Olololo..kecik-kecik dah pandai nak bergaya, dah pandai nak pakai high heels..hehehe.. Inilah budak zaman skang.. Masa mama kecik-kecik dolu, takdelah nak pakai high heels ni, rasanyalah..ekekeke.. Meh layan budak tecik ni bercatwalking ngan sandal mamanya yang takdela tinggi mana pon..hehehe
Tengok tu.. Boleh pulak dia jalan.. |
Seronokla tu dapat lenjan sandal mama.. |
Teringat anak buah saya, pon siap pilih kasut yang bertumit agak tinggi untuk kasut rayanya. Padahal baru 5-6 tahun camtu..hohoho.. Memang advance betullah, kasut raya saya tak setinggi kasutnya..hehehe..
Baru-baru ni semasa window shopping kat mall, pepandai je Zahra ambil handbag dan sangkutkan kat tangannya, padahal saya kat sini memang tak pakai handbag sebab guna backpack Mr Hadi aje..ekekeke.. Ni mesti dari pemerhatiannya tengok orang lain yang pakai handbag..
Anak-anak uols cemana? Mesti camgini jugakkan.. Saya tengok kanak-kanak perempuan (dalam 3-5 umur) mesti ada bag ala-ala handbag memasing yang dipegang kat tangan, bukan backpack tau.. Stylish betulll..hehe
Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni: