Apr 15, 2011

Home » » Hadis Palsu Mengenai Adab Memotong Kuku

Hadis Palsu Mengenai Adab Memotong Kuku

Rasanya ramai yang pernah membaca tentang adab memotong kuku macam kat bawah ni, malah ramai juga yang publish di blog.. Bukan itu sahaja, dari kecik lagi, saya sering diingatkan oleh kedua ibu bapa untuk potong kuku pada hari-hari tertentu sahaja.. Tapi adakah yang kita amalkan tu bertepatan dengan sunnah? Adakah hadith yang diberikan itu sahih?




RAHSIA MEMOTONG KUKU:


RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:

Barang siapa yang mengerat kukunya pada:

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

 *HADIS TERSEBUT PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN HUJAH*
  
Berikut adalah jawapan dari SINI:
 
Berdasarkan pencarian beliau, ini yang diketemui:

من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، 

ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
 
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."


Darjat Hadith

1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net 
 
 
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:

من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة

Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh. 


al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:

لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata:

 "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Kesimpulan:

1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
2. Apa yg thabit/sahih adalah memulakan dengan tangan kanan atau kaki kanan berdasarkan hadith Aisyah yg menceritakan Nabi SAW sentiasa mendahului perbuatan dgn tangan kanan, termasuk menyikat rambut.

 
Aisyah Ummul Mukminin beliau mengatakan,
"Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam suka mendahulukan yang kanan ketika bersuci, menyikat rambut dan memakai sandal." (HR. Bukhari dan Muslim)
3. Islam mengutamakan kebersihan untuk ummatnya. Maka memadai dengan apa yg diajarkan oleh Rasulullah SAW berkenaan kebersihan berdasarkan hadis soheh, tidak perlu menjadikan hadis dhaif sebagai hujjah untuk kita beribadah. 


p/s : Saya juga pernah terbaca, mengenai amalan berjimak pada hari2 tertentu, tak silap saya juga itu pon belum dipastikan kesahihan hadithnya.. Kalau ada yang ingin berkongsi, dipersilakan..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

12 Comments
Comments

12 comments

Apr 15, 2011, 5:45:00 PM

Ya Allah..siapa punya kerja menterbalik kan hadis ni..? hrumm..sengaja mahu menyesatkan umat islam la ni...

sy pun pernh buat entri mcm ni di blog...tk sangka ianya palsu..walaupun sy buat rujukan pada web2 yg lain....

jom ke APA KATA HATI pulak ;
KIAMAT SEMAKIN HAMPIR

Apr 15, 2011, 8:41:00 PM

sumber hadis mane?

Apr 15, 2011, 8:50:00 PM

has~terima kasih diatas info yg menjelaskan kekeliruan yg menjadi ikutan kebyk org islam!

Apr 19, 2011, 12:29:00 AM

@nabilah : tulah, ramai yang buat post pasal ni malah saya sendiri pon dolu2 terikut juga..

@sabree : kalau perasan, kat entri tu ada word sini, saya ambil dari situ..plus, kat setiap hadis tu ada sumber dinyatakan, cumenya saya tak bold.

@kak mega : sama-sama kak..benda yang elok, harus disebar-sebarkan..

Nov 15, 2011, 7:59:00 PM

benda baik harus dkongsi :D tq

Anonymous
Jan 2, 2012, 8:43:00 PM

ada juga yg kata ketika haid x leh potong kuku, tp seorang doktor pakar dari hospital ampang puteri menyangkal tindakan ini dan berkata kalau haidnya lama sudah pasti kukunya akan jd panjang. ini x patut kerana islam mementingkan kebersihan dan ia salah satu dari iman

Jan 2, 2012, 8:47:00 PM

assalamualaikum, sy ada lihat slot hadis dalam tv alhijrah lepas azan maghrib. seoranga ustaz dari arab ceritakan hadis n aktivi nabi, ada satu hari tu ada dia ceritakan hadis tentang mandi wajib. dan ustaz itu galakkan mandi wajib dilakukan setiap kali kita mandi. lg bagus kalau ikut sunnah nabi setiap hari berdasarkan hadis yg sahih

Jan 25, 2012, 12:45:00 PM

what's the meaning of 'al-Baros' and 'al-'Afiah' ?

Anonymous
Mar 1, 2012, 9:30:00 AM

sy pown rsa ada yg x kena ngn hadis nie..cbb setahu sy kbersihan itu digalakkan dlm islam jd bila2 msa pown kita boleh mmbersihkan dri..itu pndpt sy kalu slh silakan menegur..

Apr 18, 2012, 11:02:00 PM

tak jumpa lah dalam artikal ini hadis palsu kerat kuku ikut susunan yg jumpa hadis palsul kerat kuku ikut hari tertentu. Cuma kalau tak ada hadis kita kena kata mengikut Imam Ghazali.

Jadi kalau buat kenyataan ini :
Kesimpulan:
1. Hadis Memotong kuku mengikut susunan adalah dhaif/palsu.
( Tak tepatlah..mana ada hadisnya)

Anonymous
Nov 22, 2014, 10:52:00 AM

Wahabbi mmg suka buat provokasi... hati2 dgn manusia yg suka ambil sumber dr sheikh al albani dan ibnu hajar... bukan nak kata sheikh diorang ni salah tapi yg jadi masalahnya habis semua pendapat diorang sabitkan palsu dan salah...

oooo gitu ya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...