Hehehe, saya tak pastilah kat Malaysia ada ke takde.. Even kat sini pon saya tak perasan ada, sehinggalah masa kami pi jenjalan ke Lugano, hotel yang kami stay tu breakfast included. Salah satu makanan yang ada, adalah yogurt.
Macam biasa, kami akan ambil yogurt yang ada buah, macam Peach ke, Rasberry ke.. Sekali nak gi ambil lagi sekali (sebab pek kecik je..) dah takde, yang tinggal semuanya adalah yogurt kelapa.. Nak tak nak terpaksalah ambil, sekali bila makan..eh..eh..sedaplah pulak.. Rasa ala-ala coconutshake pon yer.. Keesokkannya bila kami turun untuk breakfast lagi, untuk 2nd round ambil yogurt, banyaknnya yang tinggal adalah peach ataupun rasberry, yang coconut dah habis.. Hehehe, ni mesti ada yang 1st timer macam kami jugak merasa coconut yogurt, lalu terus jatuh hati..kikiki..
Yogurt kelapa yang besh.. |
Balik dari jenjalan, Mr Hadi terus cari yogurt kelapa..ekekek.. Maklumlah, dia kan 'hantu' yogurt..ekekeke.. Saya yang awal-awal skeptical ni sedap ke yogurt kelapa ni, turut jatuh suka, rasanya memang lain, sedap pulak tu.. Nasib baiklah kat hotel tu kami 'terpaksa' mengambil yogurt kelapa sebab takde choice dah, kalau tak, tak tau dan tak merasa dah kesedapan yogurt kelapa yang best ni dan mungkin takkan beli kat supermarket sekiranya tak tau yogurt kelapa sebenarnya sedapppp..
Kat Malaysia ada tak? Uols pernah try?
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: