Perghh, soalan cepu emas betul.. Even saya tak boleh nak jawab secara telus..hihihi.. Kalau diikutkan, memang semua orang mahukan gaya hidup sihat, kan? Ke ada jugak yang tak mahu..agagaga.. Dan saya rasa, dah makin ramai yang menyedari akan kepentingan menjalani kehidupan secara sihat..
credit |
Cumanya, kekadang kita lupa untuk bersenam ataupun beriadah, lupa untuk mengambil makanan secara seimbang, lupa untuk membuat pemeriksaan kesihatan, dan macam-macam lupa lagilah.. Termasuklah saya..hehehe.. Dan berbagai-bagai reasonlah yang membuatkan kita lupa ataupun buat2 lupa, antaranya busy dengan kerja mahupun pelajaran ataupun membusykan diri dengan benda-benda lain, contohnya busy berblogging..hihihi..selepuk kena atas hidung sendiri..
Paling tidak, saya mahu menyeru pada kenkawan dan sanak saudara sekalian, yang mana masih merokok, bawak-bawaklah berhenti merokok, sebelum anda ataupun orang yang anda sayangi (asap rokok membahayakan orang di sekitar anda jugak ye..) menghidap penyakit merbahaya akibat dari merokok dan terhidu asap rokok..
credit |
Cakap pasal gaya hidup sihat ni, teringat pulak sepanjang saya duk kat Swiss ni, most of the time, breakfast je mesti makan cereal..hohoho.. Takde dah nak pekena roti canai ke, nasi lemak bungkus ke , nasi berlauk or nasi kerabu ke (auww..bila sebut ni terliurlah pulak..ni yang buat tak sabau nak balik) Bukan sebab cereal tu lagi bagus, tapi kat sini mana nak cari maa roti canai.. Nasi lemak tu bolehlah buat, tapi besenya pepagi malas masak..ahaks..kantoi di situ.. Pembetulan, malas nak masak beriya, yela, Nasi Lemak kan lagi renyah nak buat berbanding roti cheese bertelur ke..agagaga.. Lagipun, pepagi Mr. Hadi berkejor pi opis, mana dan nak makan.. Lainler hari minggu..(ayat cover sikit..tetiba rasa entri ni bertukar dari serius ke santailah pulak..agagaga.. Yang penting, maksudnya sampai..ngeee)
Uols dah try ke Nestle Wellness Profiler tu? Hikhik, saya baru try dan tak sangka dapat title The Investor.. Amende The Investor tu, uols leh tengok gambar dan penerangan kat bawah ni.. Saya copy je terus result tu kat sini, malas nak translate..hihihihi..
The bad news: I’m not perfect. The good news: I’m getting there :) I just need t...o learn to love the stuff I don’t really like right now - lightly steamed broccoli... without the butter :( Have you taken the Wellness Profiler test yet? You should – it’s an eye-opener.
p/s : Buat entri ni teringat pulak cerita Waheeda, gitau yang bekalan makanan anak kawannya yang belajar kat Swiss ni akan diperiksa oleh gurunya, nak tengok makanan tu mengandungi nutrisi yang lengkap dan mengikut diet pemakanan yang seimbang..hohoho.. Cayolah, memang prihatin betul guru kat sini..
p/s/s : Skang ni ada promosi Full Body Scrub + Chocolate Mask Wrap + Full Body Massage + Aromatic Steam Bath + Hydrotherapy Milk Bath for 2 1/2 hours di I Gorgeous, Aman Suria dengan harga RM88 sahaja. Kalau nak kira, pakej ni sebenarnya bernilai RM353, sangat berbaloi kan? Ni yang buat saya nak settle down kat KL or Selangor ni..hohoho.. Manyak syok oo satu badan cover dengan cokolat..nyumm..nyummm.. Dahla redemptionnya sampai bulan Julai, saya ada kat Malaysia masa tu.. Ni yang buat gatal tangan ni, Mr Hadi? Ekeke.. Ada yang dah beli ke? Boleh kita berdating di I Gorgeous ni..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: