Hehehe, semalam masa berblogwalking dan membalas kunjungan kenkawan, terjumpa satu entri mengenai 5 negara yang paling hijau, yang mesra alam, yang mana persekitarannya hampir-hampir bersih. Yang menariknya, Swiss tersenarai dalam carta Top 5 yang dibuat oleh ahli-ahli sains dari Yale University yang mengambilkira pelbagai faktor dan berdasarkan skala Stoballnoy.
1. Iceland - Merangkul tempat pertama dengan 93.5 mata kerana Iceland menggunakan sebaiknya tenaga geoterma dan rakyat negara ini suka menggunakan green technology dan mendapat sokongan penuh dari kerajaan Iceland. Kalau dulu, penggunaan arang batu di Iceland adalah sebanyak 70%, tapi kini hanya 18% sahaja dan menjelang 2050, Iceland mahu menghapuskan sepenuhnya penggunaan arang batu.
2. Switzerland - Mendapat rank yang kedua dengan 89.1 mata, dan sememangnya Switzerland adalah salah satu negara yang tersenarai dalam carta paling hijau dan paling cantik sejak dahulu lagi. Kerajaannya sentiasa membangunkan taman-taman negara baru yang mengekalkan bentul asal. Malah, syarikat2 kecil dan besar, serta penduduknya sentiasa mengamalkan green technology, salah satunya hotel-hotel akan memberikan diskaun kepada pelanggannya yang menggunakan hybrid car.
3. Costa Rica - Tersenarai di tangga ketiga dengan 86.4 mata. Sebagai negara panas, sudah tentu tidak menggunakan alat pemanas dan sekali menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 1/3. Walau bagaimanapun, pada zaman dahulu, hutan-hutan di Costa Rica banyak dimusnahkan dengan tujuan mengeksport kayu balak, tetapi kini usaha menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang giat dijalankan dan telahpun memngurangkan aktiviti pembalakan. Menjelang tahun 2021, Costa Rica berhasrat untuk menjadi sebuah negara industri dengan pengeluaran sifar karbon dioksida.
4. Sweden - Merangkul tempat keempat dengan 86 mata. Negara ini menumpukan pada penggunaan sungai, angin dan matahari dan secara beransur-ansur berubah kepada penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Malah, penggunaan biogas dalam kereta diterapkan sebagai menggantikan penggunaan metanol. Menjelang 2020, Sweden ingin menjadi negara yang bebabs daripada penggunaan bahan api.
5. Norway - Dengan 81.1 mata, Norway berjaya menduduki tempat kelima. Negara ini telah mengambil langkah mengurangkan pengeluaran karbon dioksida, salah satunya dengan menggunakan peralatan yang berkaitan dengan green technology. Selain itu, rel kereta api tambahan sedang dibangunkan untuk memenuhi keperluan penduduk dan untuk menggalakkan mereka untuk beralih kepada pengangkutan awam daripada menggunakan kenderaan peribadi.
p/s : Berkenaan dengan hybrid car ni, kat Swiss ni memang bersepahlah kereta hybrid ni, banyaknya yang jenis 2 seat yang dinamakan smart car, dan kereta ni memang murah. Kalau 4 doors pulak, pernah nampak sekali je, memang smartlah kalau yang 4 doors macam kat bawah (saya agaklah yang ni 4 doors) ni kalau dibandingkan dengan yang 2 doors. Gambar yang 2 doors tu saya tak ambil, nanti kalau saya ingat saya snap satu tunjuk kat uols.
|
jarang-jarang nampak kereta smart car yang macam ni.. |
Ha, ada satu insiden hari tu, kat depan apartment kami ni, Mr Hadi biarkan enjin kereta on, because nak angkut barang then nak pi hantar kereta, so dia malas nak tutup enjin, lagipun sekejap je angkat barang tu. Tapi kena tegur ngan sorang mamat Swiss ni, dia gitau suh tutup enjin kereta untuk mengurangkan pencemaran alam.. Ha, betapa siviknya mereka ini, bagus kan? Walau sekecil mana, selagi boleh kita kurangkan pencemaran, kita kurangkan..hohoho.. Agak-agaknya mesti dari kecil, sejak dari tadika mereka diterapkan untuk menjaga alam sekitar kan? Ni yang curious gegilers sampai rasa nak masuk tadika or school kat sini ni..hehehe..
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: