Mar 15, 2011

Home » , » Part 1 | All about Zahra

Part 1 | All about Zahra

Bersempena hari istimewa Zahra ni, mama dan abah nak abadikan perkembangan Zahra daripada saat dilahirkan sehinggalah berumur setahun.. Yang setahun hingga 2 tahun, mungkin mama dan abah sambung selepas balik dari Scotland nanti..ngee..

Baru 15 hari ni.. Tido ala-ala senyum
1st Month
Dalam sebulan ni, Zahra banyak habiskan masa dengan tido dan mamam sahaja. Walau bagaimanapun, kaki Zahra sangat aktif menendang, bak kata abah, boleh geng dengan abah untuk main bola.. :P.. Berat Zahra sekarang ni 4.5kg dan ukur lilit kepala ialah 38cm. Masa awal kelahiran, oleh kerana Zahra kuat tido, Zahra terkena jaundis, tapi nasib baiklah scalenya 9 dan tak perlu masuk wad..huhu

2nd Months
It's been 2 months Zahra breastfeeding, yummy, yummy.. Yang bestnya, Zahra hanya bangun 2x je waktu malam untuk menyusu (pukul 2++ dan 5++), jadi mama boleh tido dengan senangnya..ngee.. Berat pon naik kepada 5.6kg, tetapi a few days after check up, Zahra demam dan batuk sehingga terpaksa mengambil antibiotik..huhu.. Alhamdulillah, the sickness lasted for only 1 week.. Sangat kesian bila dengan my little one ni batuk..huhu.. Pada 23 Mei 2009, buat pertama kalinya Zahra membuat aksi mengetap gusi jika takmo mamam dah.. Oucchh..

Posing dalam kereta..
3rd Months
Berat Zahra skang ni ialah 6.2kg, body length is 62cm dan head circumference is 40cm. Buat pertama kalinya juga Zahra dibawa ke Terengganu untuk majlis akikah. Walau bagaimanapun, rambut Zahra tidak dibotakkan sebabnya abah terlalu sayangkan rambut Zahra yang comel.

4th Months
Pada 15 Julai 2009, iaitu genap 4 bulan, Zahra meniarap buat pertama kalinya. Lepas tu, langsung takde aksi meniarap dah, terbantut misi kami nak ambil video. Sehinggalah pada 14 Ogos 2009, Zahra menunjukkan lagi sekali skillnya dalam meniarap dan selepas itu makin enjoy her tummy time.. Oh ya, berat Zahra skang ni dah 7kg..huhu..agak berat kan?

5th Months
Oleh kerana Zahra semakin aktif dengan skill barunya iaitu meniarap dan suka melompat (of course dengan bantuan),  berat Zahra hanya naik 300gram, iaitu totalnya 7.3kg. Zahra juga suka bermain dengan Mr. Snail the Rattles dan mula pandai mengambil barang pada 16 Ogos 2009.

suka masukkan tangan comel tu dalam mulot..
6th Months
Berat Zahra skang adalah 7.8kg, body length is 69cm and head circumference is 42cm. Dan yeay, Zahra dah boleh makan semi solid food. Her first weaning is air kanji, tapi untuk 2 hari je, lepas tu diberi makan nasi air yang dikisar. Di pagi hari Raya AildilFitri, buat pertama kalinya dalam sejarah, Zahra jatuh dari katil..huhu.. Salah mama, mama lupa yang Zahra boleh meniarap sebelah tu.. Nasib baik takde pape..huhu.. Dah 6 bulan ni, bila kena cucuk dek nurse, Zahra dah pandai menangis lebey coz sebelum2 ni nangis kejap je bila kena cucuk..hoho.. Zahra juga dah pandai memilih orang, dengan siapa yang ok untuk didukung atau diagah, or dengan siapa yang akan buat-buat nanges even diagah..hoho.. Pada 3 Okt 2009, buat pertama kalinya Zahra menyulur iaitu sehari selepas sampai di Switzerland. Dua hari kemudian, Zahra dapat meniarap pada kedua-dua belah (dari kiri ke kanan.. sebelum ni hanya kanan ke kiri je..)


p/s : Setiap perkembangan anak-anak memang dinanti-nanti dan sangat teruja apabila mereka akhirnya dapat mencapai satu-satu milestone, kan? Ibu bapa mana yang tidak berbangga dengan kejayaan anak mereka kan?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Suka entri ini, meh picit button kat bawah ni:

3 Comments
Comments

3 comments

Mar 15, 2011, 4:27:00 PM

yup, setuju...memang tak sabar nak tunggu baby pandai macam-macam...bila dia berjaya capai sesuatu, kita yg seronok...berbunga-bunga hati ni...hehe...

Mar 15, 2011, 9:35:00 PM

alahai comeinya zahra, masa baby mmg geram tgok anak membesar..lagik2 gaya manja dan cute..zahra ni nmpk senang di jaga, nice girl ni

Mar 25, 2011, 1:03:00 AM

@aanie : tulah, kita yang excited terlebey..hehe

@aisha : alhamdulillah, senanglah jugak..hehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...