitew.. 

Jadi, mehla join Segmen Terjah bersama ceritaindahkami.com ini.. Untuk join, senang aje caranya, uols hanya perlu buat entri seperti berikut ;

1. Buat tajuk seperti di atas, letak banner  dalam entri uols, dan pastikan ada link ke entri segmen ini.


2. Sertakan sekali 2 entri uols yang terbaik, takpon yang uols rasa ingin berkongsi untuk semua blogger dan kalau boleh, uols nak semua orang baca entri tersebut. Kalau nak letak 1 pon boleh, kalau takmo letak pon takpe, tapi lagi bagus letak. Kan ke nak promote blog? Ekekeke.. Maksimum 2 ek., pastikan ada link ke entri uols tu yer.. Selepas 2 entri terbaik uols (beserta link),  copy dan paste 2 entri terbaik ceritaindahkami.com berserta link.

2 entri terbaik ceritaindahkami.com adalah :



3. Tinggalkan link entry uols di kotak komen entri ini sahaja dan segmen ini ditutup pada 25 April 2011 jam 11.59 malam waktu Malaysia.

(Optional) Letak blog Notre Belle Histoire di bloglist uols, because bagi yang letak blog ini di bloglistnya, saya akan letak link blog uols di blog ini juga.. Kiranya link exchangelah.. Nyatakan nak join bloglist wanita atau lelaki ek..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Resepi Roti Cheese Bertelur

Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Wahhh..ramai juga yang meminta resepi untuk Roti Cheese Bertelur yang saya publish kat entri menjamu mata hari tu.. Untuk tidak menghampakan uols, disamping juga as koleksi saya (senang kan ada rezepi kat blog nih, nak buat je, leh rujuk..) saya tepek jugakla kat sini..

Nak buat nih senang banget sebenarnya..

Nak lagi comel, boleh buang tepi roti tu..

BAHAN - BAHAN
  • 4 keping roti
  • 1 biji telur
  • 2 keping slice cheese
  • 2 sudu minyak masak (tapi saya suka guna butter)
CARA - CARA
  1. Pukul telur. Nak potong bahagian tepi roti pon boleh, tak nak pon boleh.. Ikut suka..
  2. Ambil 2 keping roti, letakkan kepingan cheese di tengah2.. Belah 2, nak potong serong pon boleh, potong straight pon cantik jugak..hehe..
  3. Panaskan minyak, celup roti ke dalam telur dan goreng sampai kekuningan..
  4. Dah siap, angkat dan ngappp...hehe..Jangan sampai melecur lidah sudahh..

credit : My Resepi

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 24, 2011

Tutorial Memasang Drop Down Menu Bar

Kali ni saya nak share tutorial memasang drop down menu bar.. Jenuh jugakla saya mencari tutorial ni, akhirnya terjumpa jugak yang simple but nice (bagi mata sepet me la..) Ini contoh menu bar blog Ma Belle Conway..


Macam biasa, pi kat Dashboard > Design > Edit Html... Sebagai langkah keselamatan, sila save dulu template uols sebagai backup.. Pehtu, tick kat Expand Widget Templates, then search </head>, copy code ini dan paste sebelum </head>.

 

Sebelum paste, sila ubah code warna #324143; /*DARK-GREEN*/, #8EA344 dan #A9C251; /*LIGHT-GREEN*/ mengikut kegemaran uols. Nak cek code warna leh tengok kat sini.. Dah paste & save, sila pi kat Page Elements > Add a Gadget > Html/JavaScript type, then paste code ni kat widget tersebut..



Tukarlah nama menu tu mengikut kehendak uols, then save, maka letak widget tersebut di atas blog post ataupun bawah header, whichever is ur preference and voilaaa!!

Diambil dari : SINI


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!



 

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 23, 2011

Video Maharaja Lawak Minggu 4 | Sepah, Nabil, Jambu dan Jozan kurang menyengat?

Hehehe..sesekali nak letak tajuk kontroversi.. Kontroversi ke? Ekekeke.. Wahh.. Wahh, walaupun skang ni bukan berada di rumah, Maharaja Lawak tetap layan kay.. Sib baik internet free kat sini (actually tak free, tapi dah dia bagi free kan, ambil aje lerr..) Tapi sayangnya, kabel USB tak bawak, kalau dak leh letak piccas kami beronggeng kat sini.. Makanya, Cer Teka.. Cer Teka tidak dapat ditutup lagi dan uols masih boleh meneka (Nak teka klik SINI ek..)

Back to the title, bagi saya, lawak Sepah, Nabil dan Jozan kurang menyengat kalau dibandingkan minggu lepas iaitu Minggu 3, tu bagi sayalah.. Tapi lawak diorang memang tetap boleh buat saya gelak.. Bagi saya paling best sekali minggu ni adalah Sepah..ngee.. Yang Jambu tu saya suka, even tak guna dialog pon boleh buat otot perut saya kejang. Membuatkan saya teringat pada movie Kung Fu Hustle part yang kejar mengejar tu... Uols tengok ajelah gelagat diorang minggu ni..





Hahaha..tak dapat jugak nak buat Top 3.. Takleh nak decide, yang mana paling ngetops antara 4 ni, jadi terpaksalah letak 4..ekekek.. Minggu ni siapa yang uols rasa paling best?


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 22, 2011

Khas untuk cik Bambam & Semua Penggemar Contest & Giveaway

Heheheh..poyo je tajuk, kesnya taktau nak letak tajuk apa.. Tapi memang ada kaitan dengan contest dan giveaway.. Pe dia? Nak buat ga ke? Ekekeke.. Ma Belle Shoppe Giveaway belum habis lagi, takkan nak buat ga baru kan..ekekeke..

Camgini, me ditanya oleh kaki & tangan yang tegar join contest dan giveaway, iaitu cik Bambam.. Meh kita tengok apa yang ditanya oleh cik adik yang comel ni..


Kalau autopublish entri personal takde masalah.. Yang dimaksudkan oleh cik Bambam adalah entry untuk join contest dan giveaway. Dan yer, normally me memang buat siap-siap pada malam hari untuk diautopublish hari keesokkannya. Maklumlah, siang me banyak spend masa dengan Zahra, malam Zahra spend masa dengan abahnya.. Mamanya mahu berblogging dan bercgl..ngeh ngeh ngeh.. 

Ok, stret to the point, skang ni banyak GA yang bagi tajuk tertentu dan mesti diikuti oleh peserta, contohnya Ma Belle Shoppe Giveaway. Kalau uols tengok link entri ga tersebut adalah seperti di bawah

http://mabelleshoppe.blogspot.com/2011/04/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Apa yang uols boleh buat adalah tukar address link blog tersebut kepada blog uols, contohnya seperti kat bawah ni.. Yang /2011 dan seterusnya tu uols kekalkan..

http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/04/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Tapi uols kena hati-hati, coz macam ga ni berlangsung sampai bulan 5, let say uols join masa bulan 5, so uols kena tukar date macam kat bawah ni..
http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/05/ma-belle-shoppe-giveaway.html

Let say, case lain pulak, contohnya tajuk entri giveaway yang uols nak join tu tak sama dengan link entri giveaway penganjur. Ha, yang ni nak kena hati-hati. Normally, saya akan tengok contoh link peserta yang lain kat komen tu dan buat tajuk yang sama, so that me boleh guna link tersebut.

Tapi cara join contest dan giveaway secara autopublish ni ada risikonya.. Contohnya, saya pernah terbagi link yang salah (biasanya salah bulan, typo error dsbnya), jadi penganjur tak dapat buka link, tak pasal-pasal saya tidak tersenarai dalam list peserta. Kan dah rugi tu? Nak buat cemana, takde rezekilah tu.. Sebab tulah, biasanya saya akan tinggalkan pesan kat komen gitau entri tu autopublish jam berapa dan kalau tak valid, boleh gitau saya (sila baca sambil imagine Puss the Boot buat aksi mata comel tu..ekeke..) Ada penganjur yang akan maklumkan, ada juga penganjur tak maklumkan tapi update di list pesertanya yang link saya tak valid.. Kat situ saya taulah dan saya akan bagi link yang valid (sebab masa tu dah publishkan..) Jadi kalau nak buat autopublish, kena ceklah uols tersenarai ke tidak sebagai peserta. Tapi ada juga penganjur yang tersangat baik hati, contohnya kat bawah ni..


Wahh..me sangat terharu, thanks mama tomell, susah-susah aja mencari.. Meh bagi muahss sebijik.. Actually me tak suka susahkan penganjur, just gitau yang tak jumpa link pon takpe, nanti me akan pi hantar link yang valid.. Uols datang gitau link tak valid tu pon me dah suka sesangat, apatah lagi dapat penganjur yang rajin + baik hati cam mama tomell ni, memang sengih sepanjang hari lah..hehehe..

Ok, rasanya dah terjawabkan soalan adik yang comel ni.. Ke ada yang blur-blur lagi? Ekekeke.. By the time uols baca entri ni, kami dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian kami pada kali ini.. Saya takmo gitau lagi, coz nak bagi peluang untuk uols tambahkan peluang untuk menang. Nak extra tekaan bagi Ma Belle Shoppe Giveaway, boleh klik SINI. Yang paling me terkejut sekali, ada yang meneka dengan tepat entri Cer Teka.. Cer Teka.. Pakai pak belalang ke ape? Ekekeke.. Komen2 uols me tak publish..hehehe.. Bila me dah tutup Cer Teka Cer Teka baru me publish..


p/s : Doakan kami selamat pergi dan kembali ek.. Kalau me ada menang mana-mana cgl, boleh tolong inform me & penganjur..ekekeke.. Jasa baik uols saya ucapkan ribuan terima kasih dan muahsss sebijik..

p/s/s : Oh ya, ini entri autopublish..hehehe



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Au Revoir Paris | Till we meet again & Tips untuk Bercuti di Paris

 Dear readers, nak mitak jasa baik uols klik & like kat SINI (sehingga 15 Feb 2012).. Thanks!

Tu diaaa..tajukkkk.. Macam ayat jiwang + sedey b'coz terpaksa tinggalkan kekasih pulak..ekekek.. Oh ya, kali ni saya nak share cerita percutian kami di Paris pada hari terakhir..hohoho.. Kalau ikutkan hati takmo balik lagi, tapi nanti kang ada yang terpaksa mengemis pulak kat tepi jalan..agagaga..

Last day, kami pi outside Paris, kat suburb iaitu di Versailles. Tujuan utama nak gi tengok Chateau de Versailles, tapi tak sempat jugak nak masuk b'coz nak kena kejar tren untuk balik ke Swiss. Sempat menjengah ke jardinnya yang sememangnya saujana mata memandang.. Mak aihh.. kena naik keta golf tu kalau nak meronda ke setiap pelusuk taman nih..

Pintu pagar utama
Behind pagar gold tu adalah istana aka Chateau de Versailles
lawo kan pagarnya..
hehe..gelap pulok gambarnya..tersilap setting..huhu
Tasik tu pon hak milik istana ni tau..
Kasi close up sikit..cantik kan?
The King, The Queen and The princess (haha..koya)
perghh.. sampai hujung sana tuuu.. tak larat mak nak jalan nokss..
Belakang tu adalah istana
Au Revoir Paris..

Sememangnya, Paris nih definitely a must visit place untuk sesape yang ade kat Europe nih..hehehe..boley tak, nak bagi ayat camgituh?? Walaupun Paris nih tak sekemas (or maybe sebersih) Swiss, tapi architecture of buildingnya agak magnificent dan superb compared to Swiss.. Definitely kami akan datang lagi ke sini (I'm very looking forward to this...hehehe..), harap2nya ade rezeki lebey nanti.. Lagi best kalau dapat datang berDUA sahaja (hahaha..jgn mare ye Zahra, bukan mama & abah takmo bawak..tapi bagi can la..hahaha..koya..koya..) Oh ya, saya ada upload video sekitar Notre Dame, Montparnasse Tower dan juga Louvre.. Nak tengok boleh klik SINI. Bagi yang terlepas cerita percutian kami di Paris ni, boleh tengok link entri kat bawah ni..






Tips-tips yang boleh saya gitau kat uols, macam kami, kami pi 4 hari 3 malam, definitely tak cukup..hohoho.. Alang-alang datang sini kan, better uols stay seminggu..heheh..baru puas hati.. Kalau nak booking hotel kat Paris, better cek banyak2 hotel, coz kekadang ada je hotel dekat dengan city yang harganya berpatutan.. Lepas tu, kalau uols nak naik Eiffel Tower, jangan beli tiket kat situ, lane panjang uols.. beli online (klik SINI.. saya dapat info ni pon kat blog Baby Ibu..hohoho), takyah susah-suah nak beratur dan jimat masa. Pasal makan jangan risau, banyak tempat makan yang halal. 

Oh ya, walaupun Paris ada metro bawah tanah, tapi bagi saya rugi lor guna tren bawah tanah, because tak dapat tengok view sepanjang jalan yang cantik, sini banyak building yang cantik-cantik. Macam kami, sebab trip kami ni agak singkat, kami ambil pakej Tour Bus, senang dan jimat masa. Boleh enjoy view sepanjang perjalanan. Cumenyer, kat sesetengah tempat, jalan agak jam..hohoh.. So better jangan pi time peak season, macam kami, kami pi medium season.. Tu pon ramai jugak orang.. Rasanya tu ajelah kot, ada apa-apa yang uols nak tanya?


Nak mitak jasa baik uols klik like kat SINI.. Thanks!


Nak insentif tunai, Klik SINI 

Nak cari trendy hijab, muslimah attire, babykids wear, Klik SINI

Longchamp New Year Sale,  Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Apr 21, 2011

Cer Teka.. Cer Teka..

~Tutup~

Meh kita main teka teki nak.. Ekekeke, tak habis-habis ngan teka teki.. Leh addicted gak ngan teka teki ni.. Ok, ok, oleh kerana esok hari kami akan pi bercuti sempena Easter Holiday, jadi saya dapat idea untuk wat teka teki.. Hadiahnya apa? Hmm, oleh kerana saya ada anjurkan Ma Belle Shoppe Giveaway, jadi kalau uols meneka dengan betul, uols dapat extra tekaan.. Amacam, ok dak?

Uols hanya perlu jawab di kotak komen ini sahaja, dan hanya boleh meneka sekali sahaja ek. Kalau uols teka satu soalan dengan betul, uols dapat 2 extra tekaan untuk Ma Belle Shoppe Giveaway. Kalau uols teka semua soalan dengan betul, uols dapat 6 extra tekaan untuk Ma Belle Shoppe Giveaway. Kiranya each question yang dijawab dengan tepat uols dapat 1 extra tekaan untuk Ma Belle Shoppe Giveaway. Tarikh tutup sehingga saya update atau memaklumkan mengenai percutian kami pada kali ini. Mungkin esok malam, ataupun kalau saya tak dapat online semasa pi bercuti, jawabnya sehinggalah saya balik dari bercuti dan menutup teka-teki ini..

Soalan 1. (Klu : Europe countries dan luar Swiss. Kami tak pernah pi lagi (Boleh rujuk entri travel di blog Ma Belle Conway & blog ini )
Nyatakan negara yang bakal kami pi melancong pada esok hari.

Soalan 2. (Bukan capital city of that country, tapi glamor juga..ngeee)
Nyatakan city yang bakal kami pi melancong pada esok hari

Soalan 3. (Kurang dari 7 hari)
Berapa hari berapa malam kami pi melancong pada kali ini

Tu jelah kot. Yang lain saya tak dapat fikir dah..ekekeke.. Ingat nak suh uols teka kami menginap di mana, tapi tu melampau sangat soalan gitew..ekekeke.. Jadi selamat berteka teki dan best of luck..



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!




Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Hari Ketiga Percutian di Paris, ibukota Perancis

Setelah puas berposing dengan Eiffel Tower semalam (tetap tak puas sebenarnyerr..ngee), untuk hari ketiga ni, kami singgah di Latin Quarter, kat sini ade Universites de Paris, UPMC (kalau tak study kat Suisse nih mau study kat sini..) and The Opera, plus Jardin du Luxembourg yang sangat wangi.. Memula macam takmo masuk coz nampak macam biasa aje, tetibe lalu kat tepi tu, berbau wangi sangat, terus masuk.. And know what, jardin (taman) nih cantik jugak, plus glamer nih.. ade palace lagi.. Ramai yang lepak kat sini sambil makan.. Oh ya, dekat ngan area sini ada kedai jual roti, sedapp woo.. Murah pulak tu sebab area student kan.. Nama kedai tak ingat, tapi kalau uols tengok lane panjang ye lah tu..

Belakang tu adalah bunga tulip yang berbau wangi..
Ramai tu yang lepak kat sini..
Tu kot palacenya..hahah..lupa sudaa..
Area berdekatan dengan Universites de Paris

Then we off to Bastille, tapi kali nih tak trun, just tengok view dari atas bus sahaja.. Bila sampai kat Place des Vosges, barula kami turun untuk pi ke tamannya. Tempat nih macam Plaza del Mayor kat Madrid (nanti saya share citer kat uols lain entri) plak coz bentuk square camtuh.. Unik gak buildingnya.. 

Kat belakang tu, yang kaler orange (ke koko?) adalah Place des Vosges
Berbentuk square, dan all buildings corak sama.. Oh ya, most taman kat Paris camgini, banyak tanah, rumput takleh pijak aka baring..
Tak sempat nak singgah..

Pastu kami bercadang untuk brenti di Sacre Coeur, tapi disebabkan cuaca tak berapa mengizinkan, pulak tu dengan kekangan masa, kami meneruskan perjalanan ke Musee du Louvre, di mana terletaknya gambar Mona Lisa yang menawan hati (hmm..nape kat mata den cam biaso je..hahaha..ade je lagi gambo lain yang secun gambo Mona Lisa..opss..) Pon tak sempat nak abihkan muzium nih jugak..huhuhu.. Besar seihh..

Posing kat luar Musee du Louvre dulu..
Cantik jugak tempat ni..
Ramai juga orang duk berposing kat luar muzium ni..
Memang menjadi tumpuan ramai

Nanti saya sambung hari terakhir sekaligus penutup percutian kami di Paris di lain hari ek..agagaga.. Oh ya, amacam dengan my new watermark, cun dak? Ekekeke..


Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...