Apr 5, 2011

Home » , , » Hari Terakhir dan Penutup bagi entri Cuti Cuti Scotland, UK

Hari Terakhir dan Penutup bagi entri Cuti Cuti Scotland, UK

Tu dia.. Berapa lama ambil masa baru nak buat entri penutup..hihihi.. Bukan pe, skang ni saya ala-ala busy mengulangkaji pelajaran, maklumlah Rabu nanti ada exam Bahasa French.. Aisey, French class pon ada test ke? Hoho. Berdebar mak nokss takut tergeliat lidah nak sebut Bonjour, je m'appelle CikPuanHady..hehehe..

Ok, ok, stret to the point, bagi yang belum baca, meh sudi-sudikan baca pengalaman kami di Scotland bahagian 







Hari terakhir, kami tak sempat nak ronda-ronda dah, sebabnya kereta nak kena pulang sebelum jam 2 petang, pastu flight kami jam 3++ petang (kes tak ingat..ekeke) So, tak sempat jugaklah nak jumpa fa10 dan Nurul..huhu.. Kekononnya target nak singgah Edinburgh dulu, nak jumpa sesambil nak mencari souvenir aka FM barang 3-4 ketul, tapi hampesss.. Silap tak beli masa pi Edinburgh hari tu, coz kat Old Town tu murah sikit dan banyak choice (i think..)

Sudahnya, kami hanya beli 1 je FM kat airport Edinburgh (sebelum check in) kesnya, ingat lepas check in tu akan jumpa kedai souvenir lagi, malangnya takde dah..hohoho.. So, kalau uols nak gi Scotland, beli siap-siap kat Edinburgh ke, Glasgow ke, kalau kat airport, tak banyak choicelah, plus harganya mahal sedikit but still kalau convert ke CHF, harga FM Scotland jauh lebih murah dari FM Swiss.

Scotland memang jauh lagi sejuk dari Swiss, of cozlah kan sebab dia kat atas lagi dari Swiss. Kami ingatkan boleh tahan pi time nak dekat Spring, tapi alahai, awal Springnya macam Winter kat sini.. Tak boleh tahan maa..hehe, berlapis-lapis baju pakai.. Lagi satu, kat Scotland ni kebanyakannya pakai snow jacket (yang saya lihatlah..) berbanding kat Swiss ni yang pakai ala-ala kot gitew..hihihi.. Maklumlah Scotland selalu hujan kan, tapi nasib baiklah time kami pi tu sehari je hujan lebat dan hari-hari lain tu hujan pada waktu malam..

Yang paling syok sekali, makanan dan barangan keperluan seperti baju memang murahlah kat sana, kalau compare dengan Swiss, tu belum kira dengan car boot sales lagi.. Uiss, memang kuasa membeli tinggilah kat sana.. Yang Swiss murah compare to Scotland, ada satu je yang saya perasan iaitu  petrol..hehehe, tu pon takat beza CHF0.20-CHF0.40.. Oh ya, Muslim yang duk Scotland memang bestlah, kalau rasa nak makan KFC, ada KFC Halal di Edinburgh, kalau rasa nak makan Nando's, ada Nando's Halal di Glasgow.. Perghh, memang syoklah.. Sini usahkan yang halal, KFC dan Nando's yang tak halal pon takdo..ekeke.. Standardlah Swiss, bab-bab produk dari luar susah sikit nak masuk..hohoho..

Apapun, memang kami enjoylah sepanjang kami kat sana, new place and new experience walaupun  sama-sama dalam benua Eropah. Kalau uols pi Scotland, jangan lupa untuk singgah ke tempat-tempat yang kami pi tu, memang cantik dan memang berbaloi..hehehe..


Rasanya tak ternampak pulak Scottishman pakai kilt ni..

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Apr 5, 2011, 4:12:00 PM

bestnye la hai..

Apr 5, 2011, 5:42:00 PM

waaaa.. bestnya gi jenjalan kat tempat orang :) bila la nak sampai sana ni....
jemput ke blog tupperware saya yer.. banyak design comey2 kali ni.. ada limited edition free gift untuk saper yang nak jadi ahli :)
http://tupperwarefactory.blogspot.com

Apr 6, 2011, 10:49:00 PM

@to all : mmg besh gi scotland ni..hehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...